Beza Jauh Pas Dap Soal Kepimpinan Lantik Non Muslim




KEPIMPINAN merupakan satu bidang yang amat dititikberatkan dalam Islam. Menurut al-Quran, kepimpinan dan Islam tidak dapat dipisahkan, memandangkan tujuan penciptaan manusia sendiri ialah untuk menjadi khalifah yang akan memakmurkan bumi. 

Firman Allah SWT:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةًMaksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".(Surah al-Baqarah :30)Peri-pentingnya bidang kepimpinan ini ditegaskan beberapa kali oleh al-Qur’an al-Karim dan Rasulullah s.a.w, antaranya:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْMaksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul dan ulil amri dalam kalangan kamu.” (Surah An-Nisaa’: 59)Nabi s.a.w juga pernah bersabda:‏إِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْMaksudnya: “Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah salah seorang daripada mereka dilantik sebagai ketua.”  Riwayat Abu Daud (2708)Dalam konteks negara Malaysia, pembentukan kerajaan adalah melalui demokrasi berpilihanraya. 
Mengenai kepimpinan dan perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke 8 baru-baru ini, sila lihat kenyataan Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS) dalam menghuraikan Surah Yusuf ayat 67..
'Pintu Demokrasi, Gabungan MN, Sila Hadzam Ayat 67 ...'Mengenai pilihan raya tersebut, timbul persoalan keharusan mengundi calon bukan Muslim dalam pilihanraya yang diadakan. 

Maka dikemukakan perbahasan berkenaan isu ini yang merangkumi penelitian terhadap dalil-dali Quran dan sunnah, pandangan para ulama silam dan kontemporari serta pentarjihan pendapat yang terpilih.  

Lantik Non Muslim Sebagai Pemimpin.

Surah Ali Imran: 28
لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ


Maksudnya: “Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu).”Menurut Syeikh Wahbah az-Zuhaily, ayat ini diturunkan berkenaan sekumpulan orang Islam yang yang menjadikan segolongan orang Yahudi yang mempunyai niat jahat terhadap Islam, dan mereka enggan untuk menjauhi mereka meskipun telah dinasihati dan diperingatkan berkali-kali tentang tipu-daya mereka. 

Ayat ini ditafsirkan pula melalui ayat 118 surah yang sama apabila Allah SWT menyebut:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚMaksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.” Rujuk Al-Tafsir al-Munir (3/199)
Surah al-Nisaa’: 144يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.”
Menurut Ibn ‘Asyur, orang-orang kafir dalam ayat ini merujuk kepada Musyrikin Quraish dan ahli kitab di Madinah, dimana kecenderungan kebanyakan mereka adalah bermusuh terhadap sifat dan berpakat dengan kelompok munafiq untuk menghancurkan Islam. Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (5/243).

Surah al-Ma’idah: 57-58يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾  وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَMaksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. ”Ibn ‘Asyur sewaktu mentafsirkan ayat ini menyebut bahawa kalimah kuffar merujuk kepada Musyrikin yang tinggal di Madinah yang menzahirkan keislaman sedangkan sebenarnya tidak beriman atau dalam kata lain munafiq i’tiqadi. Terdapat sebahagian orang Islam yang tertipu dengan perlakuan dan penampilan zahir mereka. 

Diriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas menyebut: Sebahagian orang Yahudi dan Musyrikin ketawa sewaktu melihat kaum Muslimin sujud di dalam solat. Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (6/241)

Beliau menambah lagi, wala’ atau kesetiaan kepada orang kafir yang dilarang ialah wala’ sepenuhnya dalam erti kata kesetiaan dari sudut agama. Maka kerana itu ayat ini ditafsirkan dengan ayat ke-51 surah yang sama, وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ yang bermaksud sesiapa yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat, maka mereka termasuk dalam kalangan orang kafir tersebut (Al-Tahrir wa al-Tanwir: 6/242).

Surah Al-Mumtahanah : 1
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُم مِّنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَن تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنتُمْMaksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu.”Para ulama’ tafsir telah bersepakat bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan perbuatan Hathib bin Abi Balta’ah yang menulis surat kepada kafir Quraish mengenai persiapan Rasulullah s.a.w untuk menunaikan umrah pada tahun perjanjian Hudaibiyah. Pandangan lain menyebut ayat ini diturunkan sewaktu Nabi ingin membuka Kota Mekah (Fathu Makkah) namun ia tidak kuat. Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (28/132)

Surah al-Mumtahanah: 8-9
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ . إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَMaksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”Melalui dua ayat ini, Allah SWT telah menegaskan bahawa ‘illah pengharaman menjadikan orang kafir sebagai teman rapat, pemimpin atau ikutan itu adalah kerana mereka menzahirkan permusuhan terhadap Islam dan menghalau kaum Muslimin daripada tanah air mereka. Adapun yang tidak bersifat dengan yang demikian, maka terkecuali daripada pengharaman ini. Al-Qistu dalam ayat ini bermaksud berlaku adil, manakala al-Birru pula berbuat baik, termasuklah bergaul dengan baik dan memuliakan mereka. Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (28/151-152).

Hasil penelitian terhadap ayat-ayat al-Qur’an di atas beserta penjelasan para mufassir dan melihat kepada asbab nuzul, kami dapat simpulkan bahawa kesemua ayat di atas adalah diturunkan dalam konteks hubungan yang tegang antara kaum Muslimin pada zaman Rasulullah s.a.w dengan sebahagian Musyrikin Quraisy dan sebahagian orang Yahudi yang memusuhi agama Islam dengan permusuhan yang nyata. 

Maka celaan dan larangan daripada menjadikan orang kafir sebagai wali / teman rapat/ penolong terpakai kepada kalangan bukan Muslim yang menzahirkan permusuhan dan kebencian kepada Islam dan yang memerangi orang-orang Islam. 

Perhatian:

Memang jauh berbeza antara pendirian PAS dengan pendirian DAP, terutama dalam soal kepimpinan. Di negara-negara komunis contohnya,  faham-faham selain komunis tidak ada ruang untuk memerintah negara tersebut. Apa lagi apabila melibatkan masalah dasar negara itu. Bahkan rakyat mereka sendiri dizalimi kerana berlainan agama.

Sedangkan di Malaysia non Islam berkuasa 'memaksa-ugut -gertak' supaya dilaksanakan cara hidup yang bukan Islam di negara umat Islam ini. Dilarang melaksanakan Islam sepenuhnya di negaranya sendiri. Mereka mengkritik hak istimewa rakyat pemilik asal negara ini, sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka adalah keturunan 'pembangsat' di negara ini.  

Bersambung...

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Buku ini dierbitkan pada tahun 1993 '1950-200 Sejaah Kebangkitan Depan PAS Kuasai Malaysia? oleh Ibnu Hasyim

E-Buku IH-17: 'Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...'
Kandungan:
001 - Muqaddimah.
002 - Siasah Ulama
003 - Tikaman Tersirat
004 - Nama & Rahsia Siasah
005 - PAS Bebas Lepas
006 - Bersama Kebangkitan..
007 - Di Bawah Dr. Abbas
008 - Mula Dg Tangan Terbuka
009 - Pilihanraya Umum 1
010 - Prof Dr Burhanuddin
011 - Muktamar Ke-5 Menarik
012 - Pembunuhan Pertama..
013 - Bahaya Dari Gunung ?
014 - Merdeka !
015 - Persiapan Kepimpinan.
016 - Menggempur !
017 - Bentuk Kerajaan.
018 - Ke Mana Burhanuddin ?
019 - Ekonomi & N/ Kebajikan
020 - Politik Global 1960-1964
021 - Demokrasi Liar
022 - Burhanuddin, Nasionalis ?
023 : Pilihanraya 1964
024 - Perginya Ustaz Zulkifli..
025 - Masalah Singapura.
026 - 1969 Tahun Cabaran
027 - Kerajaan Campuran
028 - K/Campur & Pengalaman.
029 - K/Campuran Jatuh.
030 - Bangkit Dg Perubahan..
Perlembagaan PAS (klik gambar):


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/beza-jauh-pasdap-soal-kepimpinan-lantik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Dap Berubah Tapi Pas Amat Mengecewakan

Dr Mahathir Dap Berubah Tapi Pas Amat Mengecewakan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 255 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata DAP telah berubah dan tone down permintaan berdasarkan realiti politik Bukan persepsi saya berubah tetapi mereka yang berubah kata Dr Mahathir kepada Sinar Harian dalam satu wawancara yang d...
Pemimpin Dap Iktiraf Menteri Pas

Pemimpin Dap Iktiraf Menteri Pas

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 197 hits
BOLEH dikatakan hampir mustahil untuk seorang pemimpin mengiktiraf seorang pemimpin PAS Tetapi inilah yang berlaku hari ini bila Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat Ronnie Liu Tian Khiew bergembira dengan tindakan Menteri Perusahaan Perladanga...
Mengunidi Calon Non Muslim Apa Kata Ulama

Mengunidi Calon Non Muslim Apa Kata Ulama

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 241 hits
Undi Calon Non Muslim Dalam P raya Apa Kata Ulama Lantik Pemimpin Non Muslim I Haram Al Qadhi Iyadh Ibnu Munzir dan Ibnu Hazm menyatakan bahawa para ulama sepakat bahawa kepemimpinan tidak boleh diserahkan kepada orang kafir Al Jassas sewak...
Adun Pas Bn Dan Dap Pahang Ketepi Perbezaan Politik Setuju Gaji Dipotong

Adun Pas Bn Dan Dap Pahang Ketepi Perbezaan Politik Setuju Gaji Dipotong

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 230 hits
PETALING JAYA Wakil rakyat kerajaan dan pembangkang Pahang hari ini mengetepikan perbezaan politik dalam mendepani penularan wabak Covid 19 yang melanda negara Semua Adun PAS BN dan DAP mencapai kata sepakat supaya gaji mereka sebagai wakil...
Kasihnya Mahathir Terhadap Dap Murihnya Pada Pas

Kasihnya Mahathir Terhadap Dap Murihnya Pada Pas

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 291 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata DAP telah berubah dan tone down permintaan berdasarkan realiti politik Bukan persepsi saya berubah tetapi mereka yang berubah kata Dr Mahathir kepada Sinar Harian dalam satu wawancara yang d...
Dap Pas Ke Arah Kerjasama Sihat

Dap Pas Ke Arah Kerjasama Sihat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 358 hits
Pemimpin DAP iktiraf Menteri PASBOLEH dikatakan hampir mustahil untuk seorang pemimpin mengiktiraf seorang pemimpin PAS Tetapi inilah yang berlaku hari ini bila Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat Ronnie Liu Tian Khiew bergembira dengan tindak...
Contoh Soal Ukg Pendagogik Terbaru Dan Jawaban

Contoh Soal Ukg Pendagogik Terbaru Dan Jawaban

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 209 hits
Tulisan saya sebelumnya Contoh soal pendagogik UKG Terbaru dan Jawaban telah saya tulis soal soal mengenai pendagogik yang kemungkinan keluar pada ujian UKG Online yang sesungguhnya Soal dan Jawaban Pendagogik ke 4 ini diharapkan dapat memb...
Soal Latihan Un Sma Ma 2016 Dan Pembahasan

Soal Latihan Un Sma Ma 2016 Dan Pembahasan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 159 hits
Assalamu alaikum Wr Wb Selamat datang di blog Pada kesempatan kali ini akan kami bagikan kumpulan Soal Latihan Tryout UN SMA MA Tahun 2016 dan pembahasannya yang dapat di download dengan format PDF Ini bukan bocoran soal lho hanya latihan s...
Soal Ulangan Harian Kelas 1 Matematika Pengukuran Waktu Dan Panjang

Soal Ulangan Harian Kelas 1 Matematika Pengukuran Waktu Dan Panjang

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 442 hits
Assalamu alaikum wr wb halo selamat berkunjung kembali di blog yang sangat sederhana ini Pada kesempatan kali ini saya akan berbagi Soal Ulangan Harian Kelas 1 Soal Ulangan Harian Kelas 1 Matematika Pengukuran Waktu dan Panjang yang bisa an...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik