Kepimpinan Muhyiddin Semasa Krisis Covid 19 Raih Sokongan Rakyat Kata Penganalisis


Robin Augustin
-March 29, 2020 12:38 PM
Penganalisis berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menunjukkan kepimpinan yang baik dalam mengendalikan krisis Covid-19. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik percaya cara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengurus krisis Covid-19 akan membantunya meraih sokongan bukan sahaja akar umbi, malah dalam kalangan ahli Parlimen yang sebelum ini meragui kemampuan beliau
Azmi Hassan.Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan berkata, kata-kata dan tindakan Muhyiddin ternyata kena tempat pada masa krisis.

Ketika mengumumkan pakej rangsangan bernilai RM250 bilion pada Jumaat, Azmi berkata, Muhyiddin memperlihatkan bahawa kerajaan kini sedang berbuat sebaiknya bagi membantu semua golongan yang terkesan oleh wabak tersebut.

“Saya percaya ucapannya berjaya meredakan perasaan putus harapan dalam kalangan ramai orang. Saya fikir Muhyiddin kini merupakan individu yang mahu didengari oleh ramai kerana kebolehannya itu,” katanya kepada FMT.

Azmi berkata, jaminan Muhyiddin bahawa kerajaan pimpinannya prihatin tentang nasib semua, walaupun ia bukanlah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, adalah sesuatu yang penting susulan persepsi umum mengenai keabsahan pentadbiran Perikatan Nasional.

“Ucapan itu menegaskan bahawa walaupun kerajaan yang ada kini bukanlah kerajaan yang dipilih oleh pengundi dalam pilihan raya umum lepas, namun ia mampu mengurus kerajaan pada masa krisis dan hakikat itu dibuktikan melalui pakej rangsangan,” katanya.

Petikan ucapan Muhyiddin itu banyak dikongsi di media sosial, dengan sebilangan pengguna merakamkan penghargaan mereka terhadap mesej beliau, selain menyuarakan kefahaman mengenai senario politik yang wujud.

Azmi berkata, walaupun ketika mengambil alih jawatan perdana menteri majoriti sokongan yang diterima Muhyiddin sangat sedikit, namun cara beliau mengendalikan krisis Covid-19 “akan mengubah keadan” itu.Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia.Penganalisis dari Universiti Sains Malaysia Sivamurugan Pandian berkata, ucapan Muhyiddin yang komprehensif itu menjelaskan mesejnya bahawa tidak ada mana-mana pihak yang akan diabaikan.

“Baginya, perdana menteri adalah milik semua orang tanpa mengira agama, kaum, gender atau pegangan politik,” katanya.

Beliau berkata, pihak-pihak yang sebelum ini mengkritik Muhyiddin turut memuji kepimpinannya.

“Kita tidak boleh menghalang mana-mana orang daripada mempolitikkan atau bermain politik, hatta semasa krisis sedang berlaku, tetapi Muhyiddin akan berjaya melepasinya kerana beliau menangani isu teras berkaitan keperluan harian dan permintaan semua rakyat.

“Langkah terbaik yang boleh dibuat oleh orang lain ialah bekerja bersamanya dalam satu pasukan sama ada mereka pembangkang, aktivis atau sesiapa juga,” katanya
Pensyarah Universiti Malaysia Sabah Lee Kuok Tiung.Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, walaupun pakej rangsangan itu tidaklah sempurna, seperti yang disebut oleh sesetengah pengkritik, namun Muhyiddin sememangnya berusaha memasukkan sebanyak mungkin sektor masyarakat ke dalamya.

Katanya, cara Muhyiddin mengendalikan krisis berkenaan memberikan kepadanya peluang untuk keluar daripada bayang-bayang bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Musuh politik beliau akan menyerangnya sebaik sahaja Dewan rakyat bersidang, tetapi saya percaya beliau telah memenangi sokongan ramai orang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/kepimpinan-muhyiddin-semasa-krisis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Perlu Profesional Kepentingan Rakyat Mengatasi Perbezaan Politik

Muhyiddin Perlu Profesional Kepentingan Rakyat Mengatasi Perbezaan Politik

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 216 hits
Pemuda AMANAH Nasional kesal atas tindakan Putrajaya yang tidak memanggil Menteri Menteri Besar dan Ketua Menteri dari lima negeri Pakatan Harapan bagi menyelaraskan perintah kawalan pergerakan antara negeri yang diadakan semalam MB dan KM ...
Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat Tepati Sasaran Adil Kata Tok Mat

Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat Tepati Sasaran Adil Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 331 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat sebanyak RM250 bilion yang diumumkan perdana menteri Muhyiddin Yassin untuk menangani impak Covid 19 sangat menyeluruh menepati sasaran dan adil Mohamad b...
Muhyiddin Dipuji Beri Mesej Ikhlas Rayu Rakyat Duduk Di Rumah

Muhyiddin Dipuji Beri Mesej Ikhlas Rayu Rakyat Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 329 hits
PETALING JAYA Pakar komunikasi memuji Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana berucap dalam nada kasual menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara kelmarin Mereka berkata sikapnya tanpa kepura puraan adalah men...
Henti Covid 19 Mb Seru Sertai Rakyat Selangor Berdoa Malam Ini

Henti Covid 19 Mb Seru Sertai Rakyat Selangor Berdoa Malam Ini

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 181 hits
SHAH ALAM 30 MAC Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari menyeru masyarakat beragama Islam di negeri ini untuk bersama menyertai Rakyat Selangor Berdoa malam ini Beliau berharap usaha itu dapat melindungi dan memberi kekuatan kepada rak...
Sabar Anggota Baru Kabinet Perlu Masa Kata Muhyiddin

Sabar Anggota Baru Kabinet Perlu Masa Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 239 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata mana mana anggota Kabinet yang memegang portfolio baru akan memerlukan masa untuk meneliti kementerian terbabit dan menguruskannya dengan baik Mengulas kebimbangan kumpulan wanita berkaitan...
Ubat Anti Malaria Chloroquine Diguna Sejak Gelombang Pertama Covid 19 Kata Dr Noor Hisham

Ubat Anti Malaria Chloroquine Diguna Sejak Gelombang Pertama Covid 19 Kata Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 239 hits
PUTRAJAYA Ubat Chloroquine untuk merawat penyakit malaria digunakan ke atas pesakit Covid 19 sejak gelombang pertama penularan virus itu di Malaysia dan menunjukkan keberkesanannya Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ci...
Covid 19 Prihatin 2020 Beri Kelegaan Kepada Rakyat Mb Terengganu

Covid 19 Prihatin 2020 Beri Kelegaan Kepada Rakyat Mb Terengganu

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 234 hits
KUALA TERENGGANU 28 Mac Menteri Besar Terengganu Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam amat melegakan sebahagian besar rak...
Muhyiddin Lebih Bimbang Kedudukannya Dalam Parti Dari Rakyat Dakwa Penulis

Muhyiddin Lebih Bimbang Kedudukannya Dalam Parti Dari Rakyat Dakwa Penulis

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 240 hits
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin nampaknya lebih bimbang kedudukannya tergugat dalam Bersatu daripada kebimbangan kepada Covid 19 yang boleh mengancam nyawa manusia kata penulis Mohd Sayuti Omar dalam tulisan berkata kalau dia tidak bimba...
Covid 19 Rakyat Malaysia Di Luar Negara Yang Ingin Pulang Ke Tanahair

Covid 19 Rakyat Malaysia Di Luar Negara Yang Ingin Pulang Ke Tanahair

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 341 hits
Di bawah adalah contoh kajian kes berkenaan dengan SOP yang perlu diikuti oleh rakyat Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia di waktu PKP Peejah anak perempuan Mak Cik Kiah yang low profile bekerja di Singapura Dia membuat panggilan ke MyGC...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions