Krisis Rusia Ukraine Siapa Di Sebalik Nama Vladimir Dan Volodymyr



Krisis Rusia-Ukraine: Siapa Di Sebalik Nama Vladimir Dan Volodymyr?
EJAAN sahaja mungkin berbeza, namun cara sebutan nama pangkal dua sosok ini, yang sekarang disebut-sebut di seluruh dunia, sebenarnya hampir serupa.
Vladimir Putin dan Volodymyr Zelensky masing-masing merupakan Presiden bagi negara Rusia dan Ukraine, kini terpalit dalam sebuah drama pertembungan kuasa, pelanggaran sempadan dan percaturan politik.
Perkembangan semasa terjurus ke arah bibit peperangan, sekali gus menjadi yang pertama seumpamanya di benua Eropah dalam sejarah moden. Tumpuan seluruh dunia adalah kepada tindakan dua figura ini
Berikut adalah latar belakang ringkas bagi kedua-dua pemimpin:
VLADIMIR PUTIN Presiden Rusia ini mula menimba pengalaman sebagai ahli politik sejak tahun 1990 dan merupakan bekas pegawai perisikan. Kerja politiknya bermula dengan tugas pentadbiran di Saint Petersburg pada tahun 1990 sebagai pegawai penasihat hubungan antarabangsa, sebelum berpindah ke Moscow tujuh tahun kemudian.
Dari situ, beliau mengasah kemahiran, ilmu, dan mencipta jaringan dalam pelbagai jabatan pentadbiran.
Bermula sebagai Pengarah Keselamatan Persekutuan, Setiausaha Majlis Keselamatan, Perdana Menteri hingga dilayakkan menyandang jawatan nombor satu Rusia.
Lebih awal dari itu, pada tahun 1975, Putin menyertai KGB dan pernah dilatih di sekolah KGB ke-4-1 di Okhta, Leningrad.
Beliau kemudian berkhidmat sebagai Ketua Direktorat (counter-intelligence) yang memerlukannya memantau pegawai dan konsulat negara asing di Leningrad.
Pada September 1984, Putin dihantar ke Moscow untuk melanjutkan latihan di Yuri Andropov Red Banner Institute. Dari tahun 1985 to 1990, beliau berkhidmat di Dresden, Jerman Timur, dengan membawa identiti sebagai jurubahasa.
Nama penuh: Vladimir Vladimirovich Putin
Tarikh lahir: 7 Oktober 1952 (Umur 69 tahun)
Tempat lahir: Leningrad (kini Saint Petersburg), Rusia
Pendidikan: Saint Petersburg State University (1970-1975), Academy of Foreign Intelligence (1984-1985), Saint Petersburg Mining University (1997)
Tempoh kepresidenan: 1999 hingga 2008, 2012 hingga kini
Ibu bapa: Bapanya, Vladimir Spiridonovich Putin berkhidmat dalam Tentera Laut Soviet, manakala ibunya, Maria Ivanovna Putina, ialah pekerja industri.
Trivia: Datuknya, Spiridon Putin, merupakan tukang masak khas kepada pencetus revolusi, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin. Putin merupakan penggemar dunia outdoor, dan sinonim dengan sifat ‘kejantanan’.
Beliau sering menunjukkan kekuatan fizikal dengan melakukan aksi berbahaya seperti sukan ekstrem dan melibatkan haiwan liar. Pesona ‘macho’ itu adalah untuk menonjolkan sifat maskulin dan kepahlawanan.

VOLODYMYR ZELENSKYY Portfolio Presiden Ukraine ini sangat unik iaitu ahli politik, pelakon dan ahli komedi.
Semuanya bermula pada usia 17 tahun, beliau menubuhkan kumpulan komedi untuk menyertai program televisyen, KVN, dan kemudian lolos ke liga utama lantas menjuarainya pada tahun 1997.
Zelenskyy kemudian menubuhkan kumpulan Kvartal 95 dan membuat siri jelajah ke seluruh negara-negara bekas Soviet.
Bermula tahun 2003, Zelenskyy banyak menerbitkan rancangan untuk stesen televisyen Ukraine selain membintangi filem seperti Love in the Big City (2008) Our Time (2011), Rzhevsky Versus Napoleon ( 2012), 8 First Dates (2012), dan Love in the Big City 3 (2014).
Paling menonjol adalah siri komedi satira politik, Servant of the People, (2015-2019) yang melonjakkan namanya.
Laluannya ke arena politik dan pentadbiran negara adalah berdasarkan populariti yang memuncak dalam dunia hiburan, selain sokongan individu berpengaruh dan pasukan penasihat.
Zelenskyy berkata, beliau menceburi politik adalah untuk meletakkan semula keyakinan dalam figura ahli politik dengan ‘mengetengahkan individu profesional yang sopan ke tampuk kuasa’.
Pada tahun 2019, Zelenskyy telah mencabar Presiden Ukraine ketika itu, Petro Poroshenko dalam pilihan raya dan tanpa disangka telah menang dengan undian majoriti besar meskipun hanya berkempen dalam media sosial.
Zelenskyy malah menggunakan nama siri program popular lakonannya, Servant of the People, sebagai nama parti politiknya.
Nama penuh: Volodymyr Oleksandrovych Zelenskyy
Tarikh lahir: 25 Januari 1978 (Umur 44 tahun)
Tempat lahir: Kryvyi Rih, Ukraine (dahulu Kesatuan Soviet)
Pendidikan: Sarjana Undang-Undang dari Kryvyi Rih Institute of Economics (kini Kryvyi Rih National University)
Tempoh kepresidenan: 2019 hingga kini
Ibu bapa: Bapanya, Oleksandr Zelenskyy, merupakan seorang profesor dan ketua Jabatan Sibernetik dan Perkakasan Perkomputeran; manakala ibunya, Rymma Zelenska, pernah berkhidmat sebagai jurutera.
Trivia: Selepas lulus sarjana, Zelenskyy tidak meneruskan kerjaya dalam bidang perundangan, sebaliknya lebih cenderung menceburi bidang seni persembahan penerbitan program dan penyiaran.
Penyokong kempen pengedaran percuma ganja perubatan, kempen pengguguran percuma, legalisasi pelacuran dan perjudian, namun menentang legalisasi senjata api.-AA
Krisis Rusia-Ukraine: Siapa Di Sebalik Nama Vladimir Dan Volodymyr?
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib Leissner sogok suami Zeti Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid Saya tak ada kroni – Mahathir Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

The post Krisis Rusia-Ukraine: Siapa Di Sebalik Nama Vladimir Dan Volodymyr? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/27/krisis-rusia-ukraine-siapa-di-sebalik-nama-vladimir-dan-volodymyr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Krisis Perang Rusia Dan Ukraine Apa Sebenarnya Yang Presiden Vladimir Putin Mahukan

Hiburan Krisis Perang Rusia Dan Ukraine Apa Sebenarnya Yang Presiden Vladimir Putin Mahukan

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 284 hits
Presiden Rusia Vladimir Putin baru baru ini telah mengumumkan bahawa negaranya telah melancarkan perang terhadap Ukraine Jika dahulu dunia hanya menganggap Putin hanya bercakap kosong namun ugutannya itu akhirnya menjadi kenyataan apabila d...
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky Terselamat Dari Tiga Percubaan Membunuhnya Hasil Sabotaj Dari Double Agent Rusia

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky Terselamat Dari Tiga Percubaan Membunuhnya Hasil Sabotaj Dari Double Agent Rusia

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 299 hits
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dilaporkan terselamat dari tiga percubaan membunuhnya pada minggu lalu Tentera upahan dari kumpulan Wagner yang disokong Kremlin dan pasukan khas Chechen dihantar untuk membunuh presiden Ukraine itu sejak...
Krisis Rusia Ukraine Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine

Krisis Rusia Ukraine Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 177 hits
Krisis Rusia Ukraine Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine KIEV Seorang jeneral perang kanan Rusia dilaporkan ditembak mati oleh penembak tepat Ukraine semasa pertempuran di lapangan terbang Hostomel Airfield yang terletak ...
Krisis Rusia Ukraine Zelensky Kecam Nato Tolak Zon Larangan Terbang Ukraine

Krisis Rusia Ukraine Zelensky Kecam Nato Tolak Zon Larangan Terbang Ukraine

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 134 hits
Krisis Rusia Ukraine Zelensky kecam NATO tolak zon larangan terbang Ukraine KYIV Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengecam tindakan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara yang menolak zon larangan terbang ke atas negaranya sambil mengataka...
Krisis Rusia Ukraine Rusia Sekat Akses Facebook

Krisis Rusia Ukraine Rusia Sekat Akses Facebook

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 206 hits
Krisis Rusia Ukraine Rusia Sekat Akses Facebook MOSCOW Badan pemantau komunikasi Rusia pada Jumaat mengumumkan ia menyekat akses kepada Facebook sebagai reaksi kepada sekatan yang dikenakan syarikat rangkaian sosial itu ke atas beberapa sal...
Pemimpin Chechen Rusia Berkata Tenteranya Telah Dikerahkan Ke Ukraine

Pemimpin Chechen Rusia Berkata Tenteranya Telah Dikerahkan Ke Ukraine

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 195 hits
MOSCOW Ramzan Kadyrov pemimpin wilayah Chechnya Rusia dan sekutu Presiden Rusia Vladimir Putin berkata pada hari Sabtu bahawa pejuang Chechnya telah dikerahkan ke Ukraine dan menggesa rakyat Ukraine untuk menggulingkan kerajaan mereka Dalam...
Presiden Ukraine Turun Berjuang Bersama Tentera Rusia Lepaskan Pasukan Khas Chechen Untuk Memburu

Presiden Ukraine Turun Berjuang Bersama Tentera Rusia Lepaskan Pasukan Khas Chechen Untuk Memburu

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 336 hits
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dilapor telah turun padang bersama pasukan pertahanan dan rakyat Ukraine untuk menentang Rusia setelah negara itu bertindak melancarkan serangan sejak beberapa hari lalu Zelenskyy juga sempat merakam dir...
Presiden Dan Rakyat Ukraine Akan Perangi Rusia Habis Habisan Video

Presiden Dan Rakyat Ukraine Akan Perangi Rusia Habis Habisan Video

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 226 hits
MOSCOW Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyiarkan sebuah video pendek dari Kiev pada Jumaat dengan bersumpah untuk mempertahankan ibu negara daripada diceroboh Rusia Kami semua di sini Tentera orang awam turut berada di sini Kami bersed...
Segera Ke Meja Rundingan Serangan Rusia Ke Atas Ukraine Berpotensi Perang Dunia Ke 3

Segera Ke Meja Rundingan Serangan Rusia Ke Atas Ukraine Berpotensi Perang Dunia Ke 3

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 185 hits
1 Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine adalah perkembangan yang mengejutkan dalam era moden ini dengan potensi implikasi konflik global yang lebih luas dengan kemungkinan perang dunia ke 3 2 Amanah mengecam sekeras kerasnya pencerobohan Ukrai...
Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Kaitan Al Arqam Rufaqa Dan Gisbh Dengan Pas

Sang Saka Penipu

Syarikat Berkaitan Gisbh Berisiko Di Batalkan

Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Obesiti Atau Kegemukan Di Malaysia

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

Akaun Emas Gap Bukan Emas Digital


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Exclusive Scr2u Casino Features You Should Know About Before Signing Up

Lubnan Mengesahkan Sayyed Hassan Nasrallah Terbunuh

Bn Sapu Mahkota Rampas Undi Pn Tapi Sokongan Cina Merosot

Server Kecil Hpe Berbasis Amd Eypc 64 Core Tiga Gpu Enam Ssd Tapi Jangan Harap Main Black Myth Wukong Dengan Lancar

Saiz Fail Dlc Shattered Space Untuk Starfield Ditemui

Vivo Tunjuk X200 Series Dengan Lebih Jelas