Krisis Bersatu Mungkinkah Parti Ini Akan Berkubur



Oleh: Abdul Azim Roslan

1. Ketahuilah, siapa yang paling beruntung tatkala krisis parti BERSATU sedang memuncak?

2. Ya, Umno dan Pas.

3. Pada awal penubuhan BERSATU, selain menjatuhkan Najib, objektif utamanya ialah agar parti ini bisa menggantikan Umno sebagai parti pilihan utama orang Melayu Islam.


4. Tetapi apa yang dah terjadi kini? BERSATU kini hampir tersembam menyembah Umno-Pas kerana konflik dalaman.

5. Kita ada dua SUA. Satu pilihan Pengerusi, dan satu lagi pilihan Presiden parti. Sehingga kini, ahli parti tak jelas, mana satu SUA yang sah.

6. Ketika awal BERSATU-PH memenangi Putrajaya, kelihatan parti Umno hampir musnah. Ramai MP Umno yang mengelabah dan hilang arah cuba masuk ke dalam parti BERSATU.

7. Tetapi dalam politik semuanya licik. Penerimaan kemasukan MP Umno seperti Hamzah Zainuddin tidak membuatkan parti BERSATU semakin kuat, tetapi akhirnya ia semakin lemah kerana perpecahan.


8. Hamzah Zainuddin dikatakan menjadi antara agen utama (pelobi) kepada usaha untuk membentuk kerjasama Perikatan Nasional (PN) antara parti BERSATU-Umno-Pas-PKR team AA.

9. Begitu juga Azmin Ali, dia menjadi agen dan penghubung kepada usaha ini. Dia menawarkan sokongan sebahagian MP PKR untuk membentuk kerajaan PN.

10. Umno-Pas sedar, sebahagian pimpinan tertinggi BERSATU tidak bersetuju dengan kerjasama ini. Tetapi mereka juga sedar ada sebahagian pimpinan tertinggi BERSATU yang memandang kerjasama PN ini sebagai pilihan utama berbanding PH.

11. Apabila ada dua kem pimpinan BERSATU berbeza pendapat mengenai kerjasama PN ini, pastinya Umno-Pas melihat ini sebagai satu peluang untuk menjatuhkan BERSATU.


12. Jika kerjasama PN ini gagal, Umno tidak rugi apa-apa. Mereka akan kekal sebagai pembangkang. Melalui kerjasama Muafakat Nasional, mereka yakin PRU15 peluang mereka tetap cerah merampas Putrajaya.

13. Tetapi apabila rancangan ini berjaya, Umno boleh kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan disamping ia boleh menghancurkan seteru utama parti politiknya iaitu parti BERSATU.

14. Kill two birds with one stone.

15. Umno melalui bekas MP Umno yang melompat parti ke BERSATU, memulakan gerakan melobi kerjasama ini. Pelbagai pihak cuba diyakinkan dan tindak tanduk sebahagian pimpinan DAP telah memudahkan kerja ini.


16. Akhirnya kerjasama ini berjaya, dan kita boleh lihat apa yang sedang berlaku.

17. Parti BERSATU sedang berpecah dan menjadi semakin lemah. Umno-Pas semakin kuat dan sedang menuai hasil ghanimah melalui jawatan lantikan politik.

18. Didalam peristwa perang Trojan, Greek ada menghantar replika kuda kayu untuk masuk ke dalam kota Troy. Di dalam kuda kayu itu mereka sembunyikan beberapa anggota tentera.

19. Secara diam-diam, tentera Greek ini membuka pintu kota Troy dan membenarkan lebih ramai tentera Greek untuk masuk ke dalam kota Troy, akhirnya kota Troy tumbang ke tangan Greek.


20. Istilah ‘trojan horse’ kini menjadi popular dan digunakan secara meluas. Kebetulan, peristiwa ini seakan kena dengan apa yang sedang berlaku kepada BERSATU.

21. Kiriman ini tidak bermaksud untuk menyalahkan Umno-Pas. Itu memang lumrah dalam kebijaksanaan strategi politik untuk menjatuhkan lawan. Tetapi lebih kepada betapa lemahnya parti BERSATU membaca gerakkan dan strategi politik parti lawan.

22. Kita juga gagal untuk menghalang parti ini daripada diperalatkan oleh orang-orang politik yang bernafsu besar.

23. Selain Hamzah Zainuddin, Azmin Ali merupakan sosok penting. Pelobi kerjasama PN ini merupakan orang politik yang punyai nafsu dan cita-cita besar.


24. Menerima Azmin Ali masuk ke dalam mana-mana organisasi politik perlu untuk diberikan peringatan. Terutamanya kepada orang no 1 atau no 2 dalam hierarki parti politik.

25. Azmin Ali mempunyai sejarah mencantas pimpinan atasan kerana mengejar nafsu politiknya. Lihat apa yang terjadi sewaktu Langkah Kajang, akhirnya dia yang menjadi MB Selangor. Dia juga ingin mencantas Anwar Ibrahim daripada menjadi PM ke 8.

26. Aku secara peribadi dah berikan pandangan mengenai perlunya kita menolak kemasukkan MP Umno ke dalam BERSATU. Aku juga dah berikan amaran mengenai politikus rakus seperti Azmin Ali yang perlu ditolak dan dijauhi.

27. Tetapi suara marhaen ahli parti bawahan tidak ada siapa yang peduli. Suara sumbang anak muda tidak perlu diambil berat.


28. Kini, Tun Mahathir, Mukhriz, Saddiq, Maszlee, Amirudin telah dipecat oleh parti. Mengulangi kesilapan yang seperti mana Umno telah lakukan.

29. Bezanya, parti BERSATU mengulangi kesilapan parti Umno yang telah berusia lebih 70 tahun ketika berusia kurang 5 tahun. Kita menjadi korup pada skala yang jauh lebih cepat!

30. Habis baca nampak?

😜

Ikhlas,
#KANS


Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Penulis merupakan ahli Armada PPBM. – Editor.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/05/krisis-bersatu-mungkinkah-parti-ini.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krisis Kepimpinanan Bakal Membawa Kepada Pengharaman Parti Bersatu

Krisis Kepimpinanan Bakal Membawa Kepada Pengharaman Parti Bersatu

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 411 hits
Mencongak masa depan Bersatu Mengulangi nasib Umnokah Bersatu merupakan parti yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin Umno dalam usaha mereka menumbangkan BN yang ketika itu dipimpin Najib Razak Kelahiran Bersatu berlaku selepas Muhyiddin Yassi...
Tun Dr Mahathir Dipecat Dari Parti Bersatu

Tun Dr Mahathir Dipecat Dari Parti Bersatu

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 501 hits
SHAH ALAM Lima ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat daripada parti itu serta merta hari ini Berdasarkan surat pemecatan yang dikeluarkan parti itu selain Dr Mahatir yang juga...
Hilang Kedah Bersatu Bukan Parti Induk Dalam Pn

Hilang Kedah Bersatu Bukan Parti Induk Dalam Pn

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 326 hits
Oleh A Kadir Jasin ULASAN Pas yang kalah kepada Pakatan Harapan di Kedah dalam PRU 2018 kembali berkuasa di negeri itu dengan izin dan ihsan Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin Maka dengan itu hilanglah sebuah l...
Baru Bian Adun Batu Lintang Sertai Parti Sarawak Bersatu

Baru Bian Adun Batu Lintang Sertai Parti Sarawak Bersatu

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 443 hits
PETALING JAYA Presiden Parti Sarawak Bersatu Wong Soon Koh mengumumkan Ahli Parlimen Selangau Baru Bian dan Adun Batu Lintang See Chee How menyertai parti itu hari ini Katanya sejak beberapa bulan lalu pemimpin parti itu mengadakan beberapa...
Mpt Bersatu Sahkan Dr M 4 Yang Lain Bukan Lagi Ahli Parti

Mpt Bersatu Sahkan Dr M 4 Yang Lain Bukan Lagi Ahli Parti

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 312 hits
MALAYSIAKINIMesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu semalam mengesahkan keahlian Dr Mahathir Mohamad terhenti secara serta merta Selain Dr Mahathir pemberhentian serta merta itu turut melibatkan Mukhriz Mahathir Syed Saddiq Syed Abdul R...
Tanpa Dap Parti Parti Melayu Di Perak Tidak Juga Bersatu

Tanpa Dap Parti Parti Melayu Di Perak Tidak Juga Bersatu

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 273 hits
Sebelum rampasan kuasa Perikatan Nasional Pas dan Umno berkata ketidakstabilan politik Melayu adalah disebabkan DAP yang cuba menguasai Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan Namun selepas dua bulan memerintah malah menguasai begitu ...
Akui Tidak Suka Dap Anwar Lagi Audio Mesyuarat Bersatu Tersebar

Akui Tidak Suka Dap Anwar Lagi Audio Mesyuarat Bersatu Tersebar

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 298 hits
Sebahagian lagi rakaman audio Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu pada jam 11 pagi 23 Februari lalu yang berdurasi 56 saat tersebar lagi hari ini Dipercayai suara Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mesyuarat ketika itu membincangkan...
Muhyiddin Akan Hapus Jawatan Pengerusi Bersatu

Muhyiddin Akan Hapus Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 290 hits
Setelah berjaya menjadi Pemangku Pengerusi Bersatu dengan bantuan RoS kemudian dijangka memecat Tun Mahathir Mohamad dan selepas itu menjalankan proses pemilihan parti apa seterusnya yang akan dilakukan oleh Muhyiddin Yassin Dalam keadaan s...
Bagaimana Jika Muhyiddin Dipecat Daripada Bersatu

Bagaimana Jika Muhyiddin Dipecat Daripada Bersatu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 393 hits
Shahbudin Husin Berdasarkan rakaman audio mesyuarat MPT Bersatu yang dibocorkan serta perkembangan semasa adalah jelas Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti telah melakukan dua kesalahan disiplin yang serius Kesalahan pertama membawa Bersa...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever