Krisis Air Jangan Kompaun Tapi Hukum Penjara


Hidayat Shukor Mustapa Ibrahim ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Mutiara 6, Taman Selayang Mutiara, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK GOMBAK – Gangguan bekalan air tidak berjadual di sekitar Selangor dan Lembah Klang kali ini bukan sahaja memberikan tekanan kepada pengguna malah telah membangkitkan kemarahan kerana ia semakin kerap berlaku sehingga menjejaskan urusan seharian mereka.
Bagi pengguna yang tinggal di rumah pangsa, atau yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, ketiadaan bekalan air umpama satu bencana gara-gara kegagalan pihak kerajaan negeri bertegas memastikan semua pihak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
Pihak kerajaan negeri juga dilihat telah gagal dalam menyediakan pelan tindakan untuk memastikan pengguna tidak terjejas dalam tempoh yang lama apabila berlaku kejadian yang tidak dirancang itu.
Tinjaun MalaysiaGazette di pili air awam di Jalan Mutiara 6, Bandar Baru Selayang mendapati orang ramai khususnya penduduk di sekitar kawasan itu terpaksa mengharungi panas terik semata-mata untuk mendapatkan bekalan air di pili awam yang disediakan syarikat Air Selangor.
Bukan setakat berpanas, mereka terpaksa beratur panjang dan menunggu lama untuk mengisi bekas air yang dibawa, lebih menyedihkan apabila ada kalangan pengguna membawa anak-anak kecil untuk membantu mengangkat air.
Pemandu teksi, Mustapa Ibrahim ketika ditemui MalaysiaGazette ternyata gagal membendung rasa kecewa beliau di atas perbuatan tidak bertanggungjawab pengusaha kilang yang menjadi punca bekalan air terpaksa dihentikan.
“Kilang inilah punca yang menyusahkan orang ramai, seandainya orang ramai saman syarikat tersebut kita tengok apa alasan dia,” katanya sambil menahan marah.
Seorang penduduk mengambil bekalan air yang disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Mutiara 6, TamanSelayang Mutiara, Selangor. foto SYAFIQ AMBAKLelaki berusia 53 tahun itu turut mempersoalkan kelewatan syarikat Air Selangor memaklumkan tentang gangguan air tersebut kepada pengguna.
“Jika dimaklumkan awal mungkin penduduk boleh melakukan persediaan, ini sudah beberapa hari baru nak keluarkan kenyataan,” katanya.
Seorang lagi suri rumah yang enggan berkongsi namanya turut tidak dapat menahan perasaan marah apabila ditanya tentang krisis yang sedang melanda Selangor dan Lembah Klang.
Surirumah ini turut melahirkan rasa kecewa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Mutiara 6, Taman Selayang Mutiara, Selangor. foto SYAFIQ AMBAKKatanya, ganguan bekalan air itu menyebabkan beliau terpaksa memikirkan untuk membawa keluarganya ke sungai berdekatan bagi membersihkan diri.
“Kita mandi di rumah lebih selesa, kenapa saya perlu susahkan diri membawa mandi di sungai?” katanya dalam keadaan marah.
Ibu kepada dua anak itu berkata, kudratnya sebagai wanita mengehadkan usahanya untuk membawa air yang banyak ke rumahnya.
“Bagaimana perempuan yang mempunyai bayi yang perlu diuruskan menghadapi masalah gangguan air,” katanya.
Suaminya yang berada disampingnya juga mengatakan pihak kilang yang dipercayai melalukan pencemaran itu perlu dihukum penjara 200 tahun.
“Sepatutnya kilang tersebut ditutup sahaja jangan diberi buka lansung. Kalau boleh penjarakan dia sampai 200 tahun!” katanya.
Sementara itu, petugas yang menjaga pili awam, Khairul Nazir Ahmad Kadri berkata, kerjasama yang diberikan penduduk setempat ketika mengambil air wajar dipuji meskipun mendapat notis gangguan air dalam waktu yang singkat.
Khairul Nazir Ahmad Kadri“Waktu puncak untuk orang awam datang menadah air adalah pada jam 10 pagi hingga tengah hari.
“Namun, Alhamdulillah kerjasama yang baik diberikan dan orang awam tidak berebut mahupun berasak-asak untuk mendapatkan bekalan air di pili awam,” katanya.-MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/krisis-air-jangan-kompaun-tapi-hukum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Perang Politik Tapi Jangan Rugikan Negara Wira Black Hawk Down

Boleh Perang Politik Tapi Jangan Rugikan Negara Wira Black Hawk Down

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 339 hits
1 108 total views 1 108 views today KUALA LUMPUR Boleh perang politik tapi jangan sesekali rugikan negara itu pesan Mejar Latif Ladin kepada generasi masa kini sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut 16 Sept i...
Kata Tak Kena Kampaun Tapi Kenapa Pak Lebai Kena Kompaun

Kata Tak Kena Kampaun Tapi Kenapa Pak Lebai Kena Kompaun

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 388 hits
Pak Long Mail kata tiada lagi kompaun tapi kenapa menteri masih kena kompaun
Jangan Naik Harga Air Mineral Kpdnhep

Jangan Naik Harga Air Mineral Kpdnhep

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 633 hits
M Update 7 9 2020 Jangan sorok bekalan atau naikkan harga air mineral sesuka hati itu amaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur susulan masalah bekalan air yang melanda ibu kota seja...
Jangan Terkejut Jika Pkr Tumbang Di Selangor Kerana Air

Jangan Terkejut Jika Pkr Tumbang Di Selangor Kerana Air

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 399 hits
ISMAIL HASHIM YAHAYA Apabila berlakunya isu gangguan bekalan air di Selangor teringat pula kepada sosok bernama Datuk Seri Jamal Md Yunos dengan bertuala mandi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor Selepas beberapa tahun lalu vid...
Kalau Anak Mengamuk Jangan Di Tengking Tapi Gunakan Reflection Chair

Kalau Anak Mengamuk Jangan Di Tengking Tapi Gunakan Reflection Chair

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 328 hits
Kalau anak mengamuk jangan tengking tapi gunakan reflection chair Cara disiplinkan anak mengikut tahap umur supaya bersesuaian dengan mereka Kenapa perlu disiplinkan anak dalam mendidik Ikuti perkongsian Ibu Rose Perihal Anak 3 6 tahun Meng...
Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform

Elon Musk Vs Trump Elon Bongkar Trump Terlibat Kes Epstein Dan Kesan Ekonomi Dunia Terjejas

Honor 400 Series Now Free With Telco Plans Here S How To Score It

My Take Is Johor Bahru Property Finally Doing Well


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Rindu Terubat Sheila On 7 Kembali Gegar Pentas Malaysia Julai Ini

Jatuh Tingkat 30 Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman

Bot Terbalik Di Perairan Tanjung Harapan 3 Termasuk Bayi Maut Dan 2 Masih Hilang

The Day Niagara Falls Stopped A Forgotten Natural Phenomenon Of 1848

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah