Krabi Part 6 Krabi Night Market Dan Ao Nang Night Market Jalan Jalan Cari Makan



Besar sungguh kawasan Krabi Night Market, Abg tu kemain bertocang purple kena plak dengan papan tanda kedai sana haha, rezeki dia dapat masuk blog julia, halal ye hahaha

Paling dinantikan entry jalan-jalan cari makan di Krabi, Thailand. Kalau ke Krabi kena ingat dua perkara menarik di sini. Krabi Night Market dan Ao Nang Night Market, korang wajib pergi. Sebab apa aku kata wajib? Sebab inilah syurga lubuk makanan halal sedap di Krabi. Tak pergi kedua-duanya rugi sangat, okey julia mulakan cerita dengan Krabi Night Market dulu okey. 
Krabi Night Market👉Hanya Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja beroperasi. 💥Hari lain tak ada night market di bandar Krabi. 💘Pastikan tarikh penerbangan atau perjalanan kalian kena salah satu hari berkenaan. Kalau tak nak menyesal kemudian hari hehe. 
Penginapan kami di Ao Nang Krabi berdekatan dengan pantai, jarak dari Ao Nang ke bandar Krabi lebih kurang 40 minit tau. Jangan korang naik tuk tuk, penat lah pinggang haha, nak pergi sana kami tempah kenderaan van melalui lobi hotel je sebab kami kira-kira lagi jimat tempah di hotel berbanding tempah walk in di deretan kedai-kedai sekitar Ao Nang tu. 
Nampak harga? Seorang THB150 = RM20 lebih seorang. Budak sebaya Abg Qi 7 tahun harga sama macam orang dewasa ye, kecuali baby mungkin free. Waktu pickup dari lobi hotel ke Krabi town dalam jam 6 petang dan dia tunggu kita sampai jam 9 malam. 
Sekejap je? Ish sebenarnya lama tau bertapa kat sana, sudah cukup masa diberi sampaikan kami pulak kena tunggu van tu pick up kita orang tau. Memang diorang bagi lebih masa, biasalah ni anggaran je kan, jangan lupa snap number plate kenderaan korang naik. Nanti nak balik tak adalah pening teka van mana satu tau. 
Senang betul, kat hotel kami menginap ni semua ada, kami cuma tunggu dekat lobi macam kat gambar bawah. Ada pemandu baju pink sampai jemput kami naik van, cantik sungguh tau van VIP Krabi kami naik ni tau. 
Sebelum naik kami kena pakai gelang tangan, kot lah tersalah naik van lain boleh trace anak buah dia. Bijak!
Kalau kata jam 6 petang pemandu pick up, pastikan korang tunggu awal tau. Macam kami, orang pertama dia jemput sebelum dia tour hotel lain pick up pelancong lain setiap hotel tau yang tempah. Macam kami, orang pertama naik boleh duduk seat paling depan 3 orang, selesa tak payah bersesak haha. 
Tadaa...dah sampai. 40 minit tu rasa sekejap je. Mata layu je sebab van dia selesa teramat sangat, hampir nak ketiduran haha. Tapi mengenangkan tak sabar nak tour sekitar Krabi Night Market, terus segar bugar menatap deretan kedai-kedai di dirikan. 
Wahhhhhhh jom berenang laju-laju...pastikan anak dan suami korang jalan-jalan rapat, jangan berpecah, di khuatiri nanti perkara yang tak di undang. Ingat, pergi mana-mana, mata tu jangan leka. Tengok anak, tengok suami...mana tau suami pun orang kidnap, ehh sekarang di mana-mana jangan percaya.  Ada tarian tradisional Thai. Ramai snap gambar dan video. 
Nak tengok video kena klik bawah sekali ada sisipan julia sedia. 

Syurga sungguh, pertama kali tengok durian bakar. Sedap!

 Jangan lupa beli mini pancake, murah dan sangat sedap, sambil pusing ngap dulu haha. 

 Aku duduk sini dalam 5 minit, menghayati lagu tradisional Thai, dekat sini aku tengok jarang peminta sedekah tak buat kerja. Semua aku tengok dia orang berusaha dulu, baru orang bagi duit sedekah. Memang uniklah Thai, tak duk saje, rajin, macam-macam lah diorang buat, menari lah, menyanyi lah, main peralatan muziklah. Kan bijak namanya. 

 Haaaaaa, bapok menari haha, aku perati lama diorang ni atas stage, tak macam wanita sejati haha, opppsss syhhhh...tapi mantap lah persembahan dia orang. Memukau pelancong asing untuk tidak berganjak dari meja walau seinci haha. Aku tengok persembahan ni free je, nanti ada tong sedekah berjalan dari meja ke meja. 

 Terpukau tengok kulit flawless dia orang, memang hidup cara macam ini bab hiburan cari makan. Patutlah pelancong suka datang Krabi, rupa-rupanya hahahahaha....aku tak nak cakap lebih-lebih. Pepafahamlah. 😂

 Murah, ada big size sampai 4xl tau. Kalau nak beli baju sila pi Krabi Night Market. Kami beli untuk Abg Qi je sehelai. Aku je ngada tak kenan corak kat sini. Aku beli baju satu team dekat Ao Nang Muslim Street, tu nanti aku review kemudian okey. 

 Dah puas pusing satu night market, jangan lupa kalau ada masa lagi setengah jam sila ke sebelah Krabi Night Market, cari Vogue Plaza. Kat sini Allah, lambakan kasut, pakaian dalam dan lain-lain, murah plak tu, apa lagi kami balon lah beli luar dan dalam ehhhh hahaha.

Tepat jam 9 lebih kami naik dah van, cantik sungguh vip van dia weh, selesa teramat sangat, siap ada lampu merelip bagai kat atas. Sekejap-sekejap pemandu van ni tukar warna ungu lah, warna kuning lah, berlambak warna sungguh. 
Puas hati, perjalanan di rasakan singkat dan pemandu sangat berhemah. Kami dapat tengok hotel orang lain juga tau masa pemandu nak hantar pelancong-pelancong lain. Boleh tengok hebat-hebat pelancong luar ni menginap hotel ternama sekitar Krabi. Okey siap dah makan, beli cendera mata semua kami balik ketiduran sepanjang perjalanan. 
Next....
xxx
Ao Nang Krabi Night MarketKami naik tuk tuk je, sebab hotel kami senang akses tuk tuk, jalan sikit keluar hotel nampak dah deretan tuk tuk tunggu. Kena tawar menawar lah ya, sebab kalau hotel korang dekat dengan Ao Nang Krabi tak jauh pun nak ke Ao Nang Night Market. 
Dalam 10 minit naik dah sampai hahaha, jaga-jaga, tuk tuk sini suka bagi harga bukan-bukan.
Aku punya lah tawar menawar, kadang tu diorang mati tak kasi harga murah. Memang tak lah aku nak naik kalau kau degil. Tapi abg driver tuk tuk ni kasi murah. 
Naik lah kami bertiga. Mujur muat, hahhaa muatan lebih berat, mujur motosikal ni boleh berjalan lagi kahkahkah. 
Kan aku cakap, sekejap je. 5 ke 10 minit dah sampai. Jangan jalan kaki balik hotel plak, penat gak nanti hehe.  Yang penting selfie dulu, kami dah solat maghrib tau baru keluar, travel jangan tinggal solat, nanti Tuhan murka! 
Jatuh hati Tempat Ao Nang Night Market sangat luas, sangat tersusun, sangat cantik, banyak meja makan dan kerusi. Waktu kami melancong ke Krabi bukan waktu puncak pelancong ramai. Memang selesa lah kami memburu makanan. 
Berbanding dengan Krabi Night Market, di sana agak sesak, orang ramai, nak cari meja makan pun susah, kena melangut tunggu orang lain makan itu pun kau kena bersabar kadang-kadang dia orang tak bangun pun sebab sambung sembang. 
Berbeza kat sini, banyak tempat duduk. Makanan lagi sedap, ahhhhhh kemaruk cerita balik. Jaga-jaga, non halal pun banyak. Buka mata luas-luas sebelum tempah ya. 
 5 bintang: Entah berapa kali sehari aku repeat makan Thai Banana Pancake, sedap tak terkata. Baru aku tahu kenapa orang suka datang lagi Krabi, sebab craving makanan inilah. 

  5 bintang: Aku rekemen sangat, cuba Phad Thai, memang marvelos, sedap sangat-sangat. Nak menangis makan, balik hotel aku menangis sebab nak tunggu esok hari datang sini nak makan menu ni lagi haha. Sila beli, kalau tak jangan balik Malaysia haha. 

  5 bintang: Sedap ya ampun, banyak pula tu. Memang order satu je, ni nasi Abg Qi, dia kalau tak makan nasi memang bukan orang Melayu sejati haha. Sedap sangat-sangat, penuh seafood. Puasnya makan, pengsan!

  4 bintang: Suami punya, dia suka makan aneh-aneh sikit haha, aku rasa okey lah not so bad, cuma aku kurang sikit nasi letak nenas ni, aku tengok suami aku makan laju, sedap lah tu haha. 

  5 bintang: Ini sedap, besar-besar isi ayam dalam tu, nak order baru dia masak panas-panas. Arghhhhhhhhhhhh nak pi Krabi balik demmm it hahaha

 Air mango smoothie, strawberry milk, thai tea. Cukup lengkap menu versi Krabi. Nikmat. Bismillah. 


Kedai ini semua kami rekeman, memang power!
 Abg Qi ! 
Snap lah dulu, dia santap dulu weh...tolonglah anak aku tu hahaha

Tengok! Kiri kanan air dia balon, semua dia nak makan, semua dia nak minum, semua dia nak rasa, hahaha 😋😂😁muka tu tak boleh dibendung rasa gembira, dapat gak rasa keenakan makanan Krabi yang disebut-sebut oleh orang selama ini. 
 Dah kenyang burppppppp!
Jangan lupa pemanis mulut, cuba aiskrim rolls, boleh tengok orang potong aiskrim atas plate besi, unik ooo, nak tengok video sila klik video dibawah sekali okey. 

 Cantik kan, macam-macam jenis tempat duduk ada. Puas kami melepak kat sini, sambil makan cuci mata tengok dekorasi di sini. Menarik lah. 👍

 Luas, anak-anak boleh berlari sakan kat sini sebab tak ada kenderaan kawasan ini. Pilihlah mana-mana tempat duduk disukai, open air ada, dalam berbumbung ada. Yahuuu!

 Puas ke Ao Nang Night Market, kami naik tuk tuk depan tu semula masa mula-mula kami masuk. Memang ada je tuk tuk tunggu. Tak payah order tuk tuk awal tadi masa korang naik untuk tunggu kita balik. Kita boleh free and easy dalam tu puas-puas. 

Okey dah balik ke hotel, kami apa lagi cuci mata deretan kedai dekat hotel kami ada jual bermacam jenis cenderamata. Bagi aku cenderamata di Krabi Night Market lagi murah berbanding di Ao Nang Night Market tau. So korang sila peruntukkan wang sekian-sekian ya. 
Kepuasan tahap 5 bintang! Kedua-dua night market di Bandar Krabi dan di Ao Nang Krabi memang keistimewaan masing-masing tau. Jadi jangan lupa masukkan dalam tentatif perjalanan korang kedua-dua night market berkenaan ya. Jangan tinggal langsung, kena pergi, baru trip Krabi korang berbaloi-baloi dan di kenang sepanjang hayat hehe. 
Entry Part 7 julia nak story pasal satu keunikan tempat ini, macam fairy tales tau. Tempat ini memang anak-anak suka, termasuk kita yang dewasa pun suka. Macam ala-ala waterpark, thempark fairy tales. Tunggu entry akan datang...bye!
Boleh ikuti episod lepas klik link biru dibawah:Part 1 : Perancangan bajet pertama ke Krabi, ThailandPart 2 : Lapan tips barang travel  penting perlu bawa kalau nak buat island hopping.Part 3 : Tempah kenderaan dari airport Krabi ke Hotel pergi dan balik cara VIP Part 4 : Hotel iRest Ao Nang SeafrontPart 5 : 4 island hopping Krabi tempah awal guna app je dari Malaysia Part 6 : Krabi Night Market & Ao Nang Night MarketPart 7 : Heaven place. Wajib pergi! (coming soon update)
Jangan lupa tekan SUBSCRIBE Youtube Channel Julia Johari ya. 
Selamat menonton! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2019/10/krabi-part-6-krabi-night-market-dan-ao.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krabi Part 4 Menginap Dekat Pantai Krabi Di Hotel Irest Ao Nang Seafront

Krabi Part 4 Menginap Dekat Pantai Krabi Di Hotel Irest Ao Nang Seafront

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 1628 hits
Tersenyum manis si penulis tu kan penat lelah dia berbayar dengan wang sendiri hahaNak dekat pantai nak hotel murah nak bilik besar nak dekat dengan kedai cenderamata nak dekat kemudahan pengangkutan janji nak dekat pantai Haaa itu dia aku ...
Krabi Part 5 Four Island Hopping Krabi Naik Speedboat Laju

Krabi Part 5 Four Island Hopping Krabi Naik Speedboat Laju

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 307 hits
Feeling ala ala retis Hollywood bergambar dalam speedboat menghadap salah satu caves sekitar 4 island Krabi gitu kasi can la juju posing alah alah korang ni pun haha Entry blog Krabi lepas julia update kisah hotel kami menginap dekat dengan...
Jejalan Cari Makan Di Ikea

Jejalan Cari Makan Di Ikea

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 592 hits
Hi Pernah pergi IKEA Kalau ingat perabut mesti nak pergi IKEA kan Tapi kali ni saya kesana bukan untuk beli perabut tetapi nak tengok sendiri kemeriahan restoran IKEA yang ada menu menu Swedish yang popular orang Malaysia selalu makan meatb...
Jenjalan Cari Makan Restoran Lobstam

Jenjalan Cari Makan Restoran Lobstam

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 612 hits
Jenjalan Cari Makan Restoran Lobstam Balik dari Batu Pahat mama ajak keluar jap Kebetulan ada kat area ni memang amik keputusan untuk singgah try Suasana memang kondusif Retro gitu Dia dah siapkan pakej ikut set Order aje set yang tersedia ...
Jenjalan Cari Makan Bazar Anjung Nusajaya

Jenjalan Cari Makan Bazar Anjung Nusajaya

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 435 hits
Jenjalan Cari Makan Bazar Anjung Nusajaya Singgah jap on the way back Ici nak beli tanah liat Nak main number block katanya Alang alang mama beli cheese cake dan aku beli peria crispy Memang best Minggu lepas makan tester ja Memang best Min...
Himpunan Yang Gagal Hanya Pembodek Nak Cari Makan

Himpunan Yang Gagal Hanya Pembodek Nak Cari Makan

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 398 hits
Banyak pihak sama ada yang hadir sendiri atau tidak rata rata menyifatkan Kongres Maruah Melayu semalam sebagai sesuatu yang gagal dan tidak mengubah apa apa mengenai kedudukan orang Melayu Sebaliknya kongres tersebut lebih dilihat bermotif...
Main Celup Celup Tepung Je Tapi Rangup Anak Makan Khasiat Pun Dapat

Main Celup Celup Tepung Je Tapi Rangup Anak Makan Khasiat Pun Dapat

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 385 hits
Anak yang sedang membesar sememangnya memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan sihat Namun ada diantara anak anak kita yang kurang gemar makan sayur hanya kerana rasanya yang dikatakan kurang enak Sebagai ibu kebijaksaan anda untuk mencip...
Hukum Bercakap Ketika Makan

Hukum Bercakap Ketika Makan

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 560 hits
Apakah hukum bercakap ketika makan Adakah kita diharamkan berkata kata dan bercakap ketika sedang makan JAWAPAN Hukum bercakap ketika makan atau menjamu makanan adalah diharuskan bahkan para ulamak mengatakan dengan sunat berbual ketika sed...
Bermain Ketika Makan Kanak Kanak 17 Bulan Menderita Chopstick Tertanam 2cm Dalam Otak

Bermain Ketika Makan Kanak Kanak 17 Bulan Menderita Chopstick Tertanam 2cm Dalam Otak

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 303 hits
Lumrah kanak kanak memang suka bermain dan meneroka Orang dewasa lah yang patut memantau anak anak kecil ini kerana mereka tidak memahami sebarang bentuk bahaya ataupun mudarat jika melakukan sebarang aktiviti Baca Selanjutnya Ada satu kes ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord