Krabi Part 5 Four Island Hopping Krabi Naik Speedboat Laju


Feeling ala-ala retis Hollywood bergambar dalam speedboat menghadap salah satu caves sekitar 4 island Krabi gitu, kasi can la juju posing alah-alah korang ni pun haha 😆

Entry blog Krabi lepas julia update kisah hotel kami menginap dekat dengan Pantai Ao Nang Krabi. Ada yang terlepas baca? Kalau terlepas sila klik link 👉 SINI. Day 2, adalah hari yang ditunggu oleh julia sekeluarga, 4 ISLAND HOPPING Krabi yeyyy! 
Semangat, setiap hari di Krabi lepas solat Subuh memang kami tak tidur balik dah, memang tak sia-siakan hari pagi dengan aktiviti untuk melihat kecantikan bumi Krabi, Thailand. 
Hari-hari baca.Hasil bacaan mendalam dan carian internet siang malam, rupanya wujud satu app yang diberi nama KLOOK
Apa itu KLOOK? 
Ia seperti Fave lah korang dan dulu-dulu kita sering beli voucher Groupon ingat tak? Sekarang Groupon digantikan dengan Fave, jadi KLOOK ni gambaran lebih kurang macam seangkatan lah tapi lebih kepada dalam dan luar negara punya pakej travel underground macam nak tempah island hopping, nak tempah massage ke, theme park ke, eh boleh kata macam-macam ada, cuma siap duit je hehe. 

Paling best, ia antara yang aku rasa servis yang best, nak harga murah aku rasa KLOOK jawapannya, tak payah buang masa sampai sana nak hunting tiket, nak tawar menawar, sebab aku saje buat intaian, memang KLOOK murah setakat ini aku survey. Kat hotel kami menginap pun mahal dalam RM60 lebih tau. Senyum meleret lah kami anak beranak. 😘

Tahun 2019, julia belajar dunia KLOOK, sebab ada yang sharing guna KLOOK dipercayai. Sebab itu julia memang setia padu ikut pasal KLOOK tau. Akhirnya, aku tempah terus sebelum berlepas ke Krabi. Lillahitaala, aku berserah pada Allah, harap semua berjalan lancar. 
Sebelum tempah
Lagi satu, siang malam jugalah julia dan suami buat penjelajahan di internet nak tahu harga semasa kalau tempah naik speedboat berapa tau. Tak pernah miss, lagi nak dekat pi Krabi lagi mantap pencarian kami buat perbandingan harga. 
Setelah tambah pening, rasa nak muntah baca tak henti-henti kami sebulat suara tempah dengan KLOOK walaupun dalam hati tu rasa 50-50 sebab? Ya lah, nak tempah pakej oversea bukan dalam Malaysia, kalau kena tipu? Melayang duit RM240 kami nanti hahaha. Eh terbagi tahu harga speedboat awal haha. 😆
 Sampai jeti, kena daftar kali kedua, tulis nama ahli keluarga sahaja sebab dah bayar guna KLOOK kan, Jangan lupa, sediakan duit cash KENA BAYAR CUKAI NATIONAL PARK setiap seorang THB400 (RM50 lebih kurang) ye, macam kami total THB1000. 
Tak payah lah tanya kenapa dekat diorang, aku baca sebab duit tu nanti nak jaga kebersihan dan lain-lain, kalau naik bukan melalui KLOOK pun sama ye, yang ini memang wajib. Terus diberi nombor 7, jangan naik speedboat orang lain, ikut nombor diberi. Ketua speedboat kami berambut blonde, kelas kau... ada cerita pasal dia, teruskan membaca. 
Cara nak beli voucher melalui KLOOK
Bagi kali pertama, aku kena install & log in KLOOK di hp, sebab nanti aku dapat lagi diskaun tau. Lepas log in, pilih nak naik long tail ke nak naik speedboat terpulang ikut citarasa, macam aku ada Abg Qi, budak 7 tahun aku sangat berhati-hati dari segi keselamatan dan keselesaan. 

Kalau semua orang dewasa pun aku tetap nak naik speedboat sebab bila lagi nak merasa kuasa kuda laju dibuai-buai tiup angin haha. 

Longtail pun best, cuma siapa yang ada anak kecil tu aku cadangkan kumpul duit lebih sikit labur naik speedboat kalau berhajat untuk island hopping Krabi, kalau tak buat island hopping rasa macam tak lengkap percutian ke Krabi hehe. 
Kami sepakat naik speedboat, memang luas lah speedboat diorang, depan belakang boleh duduk. Lajuuuuuuuuuu! 😍 Sarapan ada disediakan, light breakfast, mujur kami dah makan nasi goreng cap CP di hotel siap-siap sebab jenis keluarga aku memang sarapan berat. Diorang cuma sediakan kuih muih je pagi tu, memang selamat perut kami bergembira haha. 
Langsung tak takut Abg Qi naik speedboat sepanjang dia buat 4 island hopping, usia 7 tahun sangat senang handle, kebetulan satu boat kami ada kanak-kanak berusia 4 tahun lelaki nama depan sama dengan Abg Qi, terus kawan satu keluarga dengan diorang dari KL juga. Friendly betul. Meriah satu boat sebab geng lain tourist luar negara. 
Reminder, follow up first !Korang kena alert semak email, sebab KLOOK hantar info melalui situ. Walaupun korang bagi nombor telefon untuk diorang WhatApps, tak ada punya lah, berapa ramai yang nak naik bot masa tu nak handle kan. 
Apa-apa rujuk email, sehari sebelum, pagi tu nak tunggu kat lobi hotel pun aku tengok email. Sebab akan ada orang yang akan jemput kita seawal jam 8 pagi naik kenderaan, ikut giliran lah, kalau dalam 8.30 pagi tu tak sampai lagi relaks sebab mereka nak pickup orang dari hotel lain juga. Kalau 8.40 pagi tak sampai lagi korang call lah nombor emergency di voucher tu ada. 
Macam kami, alhamdulilah. Berdebar-debar tau nak tunggu orang jemput kami pagi tu, berharap pada email sahaja kan, sekali sampai tepat pada masanya! Itu sebab kita kena punctual, tepati masa, mereka tak ada lah nak tunggu korang lama-lama ye, semua kejar masa. 
Apa lagi melompat keseronokkan lah kami, tak adalah tipu-tipu, jujur KLOOK ni, okey aku kalau dah suka, lepas ni kena rujuk KLOOK lah selalu haha. 
MR. Max, aku suka attitude dia, aku tanya soalan semua dia jawab dalam english, yang dia pegang sehelai kertas itu adalah masa tamat setiap persinggahan pulau. Setiap 4 island kami lawati kena naik balik boat ikut masa ditetapkan, jangan leka tau, nanti kena balik berenang haha. 
Teringat balik aku, masa nak daftar di jeti aku tanyalah siapa nama, boleh dia cakap Mr. Handsome, call me Handsome Boy! Kau rasa? Aku ketawa mengekek-ngekek si Max ni kenakan aku haha. 😄😄
Kelebihan Bagi aku, KLOOK sangat membantu julia dan suami. Sebab kami nak murah, nak naik speedboat dan pakej yang disediakan meliputi siap dengan makanan tengahari dan botol air disediakan. Bestnya kami boleh minum dan makan tengahari tambah sebanyak mana kami mahu tau. Kenyang membulat lagi lah kami kat pulau haha.  Botol air dia cantik, besar dan sejuk. Tong oren tu penuh dengan air saje, ketua boat cakap ambil lah sebanyak mana mahu, minum banyak-banyak sebab cuaca sangat panas. 
Memang happening lah speedboat kami bila dapat tour boat yang sangat kelakar, sangat menjaga keselamatan kami, sangat rajin cari anak buah boat dia balik semula ke boat haha, dan dia sendiri yang letakkan makanan dekat kami, kira Max ni ada pembantu tapi banyak dia buat sendiri. 
English dia difahami, good boy! Lagi satu dia murah senyuman, kalau korang dapat dengan Mr. Max terbaiklah, dia memang best dan kelakar. 

Layan gambar jom !
Penat dah celoteh, sekarang aku nak tunjuk sedikit gambar dari ratusan aku snap sekitar 4 pulau Krabi yang sangat cantik, sangat jernih air lautnya, tenang dan aku tak terkata sebut nama Allah, dapat bonding sepuasnya dengan ikan-ikan coral. 

Cantik, subhanaAllah!!!!! 😱😱😱


KOH PHRANANG Cantik kan! Ini aku yang tengok, kalau korang? Pengsan situ heheDepan mata aku, jujur cakap sini memang panas, korang kena pakai lah sun block dan topi serta spek mata untuk jaga diri. Angin kuat, syok!
Kena cepat, kena rajin snap gambar laju sebab orang akan penuh, gambar aku tak ada orang yahuu. Thanks husband snap, like a pro photografer!
 Aku bawa selfie stick, ada control kat tangan senang, 10 juta gambar ambil pun senang ehhh hahaha
Kat hujung pantai phranang ada satu gua, tapi aku tak snap lah, gua tu ada macam sensored lah hahaha, so korang Google sendiri okey baru faham haha syhhh!
Panjang pantai phranang, korang discover sendiri okey, happy family!Jom naik boat balik kita ke pulau kedua. 
KOH TUP Aku cinta gila dengan Koh Tup tau, inilah yang aku gembira bukan kepalang, 2 ombak satu pantai. Unik kan! Kiri ombak, kanan ombak wah gitu. Mr. Max yang offer diri nak snapkan gambar kami, kan dah cakap dia Good Boy! Haha! 
 Nak menangis, masa aku di Koh Tup, aku jumpa satu pesisiran pantai yang tak ada orang mandi situ. Husband aku lah panggil aku suh datang sini, dia cakap sini lagi jernih tau. Memang pun. Kau tengoklah aku bonding puas dengan anak-anak ikan coral tepi pantai, ya tepi pantai bukan dalam laut sangat pun, aku mana reti berenang haha. 
 Semua ikan pandang tepat ke mata aku, seakan tahu pernah orang beri makan. Aku tak ada roti, yang ada cuma air mata seorang ibu, ya aku menangis weh, aku cakap dengan semua anak-anak ikan ni "Umi tak ada roti nak jamu anak-anak umi makan, umi sedih, umi sayang korang semua, anak-anak umi behave sangat, manja sangat" ehhh mata aku masuk habuk...aku tau diorang lapar. 
Anak-anak ikan ni semua jinak sangat. My day !💗
Jernih yang amat, aku terkedu berjuta kali, suami pun tak henti-henti cakap cantik, Abg Qi pun sama, seolah-olah kami berada di dunia lain.  Gambar berdua, romantik sikit haha. 
Setiap satu pulau berhenti lebih kurang 40-50 minit. Lama kan? Puas hati.Jom, pulau ketiga. 
KOH PODAWajib bergambar, pandai-pandai ikut turn ramai orang.
Pulau Poda sangat besar, pantai dia sangat putih salju sangat. Kat sini angin kuat, hati-hati sebab akan tiba-tiba je musim hujan renyai dan angin kuat datang...serius cakap masa di Pulau Poda kami sampai panas terik, sekali tiba-tiba je angin kuat sangat, renyai turun. Mujur sekejap tak lebat. 
Kenal pasti group korang yang mana, jangan ambil makanan lain meja, tu sebab kena kenal tour boat, Mr. Max yang sajikan makanan kat kami. Membukit nasi Abg Qi dengan husband ambil, lapar lah tu haha. 
Ingat bawa air mineral dari dalam bot tau, nak beli dalam pulau mahal nak mati. Abg Qi pau aiskrim, pejam mata walid dia bayar, mak boolayan haha. Eh teringat balik lapar lah haha. Port kami makan di Koh Poda. Mengadap lautan putih cantik. 
Makanan dia sedap sangat, ada buah-buahan, banyak aku ambil, telur dadar dia tebal hahah, cuma air mineral je kami kena bawa dari bot ke pulau sebab kalau korang lupa bawa mana ada air disediakan. 
SNORKELING
Sebelum snorkeling, korang bergambar dulu lah. Sebab orang lain sibuk nak pakai peralatan snorkeling, kami dok depan bot snap dulu haha. Gila gambar sungguh, eh yelah kita bercuti bukan senang, snap moment puas-puas. Panas merelip relip haha. 

Tahan jelah! 😋
Peralatan snorkeling dia sangat bersih, aku gigit getah tu bukan orang dah gigit sebelum ini tau, getah baru aku gigit, so kebersihan aku tengok power! Tak ada lah rasa geli hehe. 
Semua sibuk nak terjun, aku dengan suami asyiklah snap gambar tak sudah-sudah haha.
KOH CHICKENDi Koh Chicken memang tak turun, aku syak mesti tak ada pantai haha, tengok je lah dari dalam bot, tak lama pun tengok kepala ayam tu. Memang besar, unik kan!
Muka semua dah masam, dah bertukar warna kulit sikit masing-masing berjemur 4 pulau seharian hahaha
Terus balik ke jeti semula, mereka hantar kami guna kenderaan ke hotel semula, dari jam 8.30 pagi sampai jam 3 petang, lunyai kami semua kepenatan, kepuasan tak dapat digambarkan dengan kata-kata. 
Kalian sendiri kena pergi dan alami sendiri depan mata, mensyukuri nikmat alam yang tersangat cantik Allah jadikan untuk kita lebih dekat pada Dia. Barakallah!Khas untuk suami julia, aku nak dia tahu, aku sayang dia, itu sebab aku seronok bila dia suka percutian ini. Aku belanja dia dengan Abg Qi, aku nak balas kebaikan dia selama ini jaga aku susah senang. 

Cause when you love someoneYou open up your heartWhen you love someoneYou make roomIf you love someoneAnd you're not afraid to lose 'emYou'll probably never love someone like I do You'll probably never love someone like I do- Lukas Graham (Love Someone) -
Tak puas layan gambar julia sekeluarga? 
Sila klik link dibawah : (koh = pulau/island)

👉Koh Phranang - https://bit.ly/2o3L4a0👉Koh Tup & Koh Chicken - https://bit.ly/2nYNlmM👉Koh Poda - https://bit.ly/2nZ1Xm0
💙Tempah island hopping recommended klik right - KLOOK

Tunggu tau, Part 6  kisah 2 tempat night market yang sangat happening iaitu Ao Nang Night market & Krabi Town Night Market, kisah jalan-jalan cari makan sedap ooo, checked ! 👍
Boleh ikuti episod lepas klik link biru dibawah:
Part 1 : Perancangan bajet pertama ke Krabi, Thailand
Part 2 : Lapan tips barang travel  penting perlu bawa kalau nak buat island hopping.
Part 3 : Tempah kenderaan dari airport Krabi ke Hotel pergi dan balik cara VIP 
Part 4 : Hotel iRest Ao Nang Seafront
Part 5 : 4 island hopping Krabi tempah awal guna app je dari Malaysia 
Part 6 : Dua night market Krabi. (coming soon update)


Jangan lupa tekan SUBSCRIBE Youtube Channel Julia Johari ya. 
Selamat menonton! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2019/10/krabi-part-5-four-island-hopping-naik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krabi Part 3 Tempah Online Pengangkutan Pergi Balik Airport Guna Krabi Shuttle

Krabi Part 3 Tempah Online Pengangkutan Pergi Balik Airport Guna Krabi Shuttle

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 522 hits
Surprise Terkejut Abg Qi bila nampak nama dia dari jauh ala VIP gitu murah je Krabi part 3 hoyeyyy Inilah entry yang juju suka nak kongsikan Yelah part 1 part 2 Krabi yang lepas juju banyak cerita pasal persediaan rapi nak ke Krabi betul ta...
Kepong Mp Offers Help To Student Doing Four Part Time Jobs

Kepong Mp Offers Help To Student Doing Four Part Time Jobs

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 269 hits
Kepong MP Lim Lip Eng has offered to assist Ong Ke Shing whose story as a struggling undergraduate juggling four part time jobs was highlighted in a recent documentary Lim said although tertiary students are generally expected to work part ...
Krabi Part 4 Menginap Dekat Pantai Krabi Di Hotel Irest Ao Nang Seafront

Krabi Part 4 Menginap Dekat Pantai Krabi Di Hotel Irest Ao Nang Seafront

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 1628 hits
Tersenyum manis si penulis tu kan penat lelah dia berbayar dengan wang sendiri hahaNak dekat pantai nak hotel murah nak bilik besar nak dekat dengan kedai cenderamata nak dekat kemudahan pengangkutan janji nak dekat pantai Haaa itu dia aku ...
Polis Selesai Siasat Naik Laporan Diserah Kepada Agc

Polis Selesai Siasat Naik Laporan Diserah Kepada Agc

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 308 hits
SHAH ALAM Siasatan terhadap penceramah kontroversi dari India Dr Zakir Naik telah selesai kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Hamid berkata laporan penuh siasatan itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut...
Pengalaman Pertama Kali Naik Kapal Terbang

Pengalaman Pertama Kali Naik Kapal Terbang

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 603 hits
pada penghujung bulan februari hari tu aku dan cousin ada trip pergi KL dan melaka dan dari sibu ke kuala lumpur tu adalah pengalaman pertama aku naik kapal terbang atau dalam bahasa sarawak belon antara pengalaman yang tak dilupakan sebab ...
Jumlah Penderita Kanker Di Kota Bogor Naik Jadi 413 Orang

Jumlah Penderita Kanker Di Kota Bogor Naik Jadi 413 Orang

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 134 hits
Jumlah penderita kanker di Kota Bogor naik signifikan dalam setahun terakhir Jika pada 2018 lalu tercatat 316 penderita sementara hingga Agustus 2019 naik menjadi 413 penderita Dari jumlah tersebut didominasi kasus kanker payudara
Naik A Step Away From Being Labelled Fugitive

Naik A Step Away From Being Labelled Fugitive

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 262 hits
Preacher Dr Zakir Naik is wanted in India for alleged money laundering and terrorism related charges PETALING JAYA India s Enforcement Directorate has filed an application to declare controversial preacher Dr Zakir Naik currently based in M...
Nabung 23 Juta Untuk Naik Haji Mbah Karsiman Meninggal Duluan Uang Disumbang Ke Masjid

Nabung 23 Juta Untuk Naik Haji Mbah Karsiman Meninggal Duluan Uang Disumbang Ke Masjid

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 261 hits
Raih mimpimu setinggi langit seperti kisah seorang warga Boyolali ini yang mengejar mimpinya untuk naik haji meski akhirnya tidak tercapai Dilansir dari Sosok id pada Senin sebuah video yang berasal dari akun Instagram dolanbanyudono menjad...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization