Krabi Part 4 Menginap Dekat Pantai Krabi Di Hotel Irest Ao Nang Seafront


Tersenyum manis si penulis tu kan, penat lelah dia berbayar dengan wang sendiri haha
Nak dekat pantai, nak hotel murah, nak bilik besar, nak dekat dengan kedai cenderamata, nak dekat kemudahan pengangkutan, janji nak dekat pantai!!! Haaa itu dia aku punya keutamaan, NAK HOTEL DEKAT PANTAI KRABI ! Titik! 😂
Carian dan kajian yang paling buat aku pening adalah hotel di Ao Nang Krabi, sebab bukan satu atau dua hotel jenis bajet, tapi berpuluh-puluh ada tau. Tapi, haaa ada tapinya. Kau kena tengok diri kau nak yang macam mana? Kau kena tengok kau kalau pergi seorang diri atau bersama rakan nak duduk ala-ala dorm memang tak jadi masalah.

Aku tak cadangkan korang tempah hotel di Bandar Krabi, agak membosankan haha kat sana lebih kepada aktiviti membeli belah, dari airport Krabi nak ke Ao Nang Beach melalui kenderaan hanya 40 minit sahaja, kalau dapat driver bijak dia guna laluan pintas dekat je aku rasa. 
Yang jadi masalah bila kau nak kena cari yang murah, testimonial pelanggan dulu yang cerita hot, dan kena dengan motif kau ke Krabi. 
Macam aku, sejak azalinya kalau travel ke mana sahaja memang jarang lah angkut ramai, kami selesa sebenarnya bertiga, senang nak gaduh ke nak gurau kasar ke tak adanya sentap bagai, nak ikut...ikut...kalau tak babai haha gituuu aku jenis brutal bab travel. 
Hotel iRest Ao Nang Seafront, Krabi pilihan terakhir kamiKenapa aku pilih hotel ini sebab ke semua yang aku cerita diatas menepati kehendak dan keperluan aku sepanjang aku berada di Krabi 4 hari 3 malam. 
Pada mulanya, top list aku adalah nak menginap di Phra Nang Inn, di hujung jalan besar utama Ao Nang Beach, tapi aku di psiko teruk harga dalam klik link sebelah 👉 Booking.Com hahaha, semalam harga rendah, tiberrrrr esok check harga melambung naik, naik dan tak turun-turun sehinggalah tinggal beberapa hari lagi aku nak berlepas...mencikkk! #rate asal murah tu aku check dalam 400 lebih utk 4 hari 3 malam la. Harga tu jadi semakin tinggi bila aku survey harian cecah 600 ke 700 lebih utk 4 hari 3 malam...apooo! 💦💦
 Laluan masuk utama nak ke hotel kami, dari jalan besar boleh nampak direct, dekat sebelah MCD Ao Nang Krabi, sebelah MCD ada Watson haa senang hidup kot nak cari apa-apa keperluan. 

 Aku saje ekori diorang dari belakang, tengok macam nak ke kiri dah tu haha, sekali ada seorang staf hotel ni kalut keluar laju tegur kami, Sawadikap! Dia nak tunjuk lobi di sebelah kanan, bukan di situ abang-abang dua orang tu haha, semangat diorang jadi tourist, tu sebab aku seronok dapat partner lebih semangat dari aku yang sudah sedia semangat dari dulu lagi kahkahkah. 💃💃
 Pandangan pertama, sebijik macam dalam website kami tempah tu. Banyak pokok, segar mata. 
Sebelum tempah sini, kami aim yang lain dulu hahaTapi bila dia melonjak naik dan tak turun kami kena kental, aku percaya ada lagi hotel yang lebih merestui kami. Kami usya guna Google Image, kami survey melalui image, habis ke semua jalan dan kedai sekitar hotel tepi pantai kami dah hafal haha. 
Ternyata pilihan Hotel iRest Krabi paling aku sukai bila aku sekeluarga menginap di sana dan pilihan kami sangat tepat. Terus tak merajuk lama haha. 
Harga bilik pilihan di iRest Ao Nang Seafront Krabi. 
1 Bilik = 1 x katil queen (tapi aku tengok macam King) + 1 x katil single (Abg Qi)
MYR 463
7 % VAT RM32
10 % Caj perkhidmatan penginapan RM50Total RM545(***Hotel ni korang kena sediakan deposit THB1000 sebelum masuk ya, nanti nak check out dia bagi balik tapi kena pastikan tuala semua cukup dan barang tak rosak lah untuk refund)
Inilah hotel bajet yang murah bagi kami paling dekat dengan pantai Krabi hooyehhh, kami tak add on sarapan sebab kami beli sarapan dekat 7E depan hotel ni ada, kami makan CP brand, ada nasi goreng dan pelbagai jenis sosej. Senang!  Abg Qi usya siapa tu haha, haip! 
 Bilik penginapan kami no 105, tak payah naik tangga lega disitu haha, pastu ada kerusi dan penyidai tuala siap sedia ada di luar, eh macam resort mahal-mahal tau rasa, cantik lah dekorasi minimalis dia. 
Jom usya bilik kami, selesa tau. 😉

Abg Qi pau donut kat 7E lapor katanya hahaha, orang sibuk bergambar dia makan dulu. 😋
 Bilik air luas sangat, serius sangat luas, ada sabun mandi dan shampoo rambut disediakan. 

Kelebihan
WiFi - ada masa laju, ada masa lembab. Tengok keadaan, sepanjang aku guna WiFi hotel lagi laju dari sim kad internet suami aku beli sebab aku share mobile WiFi tapi tak berapa kuat haha. Balik hotel baru aku upload gambar kt FB gituuu! Bilik sangat luasStaf sangat friendly, boleh berbahasa Inggeris dengan baikPenginapan ala garden styleBanyak tempat duduk di luar bilik.Pagi ke petang suasana sunyi je, mendamaikan.Bersih, kemas, dan tak kotor.TV banyak channel, jelas - terhibur dengan siaran Thai.Tuala dan katil di tukar dan dikemaskan setiap hari, hanya gantung kad di luar pintu.Tak dengar orang sebelah cakap, dinding kalis bunyi lah kira haha. Mudah akses ke pantai, dekat gila sebab betul-betul tengah Pantai Ao NangDekat dengan tugu ikan todak, mercu Pantai Ao Nang Krabi. Kekurangan
Hotel ni dekat sebelah kelab malam, haha dalam jam 6 petang diorang dh start set up kelab tau, bila kau balik bunyi dari kelab tu kedengaran agak kuat lah, tapi bila masuk bilik kami tak kuat dah lagu tu sebab bilik kami jauh sikitkan. Selamat sikit.Tak ada kolam mandi - itu bukan jadi masalah utama kami sebab kami ada Pantai Ao Nang haaa mandi puas-puas hahaIroning room - tak ada iron yang dihantar ke bilik korang tau, kena pi bilik iron dekat lobi hotel di sediakan. Sepanjang aku menginap, aku tak seterika tudung atau baju, sebab aku dah siap-siap bawa yang iron less. Jimat masa!Makanan deretan tepi hotel sangat mahal, ye mahal. Nak murah kena naik tuktuk ke Ao Nang Muslim Street, ala 5 min dah sampai. Banyak pilihan makanan muslim di sana dan murah. Perbandingan secara keseluruhan, kelebihan mengatasi beberapa kekurangan. Yes, kami suka menginap di sini, puas hati !
Siap gantung semua baju di hotel, terus kami solat Zohor dan bersiap nak jalan sekitar Pantai Ao Nang, panas terik, jangan lupa pakai sunblock, pakai cermin mata gelap dan pakai topi untuk elak panas berlebihan terutama yang ada anak kecil, pastikan mereka cukup minum air mineral. Beli kat 7E siap-siap. Tenang dan sangat cantik, besar tau Pantai Ao Nang Krabi, terkesima aku melihatnya. 
Peace! Lepak tepi pantai dekat 2 jam, kami tengok banyak mat salleh berjemuran haha.

Abg Qi tak sudah-sudah cakap, 'Umi, kenapa diorang tak pakai baju? Tak hitam ke? Aurat lah..." 😂😂😂 sesi menasihati Abg Qi sudah mula...aku sebagai pendengar hanya mampu senyum gatal hahaha, serius suami dan Abg Qi cakap hotel ni selesa dan sangat mudah untuk diakses. 💪

Selama 4 hari 3 malam, tak pernah lupa ootd depan hotel hahaha, semua berkepak, entah, pesen baru ootd juju pelik2 aku ajar hero-hero diorg ikut je gila-gila aku bergambar hahaha 😜😍💘
Alamat: 
Hotel iRest Ao Nang Seafront, Krabi273 Moo 2, Beach Road, A. Muang81180 Pantai Ao Nang, Krabi, Thailand. 
Okey, selesai bab hotel bajet di Krabi, Part 5 julia akan cerita perihal tentang app berguna untuk tempah 4 island hopping di Krabi menaiki speedboat, bukan long tail boat, tapi speedboat mewah!
Murah dan ternyata menjimatkan masa, duit poket dan tenaga. Macam kami, tak payah buat survey sekitar Krabi, hanya tunggu masa je nak beraktiviti. Yeyyyy! Itulah kuasa membaca, luas pengalaman. 
Tunggu tau, 4 island hopping checked 👍
Boleh ikuti episod lepas klik link biru dibawah:
Part 1 : Perancangan bajet pertama ke Krabi, Thailand
Part 2 : Lapan tips barang travel  penting perlu bawa kalau nak buat island hopping.
Part 3 : Tempah kenderaan dari airport Krabi ke Hotel pergi dan balik cara VIP 
Part 4 : Hotel iRest Ao Nang Seafront
Part 5 : 4 island hopping Krabi tempah awal guna app je dari Malaysia (coming soon)


Jangan lupa tekan SUBSCRIBE Youtube Channel Julia Johari ya. 
Selamat menonton! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2019/09/krabi-part-4-menginap-dekat-pantai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krabi Part 5 Four Island Hopping Krabi Naik Speedboat Laju

Krabi Part 5 Four Island Hopping Krabi Naik Speedboat Laju

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 301 hits
Feeling ala ala retis Hollywood bergambar dalam speedboat menghadap salah satu caves sekitar 4 island Krabi gitu kasi can la juju posing alah alah korang ni pun haha Entry blog Krabi lepas julia update kisah hotel kami menginap dekat dengan...
Travelogue Thaliand Part Iv Bsru Ke Ibis Bangkok Riverside Hotel

Travelogue Thaliand Part Iv Bsru Ke Ibis Bangkok Riverside Hotel

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 257 hits
sidebar push Travelogue Thaliand Part IV BSRU ke Ibis Bangkok Riverside Hotel Allhamdulillah Jom kasut kuning kita melangkah Kali ini kami tak sabar sabar nak balik hotel Dah seharian suntuk perjalanan kami ni Dari Hatyai then sampai Bangko...
Krabi Part 1 Perancangan Bajet Pertama Ke Krabi Thailand

Krabi Part 1 Perancangan Bajet Pertama Ke Krabi Thailand

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 456 hits
Aku dah sampai KRABI Follow hashtag juliatakeskrabi juliasukajalan kalau nak tengok gambar dan video di FB IG dan lain Gambar diatas gambar sebenar julia sedang menikmati pemandangan indah di salah satu sebuah pulau namanya Koh Phra Nang Ca...
Hotel Di Pekanbaru Yang Dekat Bandara

Hotel Di Pekanbaru Yang Dekat Bandara

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 281 hits
Menemukan hotel di pekanbaru dekat bandara memang tidak begitu sulit Terlebih Kota ini memang menjadi salah satu destinasi wisata yang ramai dikunjungi setiap menjelang akhir pekan maupun libur panjang Banyak tempat tempat wisata yang kerap...
Krabi Part 2 Lapan Tips Penting Perlu Bawa Kalau Nak Buat Island Hopping

Krabi Part 2 Lapan Tips Penting Perlu Bawa Kalau Nak Buat Island Hopping

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 630 hits
Barang penting aku bawa ke Krabi Thailand Memang nak buat island hopping maka aku sediakan 2 minggu awal sebelum tarikh penerbangan Sangat penting perancangan untuk bawa barang barang ke destinasi pelancongan kena sedia sejak awal dari ruma...
Krabi Part 3 Tempah Online Pengangkutan Pergi Balik Airport Guna Krabi Shuttle

Krabi Part 3 Tempah Online Pengangkutan Pergi Balik Airport Guna Krabi Shuttle

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 517 hits
Surprise Terkejut Abg Qi bila nampak nama dia dari jauh ala VIP gitu murah je Krabi part 3 hoyeyyy Inilah entry yang juju suka nak kongsikan Yelah part 1 part 2 Krabi yang lepas juju banyak cerita pasal persediaan rapi nak ke Krabi betul ta...
Kamar Hotel Iis Dahlia Dibobol Saat Liburan Di London Uang Ratusan Juta Raib

Kamar Hotel Iis Dahlia Dibobol Saat Liburan Di London Uang Ratusan Juta Raib

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 195 hits
Saat sedang menikmati liburannya di London Iis Dahlia harus menelan pil pahit Soalnya kamar hotel tempatnya menginap dibobol Ia pun harus kehilangan uang ratusan juta
Makan Sepuasnya 4 In 1 Buffet Dinner Di Restoran Royale Songket Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Makan Sepuasnya 4 In 1 Buffet Dinner Di Restoran Royale Songket Grand Bluewave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 619 hits
Korang pernah tak menjamu selera di Restoran Royale Songket Grand BlueWave Hotel Shah Alam ini Kalau belum pernah biar sis bagi tau Kualiti makanannya tip top hampir semua menu yang ada tidak mengecewakan Kedua Chef hebat berganding bahu me...
Jjcm Alumni Di Hotel Bayview Beach Resort Dan Makan Malam Di Padang Kota Lama

Jjcm Alumni Di Hotel Bayview Beach Resort Dan Makan Malam Di Padang Kota Lama

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 514 hits
Hari ini saya ingin menyambung catatan program JJCM Utara Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya Boleh klik entri sebelum ini di Sampai di hotel Bayview Beach Resort Batu Feringgi kami terus check in dan masuk bilik untuk menunaikan solat Hu...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar