Kpm Mesti Berhenti Buat Keputusan Berubah Ubah Kata Mohamad



MALAYSIAKINI  Keputusan yang berubah-ubah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang tempoh negara diancam Covid-19 ini turut mendapat perhatian Umno.
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan secara tegas memberitahu apa yang dilakukan KPM sekarang adalah sangat menyusahkan pelajar, ibu bapa serta guru sendiri.
Kata Mohamad sikap "sela-menyela" (flip flop) KPM itu mesti dihentikan segera.
"Ia sangat menyusahkan pelajar, ibu bapa dan guru-guru. Kebanyakan ibu bapa bergolok bergadai untuk membelikan pelbagai peranti digital bagi pembelajaran (untuk anak-anak mereka) secara dalam talian.
"Semua ini sangat membebankan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga yang besar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk rekod pada 2 Jan lalu Radzi dengan yakin menegaskan sesi persekolahan akan tetap berlangsung seperti jadual asal iaitu 20 Jan walaupun ketika itu kadar kes baru Covid-19 masih tinggi.
Bagaimanapun pada 16 Jan menteri yang sama mengumumkan sesi persekolahan itu ditangguhkan di seluruh negara kecuali untuk pelajar yang menduduki peperiksaan utama.
Radzi yang juga ketua penerangan Bersatu turut mengumumkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah perlu mengikuti pembelajaran melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mulai 20 Jan ini.
Hantar isyarat mengelirukan
Sesi persekolahan bersemuka untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kemudian ditamatkan pada 9 Feb.
Pelaksanaan PdPR itu menyaksikan beberapa masalah dihadapi terutama dalam kalangan pelajar atau keluarga kurang berkemampuan atau yang berada di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai liputan internet.
Sesetengah keluarga juga terpaksa bergelut untuk mendapatkan wang bagi membeli peranti yang diperlukan atau mencari wakil rakyat masing-masing untuk meminta bantuan.
Ada persatuan ibu bapa dan guru juga menggerakkan kempen mengumpul dana bagi membantu keluarga kurang berkemampuan mendapatkan peranti yang sesuai untuk anak masing-masing. 
Semalam Menteri Pendidikan yang juga menteri kanan Perikatan Nasional Radzi Jidin mengumumkan sesi persekolahan bersemuka akan bermula pada Mac ini.
Radzi JidinUntuk murid prasekolah, tahun satu dan tahun dua, ia akan bermula pada 1 Mac manakala pelajar tahun lain seminggu kemudian.
Sesi untuk pelajar sekolah menengah pula akan bermula pada 4 atau 5 April. 
Mohamad berkata kerajaan beberapa hari lalu ada melancarkan DidikTV sebagai salah satu cara membantu pelajar mengikuti pembelajaran di rumah.
"Semua ini menghantar isyarat yang sangat mengelirukan tentang ke mana hala tuju sebenar mod pendidikan digital KPM," katanya.
Sepatutnya kata Mohamad KPM perlu memperkasa pembelajaran digital sementara negara berusaha pulih sepenuhnya daripada ancaman wabak Covid-19.
"Mengambil kira segala kemungkinan dan kemampuan kita menanggani dampak wabak ini sebelum membuat keputusan membuka semula sekolah adalah sangat mustahak.
"Pendidikan anak-anak kita adalah urusan penting yang tidak boleh terhenti dan menjadi kucar-kacir dengan keputusan secara sela menyela sebegini," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/kpm-mesti-berhenti-buat-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Keputusan Putrajaya Kpm Tak Ikut Falsafah Pendidikan Untuk Semua Kata Maszlee

Banyak Keputusan Putrajaya Kpm Tak Ikut Falsafah Pendidikan Untuk Semua Kata Maszlee

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 259 hits
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik berkata sekiranya masalah membabitkan pelajar tidak diatasi dengan serius maka isu yang mengganggu gugat keharmonian negara akan terus diperbahaskan PETALING JAYA Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik...
Salahkan Kpm Didiktv Bukan Guru Kata Aktivis Selepas Rancangan Tv Dikecam

Salahkan Kpm Didiktv Bukan Guru Kata Aktivis Selepas Rancangan Tv Dikecam

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 309 hits
February 19 2021 Jangan mengejek guru tetapi persoal pihakbertanggungjawab kata Teo Nie Ching PETALING JAYA Aktivis memberitahu Kementerian Pendidikan dan penerbit DidikTV supaya mengambil tanggungjawab ke atas rancangan TV Pendidikan yang ...
Sabar Kami Akan Buat Keputusan Kes Adib Nanti Kata Peguam Negara

Sabar Kami Akan Buat Keputusan Kes Adib Nanti Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 179 hits
February 16 2021 Tunggu dan sabar kami akan buat keputusan nanti kata Peguam Negara Idrus Harun Itu adalah reaksi Idrus ketika diminta mengulas perkembangan terkini kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Muhammad Adib Mo...
Keputusan Flip Flop Buka Sekolah Susahkan Ibu Bapa Guru Kata Tok Mat

Keputusan Flip Flop Buka Sekolah Susahkan Ibu Bapa Guru Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 473 hits
PETALING JAYA Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu berhenti membuat keputusan membuka dan menutup sekolah secara sela menyela atau flip flop kerana ia akan menyusahkan pelajar ibu bapa dan guru Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan ...
Drzahidhamidi Keputusan Kpm Yang Menyusahkan Rakyat

Drzahidhamidi Keputusan Kpm Yang Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 303 hits
Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan membuka semula sesi persekolahan pada awal Mac nanti dilihat bukanlah sebagai keputusan popular yang ditunggu tunggu oleh rakyat Ramai dikalangan ibu bapa mengeluh kerana tindakan KPM yang...
Budaya 1mdb Ikut Arahan Atau Berhenti Kata Bekas Ceo

Budaya 1mdb Ikut Arahan Atau Berhenti Kata Bekas Ceo

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 201 hits
148 total views 114 views today KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa budaya kerja di syarikat tersebut adalah perlu mengikut arahan atau berhenti kerja P...
Umno Perlu Dedah Keputusan Rasmi Mesyuarat Mkt Kata Pemimpin Bersatu

Umno Perlu Dedah Keputusan Rasmi Mesyuarat Mkt Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 250 hits
February 22 2021 Parti Pribumi Bersatu Malaysia meminta agar UMNO mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu yang diadakan pada Jumaat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na aman berkata perka...
Sop Ikut Keperluan Semasa Tepis Tuduhan Keputusan Flip Flop Kata Ismail Sabri

Sop Ikut Keperluan Semasa Tepis Tuduhan Keputusan Flip Flop Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan menepis tuduhan segelintir pihak yang mendakwa prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan 2 0 dilaksanakan secara flip flop sehingga menyusahkan banyak pihak Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksa...
Berita Benci Anjing Apa Kata Mereka Mencarikan Gua Di Kedah Untuk Penempatan Anjing

Berita Benci Anjing Apa Kata Mereka Mencarikan Gua Di Kedah Untuk Penempatan Anjing

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 219 hits
Berita benci anjing timbul balik sekali lagi ALOR SETAR Penduduk kampung di Pendang bantah anjing ke kampung mereka Ketua Panitia kata desa itu tidak sesuai tempat perlindungan anjingprospek 400 lebih anjing di halaman belakang mereka tidak...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults