Sabar Kami Akan Buat Keputusan Kes Adib Nanti Kata Peguam Negara


 



February 16, 2021 “Tunggu dan sabar, kami akan buat keputusan nanti,” kata Peguam Negara, Idrus Harun.
Itu adalah reaksi Idrus ketika diminta mengulas perkembangan terkini kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Masih belum nampak sebarang pengakhiran, pelbagai pihak kembali membangkitkan kes tersebut sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, Idrus tidak menyatakan secara khusus berapa lama lagi tempoh diperlukan Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan berkenaan.
Terdahulu, ketika dihubungi Malaysiakini, Idrus berkata pihaknya akan mengeluarkan keputusan berhubung siasatan kes terbabit kemudian.
“Kami akan mengeluarkan keputusan kemudian,” katanya.
Muhammad Adib ialah berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah semasa bertugas di pekarangan Kuil Sri Mahamariamman pada 27 Nov 2018.
Dia akhirnya menghembus nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Dis 2018. Bagaimanapun punca kematiannya dipertikaikan sama ada akibat diserang atau kerana kemalangan.
Inkues yang dijalankan memutuskan – pada 27 Sept 2019 – kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
Namun sehingga kini belum ada mana-mana orang ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh.
Saksi tak periksa tubuh mangsa
Kematian tersebut juga menjadi satu daripada isu yang dimainkan Umno, PAS serta kumpulan pendesak Melayu ke atas Pakatan Harapan ketika gabungan itu menjadi kerajaan pusat.
Sementara itu, ketika diminta mengulas isu sama Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memberitahu Malaysiakini hanya Jabatan Peguam Negara yang boleh melaporkan status kes berkenaan.
Ketika ditanya adakah ia bermaksud polis sudah melengkapkan siasatan dan hanya menunggu keputusan peguam negara, Abdul Hamid berkata ringkas: “Pihak peguam negara akan keluarkan kenyataan.”
Menurut sumber Malaysiakini, ketika ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) memang sudah selesai menyiasat kes tersebut namun katanya belum ada individu yang menjadi suspek menyebabkan kematian Muhammad Adib dikenal pasti.
“PDRM dah siasat tapi dah sampai penghujung tiada pesalah yang dapat dikenal pasti,” katanya.
Sumber itu juga memberitahu dapatan mahkamah koroner Shah Alam yang membuat inkues atas kematian itu juga “luar biasa” dan keterangan pakar patologi yang menjadi saksi inkues berkenaan diterima walaupun dia tidak memeriksa badan mangsa.
Jangan dibiar dalam kegelapan
Baru-baru ini, bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid yang dihubungi Malaysiakini meluahkan rasa kecewa dengan kelewatan pihak berkuasa menyelesaikan kes kematian anaknya.
Menurut Mohd Kassim, kelewatan kes tersebut memperlihatkan pihak berkuasa seolah-olah mengambil sikap sambil lewa dan menganggap ia bukan masalah kepada negara.
Turut sama menzahirkan rasa kecewa, Pertubuhan Pembela Islam (Pembela). Pengerusinya Aminuddin Yahaya berkata tempoh siasatan kematian itu sudah berlalu terlalu lama namun belum ada tindakan tegas diambil.
Umno pula menggesa kerajaan segera mengumumkan perkembangan siasatan dan tindakan lanjut yang akan diambil berhubung kes itu.
Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata pengumuman itu penting agar pihak keluarga arwah tidak berterusan dibiarkan dalam ‘kegelapan’.
Untuk rekod sepanjang inkues berlangsung beberapa keterangan saksi juga menarik perhatian.
Misalnya bagaimana baju yang dipakai Muhammad Adib, 24, didapati mungkin dibasuh terlebih dulu sebelum ia diserahkan kepada pegawai polis yang menyiasat kes itu.
Saksi juga memberitahu beberapa anggota bomba memberitahunya bedah siasat tidak perlu dilakukan ke atas jenazah Muhammad Adib.
Polis pula memaklumkan siasatan kes berkenaan masih diteruskan dan tidak pernah ditamatkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, baru-baru ini berkata Jabatan Peguam Negara masih menunggu hasil siasatan polis yang difahamkan kini “di peringkat akhir”.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/sabar-kami-akan-buat-keputusan-kes-adib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fail Semakan Atau Kembalikan Kes Adib Kepada Koroner Kata Kumpulan Hak Asasi

Fail Semakan Atau Kembalikan Kes Adib Kepada Koroner Kata Kumpulan Hak Asasi

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 193 hits
Pemuda Umno berkata keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim perlu melihat kes beliau diselesaikan PETALING JAYA Peguam Negara mempunyai pilihan sama ada kembali ke mahkamah atau kepada koroner yang menyiasat kematian anggota bomba ...
Kenapa Peguam Negara Tak Bertindak Terhadap Portal Muafakatnasional Net

Kenapa Peguam Negara Tak Bertindak Terhadap Portal Muafakatnasional Net

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 168 hits
Pada 18 Februari 2021oleh Zamzani HusinOleh Zamzani HusinAhli Parlimen Segambut Hannah Yeoh hari ini mempersoalkan keputusan peguam negara untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemilik portal muafakatnasional net kerana menyebarkan fitnah...
Dakwaan Langgar Sop Polis Tak Boleh Hukum Annuar Tanpa Arahan Pejabat Peguam Negara

Dakwaan Langgar Sop Polis Tak Boleh Hukum Annuar Tanpa Arahan Pejabat Peguam Negara

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 222 hits
Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin berkata kes Annuar Musa tidak semudah hanya bayar RM1 000 kemudian selesai PETALING JAYA Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa belum boleh dikenakan kompaun RM1 000 atas dakwaan melanggar SO...
Kes Adib Tommy Thomas Tak Patut Seleweng Fakta

Kes Adib Tommy Thomas Tak Patut Seleweng Fakta

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 294 hits
Buka semula kertas siasatan terhadap perusuh punca kematian Adib GABUNGAN Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia memandang penularan penulisan oleh bekas Peguam Negara T...
Tommy Thomas Salah Tafsir Perlembagaan Kata Peguam

Tommy Thomas Salah Tafsir Perlembagaan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 239 hits
Seorang peguam dari Majlis Peguam Selangor menepis dakwaan bekas peguam negara Tommy Thomas yang peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri tahun lalu tidak bermakna kerajaan akan tumbang secara automatik Muhammad Rafique...
Bekas Peguam Negara Akan Beri Kerjasama Dalam Siasatan Polis

Bekas Peguam Negara Akan Beri Kerjasama Dalam Siasatan Polis

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 212 hits
February 8 2021 Tiga kertas siasatan telah dibuka berkaitan memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas selepas lebih 100 laporan polis dibuat terhadapnya Peguamnya Sangeet Kaur berkata anak guamnya berjanji untuk memberi kerjasama penuh terhad...
Pertuduhan Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak Keputusan Kes Rosmah Khamis Ini

Pertuduhan Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak Keputusan Kes Rosmah Khamis Ini

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Khamis ini perhatian ramai akan tertumpu kepada Datin Seri Rosmah Mansor apabila Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada akan memanggilnya untuk membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi...
Jawatankuasa Menasihati Agong Mengenai Darurat Bercanggah Perlembagaan Kata Peguam

Jawatankuasa Menasihati Agong Mengenai Darurat Bercanggah Perlembagaan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 272 hits
Pejabat Perdana Menteri pada Selasa mengumumkan anggota jawatankuasa khas darurat dengan bekas ketua hakim negara Arifin Zakaria sebagai pengerusi PETALING JAYA Jawatankuasa dianggotai 19 individu yang diketuai oleh bekas ketua hakim tidak ...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking