Kpm Batalkan Upsr Dan Pt3 Tahun Ini Kaedah Baru Diperkenalkan Untuk Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020.
Dalam satu sidang media khas yang baru diadakan sebentar tadi, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata keputusan tersebut akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.

Menurutnya pembatalan dua peperiksaan penting iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid. Malah penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.
“Pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.”
“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.

Malah tambahnya lagi, satu kaedah baru akan turut diperkenalkan untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
“Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya lagi.
Walaupun kedua-dua peperiksaan awam tersebut dibatalkan, beliau berkata KPM akan memastikan akses murid kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap diberikan keutamaan.

“KPM ingin menegaskan bahawa pembukaan semula sesi persekolahan selepas PKP adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan murid,” tambahnya.
Dalam pada itu beliau turut menambah bahawa keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan juga hanya akan dibuat apabila KPM telah benar-benar yakin bahawa keadaan telah kembali pulih.
Sumber: Astro Awani
The post KPM Batalkan UPSR Dan PT3 Tahun Ini, Kaedah Baru Diperkenalkan Untuk Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kpm-batalkan-upsr-dan-pt3-tahun-ini-kaedah-baru-diperkenalkan-untuk-kemasukan-ke-sekolah-berasrama-penuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fariza Dah Rindu Dekat Sekolah Dia Diumumkan Upsr Pt3 Dibatalkan Tahun Ini

Fariza Dah Rindu Dekat Sekolah Dia Diumumkan Upsr Pt3 Dibatalkan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 375 hits
hai assalammualaikumFariza Dah Rindu Dekat Sekolah Dia Harini masuk dah Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke 3 Harap semua ok dan baik baik sahaja dalam rumah tu Jangan stress sangat guys Kalau stress tenangkan fikiran tu dengan mendengar ay...
Upsr Dan Pt3 Tahun Ini Dibatalkan

Upsr Dan Pt3 Tahun Ini Dibatalkan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 343 hits
Hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Pentaksiran Tingkatan 3 bagi tahun ini telah dibatalkan Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin dalam sidang...
Spm Tunda Upsr Dan Pt3 Dibatalkan Tahun Ini Kata Menteri Pendidikan

Spm Tunda Upsr Dan Pt3 Dibatalkan Tahun Ini Kata Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 253 hits
Hari ini melalui sidang media khas Menteri Kanan Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Pentaksiran Tingkatan Tiga dibatalkan tahun ini Beliau menjelaskan bahawa pembatalan berkenaan tidak akan menjeja...
Upsr Dan Pt3 Tahun 2020 Dibatalkan

Upsr Dan Pt3 Tahun 2020 Dibatalkan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 348 hits
Foto Oleh GoogleKUALA LUMPUR 15 April Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Pentaksiran Tingkatan Tiga bagi tahun ini dibatalkan Menteri Kanan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pembatalan UPSR tidak aka...
Upsr Pt3 Di Batalkan Apa Kata Ibu Bapa Gugu Guru

Upsr Pt3 Di Batalkan Apa Kata Ibu Bapa Gugu Guru

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 464 hits
sidebar push Rentetan masalah global Covid 19 yang menlanda negara Kementerian Pelajaran Malaysia semalam 15 April 2020 telah mengambil keputusan untuk membatalkan peperiksaan utama bagi Perperiksaan UPSR dan juga PT3 Sehubungan itu Menteri...
Upsr Pt3 Tahun 2020 Dibatalkan Sesi Persekolahan Selepas Pkp Belum Diputuskan

Upsr Pt3 Tahun 2020 Dibatalkan Sesi Persekolahan Selepas Pkp Belum Diputuskan

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 718 hits
UPSR PT3 Tahun 2020 Dibatalkan Sesi Persekolahan Selepas PKP Belum Diputuskan Adakah anda mempunyai anak yang sedang bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah yang mana tahun 2020 ini sepatutnya akan menduduki Ujian Penilaian Sekola...
Kpm Upsr Pt3 Bagi 2020 Dibatalkan

Kpm Upsr Pt3 Bagi 2020 Dibatalkan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 438 hits
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Pentaksiran Tingkatan Tiga bagi 2020 dibatalkan Menteri Kanan Dr Radzi Jidin berkata pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap peng...
Covid 19 Upsr Pt3 Akan Dtangguhkan

Covid 19 Upsr Pt3 Akan Dtangguhkan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 378 hits
Bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid berpendapat Kementerian Pendidikan tidak perlu mewajibkan pihak sekolah melaksanakan sepenuhnya sukatan pelajaran tahun ini yang terjejas akibat Covid 19 Beliau berkata peperiksaan peringkat sekolah a...
Senarai Cuti Umum Cuti Sekolah Tahun 2020

Senarai Cuti Umum Cuti Sekolah Tahun 2020

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 396 hits
Tak lama lg dah nak masuk thn 2020 thn di mana diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad Berikut dikongsikan Kalendar 2020 beserta senarai cuti sekolah dan cuti umum Diharapkan perkongsian kalendar memudahkan anda merancang aktiviti percutian...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Kitaran Batuan Nadi Dinamik Bumi

Seharian Tak Ada Air

Pasangan Kekasih Positif Dadah Dikejar 14 Mpv Polis Sejauh 96km