Covid 19 Upsr Pt3 Akan Dtangguhkan



Bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid, berpendapat Kementerian Pendidikan tidak perlu mewajibkan pihak sekolah melaksanakan sepenuhnya sukatan pelajaran tahun ini yang terjejas akibat Covid-19.

Beliau berkata, peperiksaan peringkat sekolah atau berpusat pula perlu mengambil kira jumlah hari pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta sukatan pelajaran yang boleh dihabiskan bagi tahun ini.

Jelasnya, beliau menyambut baik sekiranya Kementerian Pendidikan melakukan perubahan serta penjajaran semula takwim pendidikan tahun ini.

"Saya setuju takwim diubah, kena kira balik jumlah hari yang ada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tahun 2020. Berapa sukatan pelajaran yang boleh dihabiskan untuk tahun ini bagi setiap mata pelajaran berdasarkan jumlah hari mengajar di sekolah.

"Berdasarkan jumlah hari dan jumlah sukatan pelajaran yang boleh diajar, peperiksaan peringkat sekolah atau berpusat boleh mengambil kira faktor itu.

"Tidak perlu lagi untuk menghabiskan sukatan pelajaran tahun 2020 untuk semua subjek. Lembaga peperiksaan mesti diberi peluang mengemukakan beberapa pilihan yang ada, masa yang sesuai untuk peperiksaan," katanya kepada Malaysiakini.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan Kementerian Pendidikan dijangka akan meminda semua tarikh peperiksaan utama selaras dengan keputusan kerajaan melanjutkan PKP dan pengangguhan pembukaan persekolahan ekoran Covid-19.

Pinda semua tarikh peperiksaan

Malaysiakini dimaklumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan PT3 akan ditangguhkan beberapa bulan.

Begitu juga dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bertulis serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 3 dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumber bagaimanapun berkata ia tertakluk kepada kelulusan kabinet.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, Kementerian Pendidikan mestilah memberi gambaran awal kepada masyarakat umum bahawa mereka sudah mempunyai perancangan pasca-Covid-19.

Sementara itu Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Mohamad Ali Hassan, menyokong penuh pindaan tarikh peperiksaan utama dan takwim pendidikan tahun ini ekoran pelanjutan PKP.

"PIBGN menyokong penuh usaha dan tindakan KPM untuk meminda kesemua tarikh peperiksaan utama sekolah disebabkan pelanjutan PKP serta sebab-sebab pelanjutan tersebut ekoran Covid-19.

"Pihak PIBGN juga menyambut baik perubahan takwim persekolahan tahun ini dan berikutnya serta menyarankan Kementerian Pendidikan untuk terus mengatur sebaik mungkin pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran melalui e-pembelajaran, termasuk TV dan radio untuk akses semua pelajar," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu bagi Exco Pemuda Umno, Mustafa Shah Abdul Hamid, mahu Kementerian Pendidikan turut memberi tumpuan kepada murid-murid luar bandar termasuk anak Orang Asli agar mereka tidak tercicir pelajaran sepanjang pelaksanaan PKP.

Mustafa berkata, beliau khuatir jika murid-murid di kawasan pedalaman serta masyarakat Orang Asli tidak dapat mengakses pembelajaran secara dalam talian kerana capaian internet yang terhad.

"Kita menuntut supaya Kementerian Pendidikan turut memberi perhatian khusus kepada murid-murid yang berada di kawasan luar bandar termasuk anak-anak Orang Asli yang saya kira pelajaran mereka terjejas ketika ini.

"Walaupun KPM melakukan pendidikan secara dalam talian melalui e-pembelajaran dan TV pendidikan, namun bagi masyarakat yang tinggal di luar bandar pastinya berdepan kesukaran untuk mendapat liputan internet apatah lagi untuk melaksanakan pembelajaran secara dalam talian di rumah masing-masing," katanya.

Tambahnya lagi KPM perlu ada mekanisme khusus bagi memastikan kumpulan ini tidak ketinggalan dan tercicir pelajaran mereka.

Sumber: Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2020/04/covid-19-upsr-pt3-akan-dtangguhkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Upsr Pt3 Dibatalkan Spm Stpm Ditunda Ke 2021

Covid 19 Upsr Pt3 Dibatalkan Spm Stpm Ditunda Ke 2021

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 384 hits
Peperiksaan STAM akan diadakan pada suku pertama 2021 Radzi JidinUPSR dan PT3 bagi tahun 2020 dibatalkan Radzi Jidin KPM akan umum tarikh pembukaan sekolah sekurang kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka Radzi Jidin STPM Tarikh peperik...
Upsr Pt3 Stpm Stam And Spm Expected To Be Postponed Due To Covid 19

Upsr Pt3 Stpm Stam And Spm Expected To Be Postponed Due To Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 250 hits
CORONAVIRUS Several major examinations are expected to be postponed amid the Covid 19 pandemic Education Ministry sources told Malaysiakini that the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah and the Penilaian Tingkatan 3 examinations are expected to ...
Kpm Batalkan Upsr Dan Pt3 Tahun Ini Kaedah Baru Diperkenalkan Untuk Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh

Kpm Batalkan Upsr Dan Pt3 Tahun Ini Kaedah Baru Diperkenalkan Untuk Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 238 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Pentaksiran Tingkatan Tiga bagi tahun 2020 Dalam satu sidang media khas yang baru diadakan sebentar tadi Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi ...
Upsr And Pt3 Cancelled Secondary School Exams Postponed To 2021

Upsr And Pt3 Cancelled Secondary School Exams Postponed To 2021

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 194 hits
CORONAVIRUS The Education Ministry today announced that Ujian Penilaian Sekolah Rendah and Pentaksiran Tingkatan Tiga are cancelled amid the Covid 19 pandemic Education Minister Radzi Jidin at a press conference in Putrajaya also said all s...
2020 Upsr Pt3 Cancelled

2020 Upsr Pt3 Cancelled

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 474 hits
PUTRAJAYA No Ujian Penilaian Sekolah Rendah Pentaksiran Tingkatan Tiga Sijil Pelajaran Malaysia and Sijil Vokasional Malaysia examinations will be held this This is a content summary only Visit my website for full links other content and mo...
Batal Upsr Dan Pt3

Batal Upsr Dan Pt3

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 291 hits
Batal UPSR PT3 Suatu rahmat tersembunyiBoleh jadi titik tolak KPM buat keputusan masa depan peperiksaan iniOleh Fazleen SafinaBANGI 22 Syaaban 1441H Khamis Tiada keperluan untuk melaksanakan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ketika ini kata P...
Upsr Pt3 Di Batalkan Apa Kata Ibu Bapa Gugu Guru

Upsr Pt3 Di Batalkan Apa Kata Ibu Bapa Gugu Guru

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 411 hits
sidebar push Rentetan masalah global Covid 19 yang menlanda negara Kementerian Pelajaran Malaysia semalam 15 April 2020 telah mengambil keputusan untuk membatalkan peperiksaan utama bagi Perperiksaan UPSR dan juga PT3 Sehubungan itu Menteri...
Upsr Dan Pt3 2020 Dibatalkan

Upsr Dan Pt3 2020 Dibatalkan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 397 hits
UPSR dan PT3 2020 Dibatalkan Peperiksaan UPSR melibatkan murid tahun 6 dan peperiksaan PT3 melibatkan murid tingkatan 3 bagi tahun 2020 dibatalkan UPSR dan PT3 2020 Dibatalkan Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa Ujian Penilai...
Khaled Nordin Consider Alternatives Before Cancelling Upsr Pt3

Khaled Nordin Consider Alternatives Before Cancelling Upsr Pt3

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 223 hits
Umno vice president Khaled Nordin has urged the Education Ministry to exhaust all possible ways and alternatives before cancelling the Ujian Penilaian Sekolah Rendah and Pentaksiran Tingkatan Tiga It surely was a decision that has gone thro...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil