Kpdnhep Komited Pantau Punca Kenaikan Harga Barangan


Oleh UtusanTV Alexander Nanta Linggi. KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini membuat laporan polis susulan isu kenyataan serta gambar tular yang mempersenda kesusahan rakyat semalam.
Menteri berkenaan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan yang tidak sensitif itu dan menyifatkan perkara tersebut sebagai fitnah.
“Saya dengan jelas ingin menyatakan di sini bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan rakyat perlu makan itik. Saya tidak pernah buat begitu, itu fitnah.
“Jadi, KPDNHEP telah membuat laporan polis mengenai isu ini dan saya kesal dengan perbuatan fitnah sebegini. Kalau terdesak pun, jangan lakukannya,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, dilaporkan terdapat satu kenyataan yang dibuat susulan sekeping gambar tular kononnya menunjukkan Nanta menggesa pengguna di Malaysia makan itik sementara menunggu kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam.
Sementara itu, Nanta berkata, KPDNHEP sentiasa memantau harga barangan terutama makanan serta keperluan asas seperti roti jenama Gardenia yang dilaporkan akan meningkat bermula 1 Disember ini.
Beliau berkata, KPDNHEP akan memanggil pihak syarikat itu esok untuk memperoleh maklumat mengenai punca kenaikan harga produk berkenaan.
“Apabila harga naik nanti, kita akan buat sepertimana kita lakukan selama ini. Kita akan laksanakan libat urus, kajian dan bertanya kepada mereka akan punca kenaikan itu.
“Kita berharap dengan adanya maklumat itu, kita akan dapat mencari jalan untuk kita tangani masalah harga itu nanti,” katanya.
Mengulas harga ayam dan sayur-sayuran, beliau berkata peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import, kenaikan harga baja dan racun merupakan antara punca yang menyumbang kepada kenaikan harga produk itu di pasaran ketika ini.
“KPDNHEP telah membuat pemantauan dan kajian, kita dapati punca kenaikan harga ayam dan telur ayam ini adalah disebabkan oleh kenaikan kos operasi syarikat ternakan ayam. Sebahagian besar kos operasinya melibatkan kos makanan dengan hampir 100 peratus diimport dari negara asing seperti jagung dan soya.
“Dari segi sayur, ada sayur keluaran tempatan yang harganya naik kerana kita pada masa ini sudah sampai ke penghujung tahun iaitu musim tengkujuh yang sememangnya harga sayur akan meningkat. Selain itu, harga baja dan racun sebagai input untuk pengeluaran hasil buah-buahan dan sayur-sayuran ini juga sudah naik mendadak,” katanya.
Mengulas lanjut, Nanta berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam usaha mengawal harga jualan serta harga runcit khususnya di peringkat pengeluaran.
Beliau juga berkata kerjasama KPDNHEP dengan pemain industri berkaitan penjualan dan pembekalan kit ujian kendiri COVID-19 di peringkat runcit kini sangat tinggi dalam usaha menangani penularan wabak itu.
“Memang ada kerjasama, saya sukacita memaklumkan kerjasama sangat tinggi antara pemain industri, kedai-kedai runcit dan sebagainya yang menjual serta membekalkan kit ujian kendiri COVID-19,” katanya.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/kpdnhep-komited-pantau-punca-kenaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenaikan Harga Barang Menteri Kpdnhep Buat Apa

Kenaikan Harga Barang Menteri Kpdnhep Buat Apa

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 247 hits
MELAKA Pengguna terus terbeban dengan kenaikan harga barang yang berlaku secara mendadak sejak kebelakangan ini kerana ia sekali gus menambah kos sara hidup mereka Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia Azlin Othman berkata ke...
Harga Sayur Naik Hingga 200 Ini Punca Kenaikan

Harga Sayur Naik Hingga 200 Ini Punca Kenaikan

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 280 hits
Harga Sayur Naik Hingga 200 Ini Punca Kenaikan AWAL September lalu kenaikan harga ayam mentah yang melambung memberi impak kepada ramai pengguna Tidak hanya daging ayam yang naik sehingga lebih RM10 sekilogram telur juga dilaporkan mengalam...
Jeritan Rakyat Kenaikan Harga Barang Apa Solusinya

Jeritan Rakyat Kenaikan Harga Barang Apa Solusinya

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 239 hits
USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF RATA rata orang bercakap mengenai kenaikan harga barangan menggila gila Ada 100 peratus kenaikannya dan ada pula barangan yang naik sampai 200 peratus Sudah tidak terkawal segala barang yang dalam kawalan Orang y...
Litecoin 400 Bukan Jenaka Tetapi Penanda Aras Harga Baru Dalam Kenaikan Harga

Litecoin 400 Bukan Jenaka Tetapi Penanda Aras Harga Baru Dalam Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 176 hits
Penganalisis terkenal Peter Brandt yakin bahawa mood kenaikkan akan berterusan dalam jangka panjang dan mata wang kripto akan mengatasi paras tertinggi baharu berikutan aliran menaik Litecoin mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pela...
Kerajaan Bn Tak Reti Guna Big Data Elak Kenaikan Harga

Kerajaan Bn Tak Reti Guna Big Data Elak Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 208 hits
Rakyat Malaysia rugi apabila kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan oleh BN dan PN melalui Langkah Sheraton pada Mac 2020 Sekiranya kerajaan PH masih berkuasa pemantauan harga dan agihan bekalan makanan ketika ini telah dilakukan menggunakan t...
6037 Sikap Peniaga Punca Harga Naik Utusan Malaysia 15 11 2021

6037 Sikap Peniaga Punca Harga Naik Utusan Malaysia 15 11 2021

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 394 hits
Artikel oleh Utusan Malaysia SIKAP PENIAGA PUNCA HARGA NAIK UTUSAN MALAYSIA
Bantuan Rm262 Juta Untuk Peladang Terjejas Kenaikan Harga Baja Racun Pm

Bantuan Rm262 Juta Untuk Peladang Terjejas Kenaikan Harga Baja Racun Pm

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh KERAJAAN memperuntukkan bantuan berjumlah RM262 juta sebagai respons awal bagi membantu peladang yang terjejas susulan kenaikan harga baja dan racun kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata daripada jumlah itu...
Statistik Jenayah Kes Jenayah 2020 Catat Penurunan

Statistik Jenayah Kes Jenayah 2020 Catat Penurunan

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 495 hits
Kes jenayah tahun lepas menurun 21 4 peratus kepada 65 623 berbanding 83 456 pada 2019 Menurut Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin penurunan ini antaranya disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan SUBSCRIBE now Astro Awani ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Isu Ham Di Universiti Malaya

Lirik Lagu Jauh Danial Kifli

0x1c8c5b6a

Tidak Seindah Filem Ini Kisah Dina Sanichar Mowgli Versi Sebenar Yang Dibesarkan Serigala

Gua Damai Extreme Park Batu Caves Pakej Aktiviti Dan Harga

2025 Skoda Octavia Select And Rs Price And Specs