Bantuan Rm262 Juta Untuk Peladang Terjejas Kenaikan Harga Baja Racun Pm


Oleh Bernama  KERAJAAN memperuntukkan bantuan berjumlah RM262 juta sebagai respons awal bagi membantu peladang yang terjejas susulan kenaikan harga baja dan racun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, dana RM62 juta akan disalurkan melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai tambahan ke atas peruntukan subsidi dan insentif padi di bawah Bajet 2022 yang keseluruhannya berjumlah RM1.5 bilion.
Katanya, dana RM200 juta pula disediakan sebagai pinjaman agromakanan pada kadar faedah sifar peratus, di samping moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan di bawah Tekun Nasional (TEKUN) dan Agrobank untuk manfaat pengusaha tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan yang terkesan.
“Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi keluarga peladang termasuk isu yang dihadapi kini iaitu berkaitan dengan peningkatan harga baja dan racun,” katanya pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS kali ke-47, di Kuala Lumpur malam ini.
Katanya beliau juga telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk merangka dan memformulasi langkah-langkah mitigasi untuk menangani isu berkenaan.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi dan insentif berasaskan ‘input’ dan ‘output’ dengan kontrak membekal dan menghantar input pertanian diberikan kepada NAFAS selaku badan induk pergerakan Pertubuhan Peladang yang menaungi 920,000 ahli di seluruh negara.
Katanya pemberian itu dilakukan di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) bagi tempoh 1 Julai 2021 hingga 31 Dis 2023 dengan nilai RM1.82 bilion.
“Saya telah maklumkan Menteri Kewangan kita perlu bantu NAFAS. Apabila kita bantu NAFAS, maka secara langsung kita membantu golongan peladang, petani dan penternak,” katanya.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga akan membantu pesawah yang tiada pendapatan sementara menunggu musim menuai, dan bagi tujuan itu kerajaan terlebih dahulu akan berbincang dengan MAFI serta MOF untuk mengkaji implikasi kewangan terlibat.

Sementara itu Perdana Menteri berharap keluarga peladang dapat bergerak akrab dan sentiasa menjaga kebajikan antara satu sama lain, sekali gus bergerak sebagai ‘subset’ yang melengkapi Keluarga Malaysia.
Beliau berkata Malaysia telah melalui tempoh yang penuh mencabar susulan pandemik COVID-19 yang telah memberi kesan bukan sahaja dalam aspek sosial, tetapi juga ekonomi, termasuk Industri Agromakanan Negara terutamanya di peringkat awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Katanya warga peladang, penternak dan nelayan telah menjadi tulang belakang negara dan petugas barisan hadapan dalam sektor agro makanan negara, sekali gus memastikan kelancaran keseluruhan rantaian makanan termasuk pengeluaran, pengedaran dan peruncitan produk hasilan pertanian dan industri makanan.
Perdana Menteri berkata beliau yang dibesarkan dalam keluarga penoreh getah serta pernah menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari 2013 hingga 2015 amat memahami perit getir dan cabaran dihadapi peladang, penternak dan nelayan dalam negara.
“Pertanian sesungguhnya amat sinonim dengan saya. Seperti semua tahu bahawa saya dilahirkan dan membesar dalam keluarga petani. Kerana itulah jiwa petani sentiasa tersemat di dalam sanubari saya,” katanya.
Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee dan kedua-dua timbalannya, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/bantuan-rm262-juta-untuk-peladang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Baja Racun Naik Kerajaan Cari Penyelesaian Terbaik

Harga Baja Racun Naik Kerajaan Cari Penyelesaian Terbaik

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 175 hits
Sebagai respons awal kerajaan telah memperuntukkan RM232 juta BELURAN Kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi membantu peladang dan petani yang terjejas dengan kenaikan harga ...
Ethereum Bersedia Untuk Peningkatan Kenaikan Harga Seterusnya Boleh Menjadi Yang Paling Ikonik

Ethereum Bersedia Untuk Peningkatan Kenaikan Harga Seterusnya Boleh Menjadi Yang Paling Ikonik

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 185 hits
Ethereum kini bersedia untuk kenaiakn harga baharu dan skalabiliti yang lebih besar Mata wang kripto menunjukkan salah satu hasil pertumbuhan terbaik untuk tahun ini dalam segmen kripto Altcoin telah berkembang lebih daripada 10 kali ganda ...
Ahli Parlimen Gesa Bahas Isu Kenaikan Harga Barang

Ahli Parlimen Gesa Bahas Isu Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 231 hits
Beberapa Ahli Parlimen gesa isu kenaikan harga barang dibahaskan di Dewan Rakyat kerana ia melibatkan kepentingan rakyat
Siti Nurhaliza Respon Isu Jam Rm1 1 Juta N4fi Tahu Harga Sebenar Hadiah Daripada Suami Saya Tak Pernah Tanya

Siti Nurhaliza Respon Isu Jam Rm1 1 Juta N4fi Tahu Harga Sebenar Hadiah Daripada Suami Saya Tak Pernah Tanya

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 429 hits
Penampilan penyanyi tersohor negara Dato Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur Fashion Week minggu lalu mencvri perhatian ramai apabila beliau menggayakan aksesori mewah jenama antarabangsa Hasil carian netizen jam mewah bertali merah dan bertatah...
Oppo Perkenalkan A95 Harga Rp 4 Juta

Oppo Perkenalkan A95 Harga Rp 4 Juta

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 189 hits
OPPO mengumumkan peluncuran perangkat lini seri A terbaru OPPO A95 Perangkat ini membawa fitur fitur khas lini seri A seperti keberadaan kapasitas baterai besar sehingga dapat memberikan daya tahan penggunaan yang cukup lama
Kerajaan Bn Tak Reti Guna Big Data Elak Kenaikan Harga

Kerajaan Bn Tak Reti Guna Big Data Elak Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 200 hits
Rakyat Malaysia rugi apabila kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan oleh BN dan PN melalui Langkah Sheraton pada Mac 2020 Sekiranya kerajaan PH masih berkuasa pemantauan harga dan agihan bekalan makanan ketika ini telah dilakukan menggunakan t...
Giant Melabur Rm22 Juta Dengan Kempen Harga Lagi Rendah Lagi Lama Untuk Membantu Rakyat Malaysia Melawan Inflasi

Giant Melabur Rm22 Juta Dengan Kempen Harga Lagi Rendah Lagi Lama Untuk Membantu Rakyat Malaysia Melawan Inflasi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 226 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraGIANT MELABUR RM 22 JUTA DENGAN KEMPEN HARGA LAGI RENDAH LAGI LAMA UNTUK MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA MELAWAN INFLASI Harga rendah bagi barangan keperluan harian sekurang kurangnya setengah tahun Penjimatan ja...
Harga Sayur Naik Hingga 200 Ini Punca Kenaikan

Harga Sayur Naik Hingga 200 Ini Punca Kenaikan

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 267 hits
Harga Sayur Naik Hingga 200 Ini Punca Kenaikan AWAL September lalu kenaikan harga ayam mentah yang melambung memberi impak kepada ramai pengguna Tidak hanya daging ayam yang naik sehingga lebih RM10 sekilogram telur juga dilaporkan mengalam...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini