Kpdn Pantau Tuntutan Pengguna Terkesan Gangguan Sistem Budi95 Di Kuantan


Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata gangguan sistem di sebuah stesen minyak di Kuantan itu melibatkan 28 pengguna.
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata pengguna yang terkesan dengan gangguan sistem itu boleh mengemukakan tuntutan bayaran balik dengan membawa resit asal pembelian bagi tujuan pengesahan.PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memantau proses tuntutan pengguna yang terjejas susulan gangguan sistem Budi Madani RON95 (BUDI95) di sebuah stesen minyak BHPetrol, Jalan Gambang, Kuantan semalam, bagi memastikan hak dan kepentingan mereka dilindungi sepenuhnya
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata gangguan sistem itu berlaku sekitar 12.15 tengah hari melibatkan 28 pengguna, sebelum pemeriksaan kementerian dijalankan pada 4 petang hari yang sama.
“Kami mendapati gangguan sistem berlaku secara ‘on/off’ dari semasa ke semasa, walaupun tiada masalah rangkaian Internet dikesan di premis tersebut. Pengusaha stesen telah mengemukakan laporan kepada Ibu Pejabat BHPetrol untuk tindakan lanjut.
“Bagi pengguna yang terkesan, mereka boleh mengemukakan tuntutan bayaran balik dengan membawa resit asal pembelian bagi tujuan pengesahan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata gangguan seumpamanya turut dikesan di stesen BHPetrol Bandar Gambang pada sebelah pagi namun kembali pulih tidak lama kemudian, manakala pemeriksaan di stesen minyak lain termasuk Shell Jalan Sungai Lembing mendapati sistem BUDI95 berfungsi, cuma terdapat isu teknikal berkaitan cip MyKad pengguna.
Fuziah berkata kementerian mencadangkan langkah penambahbaikan kepada pengusaha stesen minyak antaranya menyediakan sistem manual simpanan resit dan maklumat pelanggan jika sistem tergendala, serta membolehkan tuntutan semula subsidi dilakukan pelanggan terjejas melalui dokumen sokongan.
“KPDN ingin menegaskan bahawa kami sentiasa memantau isu berkaitan pelaksanaan BUDI95 dan akan memastikan semua pengusaha stesen minyak mematuhi peraturan serta menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat.
“Kami menyeru pengguna yang berhadapan masalah untuk segera menghubungi talian aduan KPDN di 1-800-886-800 atau melalui saluran rasmi kementerian,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/10/kpdn-pantau-tuntutan-pengguna-terkesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Pelayan Inisiatif Budi95 Mampu Proses 30 000 Transaksi Seminit Pm Anwar

Sistem Pelayan Inisiatif Budi95 Mampu Proses 30 000 Transaksi Seminit Pm Anwar

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 617 hits
Sistem Pelayan Inisiatif BUDI95 Mampu Proses 30 000 Transaksi Seminit PM Anwar PUTRAJAYA 26 Sept Sistem server atau pelayan bagi pelaksanaan inisiatif subsidi petrol di bawah BUDI MADANI RON95 mampu memproses 30 000 transaksi seminit kata P...
Sistem Tracker Sumud Nusantara Pantau Kapal Gsf Secara Real Time Ini Teknologi Di Sebaliknya

Sistem Tracker Sumud Nusantara Pantau Kapal Gsf Secara Real Time Ini Teknologi Di Sebaliknya

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 186 hits
Di sebalik tumpuan dunia terhadap operasi Global Sumud Flotilla sebuah sistem tracker inovatif dibangunkan bagi membolehkan masyarakat dunia mengikuti perkembangan pelayaran misi kemanusiaan ini Pada asalnya pergerakan kapal dipantau melalu...
Budi95 Catat Tiga Juta Pengguna Jualan Lebih Rm91 Juta Dalam Tempoh Empat Hari Amir Hamzah

Budi95 Catat Tiga Juta Pengguna Jualan Lebih Rm91 Juta Dalam Tempoh Empat Hari Amir Hamzah

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 231 hits
BUDI95 Catat Tiga Juta Pengguna Jualan Lebih RM91 Juta Dalam Tempoh Empat Hari Amir Hamzah KUALA LUMPUR 30 Sept Inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 mencatat hampir tiga juta pengguna dengan jualan melebihi RM91 juta dalam tempoh em...
Budi95 Kementerian Komunikasi Bekerjasama Dengan Mof Kpdn Untuk Pastikan Maklumat Tepat Disalur

Budi95 Kementerian Komunikasi Bekerjasama Dengan Mof Kpdn Untuk Pastikan Maklumat Tepat Disalur

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1079 hits
BUDI95 Kementerian Komunikasi Bekerjasama Dengan MOF KPDN Untuk Pastikan Maklumat Tepat Disalur PUTRAJAYA 25 Sept Kementerian Komunikasi bekerjasama dengan Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup b...
Budi95 Pastikan Data Mykad Lesen Memandu Selaras

Budi95 Pastikan Data Mykad Lesen Memandu Selaras

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 376 hits
BUDI95 Pastikan Data MyKad Lesen Memandu Selaras Sumber MOF via BERNAMA Sumber MOF via BERNAMA BACA Sumber The post appeared first on
Budi95 Kebocoran Ditutup Manfaat Subsidi Kembali Kepada Rakyat Pakar Ekonomi

Budi95 Kebocoran Ditutup Manfaat Subsidi Kembali Kepada Rakyat Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 528 hits
Langkah kerajaan menghentikan kebocoran subsidi RON95 disifatkan sebagai tindakan tepat pada waktu demi memastikan manfaat sebenar hasil negara hanya dinikmati rakyat Malaysia Pakar Ekonomi Putra Business School Universiti Putra Malaysia Pr...
Technical Problems With Budi95 To Be Resolved Before Tuesday

Technical Problems With Budi95 To Be Resolved Before Tuesday

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 578 hits
Deputy finance minister Lim Hui Ying says several people have complained that they were not listed as eligible recipients despite having a valid MyKad Those who encounter problems should file a complaint or call the hotline at 1300 88 9595 ...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Irfan Zaini Gambarkan Watak Jack Sebagai Watak Kompleks Dalam Macai

Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau