Koyakan Bersalin Proses Keluar Kepala Bayi Punca Peranakan Jatuh Yang Czer Tak Terkecuali


Sebut mengenai peranakan jatuh, ramai wanita akan rasa seram. Tak dapat dibayangkan kesakitan yang bakal dirasai apabila organ-organ berkaitan turun tersasar daripada kedudukan asal.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan peranakan jatuh  atau dipanggil tombong dalam masyarakat Melayu.
Peranakan jatuh atau urogenital prolapse adalah keadaan di mana rahim dan organ terdekat dengan rahim seperti pundi kencing, usus dan rektum (tempat simpanan najis sebelum dikeluarkan) turun ataupun tersasar dari tempat asalnya, atau biasa orang panggil ‘peranakan jatuh’.

Kedudukan rahim ni berdekatan dengan pundi kencing, rektum dan usus dan bersambung antara satu sama lain. Maka jika rahim tu ‘jatuh’ atau turun ke bawah, rahim ini akan menarik turun organ-organ yang telah dinyatakan. Peranakan tu orang ingat rahim sahaja, tapi saya lebih suka anggap peranakan tu rahim dan apa-apa organ yang berdekatan dengan rahim ( pelvic organs )
9% wanita akan mengalami simptom-simptom peranakan jatuh. Dan secara keseluruhan, wanita yang akan melalui pembedahan untuk membetulkan peranakan yang jatuh dalam 11-19% dalam hidupnya
FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERANAKAN JATUH Apa yang sebabkan peranakan jatuh?
UMUR
Peluang untuk dapat peranakkan jatuh berganda dengan bertambahnya 10 tahun umur. Contoh – Mak Esah punya peluang untuk dapat peranakan jatuh pada umur 50 tahun lebih kurang 2%. Bila umur beliau dah jadi 60 tahun , peluang meningkat menjadi 4%. Kalau umur beliau lanjut menjadi 70 tahun peluang menjadi 8%.
Begitulah seterusnya. Ini contoh sahaja, bukan bermakna umur 50 tahun risiko dapat peranakan jatuh adalah 2%. Saya bagi analogi je supaya mudah faham. Kenapa ada kaitan dengan umur? Otot bernama Levator ani mengalami pengerasan dan seterusnya kurang anjal. Walaupun mak esah tak pernah beranak sekalipun, peluang nye tetap berganda bila umurnya meningkat. Kalau beranak banyak lagi lah kan?

MENGANDUNG & BERSALIN
Mengandung seterusnya bersalin meningkatkan peluang untuk mendapat peranakan jatuh. Lagi banyak beranak, lagi senang kena. Orang tak pernah beranak pun tak terlepas ye. Kebanyakkan wanita yang sudah beranak lebih kurang 50% akan mendapat peranakan jatuh.
Yang tak pernah beranak dalam 2% ( sikit tapi tak bermakna takda dapat langsung ). Sekali lagi proses melahirkan tu menyebabkan otot levator ani mengeras dan menjadi kurang anjal. Ada kajian yang cakap ada kaitan kerosakkan saraf pudendal masa bersalin – masa faraj kembang di saat kepala bayi nak keluar.
Jangan lupa koyakkan masa bersalin tak kisah la sikit ke banyak ke ataupun guntingan episiotomi turut menyumbang kepada kejadian peranakan jatuh.

Bila dah cerita macam ni, ramai plak takut nak beranak normal sebab risiko di kemudian harinya dapat peranakan jatuh. Berpusu-pusu pula orang mintak beranak secara C-section pula kan?
Ni nak bagitahu, utk mengelakkan 1 masalah peranakan jatuh, 7 orang wanita perlu menjalani C-section dan perkadaran ini adalah tak berbaloi dan tak signifikan.
Yelah operation C-section bukan macam picit jerawat kat muka, pelbagai komplikasi yang tak diingini boleh berlaku. Maka sebab tu saya cakap tak berbaloi untuk mintak c-section dengan pemikiran untuk mengelakkan peranakan jatuh pada masa hadapan. Pikir betul betul. Kalau ada sebab utk C-section yang mana doktor fikirkan perlu, tu dah lain cerita.
OBESITI
Lagi obes seseorang wanita tu, lagi tinggi peluang untuk dapat peranakan jatuh. Ada kaitan dengan tekanan yg tinggi di dalam perut sekaligus menekan organ-organ peranakan ni turun. Ha ape lagi? Kuruskan badan!

MEROKOK
Baguihla gomen dah kuatkuasakan larangan merokok kat premis awam. Tu pun masih ada yang degil merokok sana sini. Merokok akan sebabkan wanita tu batuk-batuk lama seterusnya tekanan dalam abdomen naik lama kelamaan akan menekan organ peranakan supaya turun. Dahla merokok, pastu berat badan pula berlebihan, lagi lah senang peranakan jatuh.
PEKERJAAN
Pekerjaan yang melibatkan sesorang tu kena angkat benda-benda berat teramat untuk suatu jangka masa yang lama akan menyebabkan peranakan jatuh. Kalau sehari dua angkat berat takda isu.

SEMBELIT
Untuk mereka yang ada masalah sembelit untuk suatu jangka masa yang panjang, kena meneran teruk semasa berak berpotensi dapat peranakan jatuh.
KELUARGA DENGAN PERANAKAN JATUH
Risiko untuk menjalani pembedahan untuk membetulkan peranakan jatuh meningkat jika mak, kakak atau adik beradik ada juga masalah peranakan jatuh
Rawatan untuk masalah peranakan jatuh bergantung betapa teruknya keadaan, kesesuaian pembedahan dan ape yg pesakit mahu. Ada yang sesuai pakai gelang (ring pessary). Ada yang perlu operation untuk betulkan kedudukan pernakakan, ada yg perlukan rahim dibuang ada yang tak perlu apa-apa. Again, bergantung kepada permasalahan pesakit.

 
Dah baca kan? Ada saya cakap bersenam pegi workout atau gym atau pergi marathon, jalan terkengkang kengkang atau tak makan jamu atau tak berurut tak bersengkak tak makan produk suplemen menyebabkan peranakan jatuh?
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
Artikel berkaitan:[ Awas, Meneran Awal Sebelum Pintu Rahim Terbuka Sepenuhnya, Risiko Rahim Jatuh Tinggi!]
The post Koyakan Bersalin & Proses Keluar Kepala Bayi Punca Peranakan Jatuh. Yang Czer Tak Terkecuali! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/koyakan-bersalin-proses-keluar-kepala-bayi-punca-peranakan-jatuh-yang-czer-tak-terkecuali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepala Lepas Bahu Bayi Tersangkut Ibu Bersalin Indius Kencing Manis Berisiko Tinggi

Kepala Lepas Bahu Bayi Tersangkut Ibu Bersalin Indius Kencing Manis Berisiko Tinggi

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 469 hits
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran adalah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika proses kelahiran Bayi patah tulang bahu cedera saraf dan kurang oksigen antara risikonya Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran adalah antara mas...
Cubaan Bayi Keluar Tersangkut Kepala

Cubaan Bayi Keluar Tersangkut Kepala

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 355 hits
Seorang bayi lelaki berusia terpaksa menahan kesakitan hampir sejam akibat kepalanya tersangkut pada jeriji pintu di kediamannya Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12 00 tengah hari di sebuah pangsapuri di Cheras hari ini sepasukan anggot...
Jarang Jarang Berlaku Wanita Lahirkan Bayi Perempuan Dengan Tiga Kepala

Jarang Jarang Berlaku Wanita Lahirkan Bayi Perempuan Dengan Tiga Kepala

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 533 hits
Seorang ibu sarat hamil dalam kesakitan dikejarkan ke sebuah hospital di Uttar Pradesh dipercayai mahu bersalin dalam kejadian yang berlaku di India 18 Julai lepas Setibanya di sana doktor dan ahli keluarga terdekat kepada wanita berkenaan ...
Belum Selesai Walau Keputusan Akhir Keluar Ini Dua Step Proses Mahkamah Cari Keadilan Untuk Arwah Zulfarhan

Belum Selesai Walau Keputusan Akhir Keluar Ini Dua Step Proses Mahkamah Cari Keadilan Untuk Arwah Zulfarhan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 618 hits
Kes yang melibatkan Pegawai Kadet Laut UPNM Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnian kembali menjadi tumpuan ramai apabila pihak Mahkamah Tinggi telah menetapkan 31 Julai untuk keputusan kes berkenaan Dengar sahaja pengumuman mengenainya oran...
Petir Punca Loji Proses Gas Terbakar

Petir Punca Loji Proses Gas Terbakar

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 291 hits
Kakitangan syarikat petroleum yang bertugas di loji pemprosesan gas dekat Santong Paka di Dungun cemas selepas loji terbabit terbakar malam tadi Dalam kejadian kira kira 8 malam itu menara penyulingan yang dipercayai mengandungi gas terbaka...
Keluar Darah Berpanjangan Selepas Bersalin Nifas Atau Haid

Keluar Darah Berpanjangan Selepas Bersalin Nifas Atau Haid

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 621 hits
Sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan darah nifas adalah perkara normal buat ibu bersalin Ia adalah discaj normal yang keluar daripada faraj wanita selepas bersalin yang mengandungi darah mukus tisu rahim Darah nifas boleh berla...
Bayi Perempuan Kepala Tiga Lahir Di India

Bayi Perempuan Kepala Tiga Lahir Di India

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 572 hits
UTTAR PRADESH Kelahiran seorang bayi perempuan berkepala tiga membingungkan para doktor di India
Lahirkan Anak Kembar Melalui Proses Bayi Tabung Keinginan Ratna Galih Punya Anak Cewek Terkabulkan

Lahirkan Anak Kembar Melalui Proses Bayi Tabung Keinginan Ratna Galih Punya Anak Cewek Terkabulkan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 510 hits
Demi mendapatkan anak perempuan Galih rela menjalani proses bayi tabung Harapannya pun dikabulkan
Punca Bisikan Ghaib Suruh Ibu Kelar Bayi

Punca Bisikan Ghaib Suruh Ibu Kelar Bayi

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 310 hits
Penyakit gila meroyan juga disebut angin beranak disyaki sebagai punca seorang ibu sanggup mengelar anaknya sendiri sehingga maut dalam satu kejadian terbaru di Kelantan Ahli keluarga seorang wanita yang tergamak menyembelih anaknya sendiri...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025