Keluar Darah Berpanjangan Selepas Bersalin Nifas Atau Haid


Sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan, darah nifas adalah perkara normal buat ibu bersalin. Ia adalah (Lochia), discaj normal yang keluar daripada faraj wanita selepas bersalin yang mengandungi darah, mukus & tisu rahim.
Darah nifas boleh berlanjutan sehingga 60 hari. Secara amnya, wanita dalam pantang akan mengalami nifas dalam enam minggu selepas bersalin. Pun begitu, jika darah berlanjutan keluar selepas 60 hari, ia mungkin simptom kepada masalah kesihatan yang lain. Bagi mendapatkan penerangan lanjut tentang topik ini, Pa&Ma sempat menemuramah Dr. Wan Elly Rushima Wan Abdul Rahim, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Hospital UMRA, Shah Alam.
Bersalin Normal Lebih Banyak Darah Nifas
Sebenarnya sama sahaja darah nifas yang keluar tidak kira bersalin normal atau pembedahan. Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita mengalami darah nifas yang lebih banyak selepas bersalin normal kerana darah akan keluar secara semulajadi berbanding wanita bersalin melalui pembedahan.
Pada minggu pertama, darah keluar dalam bentuk ketulan dan berwarna merah terang. Selepas sepuluh hari, darah nifas akan bertukar warna kepada kecoklatan. Cecair ini boleh berterusan lebih kurang enam minggu (mungkin bagi sesetengah wanita akan datang haid dalam masa terdekat), sama ada menyusu atau tidak menyusukan anak. Jika darah nifas mulai mengering dan sudah bertukar jernih dan kemudiannya didapati keluat semula darah dari faraj, terutamanya selepas 60 hari dan kemudiannya anda dapati keluar semula darah dari faraj, ia dikenali sebagai darah haid.
Pun begitu, terdapat beberapa jenis pendarahan yang membimbangkan dan harus diberi perhatian:
* Jika pendarahan berterusan dan memenuhi tuala wanita setiap jam dan perlu disalin kerap
* Setiap pendarahan disertai dengan rasa sakit yang teruk
* Ibu mengalami demam secara tiba-tiba
* Pendarahan yang banyak berterusan lebih seminggu
Warna, Bau Dan Rupa Daraf Nifas Yang Normal
Terdapat tiga jenis darah nifas:
Lochia Rubra – selepas bersalin hingga hari keempat dan kelima berwarna merah pekat, darah yang banyak dan mungkin berketul
Lochia Serosa – hari keempat hingga kesepuluh berwarna kecoklatan, merah semakin pudar, , kurang perdarahan dan lebih banyak mukus
Lochia Alba – hari 10- 42 berwarna kekuningan, tiada darah atau sedikit keputihan (discaj biasa)
Perbezaan Darah Haid Dan Nifas
NIFAS
Untuk tiga ke empat hari pertama selepas melahirkan anak, ibu akan mengalami pendarahan merah yang terang. Rupanya lebih kurang sepereti darah haid pada hari-hari pertama. Ini dikenali sebagai darah nifas. Selepas hari keempat dan kelima, darah ini akan menjadi lebih berair dan mulai kelihatan seperti warnanya merah jambu. Jika anda mengalami pendarahan yang banyak pada hari-hari pertama, itu adalah perkara normal.
Sekiranya ia berterusan dan semakin banyak atau merah terang, anda perlu berehat dan lihat sama ada ia berkurangan. Jika masih sama, segeralah berjumpa dengan doktor. Sekitar hari kelapan dan kesepuluh selepas kelahiran, aliran darah yang merah jambu tadi akan bertukar kepada pelepasan putih kuning yang banyak. Pendarahan bertompok (spotting) boleh berlaku selepas enam minggu bayi dilahirkan. Tetapi biasanya buat kebanyakan wanita, ia akan tamat lebih awal. 
HAID
Bagi sesetengah ibu, dalam tempoh enam ke lapan minggu selepas bersalin akan datang haid jika tidak menyusukan anak. Bagi ibu yang menyusukan, kedatangan haid mungkin kembali pada masa yang berbeza-beza. Sesetengah wanita mungkin tidak akan datang haid selama dia menyusukan anak, ada yang akan datang dalam tempoh beberapa bulan sama ada menyusukan ataupun tidak.
Jika haid datang awal dan ibu tersebut bersalin normal, penggunaan tampon mungkin tidak digalakkan oleh doktor kerana tubuh masih melalui fasa penyembuhan dan penggunaan tampon mungkin boleh mengundang trauma. Gunakan tuala wanita yang sesuai dengan keperluan anda dan tukarlah secara kerap. Menggunakan tuala wanita yang sama dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan jangkitan pada pundi kencing atau rahim.
The post Keluar Darah Berpanjangan Selepas Bersalin, Nifas Atau Haid? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/keluar-darah-berpanjangan-selepas-bersalin-nifas-atau-haid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Berkenaan Melewatkan Mandi Wajib Kerana Menunggu Darah Haid Habis Keluar

Hukum Berkenaan Melewatkan Mandi Wajib Kerana Menunggu Darah Haid Habis Keluar

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 760 hits
Wanita akan mula mengalami haid pada usia purata awal adalah 12 tahun Tetapi biasanya anatara usia 8 hingga 15 tahun Tempoh kitaran haid biasnaya berbeza Ada kitaran pendek dan kitaran yang lebih panjang tempohnya Hukum Berkenaan Melewatkan...
Darah Nifas Berhenti Kemudian Datang Balik Ramai Yang Keliru Antara Nifas Haid

Darah Nifas Berhenti Kemudian Datang Balik Ramai Yang Keliru Antara Nifas Haid

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 1847 hits
Sejurus selepas melahirkan bayi para ibu akan mengalami Nifas Nifas ialah darah yang keluar dari rahim wanita atas sebab melahirkan anak Darah ini keluar sama ada di saat melahirkan anak selepas melahirkan anak atau dua hingga tiga hari seb...
Bersalin Memang Sakit Tak Kira Anak Pertama Atau Seterusnya Bila Keluar Fuhh Leganya

Bersalin Memang Sakit Tak Kira Anak Pertama Atau Seterusnya Bila Keluar Fuhh Leganya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 550 hits
Sakit bersalin ni memang sakit Tak kisah la anak pertama kedua atau yang ke berapa sekali pun Normal atau ceaser lelaki atau perempuan Disebabkan itulah wanita yang melahirkan anak sebenarnya seorang yang kuat dan hebat Walaupun mulut cakap...
Gila Meroyan Penyakit Kemurungan Selepas Bersalin Yang Perlu Dirawat Segera

Gila Meroyan Penyakit Kemurungan Selepas Bersalin Yang Perlu Dirawat Segera

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 219 hits
Penyakit gila meroyan boleh menyebabkan ibu terdengar suara halus berbisik menyuruhnya membunuh si anak yang asyik menangis sahaja Bukan pertama kali kita dengar berita ibu kelar anak tanpa sedar selepas dengar ada suara halus berbisik di t...
Jangan Pandang Ringan Penjagaan Badan Mental Wanita Selepas Bersalin

Jangan Pandang Ringan Penjagaan Badan Mental Wanita Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 331 hits
Tanyalah pada mana mana ibu yang sudah melalui fasa mengandung dan bersalin memang bukan mudah untuk mengembalikan badan seperti anak dara mahupun The post appeared first on
Budak Hilang Selepas Keluar Beraya Bersama 2 Rakannya

Budak Hilang Selepas Keluar Beraya Bersama 2 Rakannya

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 509 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia sembilan tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Puncak Alam Selangor untuk beraya bersama dengan dua rakannya Kehilangan Syafiqah Farhan ie Mohd Norhisyam itu disedari oleh kakaknya Far...
Susu Ibu Tahan 1 Jam Selepas Dipanaskan Bayi Minum Atau Tak Kena Buang

Susu Ibu Tahan 1 Jam Selepas Dipanaskan Bayi Minum Atau Tak Kena Buang

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 858 hits
Dilema yang selalu ibu bersalin akan hadapi selepas nak masuk kerja adalah risau mengenai penyusuan susu ibu Alasannya takut anak tak mahu minum melalui botol atau pun pengurusan susu perahan oleh pengasuh Ini kerana ada sesetengah pengasuh...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Maharani Hari Ini Engkau Disana Chord

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor