Kotak Akuarium Berisi Dadah Bernilai Rm1 99 Juta Dirampas


 Oleh SURAIDAH ROSLAN
JAUTEH Dikun (dua kiri) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas di Kota Kinabalu baru-baru ini.KOTA KINABALU: Kotak barangan yang disangka peralatan akuarium rupa-rupanya mengandungi dadah jenis syabu yang dihantar menerusi khidmat penghantaran barang pada 4 Januari lalu.
Penemuan itu membawa kepada rampasan keseluruhan dadah seberat 55.4 kilogram bernilai RM1.99 juta dalam dua serbuan berasingan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, berdasarkan pemeriksaan pada sebuah kenderaan di tempat letak kereta di sebuah syarikat penghantaran barang di Pekan Inanam di sini kira-kira pukul 4.15 petang Selasa minggu lepas, polis berjaya menemukan tiga kotak barangan akuarium yang mengandungi dadah.
Pemeriksaan lanjut mendapati kotak barangan itu mengandungi dadah jenis syabu seberat 33.62 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.21 juta.
Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun yang merupakan pemandu kenderaan yang dipercayai disewa tersebut.
“Hasil siasatan membawa kepada serbuan kedua di sebuah bangunan komersial di Aeropod pada 9 Januari, pukul 9.50 pagi dengan dipandu arah oleh suspek.
“Serbuan ini membawa kepada penemuan dua kotak barangan akuarium yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 21.78 kilogram yang dianggarkan bernilai RM784,000. Rampasan keseluruhan dadah berjumlah RM1.99 juta.
“Selain dadah, anggota kita juga berjaya merampas wang tunai bernilai RM102,097 dan membawa jumlah keseluruhan rampasan kepada RM2.09 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah hari ini.
Jauteh berkata, berdasarkan siasatan, modus operandi sindiket pengedaran dadah ini menggunakan khidmat penghantaran barang yang didaftarkan sebagai barangan akurarium untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Mengulas lanjut katanya, kejayaan tangkapan dan rampasan itu adalah hasil perkongsian maklumat antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur dan JSJN IPK Sabah.
Tambah beliau, saringan awal mendapati suspek positif dadah dan mempunyai 17 rekod jenayah lampau termasuk kesalahan mencuri dan penyalahgunaan dadah.
Suspek masih direman sehingga 18 Januari ini bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jauteh berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada dadah itu untuk pasaran Sabah mahupun sekadar transit. Dadah yang dirampas dianggarkan mampu menampung sehingga 280,000 orang penagih.-UTUSAN  ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/kotak-akuarium-berisi-dadah-bernilai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penghantar Makanan Terbabit Kemalangan Terima Bayaran Rm1 3 Juta

Penghantar Makanan Terbabit Kemalangan Terima Bayaran Rm1 3 Juta

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 192 hits
Oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim menyampaikan faedah hilang upaya sementara kepada penghantar makanan Hussain Mohamad Danial 25 di rumahnya di Kampung Sukamari Pendag FOTO NSTP Noorazura Abdul Rahman PENDANG Seramai 7...
Irwansyah Ditipu Adik Sendiri Kerugian Rm1 5 Juta

Irwansyah Ditipu Adik Sendiri Kerugian Rm1 5 Juta

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 230 hits
Irwansyah ditipu adik sendiri kerugian RM1 5 juta TIDAK pernah terlintas di fikiran adik sendiri sanggup menipu dan mencagarkan aset sehingga kerugian beribu ribu ringgit Inilah yang terjadi kepada pelakon Indonesia Irwansyah yang kerugian ...
Thailand Beli Empat Jet Pejuang Bernilai Rm1 7 Bilion

Thailand Beli Empat Jet Pejuang Bernilai Rm1 7 Bilion

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 189 hits
SEBUAH jet pejuang jenis F 35 dirakam sedang terbang di udara Lockheed Martin BANGKOK Tentera Udara Diraja Thailand mengesahkan bahawa Kabinet negara itu pada Selasa telah bersetuju menyokong cadangan bagi membeli empat buah jet pertama dal...
Hasil Penjualan Ke 20 Negara The Red Sleeve Dapat 50 Dari Kos Produksi Bernilai Rm56 Juta

Hasil Penjualan Ke 20 Negara The Red Sleeve Dapat 50 Dari Kos Produksi Bernilai Rm56 Juta

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 191 hits
The Red Sleeve terus membuktikan kepopularitiannya dalam kalangan peminat K Drama Menurut laporan media drama bersejarah ini sudah pun mendapat 50 semula dari 16 bilion won untuk kos produksi 17 episodnya menerusi pra penjualan di 20 negara...
Penipuan Forex Datuk Antara Ditahan 5 Kilo Emas Dirampas

Penipuan Forex Datuk Antara Ditahan 5 Kilo Emas Dirampas

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 163 hits
Oleh Mohd Kamarudin Md Din menunjukkan sebahagian rampasan daripada sindiket penipuan yang berselindung dengan nama Pelaburan Forex GCG Asia pada sidang media di Bukit Aman hari ini Gambar FB JSJK Bukit Aman POLIS Diraja Malaysia menahan 10...
Rasuah Rm28 2 Juta Sprm Terima Laporan Salah Laku Rasuah Babit Pengurusan Tertinggi Sc

Rasuah Rm28 2 Juta Sprm Terima Laporan Salah Laku Rasuah Babit Pengurusan Tertinggi Sc

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 338 hits
Satu laporan berhubung salah laku dan jenayah rasuah oleh pengurusan tertinggi Suruhanjaya Sekuriti serta Ahli Lembaga Pengarahnya telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini Laporan berkenaan dibuat sebuah pertubuha...
Pegawai Kanan Sc Ahli Politik Dilapor Terlibat Rasuah Rm28 2 Juta

Pegawai Kanan Sc Ahli Politik Dilapor Terlibat Rasuah Rm28 2 Juta

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 182 hits
MALAYSIA NOW Menurut laporan NGO itu anak pegawai SC turut terlibat dalam salah laku dan rasuah tersebut Seorang lelaki berjalan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Chocrane Cheras Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
East Ventures Pimpin Investasi Sgd 5 15 Juta Ke Smarter Health

East Ventures Pimpin Investasi Sgd 5 15 Juta Ke Smarter Health

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 159 hits
Smarter Health mengumumkan telah memperoleh SGD 5 15 juta dalam pendanaan seri A yang dipimpin oleh East Ventures Dana tersebut akan digunakan terutama untuk pengembangan produk dan perluasan pasar di Asia Tenggara
Ada Banyak Kumpulan Hebat Sm Entertainment Berjaya Jual 17 Juta Album Pada 2021

Ada Banyak Kumpulan Hebat Sm Entertainment Berjaya Jual 17 Juta Album Pada 2021

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 223 hits
SM Entertainment telah cipta rekod baharu dengan jualan album mereka Pada 10 Januari SM Entertainment mengumumkan bahawa mereka telah menjual lebih daripada 17 62 juta salinan album pada tahun 2021 Menurut laporan rasmi mereka syarikat itu ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024