Kos Tunai Haji Naik Tak Ada Kaitan Kedudukan Kewangan Th Kata Pengarah Eksekutif Haji


Dakwaan kos haji meningkat disebabkan Tabung Haji (TH) mengalami masalah kewangan sebagai tidak benar memandangkan agihan keuntungan kepada pendeposit yang diumumkan sebelum ini, kata Pengarah Eksekutif Haji TH Syed Saleh Syed Abdul Rahman. (Gambar AP)PETALING JAYA: Peningkatan kos menunaikan haji bagi jemaah muassasah tahun ini, tidak mempunyai kaitan dengan masalah kewangan yang didakwa dihadapi Lembaga Tabung Haji (TH), kata Pengarah Eksekutif Haji TH Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata, dakwaan itu tidak benar memandangkan TH sudah mengumumkan agihan keuntungan kepada pendeposit dan ini jelas menunjukkan kedudukan kewangan TH berada dalam keadaan baik.
Katanya, peningkatan kos menunaikan haji langsung tiada kena mengena dengan kedudukan kewangan, sebaliknya ia lebih menjurus kepada faktor inflasi, percukaian dan perkhidmatan lain di Arab Saudi.
“Situasi ekonomi semasa yang berlaku turut memberi impak kepada kos menunaikan haji dan ia berada di luar kawalan TH, umpamanya cukai nilai tambah (VAT) yang meningkat sebanyak 15%, berbanding lima peratus sebelum ini.
“Malah, ia juga berkaitan dengan perkhidmatan disediakan di Tanah Suci antaranya membabitkan pembangunan di kota suci yang memaksa banyak hotel terpaksa dirobohkan sejak 2004, jadi harga penginapan turut meningkat.
“Menerusi Misi 2030 Kerajaan Arab Saudi yang mana mereka tidak mahu bergantung kepada pendapatan daripada minyak, tetapi ingin lihat dari segmen seperti perkhidmatan, pelancongan, ternakan termasuklah berkaitan haji,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Dilaporkan, TH menjangkakan kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah pada tahun ini meningkat kepada lebih RM25,000, susulan kenaikan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu dikenakan kerajaan Arab Saudi.
TH dalam kenyataan memaklumkan kos berkenaan adalah peningkatan 12%, berbanding RM22,900 bagi seorang jemaah haji muassasah pada 2019.
“Kos yang perlu ditanggung oleh bakal jemaah haji ialah kos langsung iaitu penerbangan, penginapan, pengangkutan, makanan dan perkhidmatan disediakan oleh kerajaan Arab Saudi,” kata Saleh.
Katanya, untuk menentukan bayaran haji pada tahun ini, TH melihat beberapa faktor antaranya sumber pendapatan TH, syarat dikenakan kerajaan Arab Saudi dan kos bantuan yang akan diberikan.
“Jangan dibandingkan dengan negara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei kerana masing-masing menawarkan perkhidmatan yang berbeza.
“Seperti diketahui, Malaysia antara pengendali jemaah haji yang mendapat pengiktirafan terbaik dalam setiap pengurusan dilakukan,” katanya sambil menyatakan TH akan mengumumkan tidak lama lagi berapakah bayaran menunaikan haji pada tahun ini. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/kos-tunai-haji-naik-tak-ada-kaitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Juadah Naik Kos Bahan Mentah Tinggi Peniaga

Harga Juadah Naik Kos Bahan Mentah Tinggi Peniaga

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 129 hits
hmetro com myOrang ramai membeli juadah berbuka puasa FOTO Essa Abu YaminBatu Pahat Sebahagian besar juadah berbuka puasa yang dijual di bazar Ramadan di daerah ini mengalami peningkatan harga dipercayai berikutan kenaikan kos bahan mentah ...
Kos Haji 2022 Mencecah Lebih Rm25 000

Kos Haji 2022 Mencecah Lebih Rm25 000

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR 7 APRIL 2022 Lembaga Tabung Haji menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji pada tahun ini akan meningkat kepada lebih RM25 000 untuk seorang jemaah haji Muassasah susulan peningkatan berkaitan cukai dan caj...
Masa Ph Dulu Kemain Kutuk Mujahid Kenapa Sampai Hari Ini Tak Jelaskan Kos Terperinci Sebenar Tabung Haji

Masa Ph Dulu Kemain Kutuk Mujahid Kenapa Sampai Hari Ini Tak Jelaskan Kos Terperinci Sebenar Tabung Haji

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 125 hits
MOHD AFFENDI ABASHingga kini kenapa pihak TH kerajaan tak pernah berani nak dedahkan kos terperinci sebenar bagi setiap kos pengangkutan penginapan makanan dll bagi seorang jemaah haji sehingga boleh cecah melebihi RM25k tu terhadap rakyat ...
Sesiapa Yang Berjaya Menemui Adik Saya Acap Sebelum Raya Saya Akan Hadiahkan Wang Tunai Sebanyak 12 000 Kata Abang Acap

Sesiapa Yang Berjaya Menemui Adik Saya Acap Sebelum Raya Saya Akan Hadiahkan Wang Tunai Sebanyak 12 000 Kata Abang Acap

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 128 hits
Sudah tiga tahun peserta Gopeng Ultra Trail 2019 Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali Acap hilang secara misteri namun keluarganya tidak pernah berputus asa berikhtiar mengesan pemuda itu
Ketua Pengarah Kata Penjawat Awam Dapat Gaji 12 Bulan Kerja Lima Bulan Saja

Ketua Pengarah Kata Penjawat Awam Dapat Gaji 12 Bulan Kerja Lima Bulan Saja

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 137 hits
Datuk Rosmadi Datu Sulai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Here is my teh tarik economic analysis again Sila lihat satu gelas teh tarik berikut Gross Domestic Product atau keluaran kasar ekonomi negara ialah sekitar RM1 400 Bili...
Sah Biaya Naik Haji 2022 Ditetapkan Rprp39 8 Juta Per Jemaah

Sah Biaya Naik Haji 2022 Ditetapkan Rprp39 8 Juta Per Jemaah

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 175 hits
Sah Biaya Naik Haji 2022 Ditetapkan RpRp39 8 Juta per Jemaah Pemerintah melalui Kementerian Agama dan DPR RI menyepakati biaya penyelenggaraan ibadah haji 2022 sebesar Rp39 8 juta per jemaah Angka ini lebih tinggi dari tahun 2020 yang ditet...
Pengarah Eksekutif Sapura Dibayar Rm983 Juta Bukti Jelas Bagaimana Glc Di Malaysia Rugi Memanjang

Pengarah Eksekutif Sapura Dibayar Rm983 Juta Bukti Jelas Bagaimana Glc Di Malaysia Rugi Memanjang

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 209 hits
Sejak hilang kuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah menyeleweng dana pencen rakyat Dato Seri Najib Tun Razak ghairah cuba bersuara dalam semua perkara kononnya untuk menjadi hero rakyat Catatan Syarikat MAS suatu keti...
Rafizi Pengarah Eksekutif Sapura Terima Rm983 Juta Ketika Najib Jadi Pm

Rafizi Pengarah Eksekutif Sapura Terima Rm983 Juta Ketika Najib Jadi Pm

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 131 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata Pengarah Eksekutif Sapura Energy Bhd menerima kira kira RM983 juta dalam pelbagai bentuk bayaran daripada 2009 hingga 2018 ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri Bekas Ah...
Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

Japan Crowned Champions In Sultan Azlan Shah Cup For First Time

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Presiden Pbsnt Kongsi Perkembangan Terkini Akhyar Rashid

E Kyc Syarat Pengeluaran Kwsp Rm250 Ke Atas Bagi Akaun 3

Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

Dah Jumpa Sebab Kalah Pn Kata Sebab Pengundi Luar

Jaringan Tunggal Hidalgo Bantu Sri Pahang Fc Kutip Tiga Mata Tewaskan Kelantan Darul Naim Fc

Ziarah Kubur Arwah Mak Pah