Kos Tak Sampai Rm30 Dah Boleh Sediakan Blueberry Cheese Cake Sedap Ni Untuk Anak Anak Jimat
Tidak dinafikan, kek keju atau cheese punya penggemarnya sendiri. Namun membelinya di kedai apa lagi untuk hidangan seisi keluarga memakan kos yang cukup tinggi. Jadi rasanya adalah lebih baik ibu cuba hasilkan sendiri sebiji kek keju untuk anak-anak. Barulah puas makan.
Resipi Blueberry Cheese Cake yang dihasilkan oleh Suisan Aliezsha ini cukup senang dan mudah. Paling menarik kosnya tidak sampai RM30 malah boleh sediakan sebiji kek untuk dimakan seisi keluarga. Memang jimat. Jom cuba resipi hebat yang dikongsikan olehnya.
Selamat malam semua. Hasil malam ni saya kongsikn untuk korang penggemar cheese. Teringin tu boleh la buat time-time cuti ni. Kos bahan-bahan pun tak mahal tak sampai RM30. Beli sepotong dah mahal, kalau buat 1 family dapat merasa.
Resepi lapisan bawah:
8@9 keping biskut digestive (saya guna biskut jacobs weetameal) kalau tak ada boleh je guna biskut belvita, hancurkan saya guna batu lesung je. Tak payah nak cerewet sangat kan. Tapi nak hasil lagi halus blend kering)
2 sudu makan butter (cairkan)
Selepas hancurkan biskut masukkan ke dalam bekas, masukkan butter yang dah siap dicairkan. Gaul sebati.
Kemudian masukkan ke dalam loyang tekan-tekan untuk padatkan biskut tersebut (saya guna saiz 5 sebab adunan tak banyak)
Untuk cheese:
250g cream cheese tatura
2 biji telur
2 sudu makan gula halus (kalau tak nak letak toping, gula 3@4 sudu dah cukup)
1 sudu setengah tepung gandum (saya guna cap rose (sudu makan ye, kalau sudu metrik 1 ½)
1/2 sudu makan jus limau@lemon
Jem blueberry
Mix cheese dan gula, dah sebati masukkan telur. Putar kemudian masukkan jus limau.
Last masukkan tepung gandum dan mix sebatikan.
Kemudian curahkan ke dalam loyang berisi biskut tadi. Jangan lupa loyang alaskan dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 160° selama 20-25 minit, bergantung oven masing-masing. Dah masak biarkan sejuk kemudian toping ikut kehendak korang, blueberry, strawbery@mango. Kalau nak letak toping horlick, semasa nak masukkan dalam oven taburkan atas permukaan kek.
Siap, nanti dah siap bertoping sejukkan ke dalam peti ais baru aummm rasa dia.
Selamat mencuba.
Nak dapatkan barangan atau kelengkapan kek bolehlah klik di sini.https://invol.co/cloqny Senang tak payah beratur panjang di kedai. Shopping online je.
Resipi wajib cuba: Senang Rupanya Buat Lotus Biscoff Cheesecake Viral Ni Tak Perlu Bakar Pun!
The post Kos Tak Sampai RM30 Dah Boleh Sediakan Blueberry Cheese Cake Sedap Ni Untuk Anak-Anak, Jimat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kos-tak-sampai-rm30-dah-boleh-sediakan-blueberry-cheese-cake-sedap-ni-untuk-anak-anak-jimat/