Kos Sara Hidup Dan Budaya Hidup




BELANJAWAN 2020 yang baru dibentang dan kini hangat dibahaskan di Parlimen. Ada yang bersetuju dan mengalu-alukannya, ada yang pesemis dan ada yang menolak bulat-bulat.
Teras belanjawan kali ini merangkumi empat sasaran: pertumbuhan ekonomi, pembangunan insan, membangun masyarakat inklusif dan mengukuh kewangan institusi awam.
Walaupun belanjawan ini dikatakan belanjawan berkembang, akan tetapi yang menjadi fokus paling utama adalah untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
Banyak peruntukan yang ditambah untuk golongan B40 dalam bentuk one-off ( pemberian sekali), bulanan dan subsidi bersasar.
Sementara peruntukan sebanyak hampir RM300 bilion diperuntukan untuk 2020, namun perbelanjaan pengurusan masih tinggi dan sangat perlu diurus dengan teliti untuk meminimumkan ketirisan.
Kos sara hidup merangkumi empat sektor penting iaitu makanan, perumahan, pendidikan, pengangkutan, utiliti asas dan kesihatan.
Memang hal ini diperbahaskan dengan sangat mendalam untuk mencari kaedah agar golongan B40 mendapat kualiti hidup yang munasabah.
Meskipun segala bentuk bantuan sama ada subsidi mahupun bantuan sara hidup secara langsung menjadi komponen penting, warga pengguna masih perlu meneliti cara hidup masing-masing.
Sementara usaha meringankan beban hidup perlu dirangka kerajaan, pengguna tetap perlu meneliti tabiat berbelanja yang mereka amalkan.
Tidak sedikit amalan berbelanja yang tidak mapan dan tidak berhemat menjadi budaya hidup rakyat Malaysia masa kini.
Berbelanja ke atas hal yang tidak perlu menjadi norma kepenggunaan di negara ini. Malah ada yang tidak peduli terhadap gaya hidup membazir dan bermewahan di luar kemampuan.
Tabiat suka makan di luar, kerap melancong, membeli tanpa merancang, terpengaruh kepada jenama dan berbelanja dalam aktiviti sosial seperti perayaan dan urusan perkahwinan yang berlebihan masih berleluasa.
Yang pasti, pengguna negara ini terperangkap dalam sindrom konsumsi yang terpengaruh dengan trend semasa. Ada yang bersungut dengan peningkatan harga barangan akan tetapi tidak kisah dengan budaya membazir dan bermewahan.
Pasar raya dan restoran mewah masih terus dikunjung pengguna seolah-olah kos sara hidup bukan isu sebenar.
Soal yang perlu difikirkan secara kritikal ialah dalam asakan konsumerisme global sekarang, warga pengguna negara ini belum memberi fokus kepada perbezaan kepenggunaan antara keperluan dan kehendak.
Hidup berasaskan keperluan bukan lagi suatu keutamaan.
Banyak perbelanjaan kini terpengaruh dengan kehendak iaitu berbelanja kerana mengikut trend seperti model kereta terbaharu, aksesori terkini, jenama paling terkenal, telefon bimbit paling canggih dan fesyen pakaian termoden.
Semua itu menjadikan peruntukan dalam mana-mana belanjawan tidak akan berkesan. Kos sara hidup sepatutnya berkaitan dengan keperluan asasi bukan soal berlumba untuk hidup trendy (mengikut fesyen terkini). Pengguna tidak boleh melepaskan kawalan diri kepada kapitalis pengeluar produk yang bukan sahaja membazir tetapi merosakkan alam dan menjejaskan kesihatan.
Budaya hidup pengguna sangat berkait dengan apa sahaja dasar yang diputuskan oleh kerajaan.
Polisi kerajaan sangat diperlukan bukan sahaja dalam pernyataan malah dalam pelaksanaan.
Akan tetapi sikap dan tindakan dalam kalangan pengguna sama ada individu mahupun keluarga juga sangat krtikal untuk menangani isu kos sara hidup.
Isu kos sara hidup akan berterusan selagi mana permintaan dan bekalan dalam pasaran terus menjadi elemen yang menguasai kehidupan masyarakat.
Nilai dan gaya hidup yang dikawal dan dipandu oleh budaya hidup rasional, nilai kesederhanaan yang kukuh dan mengutamakan hidup harmonis sepatutnya menjadi kerangka hidup warga pengguna negara ini.
Kos sara hidup adalah dinamik tetapi ia juga adalah suatu yang boleh dikawal.
Syaratnya bergantung kepada tahap kesedaran dan kadar keupayaan pengguna mengawal diri dalam budaya berbelanja.
Untuk itu pengguna tidak boleh membiarkan diri dimanipulasi dan dieksploitasi oleh pasaran.
Apa yang diperlukan ialah mengupayakan pengguna untuk tahu mengendalikan diri secara berhemat dan mampu kawal diri.
*Mohd Azmi Abd Hamid ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/52669/KOLUMNIS/Kos-sara-hidup-dan-budaya-hidup
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/18/kos-sara-hidup-dan-budaya-hidup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bpr Bantu Atasi Isu Kos Sara Hidup

Bpr Bantu Atasi Isu Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 372 hits
Bazar Peduli Rakyat ini sebenarnya sudah 17 kali dianjurkan sejak Februari lalu melibatkan 9 lokasi Sebagaimana yang dikatakan oleh Salahuddin Ayub BPR ini dapat sambutan dan ramai yang meminta agar penganjurannya dibuat lebih kerap bagi me...
Anak Terlantar Stroks Warga Emas Kerja Cleaner Untuk Sara Diri Dan Kos Rawatan

Anak Terlantar Stroks Warga Emas Kerja Cleaner Untuk Sara Diri Dan Kos Rawatan

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 419 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang warga emas yang dikenali sebagai Jamal bin Madar Pak jamal memerlukan bantuan untuk anaknya yang kini terlantar kerana stroks yang menyebabkannya lu...
Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Esh Naik Kepada Rm250 Sebulan

Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Esh Naik Kepada Rm250 Sebulan

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 451 hits
SOURCE appeared first on Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan ESH Naik Kepada RM250 Sebulan Pada ketika awal mengambi alih kerajaan Pakatan Harapan selepas menengang Pilihan Umum terdapat teka teki melibatkan nasib nelayan di Malaysia Ini keran...
Informasi Semakan Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online

Informasi Semakan Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 518 hits
Dalam pengumuman ucapan Belanjawan 2020 Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup golongan B40 Masyarakat disaran berwaspada ap...
Derita Kelangsungan Hidup Tujuh Beradik

Derita Kelangsungan Hidup Tujuh Beradik

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 368 hits
Derita kelangsungan hidup tujuh beradik apabila ibunya yang menjadi ketua keluarga telah meninggal dunia penyakit buah pinggang tahap tiga TANAH MERAH Tujuh beradik hilang tempat bergantung apabila ibu yang selama ini menjadi ketua keluarga...
Kisah Hidup Homes Dari Kekayaan Rp68 Triliun Hingga Bangkrut Dan Dituduh Menipu

Kisah Hidup Homes Dari Kekayaan Rp68 Triliun Hingga Bangkrut Dan Dituduh Menipu

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 449 hits
Usia Holmes waktu itu baru 19 tahun dan seperti idolanya Steve Jobs wanita pirang ini juga akhirnya memutuskan keluar dari kampusnya Stanford demi mengejar inovasi
Ingat Pesan Aku Kau Kedekut Dengan Mak Bapak Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Laki Bini Gaji Puluh Ribu

Ingat Pesan Aku Kau Kedekut Dengan Mak Bapak Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Laki Bini Gaji Puluh Ribu

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 455 hits
Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil bila kita sudah besar kita suruh pula mereka jaga anak anak kita Betapa CELAKAnya manusia inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya Berapa ramai yang sed...
Ebiet Penyanyi Indonesia Lagunya Mengubah Hidup Tolak Atheisme

Ebiet Penyanyi Indonesia Lagunya Mengubah Hidup Tolak Atheisme

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 206 hits
HALAMAN HIBURANEbiet G Ade Penyanyi Indonesia Lagunya tolak Atheisme Komunisme dan demokrat EBIET G Ade adalah penyanyi era 80 an yang lagu lagunya hits hingga kini Bukan sekedar nyanyian lagu lagu Ebiet G Ade sarat akan makna dan pesan Bah...
Cerita Mama Jay 16 Tahun Hidup Tanpa Septic Tank Di Tanjung Duren

Cerita Mama Jay 16 Tahun Hidup Tanpa Septic Tank Di Tanjung Duren

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 238 hits
Kalau dipandang di luar mah serem terus jorok tapi padahal jauh lebih kekeluargaan kata wanita akrab disapa Mama Jay itu kepada merdeka com Senin
Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wanita Sambut Kelahiran Bayi Di Tepi Jalan Dalam Hujan Renyai

Sampai Hati Pengasuh Didakwa Seksa Bayi Kerana Menangis

Setiap Kesilapan Boleh Ditegur

Apakah Maksud Perintah Injuksi

Orang Hilang Mereka Pergi Tanpa Jejak Kita Menunggu Tanpa Jawapan

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul