Ingat Pesan Aku Kau Kedekut Dengan Mak Bapak Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Laki Bini Gaji Puluh Ribu



“Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita..Betapa CELAKAnya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya..” 
Berapa ramai yang sediakan satu bahagian gaji untuk diberi kepada ibu bapa setiap bulan? Adakah kita kedekut kepada ibu bapa? Pernahkah kita berkira untuk membuat bakti kepada mereka? Persoalan di atas hanya diri sendiri yang boleh jawab

Barangkali, inilah satu-satunya perkara yang menjadikan gaji kita tak berkat dan tidak pernah cukup. Perasan tak

Seorang pengguna FB Zakuan Faiz telah menulis satu coretan mengenai perkara ini yang pasti mampu membuka mata kita semua. Baca coretannya di bawah:
SYURGA PALSU UNTUK ORANG BODOH
Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tua mu. Khususnya ibu. Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus. Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga

Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya

Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga. Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka


Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah. Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti “Rijal” pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana’ah dan Allah limpahkan barakah

Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita. Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan. Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman

Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan. Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup. Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar “dengan orang lain” juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya. 
Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama. Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata

√ Semuanya dah terlambat
√ Sejak awal lagi kau salah kira
√ Sejak awal lagi kau terlibat riba
√ Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia
√ Sejak awal lagi kau makan semua benda
√ Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba

Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan…. Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang kecewa…
Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu

Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya

Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir

Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat

Tapi tak… Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan

Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa?
Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan

Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa!
Ok, kita turun sikit…. Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid? Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…RM1 je….Tengok tu… Kedekut kan

Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib

Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT

Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik

Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka. Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti. Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak

Di luar sana, memang ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu. Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset. Dan kehidupan itulah yang kau kejar

Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba. Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak

√ Kehidupan itu yang kau carik
√ Hingga tanggungjawab kau abai
√ Mak bapak kau hambakan
√ Anak-anak tidak diberi agama

Allahu…
“Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka.”
Nota: Tulisan ini adalah kata hatiku untuk diriku sendiri. Aku mencela diriku siang dan malam agar aku tidak leka dengan angan-angan dunia yang penuh tipu daya dan menjaga ibubapak ku dengan baik. Merekalah syurgaku. Dan aku rasakan ia mungkin bermanfaat bagi sesetengah orang yang berakal, jadi aku decide untuk share disini. Moga ada manfaatnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/10/ingat-pesan-aku-kau-kedekut-dengan-mak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Youtuber Dedah Gaji Syahmi Sazli Sebulan Anggar Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Youtuber Dedah Gaji Syahmi Sazli Sebulan Anggar Cecah Ratusan Ribu Ringgit

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 1235 hits
Siapa tak kenal YouTuber terkenal Syahmi Sazli Namanya melonjak naik apabila video video yang dimuat naik melalui channel YouTube miliknya mendapat perhatian rakyat Malaysia Terbaru siri Drama Spontan yang diarahkan dengan kehadiran pelakon...
Mak Ayah Jangan Beza Bezakan Anak Kesannya Sampai Besar Anak Ingat

Mak Ayah Jangan Beza Bezakan Anak Kesannya Sampai Besar Anak Ingat

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 356 hits
Mak ayah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak anak Namun lumrah setiap anak pastinya mempunyai karakter dan pencapaian yang berbeza Inilah sebenarnya ujian terbesar buat mak ayah ag...
Hukum Memanjangkan Rambut Bagi Laki Laki Benarkah Sunah Nabi

Hukum Memanjangkan Rambut Bagi Laki Laki Benarkah Sunah Nabi

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 257 hits
Rambut panjang bagi laki laki khususnya di Indonesia sering kali mengundang pro dan kontra Hal ini terjadi karena rambut panjang bagi laki laki di Indonesia dipandang kurang sopan oleh sebagian masyarakat tertentu khususnya di desa Bagi yan...
Seorang Laki Laki Jadi Korban Pelecehan Seksual Saat Nonton Film Joker Diraba Raba Pahanya

Seorang Laki Laki Jadi Korban Pelecehan Seksual Saat Nonton Film Joker Diraba Raba Pahanya

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 228 hits
Bukti kalau pelecehan seksual nggak cuma bisa dialami perempuan laki laki pun juga rawan
Selamat Ayu Dewi Melahirkan Anak Ketiga Berjenis Kelamin Laki Laki

Selamat Ayu Dewi Melahirkan Anak Ketiga Berjenis Kelamin Laki Laki

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 239 hits
Kabar bahagia datang dari Ayu Dewi Ia telah melahirkan anak ketiga yang berjenis kelamin laki laki
Uncle Tu Usya Member Aku Alasannya Sebab Bini Dia Tak Boleh Memuaskan Nafsunya

Uncle Tu Usya Member Aku Alasannya Sebab Bini Dia Tak Boleh Memuaskan Nafsunya

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 191 hits
Setiap pasangan pasti mahukan hubungan mereka berkekalan dan jika berlaku sedikit perselisihan faham itu adalah normal dan kebiasaannya ia akan berakhir segera di mana salah seorang akan merendahkan egonya untuk meminta maaf Tetapi bagi jen...
Kelebihan Otak Wanita Dibandingkan Laki Laki

Kelebihan Otak Wanita Dibandingkan Laki Laki

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 337 hits
Keistimewaan otak perempuanTahukah Anda bahwa sebenarnya otak wanita memiliki keunggulan lebih dibanding pria Salah satunya otak wanita lebih seimbang dari pada pria Sekalipun dalam hal ini otak pria lebih besar daripada otak wanita namun t...
Mui Soal Crosshijaber Allah Melaknat Laki Laki Menyerupai Wanita Sebaliknya

Mui Soal Crosshijaber Allah Melaknat Laki Laki Menyerupai Wanita Sebaliknya

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 217 hits
Ia pun mengimbau kepada seluruh pihak untuk mewaspadai fenomena tersebut Mengingat belum diketahuinya motif dari mereka yang melakukan hal itu
Idea Dekorasi Bilik Tidur Sempit Dan Ruang Kecil Tetapi Nampak Mewah

Idea Dekorasi Bilik Tidur Sempit Dan Ruang Kecil Tetapi Nampak Mewah

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 4354 hits
Assalamualaikum Hi Semua Idea Dekorasi Bilik Tidur Sempit dan Ruang Kecil Tetapi Nampak MewahCredit Image Ilham MediaKebelakangan ni Nadhie memang terpikat sangat dengan bab bab deko mendeko ni Suka tengok kawasan yang sukar didekorasi teta...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri