Koronavirus 6 Jangkitan Baru Di S Pura 4 Jangkitan Tempatan




KEMENTERIAN Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan enam lagi jangkitan koronavirus di negara itu, dengan empat kes pertama jangkitan manusia-ke-manusia melibatkan rakyat tempatan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 24.
Tiga kes tempatan ini melibatkan penduduk Singapura yang mempunyai kontak dengan pelancong dari tanah besar China baru-baru ini, manakala kes keempat, melibatkan pekerja domestik warga Indonesia, yang mempunyai kontak rapat dengan seorang daripada pesakit jangkitan tempatan, menurut MOH dalam kemas kini terbarunya.
Kementerian itu berkata dua lagi kes membabitkan kumpulan warga Singapura yang dibawa pulang dari Wuhan pada 30 Jan.
“Walaupun empat daripada kes ini merupakan kluster jangkitan tempatan, namun tiada bukti penularan dalam masyarakat di negara ini,” menurut MOH.
Menurut kementerian itu, tiga daripada empat kes dikenal pasti mempunyai kontak dengan kumpulan pelancong dari tanah besar China itu, telah berinteraksi agak lama dengan mereka.
“Sementara menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa China, kumpulan pelancong dari Guangxi itu, atau sekurang-kurangnya dua daripada mereka telah disahkan dijangkiti koronavirus,” menurut MOH.
Kementerian itu juga mendedahkan bahawa rakyat Malaysia pertama yang dilaporkan positif koronavirus berada di Singapura dari 16 hingga 23 Jan untuk menghadiri satu mesyuarat perniagaan di Grand Hyatt Hotel, yang turut melibatkan rakyat China.
Mengemas kini satu daripada kes positif sebelum ini, MOH berkata seorang lelaki berusia 35 tahun yang merupakan penduduk Wuhan, telah dibenarkan keluar dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) hari ini.
Dia telah pulih dan ujian komprehensif yang dilakukan terhadapnya adalah negatif.
Terdahulu, di KUALA LUMPUR, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media harian perkembangan terkini situasi koronavirus di Malaysia mendedahkan seorang lelaki berusia 41 tahun, yang melawat Singapura untuk menghadiri mesyuarat perniagaan, adalah rakyat Malaysia pertama dilaporkan positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
Dia adalah seorang daripada dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlahnya 10 kes di Malaysia setakat ini.
Satu lagi kes melibatkan seorang lelaki berusia 63 tahun dari China yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Jan.
Menteri itu berkata kedua-dua lelaki berkenaan kini menjalani rawatan dan dalam keadaan stabil.
Novel koronavirus yang bermula di Wuhan kini menular ke 27 negara. Sehingga kini 427 orang meninggal dunia dan dilaporkan lebih 20,000 kes positif koronavirus setakat hari ini.
Dua kematian berlaku di luar China, satu di Filipina dan satu lagi di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong. – BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/05/koronavirus-6-jangkitan-baru-di-spura-4-jangkitan-tempatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Virus Korona Baru Bayi 6 Bulan Antara 4 Kes Terbaru Di S 039 Pura 3 Dikaitkan Dengan Kelompok Jangkitan Tempatan

Virus Korona Baru Bayi 6 Bulan Antara 4 Kes Terbaru Di S 039 Pura 3 Dikaitkan Dengan Kelompok Jangkitan Tempatan

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 306 hits
SINGAPURA Empat kes baru jangkitan virus korona baru disahkan di Singapura Kementerian Kesihatan umumkan pada Rabu Setakat Rabu 28 orang di Singapura diuji positif menghidap virus korona itu Dalam kalangan empat kes ba
Koronavirus 12 Hospital Kkm Makmal Kesihatan Sedia Kesan Jangkitan

Koronavirus 12 Hospital Kkm Makmal Kesihatan Sedia Kesan Jangkitan

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 566 hits
KUALA LUMPUR 9 FEB Sebanyak 12 hospital Kementerian Kesihatan dan Makmal Kesihatan Awam seluruh negara telah dipertingkatkan dengan kapasiti membuat ujian real time RT PCR 2019 nCoV bagi mengesan koronavirus 2019 sejak 30 Januari lepas Ketu...
Amal Salam Letak Tangan Di Dada Elak Jangkitan Koronavirus Dr Lee Boon Chye

Amal Salam Letak Tangan Di Dada Elak Jangkitan Koronavirus Dr Lee Boon Chye

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 403 hits
IPOH 8 Feb Orang ramai disaran mengelakkan bersalaman secara sentuhan dan sebaliknya mengamalkan salam cara Malaysia iaitu meletakkan tangan di dada sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan penularan koronavirus 2019 Timbalan Menteri Ke...
Singapore 4 Kes Pertama Coronavirus Jangkitan Manusia Ke Manusia Melibatkan Rakyat Tempatan

Singapore 4 Kes Pertama Coronavirus Jangkitan Manusia Ke Manusia Melibatkan Rakyat Tempatan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 304 hits
Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan enam lagi jangkitan koronavirus di negara tersebut dengan empat kes pertama jangkitan manusia ke manusia melibatkan rakyat tempatan Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 24 Tiga kes...
Wanita Baru Pulang Dari Wuhan Disahkan Positif Koronavirus Di Singapura

Wanita Baru Pulang Dari Wuhan Disahkan Positif Koronavirus Di Singapura

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 384 hits
SINGAPURA 31 Jan Seorang wanita rakyat Singapura berusia 47 tahun yang dibawa pulang dari Wuhan China adalah salah seorang daripada tiga kes import baharu jangkitan 2019 novel koronavirus di republik ini Dalam kenyataan terkini Kementerian ...
Koronavirus Seorang Rakyat Malaysia Yang Baru Pulang Dari Wuhan Ditahan Di Hkl

Koronavirus Seorang Rakyat Malaysia Yang Baru Pulang Dari Wuhan Ditahan Di Hkl

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 485 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari China sedang diasingkan di Hospital Kuala Lumpur untuk pemantauan lanjut bagi pengesanan wabak koronavirus Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ah...
Malaysia Catat Mangsa Keempat Jangkitan Baru Coronavirus Dari Wuhan

Malaysia Catat Mangsa Keempat Jangkitan Baru Coronavirus Dari Wuhan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 364 hits
Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes terbaru 2019 Novel Coronavirus atau 2019 nCoV membabitkan seorang lelaki rakyat China Mangsa keempat kes jangkitan paling baru coronavirus di Johor Bahru melibatkan seorang lelaki berusia 40 t...
Durian Tempatan Turun Separuh Harga Akibat Koronavirus

Durian Tempatan Turun Separuh Harga Akibat Koronavirus

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 452 hits
Malaysia memang terkenal dengan buah durian dan seperti mana yang kita tahu buah tempatan ini juga mempunyai banyak permintaan dari negara luar untuk dieksport termasuk China Durian juga dianggap buah mewah dan ianya memang menjadi buah keg...
3 Kes Positif Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus

3 Kes Positif Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 434 hits
Susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia hari ini Malaysia telah disenaraikan dalam senarai negara yang mempunyai kes jangkitan koronavirus bersama dengan 13 negara lain di seluruh dunia Confirmed coronavirus ...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia