Korang Mesti Cuba Tujuh Hidangan Yang Sesuai Masak Di Rumah Bulan Ramadan Ini


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kurang daripada sebulan sahaja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan. Inilah masa untuk kita semua menjalani ibadah puasa dan menikmati pelbagai juadah yang enak. Cuma tahun ni kebanyakan tempat akan tiada bazar Ramadan untuk membeli makanan kegemaran kita sebab daripada pandemik Covid-19 melanda negara. Jadi, apa yang korang boleh buat untuk memenuhi keinginan menikmati kuih-muih semasa Ramadan yang biasa emak kita sediakan? Kita buat sendiri la

Maha telah mengumpulkan senarai kuih dan pencuci mulut yang korang mesti cuba di rumah waktu Ramadan nanti. Kuih ini yang paling mudah dan cepat, malah boleh dibuat oleh mereka yang jarang memasak di rumah atau orang bujang. Resipi kuih dan pencuci mulut ini mesra pengguna, kerana tidak memerlukan peralatan-peralatan khas jarang ada di dapur korang. Cukup dengan adanya periuk dan senduk

Semua hidangan ini mengandungi santan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak. Santan Ayam Brand ini telah diuji berkualiti dan terbaik di pasaran. Korang boleh dapatkan santan ini dalam tiga variasi iaitu Santan biasa, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand)



Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pun hidangan ini yang digoreng. Kebanyakan resepi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika korang sedang dalam diet kurang gula, boleh kurangkan mengikut kesukaan korang

1. Bubur Jagung

Pencuci mulut yang paling senang pernah Maha cuba. Cuma masukkan ramuan mengikut turutan, kacau dengan kepanasan sederhana sehinggalah bubur siap. Kemudian, letakkan ke dalam mangkuk. Taburkan dengan jagung manis. Enak dinikmati ketika panas dan menyegarkan apabila dimakan sejuk. Jika anda boleh kacau periuk tanpa sebarang insiden, anda boleh buat bubur ini

Tempoh memasak: 20 minit Hidangan untuk: 4 OrangTahap kemahiran: 1/10
2. Bubur Kacang

Bubur yang sedikit manis, kaya dengan serat dan protein ini cukup enak sebagai juadah berbuka puasa. Bubur kacang boleh dinikmati begitu sahaja jika anda tidak ada masa untuk menyediakan juadah yang banyak. Hidangan ini terdiri daripada kacang, sagu, jagung, santan dan pandan untuk rasa yang enak. Rendam kacang semalaman untuk menjimatkan masa memasak. Masukkan semua ramuan itu ke dalam satu periuk besar dalam turutan yang betul, kacau, reneh dan ia sedia untuk dimakan

Tempoh memasak: 20 minit Hidangan untuk: 4 Orang Tahap kemahiran: 1/10
3. Puding Jagung

Juadah ketiga ialah puding jagung manis. Masukkan ramuan mengikut turutan ke dalam periuk besar, kacau, kacau dan kacau dengan api kecil. Masukkan ke dalam acuan atau bekas kaca yang rata, masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Potong kecil sekiranya perlu. Sebelum hidang, taburkan dengan keju parmesan untuk rasa masin dan berkrim

Tempoh memasak: 30 minit Hidangan untuk: 12 OrangTahap kemahiran: 1/10
4. Kuih Talam

Seterusnya ialah kuih talam. Maha senaraikannya di tempat keempat kerana kuih dua lapis ini agak mencabar untuk dibuat, tetapi usaha itu berbaloi kerana rasanya sedap! Satukan ramuan untuk lapisan atas, letakkan di atas talam dan stim selama 10 minit. Untuk lapisan bawah, bancuh ramuan kedua, tuang berhati-hati ke dalam talam yang sama sehingga hampir penuh dan stim sekali lagi selama 20 minit. Untuk rasa yang lebih ringan gunakan Santan Super Light. Biarkan sejuk. Potong kecil atau hidangkan dalam saiz berasingan. Hiaskan dengan jagung manis dan kelapa parut untuk jadikannya lebih menarik

Tempoh memasak: 1 jam Hidangan untuk: 12 OrangTahap kemahiran: 3/10
5. Agar Agar Buah 

Hidangan kelima adalah satu jenis hidangan yang dinantikan apabila anda menjemput ahli keluarga dan rakan untuk berbuka puasa! Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi kuih dua lapis yang sedap daripada acuan berbeza. Maksudnya, lebih banyak masa dan pinggan mangkuk yang perlu dibasuh selepas itu. Hasilkan jeli laici yang jernih mengikut resepi, tuangkan ke dalam acuan, kemudian tambah pilihan buah-buahan segar. Biarkan selama 20 minit. Sementara itu anda boleh sediakan lapisan jeli santan pandan yang berkrim. Tuangkannya di atas jeli buah, biarkan ia sejuk sedikit sebelum masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan daripada acuan sebelum hidangkannya di atas pinggan. Cantik, sedap dan sihat dengan buah-buahan yang kaya dengan serat dan santan yang berkrim. Memang berbaloi

Tempoh memasak: 2 Jam Hidangan untuk: 6 OrangTahap kemahiran: 3/10
6. Kuih Serimuka

Memerlukan lebih banyak kemahiran di hidangan keenam iaitu kuih yang terdiri daripada lapisan pulut dan kastard santan. Rendam pulut selama setengah jam sebelum masukkan ramuan lain termasuklah santan untuk lapisan pulut, kemudian stim selama 20 minit. Sementara itu, siapkan lapisan kastard kelapa sebelum kukus di atas air yang mendidih sehingga ia sedikit pekat. Jangan masak di atas api untuk mengelak ia menjadi seperti telur dadar! Kacau campuran pulut, tekan supaya ia menjadi bentuk, kemudian tuang kastard di atasnya. Stim selama 30 minit lagi. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan

Tempoh memasak: 1 jam Hidangan untuk: 6 OrangTahap kemahiran: 5/10
7. Kuih Kaswi Labu

Kuih Kaswi Labu ialah kuih yang sihat untuk penggemar labu. Ia jarang dijumpai di bazar kerana ia sukar dibuat. Stimkan labu, lenyek dan sejukkan. Buat satu ‘pelekat’ menggunakan tepung ubi dan serbuk agar-agar kemudian tambah labu lenyek yang sudah sejuk, santan dan bahan lain. Kacau sehingga ia membentuk tepung sadur yang licin. Tapis untuk asingkan ketulan sebelum tuang ke atas talam atau acuan sendiri. Kukus selama sejam, sejukkan dan potong empat segi jika perlu. Tabur kelapa parut. Sedap

Tempoh memasak: 1 jam 40 minit Hidangan untuk: 15 Orang  Tahap kemahiran: 5/10
Korang boleh dapatkan semua resipi ini dan banyak lagi di laman sesawang http://www.ayambrand.com.my/raya2020. 
Peraduan
Kalau korang cuba resipi ini korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik. Caranya mudah sahaja kongsikan resipi yang korang buat di laman Instagram atau Facebook korang dan tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook bersama dengan hashtag #beRAYAmbrand. Beritahu mereka kenapa ia merupakan hidangan kegemaran korang semasa Ramadan atau Raya. Peraduan bermula daripada 5 April dan berakhir 14 Jun 2020. Ia menawarkan 16 hadiah mingguan dan 2 hadiah utama untuk dimenangi. Jom rebut peluang ni sekarang juga










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2020/04/korang-mesti-cuba-tujuh-hidangan-yang-sesuai-masak-di-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Koleksi Resepi Di Bulan Ramadan Yang Mesti Cuba

30 Koleksi Resepi Di Bulan Ramadan Yang Mesti Cuba

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 659 hits
30 Koleksi Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Berbuka Puasa Koleksi resepi ni semua adalah pelbagai jenis menu dan bahan masakan Ada menu berasaskan ayam daging udang dan ada juga juadah kuih muih kesukaan ramai Hehe Boleh dicuba perlahan lahan d...
Rumah Terbakar Ibu Hamil 5 Bulan 2 Anak Terkorban Suami Anak Sulung Terselamat

Rumah Terbakar Ibu Hamil 5 Bulan 2 Anak Terkorban Suami Anak Sulung Terselamat

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 265 hits
Ayah suruh saya terjun dulu dari tingkap kata Muhammad Afip Aryan Mohd Khairul 6 yang terselamat dalam kebakaran yang meragut nyawa ibu dan dua adiknya di Kampung Sungai Relong Kamunting Taiping semalam Dalam kejadian 1 pagi itu ibunya Jazm...
Bnm Umum Penangguhan Bayaran Kereta Rumah Dan Lain Lain Sehingga 6 Bulan Rakyat Terjejas Boleh Tarik Nafas Lega

Bnm Umum Penangguhan Bayaran Kereta Rumah Dan Lain Lain Sehingga 6 Bulan Rakyat Terjejas Boleh Tarik Nafas Lega

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 485 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bank bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu serta perusahaan kecil dan sederhana bermula 1 April Beliau berka...
Siapa Kerap Kejang Perut Masa Datang Bulan Meh Cuba Petua Ni Untuk Melegakannya

Siapa Kerap Kejang Perut Masa Datang Bulan Meh Cuba Petua Ni Untuk Melegakannya

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 400 hits
SIAPA KERAP KEJANG PERUT MASA DATANG BULAN MEH CUBA PETUA NI UNTUK MELEGAKANNYA Bila kejang menyerang rasa sakit tu memang payah nak gambarkan Apa yang cikla tau sakit gila rasa macam urat tu kena tarik tarik je Mencengkam dan meregang Keja...
Air Rebusan Kempiskan Perut Tambah Tenaga Sesuai Cuba Dalam Tempoh Pkp

Air Rebusan Kempiskan Perut Tambah Tenaga Sesuai Cuba Dalam Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 411 hits
Macam macam jenis resipi viral yang kita dah cuba sepanjang tempoh PKP ni Nak keluar bersenam ambil angin luar pun tak boleh Melainkan kita memang sejenis orang yang bersenam secara disiplin dan tentu berat badan akan naik sepanjang duduk d...
Ayam Salted Egg 7 Resepi Masakan Cina Mudah Dijamin Halal Untuk Anda Cuba Di Rumah

Ayam Salted Egg 7 Resepi Masakan Cina Mudah Dijamin Halal Untuk Anda Cuba Di Rumah

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 482 hits
Jom hasilkan 8 resepi hidangan Cina yang lazat dan ringkas ini small Cover image via Seismik Makan small 1 Chicken Dumplings Untuk resepi yang mudah anda wajib sekali mencuba resepi Chicken Dumplings ini Anda hanya perlu menyediakan inti da...
18 Idea Resipi Berasaskan Sotong Super Sedap Mesti Cuba Sendiri

18 Idea Resipi Berasaskan Sotong Super Sedap Mesti Cuba Sendiri

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 314 hits
Sotong sejenis makanan laut yang lembut dan mempunyai peminatnya yang tersendiri Sebut sahaja sotong pasti terbayang sotong bakar sotong sumbat sotong masak merah dan banyak lagi Jadi jom kita selongkar idea resipi berasaskan sotong yang bo...
Pasien Positif Corona Saat Rapid Test Tidak Mesti Dirawat Di Rumah Sakit

Pasien Positif Corona Saat Rapid Test Tidak Mesti Dirawat Di Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 213 hits
Pemerintah menyiapkan 1 juta kit untuk mengindentifikasi virus Corona atau Covid 19 Tapi tak semua orang yang dinyatakan positif harus dirawat di rumah sakit
Lihat Transformasi Bilik Kecil Jadi Pawagam Mini Di Rumah Yang Anda Boleh Cuba

Lihat Transformasi Bilik Kecil Jadi Pawagam Mini Di Rumah Yang Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 220 hits
Sudah lebih 2 minggu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dan pastinya ramai daripada anda yang sudah gundah gulana tidak tahu ingin buat apa di rumah Jika terdapat bilik kosong di rumah anda apa kata anda transform bilik tersebut menja...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid