Korang Maki Hina Ejek Tun Tapi Korang Buta Yang Tun Buat Itu Semua Untuk Rakyat



Kemelut politik yang melanda negara sejak minggu lalu, sudahpun berakhir dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8, yang menggantikan Tun Dr Mahathir yang meletak jawatan baru-baru ini. 
Dalam tempoh itu, terlalu banyak spekulasi yang timbul sehingga ada yang menuduh Tun Dr Mahathir terlalu gilakan kuasa dan tidak mahu menyerahkan jawatan itu kepada 'PM Tepi', Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Tetapi menurut seorang individu ini, apa yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir itu adalah satu pengorbanan yang tidak dapat dijangkakan demi menyelamatkan negara dipimpin oleh pemimpin yang tidak berkelayakan

INI hanya pendapat aku tentang Tun Dr Mahathir dan permainan dia dalam politik Pakatan Harapan (PH). Hanya tuhan, agong dan yang berkenaan sahaja tahu rancangan Tun macam mana. Yang berfikiran macam aku saja dapat faham, kita sama. 
Kenapa Tun tak nak lantik Anwar dan calonkan terus semasa perletakan jawatan Perdana Menteri (PM)? Padahal dia sudah berjanji pada Anwar untuk lantik dia menjadi PM ke-8? Dan kenapa Tun letak jawatan terus menghadap agong untuk agong tentukan sendiri PM ke-8? Di sini korang mesti dah pelik apa hint yang Tun nak beritahu pada rakyat? Apa yang dah berlaku. 
Part Tun letak jawatan, automatik semua terus hilang jawatan sekelip mata. Masing-masing terpinga, masing-masing paksa Tun jadi PM balik masa ini. Korang perasan? Betapa goyangnya diorang bila hilang kuasa

Selepas peletakkan jawatan, dia ada buat pengumuman khas dan pemohonan maaf ketika sidang media berjalan dan cerita sebab-sebab tertentu kenapa dia letak. Korang cari balik video itu dan dengar betul-betul apa yang Tun sampaikan

Dia sendiri kata tak dapat nak pilih dari orang-orang dalam PH dan seolah dia tidak percaya pada orang-orang dalam PH itu sendiri. Tun juga ada kata, dia dituduh gila kuasa dan tamak. Sekarang dia dah letak sendiri, itu ke dinamakan tamak? Game part ni ramai terlupa dengan kata-kata dia masa ni. Masing-masing fikirkan kuasa

Part seterusnya. Dalam diam dan tak sedar, nama-nama yang diminta oleh agong untuk dicalonkan menjadi Perdana Menteri ke-8 semuanya tidak layak. Orang yang diam dan tenang yang dah awal-awal Tun rancang dengan agong itulah Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY). Tun pun kenalah berlakon depan diorang nak sedapkan hati yang kena game dengan Tun sendiri. Biar tak nampak sangat Tun bersalah. 
Part last, tiba-tiba diorang umum lambat pasal kerusi paling banyak dekat agong. Sengaja Tun lambat-lambatkan. Memang dia tahu tak akan menang sekali pun kalau diumum awal-awal berapa kerusi dapat

Selepas itu, diorang yang kena game ini paksa Tun menghadap agong semula, agong pula dah keluarkan kenyataan tak nak jumpa Tun dah. So dari sini diorang dah tak boleh buat apa lagi. Bak kata orang, 'Jalan Mati', dah tak boleh pusing dan tak boleh buat apa-apa

Pandai kan Tun aturkan strategi permainan ini. Segala-galanya Tun dah rancang awal dengan orang-orang yang terlibat. 

Tetapi, ini hanya pendapat aku dan pemerhatian aku sahaja selama kemelut politik Tun dan PH sehingga terlantiknya PM ke-8 TSMY. Kalau korang tengok balik dari awal masa diorang perintah, apa jadi selama setahun setengah ini? Kes tolak jawi, hina agong, hina polis dan tentera, kes arwah Adib tidak selesai, LGBT berleluasa, kes LTTE digugurkan senang-senang oleh bekas peguam negara dan kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati

Apa diorang buat selama berkuasa? Diorang langsung tak pedulikan suara rakyat. Rakyat meronta-ronta meminta menteri yang bertanggungjawab mengambil tindakan. Tetapi sayang, mereka sibuk dengan jawatan dan kuasa masing-masing dan dalam masa yang sama tuduh dan menekan Tun supaya meletak jawatan. 
Dikatanya Tun gila kuasa. Bila Tun letak jawatan, semua melopong terngaga. Tapi yang paling kesiannya, ramai yang tak teliti dan faham apa yang Tun cuba tunjuk dan katanya selama terlantiknya PM ke-8, ramai kata dia U-Turn dan nyanyok. Tu bila otak paling lama dalam politik dua kali naik jadi PM, segala hal politik latar belakang orang-orang yang dia kenal semua dalam poket seluar dia. 
Aku tahu, Tun naik jadi PM ke-7 sebab nak memperbetulkan balik kesilapan dia yang dahulunya pernah dia buat. Dan sekarang dia dah cuba yang terbaik untuk satu padukan balik bangsa, agama dan hak bumiputera kepada rakyat sebelum dia pergi

Tun, apa yang diorang cakap, janganlah kecil hati dan sedih. Saya anggap Tun dah berjaya kali ini dan tebus kesilapan Tun yang dulu. Terima kasih Tun M. 
Part Tun dah selesai, dia serahkan semua kuasa dan jawatannya kepada agong untuk diserahkan pada kerajaan dan PM baharu supaya dapat mentadbir negara, bela nasib bangsa, agama dan ambil peduli suara rakyat. Part ini korang kenalah bersatu padu. Kalau tak nak ditindas, jangan tamakkan kuasa dan leka

Dua ayat yang Tun selalu cuit pada kita, "Melayu mudah lupa" dan "Melayu Pemalas", benda ini fakta. Tun sengaja bagi kita panas supaya kita berfikir dan rajin. Come on guys, kaji dan fikir dari awal setiap rentak dan apa yang Tun sampaikan itu. Hadam. Nanti korang akan faham. 
Tapi sayang, ada sesetengahnya gembira bila PM ke-8 TSMY naik. Korang bersorak bergembira tetapi dalam sorakan dan kemenangan itu korang selitkan dengan makian, hinaan dan ejekan terhadap Tun. Korang buta, Tun buat semua itu untuk kita semua. 
Pendapat kita berlainan. Ini atas pemerhatian yang aku nilaikan dan aku sedia dikecam. Tetapi yang penting, selepas ini kita bersatu untuk agama, bangsa dan negara. Kalau tak nak ditindas seperti negara luar. 
#RespectAgongKami#RespectPM8#TerimaKasihTun
Sumber: Amar Je

Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/korang-maki-hina-ejek-tun-tapi-korang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Ahli Parlimen Kecuali Tun M Dititah Menghadap Agong Hari Ini Dan Esok

Semua Ahli Parlimen Kecuali Tun M Dititah Menghadap Agong Hari Ini Dan Esok

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Buat pertama kali dalam sejarah politik tanah air apabila kesemua Ahli Parlimen kecuali Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad dititah untuk menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Bi...
Orang Yang M Lukaimu Akan T Rluka Pada Waktunya Itu Bukan Kutukan Tapi Balasan Allah Takkan Luput

Orang Yang M Lukaimu Akan T Rluka Pada Waktunya Itu Bukan Kutukan Tapi Balasan Allah Takkan Luput

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 200 hits
Orang yang M lukaimu Akan T rluka Pada Waktunya Itu Bukan Kutukan Tapi Balasan Allah Takkan LuputM rasa g ram kar na dip rlakukan buruk itu adalah rasa yang manusiawi tidak t rima dan ingin s kali m mbalas Tapi k tika kamu m mbalas d ngan h...
Barisan Nasional Dan Pakatan Rakyat Adalah Celaka Dan Haram Jadah Penipu Kepada Semua Pengundi Negara Malaysia Celaka

Barisan Nasional Dan Pakatan Rakyat Adalah Celaka Dan Haram Jadah Penipu Kepada Semua Pengundi Negara Malaysia Celaka

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 344 hits
Saya sebagai rakyat malaysia berketurunan thai berdoa semoga parti BN atau di gelarkan sebagai Babi Najis kalah pada piliharaya yang akan datang Kita sebagai rakyat malaysia lihatlah parti BN Babi Najis selama mana pun memerintah negara mal...
Ctos Secureid Atasi Masalah Scammer Dan Pemantauan Kredit Korang Semua

Ctos Secureid Atasi Masalah Scammer Dan Pemantauan Kredit Korang Semua

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 458 hits
Hi Korang Siapa yang belum pernah kena tipu lagi dengan Scammer nieh Meh sini bagitau akak ko ni baca artikel yang akak kongsi kan ni eh CTOS melancarkan CTOS SecurelD iaitu perkhidmatan perlindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk mem...
Terima Kasih Semua Tun Dr Mahathir

Terima Kasih Semua Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 327 hits
Kuala Lumpur Terima kasih semua Itu kapsyen video yang dimuat naik oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sejurus selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia yang baharu hari ini Don t be ...
Allah Itu Tidak Buta Dan Tidak Tuli

Allah Itu Tidak Buta Dan Tidak Tuli

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 180 hits
Dalam politik ada yang rakus menggunakan kuasa untuk kekayaan Ada yang rakus memnggunakan kuasa untuk membuat persepsi dan tuduhan Allah tempat mengadu Kita rakyat tak tahu siapa yang benar tapi jika yang kena tuduh membuat sumpah laknat Ad...
Tun M Dilantik Pm Interim Pelantikan Semua Menteri Timbalan Terbatal Ksn

Tun M Dilantik Pm Interim Pelantikan Semua Menteri Timbalan Terbatal Ksn

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini membatalkan pelantikan semua menteri atas nasihat Perdana Menteri Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di si...
Saya Perdana Menteri Untuk Semua Rakyat Malaysia Muhyiddin

Saya Perdana Menteri Untuk Semua Rakyat Malaysia Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau adalah Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah katanya dalam ucapan yang disiarkan secara lang...
Jangan Beli Wakil Rakyat Tapi Beli Lah Rakyat Kata Pas

Jangan Beli Wakil Rakyat Tapi Beli Lah Rakyat Kata Pas

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 332 hits
PAS sekali lagi menyatakan pendiriannya agar parlimen dibubarkan bagi memberi ruang kepada rakyat membuat perhitungan melalui pilihan raya umum Presidennya Abdul Hadi Awang berkata itulah jalan terbaik buat masa ini iaitu menyerahkan perkar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game