Ctos Secureid Atasi Masalah Scammer Dan Pemantauan Kredit Korang Semua
Hi Korang, 
Siapa yang belum pernah kena tipu lagi dengan Scammer nieh? 
Meh sini bagitau akak ko ni, baca artikel yang akak kongsi kan ni eh 
CTOS   melancarkan   CTOS  SecurelD,   iaitu perkhidmatan perlindungan penipuan dan  pemantauan  kredit untuk memerangi pencurian dan  penipuan identiti  yang  kian   meningkat,  selain  membantu  memantau  kesihatan  kredit   pengguna. Perkhidmatan  pemantauan 'dark  web' adalah  yang terulung seumpamanya  dilancarkan  oleh sebuah  agensi  pelaporan  kredit di Asia Tenggara. 
Sekarang kita hanya melihat internet pada permukaan sahaja seperti lungsuri lama web, social media, lepak di google, shopping online tapi hakikatnya banyak benda yang berlaku yang kita tak tau di 'dark web' ini. Di 'dark web' hanya orang yang cerdik pandai mengenai IT yang paham selok belok apabila berada di sini, mereka-mereka menmpunyai akses yang mudah untuk memasuki ke data peribadi kita tak kira melalui email, bank account ID, even social media kita pun mereka ni boleh ‘hacked‘ 
Apakah Itu CTOS
CTOS  adalah Agensi  Pelaporan Kredit  vang  terkemuka  di  Malaysia  berdaftar  di  bawah  Akta Agensi    Pelaporan   Kredit 2010.    Ditubuhkan   pada   tahun   1990,   CTOS   mempermudah perlanjutan  kredit dengan  cara  membolehkan individu  dan perniagaan  mengakses maklumat penting dengan lebih mudah dan lebih  cepat.  CTOS  menyampaikan portfolio yang  lengkap meliputi  penyelesaian  dan  perkhidmatan  pengurusan  risiko   kredit,  dan  digunakan  secara meluas oleh   institusi-institusi  perbankan  dan  kewangan  negara,  syarikat  insurans,  syarikat telekomunikasi, syarikat-syarikat besar,  perusahaan  kecil dan sederhana, firma guaman,  badan-badan  kerajaan dan  berkanun
Majlis Pelancaran CTOS Secure ID
Di  majlis pelancaran  yang dirasmikan  oleh Y.Bhg.  Dato'  Dr.  Haji  Amirudin  Bin  Abdul Wahab, Ketua  Pegawai  Eksekutif Cybersecurity  Malaysia,  pihak  CTOS  Data  Systems  Sdn  Bhd  (CTOS), iaitu  agensi pelaporan  agensi  kredit terkemuka di  Malaysia,  memperkenalkan  perkhidmatan itu kepada khalayak umum pada hari ini. 
Pengguna   yang melanggani   perkhidmatan   ini   akan   dimaklumkan   jika   berlaku   sebarang perubahan  profil  kredit mereka sepertl  misalnya  permohonan  kredit  baharu,  bayaran  yang tertinggal, perubahan  had  kredit,  penutupan  kemudahan  kredit,  kemuflisan,  kes litigasi  dan juga  amaran jika  ditemui  butiran  peribadi  dalam 'dark web'.

Dengan adanya semua ciri ini pengguna  menjadi  lebih  proaktif supaya  berwaspada  dalam  menjaga  identiti  mereka  dan menguruskan  kesihatan  kredit masing-masing. 
"Melihat  banyak  sekali  berlakunya  pelanggaran  data  bukan  sahaja  di  Malaysia,  bahkan seluruh dunia, dan rneningkatnya transaksi dalam talian dan jejak digital di media sosial menggunakan berbilang platform. maka pencurian identiti dan data kita boleh terjadi melalui berbagai-bagai cara," tegas Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS. 
"Dalam enam  bulan  pertama sahaja tahun  2019,  kebocoran sebanyak 4.1 billion  rekod  peribadi di seluruh  dunia  telah  berlaku  akibat  pelanggaran  data. Banyak  anasir jenayah  menggunakan 'dark web' untuk  urusan  jual  beli  data  orang  ramai, jadi dengan  alat  pemantau  baharu  kami ini  dapat memberi  peringatan  kepada  pengguna jika maklumat  peribadi  dikesan  dalam 'dark web'. Selain itu, perlindungan takaful yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya  anda menjadi  mangsa penipuan  dan pencurian." 
Memperkenalkan Kapten CTOS
Wow!
Untuk kempen-kempen sebegini haruslah kena ada seseorang yang serba tau mengenai produk yang di perkenalkan
So pihak CTOS memperkenalkan Kapten CTOS iaitu pelakon Hisyam Hamid untuk kempen CTOS Secure ID ni. Semua  keistimewaan  ini  akan ditonjolkan  melalui  suatu  kempen  khas  yang  menampilkan Hisyam  Hamid,  melalui pelbagai media  penyiaran  dalam  bulan-bulan  akan  datang. 
Meh layan iklan Kapten CTOS ni ek ehehehehe
"Dengan adanya CTOS SecurelD hari ini bermakna kami mempunyai perkhidmatan terulung dalam   pasaran   yang   boleh    membantu   melindungi   pengguna   daripada   pencurian   dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan  misi kerajaan untuk  mempromosi  pendidikan  kewangan  dan  keterangkuman,"  jelas  Dennis  Martin, Ketua Pegawai  Eksekutif Kumpulan  CTOS
Harga Pakej CTOS Yang Korang Mampu Melanggannya
Pelanggan  CTOS SecureID akan turut menerima sokongan  berupa  maklumat terkini mengenai panduan pencegahan nenipuan dan pencurian, sokongan dalam  hal-hal berkaitan  pencurian identiti  serta  empat  laporan  Skor  MyCTOS  setahun. 

ada perlindungan takaful ni yang kak lily suka ni 
Dengan  bayaran  hanya  RM9.90 sebulan atau  RM99  setahun,  kini sesiapa  sahaja  boleh  menikmati  perlindungan  CTOS  SecurelD  dan ketenangan fikiran

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 
Official Website:https://www. ctoscredit.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/ctosdatasystems/
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://www.ciklilyputih.com/2020/02/ctos-secureid-atasi-masalah-scammer-dan.html