Korang Gabra Apa Sebenarnya Sampaikan Ag Pun Buat Statement Buka Parlimen Jer Kot


Undang-undang menetapkan jemaah menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang parlimen, kata Peguam Negara Idrus Harun

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan medianya sebentar tadi

Berikut kenyataan penuh peguam negara:
Kebelakangan ini terdapat pelbagai pihak telah memberikan pandangan mengenai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (“Yang di Pertuan Agong”) untuk memanggil Parlimen bersidang dan kewajipan Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Jemaah Menteri seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan ini bertujuan memperjelaskan kedudukan perkara ini dari segi undang-undang

Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan antara lain, pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima serta bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan yang perlu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri adalah berasaskan kepada Perkara 39 dan 40 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif Persekutuan adalah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan bolehlah dijalankan oleh Baginda atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Peruntukan tersebut juga hendaklah dibaca bersama dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menghendaki Baginda untuk melantik Jemaah Menteri bagi menasihati Baginda dalam penjalanan fungsinya. Perkara ini dijelaskan dalam Laporan Suruhanjaya bagi Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (the Report of the Federation of Malaya Constitutional Commission 1957) (“Suruhanjaya Reid”) di perenggan 58 seperti yang berikut:
“58. The Yang di-Pertuan Besar will be the Head of the State (Art. 27), but he must be a constitutional Ruler. He must therefore act on the advice of his Ministers with regard to all executive action…”

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Raja Berperlembagaan seperti yang dihasratkan oleh penggubal Perlembagaan negara ini telah diiktiraf secara konsisten dalam penghakiman mahkamah seperti penghakiman Privy Council dalam kes-kes Teh Cheng Poh v. PP [1979] 1 MLJ 50 dan kes Stephen Kalong Ningkan v. Government of Malaysia [1968] 2 MLJ 238; Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes Abdul Ghani bin Ali @Ahmad & Ors v. PP [2001] 3 MLJ 561; Merdeka University Berhad v. Government of Malaysia [1982] 2 MLJ 243; Balakrishnan v. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia dan Kerajaan Malaysia [1981] 2 MLJ 259 dan Karam Singh v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia [1969] 2 MLJ 129 dan Mahkamah Tinggi dalam kes N Madhavan Nair v. Government Of Malaysia [1975] 2 MLJ 286

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana tersebut di atas juga tidak berubah walaupun Proklamasi Darurat telah diisytiharkan. Petikan penghakiman YA Hakim Chang Min Tat dalam kes N Madhavan Nair v. Government Of Malaysia [1975] 2 MLJ 286 di muka surat 289 adalah jelas -
“But while the legislative power has shifted from Parliament to the Yang Dipertuan Agung, the executive power of the Federation remains where it has always lain. By Article 39, the executive power of the Federation is vested in the Yang Dipertuan Agung and exercisable, subject to the provisions of any federal law and of the Second Schedule, by him or by the Cabinet. However Article 40 limits the executive authority of the Yang Dipertuan Agung to acting on the advice of the Cabinet or of a minister acting under the general authority of the Cabinet. It is only in certain matters, spelt out to be the appointment of a Prime Minister, the dissolution of Parliament and the requisition of a meeting of the Council of Rulers that he has a discretion

“Emergency rule which passes the legislative power from Parliament to the Yang Dipertuan Agung has not displaced his position as the Constitutional Monarch, bound by the Constitution to act at all times on the advice of the Cabinet.”

Dalam kes Teh Cheng Poh v. PP [1979] 1 MLJ 50 semasa menimbangkan Perkara 150(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa perundangan untuk memasyhurkan ordinan sekiranya Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa adanya hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, Privy Council telah menyatakan bahawa kuasa ini, seperti juga lain-lain kuasa di bawah Perlembagaan, “is conferred nominally upon the Yang di-Pertuan Agong by virtue of his office as the Supreme Head of the Federation....his functions are those of a constitutional monarch... he does not exercise his functions under the Constitution on his own initiatives but is required by Article 40(1) to act in accordance with the advice of the Cabinet”

Oleh itu sekiranya Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang Persekutuan memperuntukkan sesuatu keadaan bahawa apabila difikirkan perlu oleh Yang di-Pertuan Agong atau apabila Yang di-Pertuan Agong perlu berpuas hati, “the reference to his opinion or satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or satisfaction of the members of the Cabinet...... to give advice upon the matter in question”

Malahan, semasa pembentangan untuk meminda Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan di Parlimen bagi memasukkan Fasal (1A) pada tahun 1994, tujuan peruntukan tersebut dimasukkan telah diperjelaskan sebagai memperkukuhkan dan memperjelaskan prinsip-prinsip Raja Berperlembagaan, mengukuhkan prinsip demokrasi berparlimen dan kedaulatan undang-undang. Dalam kes Abdul Ghani Ali v Pendakwa Raya [2001] 3 MLJ 561, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa “...It is my considered view, based on the constitutional provisions and the authorities cited, that the Yang di-Pertuan Agong, in acting under cl (1) of art 150 of the Constitution in the position of a constitutional monarch, must act on the advice of the Cabinet as provided in art 40 of the Constitution…”. dan “…there can be no doubt that the Privy Council’s ‘opinion’ in the case of Teh Cheng Poh v PP ‘settles the point firmly that the Yang di-Pertuan Agong does not have a personal discretion under art 150(1) of the Constitution but has at all times to act on Cabinet advice.”

Berdasarkan Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan, kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun peruntukan untuk memanggil Parlimen bersidang tidak mempunyai kesan di bawah perenggan 14(1)(a) Ordinan Darurat selama tempoh darurat berkuat kuasa. Perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat pula memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen pada tarikh “sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong”. Sehubungan dengan itu, selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan, penjalanan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, dan Baginda hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu, menurut Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan

Subseksyen 14(1) Ordinan Darurat tersebut perlu dibaca bersama sama dengan peruntukan-peruntukan lain dalam Ordinan Darurat tersebut seperti seksyen 17 dan 18. Seksyen 17 memperuntukkan bahawa bagi tempoh darurat berkuat kuasa, kuasa yang diberikan di bawah Ordinan Darurat tersebut adalah tambahan kepada, dan bukanlah sebagai menggantikan, kuasa yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa. Seksyen 18 pula memperuntukkan sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Ordinan Darurat tersebut dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, peruntukan Ordinan Darurat tersebut hendaklah mengatasi dan peruntukan undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah disifatkan digantikan setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu

Berdasarkan seksyen 17 dan 18 tersebut, perenggan 14(1)(b) ataupun mana-mana peruntukan dalam Ordinan Darurat tersebut tidak mengecualikan peruntukan prinsip Raja Berperlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan

Berkait dengan kuasa Jemaah Menteri dalam menasihati Yang di Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang, Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Peraturan Mesyuarat 10(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara memperuntukkan bahawa Ketua atau Timbalan Ketua Majlis iaitu (Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri) hendaklah menetapkan, sekurang kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap Penggal, tarikh-tarikh Majlis akan bermesyuarat dalam sesuatu Penggal dan Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh yang ditetapkan. Oleh itu, selaras dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang yang dijalankan mengikut nasihat Jemaah Menteri, tarikh-tarikh mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga ditentukan oleh Jemaah Menteri

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/06/korang-gabra-apa-sebenarnya-sampaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Kali Agong Titah Buka Parlimen Tunggu Apa Lagi

Tiga Kali Agong Titah Buka Parlimen Tunggu Apa Lagi

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 323 hits
Kerajaan Perikatan Nasional dituntut segera memberikan tarikh memulakan sidang Parlimen selepas Yang di Pertuan Agong bertemu Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara pagi tadi Bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar...
Nazri Bukan Niat Betul Buka Parlimen Nak Tumbang Muhyiddin

Nazri Bukan Niat Betul Buka Parlimen Nak Tumbang Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 163 hits
malaysiakini comDiterbitkan 28 Jun 2021 10 37 pmDikemaskini 12 17 amAhli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menggesa supaya kerajaan PN diberi peluang terus mentadbir dalam usaha memulihkan negara daripada wabak Covid 19 Katanya bukanlah nia...
Tak Rasa Malu Ke Diaib Bila Agong Berkali Kali Gesa Buka Parlimen Soal Anwar Kepada Muhyiddin

Tak Rasa Malu Ke Diaib Bila Agong Berkali Kali Gesa Buka Parlimen Soal Anwar Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 175 hits
June 29 2021 Anwar Ibrahim berkata pemerintah yang ada hanya jadi pelingkup negara dan rakyat PETALING JAYA Ketegasan Yang di Pertuan Agong yang berulang kali menggesa sidang Parlimen perlu diadakan segera memberi bayangan kegagalan kerajaa...
Ini Bukan Soal Nak Kawal Covid 19 Tapi Kawal Benda Lain Ku Li Desak Buka Parlimen Sebelum 1 Ogos

Ini Bukan Soal Nak Kawal Covid 19 Tapi Kawal Benda Lain Ku Li Desak Buka Parlimen Sebelum 1 Ogos

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 238 hits
June 28 2021 Tengku Razaleigh Hamzah berkata undang undang darurat dilihat hanya sekadar untuk kepentingan politik seolah olah tiada kaitan dengan isu pandemik Covid 19 dan kesusahan rakyat PETALING JAYA Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Raza...
Sabarlah Oktober Awal 2022 Parlimen Buka

Sabarlah Oktober Awal 2022 Parlimen Buka

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 266 hits
ITU ikut kerangka PELAN Muhyiddin Mageran Tak setuju ITU sahaja pilihan Kita dah sabar sejak 15 bulan yang lepas Mageran Tak setuju ITU sahaja pilihan Rentas Negeri fasa 4 Mageran Tak setuju ITU sahaja pilihan Agong telah bertitah dan membe...
Buka Parlimen Kenyataan Peguam Negara Ibarat Hina Istana Negara Anwar Ibrahim

Buka Parlimen Kenyataan Peguam Negara Ibarat Hina Istana Negara Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 231 hits
Firdaus AzilJun 26 2021 Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada usaha yang sistematik menggunakan Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Speaker Parlimen untuk melengahkan Parlimen Gambar fail Astro AWANIDalam pada itu Anwar berkata tidak perlu me...
Buka Parlimen Segera Atau Pm Undur Diri Ph

Buka Parlimen Segera Atau Pm Undur Diri Ph

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 168 hits
Malaysiakini Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan jika gagal menasihati Yang di Pertuan Agong untuk membuka semula parlimen secepat mungkin kata Majlis Presiden Pakatan Harapan Dalam satu kenyataan pagi ini Majlis Presi...
Takiyuddin Malukan Pas Agong Sekali Lagi Titah Buka Parlimen

Takiyuddin Malukan Pas Agong Sekali Lagi Titah Buka Parlimen

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 136 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin Pandangan Seri Paduka itu disampaikan ketika menerima menghadap Yang di P...
Daripada Buat Mageran Elok Buka Sahaja Parlimen Syed Ibrahim

Daripada Buat Mageran Elok Buka Sahaja Parlimen Syed Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 243 hits
Rakyat tidak boleh diperdaya dengan penerusan darurat dan tawaran pemerintahan akan diperbaiki secara mewujudkan Mageran atau Majlis Pemulihan Nasional Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata sama ada Mageran atau MPN keadaan ter...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Pilihan Allah Pasti Terbaik Kita Tidak Bisa Memaksa Pilihan Kita Kepada Allah

True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar