Tiga Kali Agong Titah Buka Parlimen Tunggu Apa Lagi



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dituntut segera memberikan tarikh memulakan sidang Parlimen selepas Yang di-Pertuan Agong bertemu Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara, pagi tadi.
Bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, titah kali ketiga Agong sepatutnya tidak lagi boleh diremehkan dengan sebarang alasan lemah sebagaimana dikeluarkan menteri kerajaan PN sebelum ini.
“Pagi ini Yang di-Pertuan Agong mengarahkan mengadap Speaker Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negara dan timbalan masing-masing.
“Saya mula dengan meminta rakan-rakan membaca secara teliti kenyataan Istana Negara. Saya mohon meneliti tiga rangkap pertama kenyataan Istana Negara. Pertama, mengulangi gesaan supaya Parlimen diadakan secepat mungkin.
“Bagi yang cerdik, yang tidak memutarbelit kenyataan, tahu secepat mungkin (yang disebut) berulang kali dalam sebulan ini. Janganlah menteri yang angkuh, biadap membawa teori Ogos, September (tarikh sidang Parlimen) atau sebagainya. Secepat mungkin bagi yang faham bahasa Melayu, ialah sesegera mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur.
“Kedua, supaya dapat dibahas proklamasi darurat dan Ordinan Darurat. Maknanya sidang sebelum 1 Ogos.
“Sidang itu mestilah dilakukan dalam notis yang singkat. Janganlah Speaker tunjuk dia tahu peraturan yang lain tak tahu. Dia baru sahaja di Parlimen. Peraturan membolehkan beliau menetapkan dalam keadaan dan kes tertentu, menyegerakan sidang dengan kelulusan PM, iaitu boleh berbahas sebelum tamat perisytiharan Darurat 1 Ogos,” kata Anwar dalam siaran di Facebook, petang ini.
Ahli Parlimen Port Dickson itu menyeru agar rakyat juga melihat kenyataan Agong menyentuh Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang ke 14 untuk menyegerakan sessi bagi menentukan mekanisme semak dan imbang.
Menurut Anwar, tanpa semak dan imbang maka ada percubaan secara sewenang-wenangnya merompak sesuka hati, mengadakan tender tanpa penilaian dan sebagainya yang menjejaskan kewangan negara.
“Oleh yang demikian gesaan Agong harus diberi perhatian untuk menjamin pentadbiran yang telus.
“Bayangkan satu kerajaan tidak terasa malu dan diaibkan bila Agong terpanggil untuk memberi gesaan sedemikian. Saya yakin Agong menyuarakan pandangan majoriti Ahli Parlimen dan majoriti rakyat negara ini yang lebih faham derita mereka.
“Saya ingin junjung kasih bagi pihak Ahli Parlimen kepada Baginda Agong dan mendesak kerajaan lebih bertanggungajwab. Kalau mereka enggan dengan alasan tertentu, sewajarnya Perdana Menteri meletak jawatan sekarang,” katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu turut mendedahkan satu kajian dibuat Bloomberg telah membuktikan kerajaan PN gagal dalam menguruskan negara.
Katanya, kajian Covid Resilience Ranking yang dilakukan ke atas 52 negara mendapati Malaysia duduk di tangga terendah pada tahun ini. Dari tangga ke 16 pada Januari 2020 kepada kedudukan 51 pada Jun 2021.
“Paling corot, memalukan, mengaibkan. Kalau kita jadi pimpinan sekarang patut berundur kerana dibuktikan (lemah),” katanya.
Anwar juga menyeru agar pimpinan negara membuka mata melihat kemelaratan hidup rakyat yang terpaksa meninta-minta untuk makanan berikutan panjangnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang menghalang mereka mencari rezeki.
Sedangkan, menurut beliau, pakej pemulih ekonomi negara tidak mampu meringankan penderitaan rakyat dalam kadar segera dan jumlah bantuan pula dianggap belum mencukupi
“Apa kesannya (Covid), rakyat susah. Merayu untuk mendapatkan makan keluarga.
“Naik bendera putih. Kalau jadi pemimpin, gaji elaun tinggi dan ada pula komisyen diambil, melihat rakyat begini tidak menyentuh hati nurani mereka apa makna politik dan kepimpinan, tatakelola kerajaan seperti itu. Sungguh aib, malang, tragedi bagi rakyat. Naiklah bendera putih kita nak lihat.
“Kita lihat apa yang disampaikan (pakej rangsangan) pelbagai nama, Prihatin, Pemerkasa 1-2, Penjana dan Pemulih. Berapa banyak? Tetapi yang disebut Pemulih ratus bilion itu moratorium. Moratorium pula kena ada perjanjian. Ada faedah. Lingkuplah syarikat.
“Dari Prihatin, Penjana dan Pemulih, yang ada sekarang ini Pelingkup sahaja. Pemerintah yang ada hanya menjadi pelingkup negara dan rakyat.
“Sebab itu kita terus menggesa perubahan berlaku,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32444

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Rasa Malu Ke Diaib Bila Agong Berkali Kali Gesa Buka Parlimen Soal Anwar Kepada Muhyiddin

Tak Rasa Malu Ke Diaib Bila Agong Berkali Kali Gesa Buka Parlimen Soal Anwar Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 212 hits
June 29 2021 Anwar Ibrahim berkata pemerintah yang ada hanya jadi pelingkup negara dan rakyat PETALING JAYA Ketegasan Yang di Pertuan Agong yang berulang kali menggesa sidang Parlimen perlu diadakan segera memberi bayangan kegagalan kerajaa...
Buka Parlimen Segera Istana Negara Ulang Titah Agong

Buka Parlimen Segera Istana Negara Ulang Titah Agong

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 413 hits
Rabu lalu satu kenyataan dikeluarkan selepas Yang di Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja Raja Melayu di Istana Negara Dalam kenyataan itu Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatudd...
Takiyuddin Malukan Pas Agong Sekali Lagi Titah Buka Parlimen

Takiyuddin Malukan Pas Agong Sekali Lagi Titah Buka Parlimen

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 192 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin Pandangan Seri Paduka itu disampaikan ketika menerima menghadap Yang di P...
Agong Titah Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Kata Speaker

Agong Titah Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Kata Speaker

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 279 hits
MALAYSIA DATELINESpeaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara memaklumkan mereka telah dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong agar sidang kedua dua Dewan itu diadakan sebelum 1 Ogos 2021 iaitu tarikh tamat darurat Dalam kenyataan bersama Yang Dipert...
Tak Perlu Tunggu Fasa Ketiga Buka Parlimen Cepat

Tak Perlu Tunggu Fasa Ketiga Buka Parlimen Cepat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 211 hits
bharian comOleh Jun 15 2021 11 25pmDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi foto BERNAMAKUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan ketetapan kerajaan berhubung Parlimen hanya boleh bersidang selepas negara memasuki fasa...
Agong Titah Parlimen Bersidang Segera

Agong Titah Parlimen Bersidang Segera

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 292 hits
Oleh Mohd Nasaruddin ParziJun 16 2021 7 49pmIstana NegaraKUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin Datuk Pengelola...
Sidang Parlimen Lima Hari Patut Ditolak Mahiaddin Masih Cuba Derhaka Titah Agong

Sidang Parlimen Lima Hari Patut Ditolak Mahiaddin Masih Cuba Derhaka Titah Agong

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 262 hits
Kerajaan PN akhirnya setuju untuk mengadakan Sidang Parlimen sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri petang tadi kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Yang Diper...
Buka Parlimen Tidak Perlu Tunggu September Bidas Zahid Hamidi

Buka Parlimen Tidak Perlu Tunggu September Bidas Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 228 hits
Buka Parlimen tidak perlu tunggu September bidas Zahid Hamidi Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Jun 2021 11 0
Hormat Agong Ketua 1 Parlimen Usaha Segera Buka Persidangan Kata Rais

Hormat Agong Ketua 1 Parlimen Usaha Segera Buka Persidangan Kata Rais

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 240 hits
June 17 2021 Speaker Dewan Negara Rais Yatim berkata pandangan Sultan Abdullah menepati Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan dan harus dihormati kerana Agong yang berperanan sebagai Ketua 1 Parlimen PETALING JAYA Speaker Dewan Negara Rais Ya...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Nasi Briyani Adabi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025