Nazri Bukan Niat Betul Buka Parlimen Nak Tumbang Muhyiddin


malaysiakini.com
Diterbitkan 28 Jun 2021, 10:37 pm
Dikemaskini 12:17 am

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menggesa supaya kerajaan PN diberi peluang terus mentadbir dalam usaha memulihkan negara daripada wabak Covid-19.

Katanya, bukanlah niat yang betul jika ada mana-mana ahli parlimen memasang hasrat mengadakan sidang Dewan Rakyat semata-mata untuk menumbangkan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"Jadi kalau parlimen ini dibuka untuk tumbang kerajaan jadi rakyat kena fikir sendirilah parti-parti yang mahu parlimen ini bersidang semata-mata nak tunjuk kerajaan ini sudah tidak ada majoriti.

"Saya rasa itu bukanlah satu niat yang betul. Makna niat nak tukar kerajaan.

"Kalau nak tukar kerajaan, mampu ke kerajaan baru ini (menangani pandemik)," soal Nazri pada program bual bicara Segmen Sudut Pandang disiarkan portal Malaysiapost malam ini.

Nazri berkata parlimen patut bersidang penuh selama 28 hari untuk membahas tindakan demi kepentingan rakyat.
Bagaimanapun, kata Nazri ahli parlimen juga boleh menggunakan kesempatan sidang parlimen ini untuk menukar kerajaan.

"Kita tidak boleh halang tu. Bila parlimen bersidang boleh berlaku itu. Apabila ordinan yang dibahas tidak diluluskan RUU bil dibahas tak lepas.

"Itu boleh digunakan untuk menunjukkan kerajaan ini tidak ada majoriti," katanya.

Pemimpin Umno itu berkata demikian ketika menjawab soalan moderator sekiranya parlimen dibuka kemungkinan besar berlaku perebutan kuasa dan dijangka Muhyiddin boleh tumbang.

Nazri menjelaskan perebutan kuasa di parlimen boleh menyebabkan berlakunya pilihan raya umum ke-15.

"Waktu kita tengah ada Covid ini nak adakan pilihan raya? Jadi terpulanglah.

"Rakyat akan fikirkan yang mana betul-betul kerajaan yang hendak membantu rakyat ataupun (jika ada) kerajaan yang baru ini adakah dia ikhlas hendak membantu rakyat," katanya.

Terdahulu, Nazri berkata walaupun rakyat kini marah terhadap permasalahan akibat pandemik namun penyelesaian terhadap Covid-19 bukanlah dengan menukar kerajaan.

"Kerajaan yang baru naik itu pun belum tentu boleh menyelesaikan masalah. Dia lagi pula, nak start all over again.

"Katalah Anwar (Ibrahim) naik, nak mula balik lagi. Itu bukan alternatif," katanya.

"Kita kena bantu kerajaan, bukan tukar kerajaan," jelasnya lagi.

Untuk rekod, Januari lalu, Nazri bersama Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub secara rasmi menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Ini menyebabkan kerajaan hilang majoriti - insiden yang diyakini oleh banyak pihak menyebabkan darurat diisytiharkan.

Sementara itu, Nazri baru-baru ini menjelaskan tindakannya menarik sokongan daripada PN kerana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memintanya berbuat demikian.

Pun begitu, kini Nazri menentang Zahid selepas Presiden Umno itu didakwa berusaha menjalinkan kerjasama politik dengan Anwar.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/nazri-bukan-niat-betul-buka-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Niat Lengah Sidang Parlimen Perlu Teliti Aspek Penting Dulu Kata Muhyiddin

Bukan Niat Lengah Sidang Parlimen Perlu Teliti Aspek Penting Dulu Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 170 hits
freemalaysiatoday com June 20 2021 5 04 PMMuhyiddin Yassin berkata wujud juga keperluan untuk mengambil kira soal persiapan Parlimen bagi urusan persidangan secara fizikal itu sendiri termasuklah aturan tempat duduk Ahli Parlimen yang perlu...
Ini Bukan Soal Nak Kawal Covid 19 Tapi Kawal Benda Lain Ku Li Desak Buka Parlimen Sebelum 1 Ogos

Ini Bukan Soal Nak Kawal Covid 19 Tapi Kawal Benda Lain Ku Li Desak Buka Parlimen Sebelum 1 Ogos

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 238 hits
June 28 2021 Tengku Razaleigh Hamzah berkata undang undang darurat dilihat hanya sekadar untuk kepentingan politik seolah olah tiada kaitan dengan isu pandemik Covid 19 dan kesusahan rakyat PETALING JAYA Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Raza...
Nak Buka Parlimen Kes Mencanak Naik Hebat Covid Kat Malaysia Nih

Nak Buka Parlimen Kes Mencanak Naik Hebat Covid Kat Malaysia Nih

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 253 hits
MOHD MUKHLISLagi pecah rekod tuan tuan asal berbunyi parlimen buka kes tiba2 naik Dahlah tu positif rate 9 46 Paling tinggi setakat ini Muhyidin ini sama ada dua aje either dia ini clueless memang tak tahu apa ataupun dia sengaja buat cluel...
Tak Rasa Malu Ke Diaib Bila Agong Berkali Kali Gesa Buka Parlimen Soal Anwar Kepada Muhyiddin

Tak Rasa Malu Ke Diaib Bila Agong Berkali Kali Gesa Buka Parlimen Soal Anwar Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 175 hits
June 29 2021 Anwar Ibrahim berkata pemerintah yang ada hanya jadi pelingkup negara dan rakyat PETALING JAYA Ketegasan Yang di Pertuan Agong yang berulang kali menggesa sidang Parlimen perlu diadakan segera memberi bayangan kegagalan kerajaa...
Nak Kaji Apa Lagi Buka Saja Parlimen

Nak Kaji Apa Lagi Buka Saja Parlimen

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 217 hits
Kata bekas Menteri Kewangan itu Mahiaddin patut membenarkan Parlimen menentukan jalan keluar dari krisis yang melanda negara akibat kegagalannya sebagai Perdana Menteri dalam menangani pandemik COVID 19 kemelesetan ekonomi yang membawa kesu...
Jika Parlimen Tidak Buka 2 Ogos Berlaku Krisis Perlembagaan

Jika Parlimen Tidak Buka 2 Ogos Berlaku Krisis Perlembagaan

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 208 hits
Malaysia tidak seharusnya terjebak ke dalam krisis Perlembagaan sekiranya Perdana Menteri enggan menasihati Yang di Pertuan Agong memanggil sidang Parlimen dalam waktu krisis pandemik Covid 19 belum berakhir Pengarah Komunikasi KEADILAN Fah...
Bertelagah Buka Parlimen Memalukan Negara

Bertelagah Buka Parlimen Memalukan Negara

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 162 hits
HAMDAN TAHABertelagah pasal pembukaan parlimen memalukan malaysia di pandangan dunia Menteri dan speker membuat adaian kerajaan akan buka sidang parlimen pada bulan okt berdasarkan kenyataan PM dua nama Tetapi Takiyuddin dan speker sedar at...
Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

Rentasan 912 Gantung Parlimen Ternyata Mahiaddin Silap Perhitungan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 231 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9121 NAK KAJI APA LAGI BUKA SAJA PARLIMEN 2 SUNGGUHKAH PAS GAGAL 100 3 MUAFAKAT NASIONAL YANG TAK SEPAKAT 4 DI MANA PN JUMPA TENTERA RBA
Buka Parlimen Segera Istana Negara Ulang Titah Agong

Buka Parlimen Segera Istana Negara Ulang Titah Agong

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 356 hits
Rabu lalu satu kenyataan dikeluarkan selepas Yang di Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja Raja Melayu di Istana Negara Dalam kenyataan itu Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatudd...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran