Kor Ming Syor Semua Rakyat Lahir Selepas Merdeka Dianggap Bumiputera


ismaweb.net
Ainul Illia

ADUN DAP mahu semua nikmati hak Bumiputera jika kerajaan tak dapat hapuskan dasar
KUALA LUMPUR, 19 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming dilaporkan mengesyorkan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara yang baharu.

Beliau mencadangkan agar semua rakyat yang lahir selepas awal pagi 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera, dan kerajaan tidak patut dan tak boleh lagi membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’.

Kor Ming yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat mengeluarkan kenyataan itu di Parlimen, semalam susulan perbahasan peruntukan untuk Kementerian Perpaduan Negara tahun depan.

Beliau menegaskan, Indonesia telah lama menghapuskan perbezaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“Dalam kemelut sosialisme, demi mempromosikan ‘Keluarga Malaysia’ yang sebenar, sekiranya kerajaan tidak dapat menghapuskan dasar diskriminasi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, sekurang-kurangnya semua orang yang lahir selepas negara kita merdeka pada tahun 1957 harus menikmati status dan layanan Bumiputera,” katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Cina, China Press (23 November).

Katanya, politik kaum adalah penghalang terbesar kepada perpaduan dan kemajuan negara.

“Negara kita telah merdeka selama 64 tahun. Sudah tiba masanya kerajaan memimpin melalui teladan bagi menunjukkan semangat ‘Keluarga Malaysia’ yang sebenar,” kata Pengerusi DAP Perak itu.

Selain itu, bagi menggalakkan perpaduan negara dan keharmonian dalam masyarakat berbilang budaya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Intan itu turut mendesak kerajaan meminda Akta Pertubuhan 1966 bagi melarang sesiapa menggunakan agama untuk mendapatkan modal politik.

“Kerajaan harus menetapkan bahawa semua parti politik mesti mengamalkan dasar penggabungan atau rancangan kebangsaan. Untuk terlibat dalam persaingan yang sihat dan bukannya merompak agama atau menipu undi ‘atas nama tuhan’.

“Politik teokratik adalah jalan tiada faedah. Jika kerajaan benar-benar memikirkan masa depan negara, kerajaan mesti mengakui kesilapannya dan berhenti bertolak ansur dengan trend yang salah dan berbahaya ini,” katanya.

Dewan Rakyat semalam membahaskan bajet Kementerian Perpaduan Negara untuk tahun depan.

Kor Ming menegaskan bahawa selagi kerajaan masih membezakan rakyat berdasarkan warna kulit, perpaduan negara yang sebenar tidak dapat dicapai.

“Parti-parti pemerintah dan pembangkang mesti serius mengkaji semula kesilapan masa lalu. Negara kita sudah tidak berdaya lagi dengan landasan dan hala tuju pembangunan yang berulang kali melakukan kesilapan,” katanya.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/kor-ming-syor-semua-rakyat-lahir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taraf Bumiputera Untuk Semua

Taraf Bumiputera Untuk Semua

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 468 hits
CADANGAN oleh wakil Cina di Parlimen agar semua rakyat yang dilahirkan selepas 31 Ogos 1957 dianggap sebagai bumiputera justeru tiada lagi perbezaan taraf kerakyatan mengikut etnisiti bukan sahaja baik untuk perpaduan negara ia juga penting...
Syor Status Bumiputera Dap Melampau Diberi Betis Nak Peha

Syor Status Bumiputera Dap Melampau Diberi Betis Nak Peha

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 300 hits
Hapus dulu vernakular Dong Zong selari dasar perpaduan BANGI Sudah diberi betis nak peha pula Demikian luahan rasa rata rata pengguna media sosial yang mengecam cadangan parti tamak haloba DAP supaya kerajaan menggubal dasar perpaduan negar...
Semua Mirip Selepas 7 Tahun Tr4gedi Wanita Ini Jumpa Kembar Arw4h Abang Kami Selalu Tengok Game Sepak Takraw Dia Di Tv

Semua Mirip Selepas 7 Tahun Tr4gedi Wanita Ini Jumpa Kembar Arw4h Abang Kami Selalu Tengok Game Sepak Takraw Dia Di Tv

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 329 hits
KEHILANGAN seorang abang bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh wanita ini lebih lebih lagi hubungan mereka sangat akrab Namun kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu menghalangnya apabila abang kesayangan m4ut dalam satu kemal4ngan jal...
Siri Kembali Kepada Rakyat Pru15 Menentukan Nilai Murni Keadilan Dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa Yassinsalleh

Siri Kembali Kepada Rakyat Pru15 Menentukan Nilai Murni Keadilan Dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa Yassinsalleh

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 221 hits
Siri Kembali Kepada Rakyat PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa yassinsalleh Dan Si Luncai Masih Juakah Belum Lagi Mahu Terjun Sudah begini negara berada dalam libang libu limbo rock yang sepatutnya bersua...
Bayi Ajaib Lahir Selepas Ibu Meninggal Dunia 2 Hari

Bayi Ajaib Lahir Selepas Ibu Meninggal Dunia 2 Hari

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 371 hits
Seorang bayi ajaib lahir dari jenazah ibunya yang telah meninggal selama 2 hari telah menggemparkan dunia perubatan Jika difikirkan secara logik bagaimana kejadian sebegini boleh berlaku Tidak pernah terbayang didalam fikiran Mahmoud Solaim...
Boleh Terima Syor Bumiputera Dap Tapi Dengan Syarat

Boleh Terima Syor Bumiputera Dap Tapi Dengan Syarat

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 324 hits
BANGI Cadangan DAP yang mahukan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara baharu boleh dilaksanakan sekiranya parti tamak haloba itu menerima dan akur dengan beberapa syarat Ketua Penerangan BERJASA Hazwan Mohamad berkata cadangan Setiausah...
Nga Kor Ming Dan Dap Jangan Cuba Bermain Dengan Api

Nga Kor Ming Dan Dap Jangan Cuba Bermain Dengan Api

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 334 hits
Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming memohon Timbalan Menteri Pendidikan I Senator Datuk Dr Mah Hang Soon mengambil tindakan tegas terhadap Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Ia susulan tindakan jabatan itu menggantikan tulisan Cina pada papan tand...
Kor Ming Diingat Jangan Main Api Bangkit Kemarahan Melayu

Kor Ming Diingat Jangan Main Api Bangkit Kemarahan Melayu

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 357 hits
Oleh Zuhayati Yazid Syor Bumiputera tak realistik hanya untungkan DAP BANGI Timbalan Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming diingatkan supaya tidak bermain api dan berpijak di bumi nyata dalam membuat sesuatu permintaan Ini susulan tindakan beka...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan