Taraf Bumiputera Untuk Semua


CADANGAN oleh wakil Cina di Parlimen agar semua rakyat yang dilahirkan selepas 31 Ogos 1957 dianggap sebagai bumiputera, justeru tiada lagi perbezaan taraf kerakyatan mengikut etnisiti bukan sahaja baik untuk perpaduan negara, ia juga penting bagi nasionalisme Malaysia. Ini kerana ia dapat mempertingkat proses pembentukan negara bangsa ke tahap optimum dengan terbentuknya komuniti nasional yang utuh bersatu dan teguh terikat kepada negara.

Namun, semua ini ibarat jauh api dari panggang, iaitu mustahil untuk berlaku. Ini bukan sangat kerana kelompok bumiputera tidak mahu menerima cadangan begitu, ia lebih kepada bikinan kelompok bukan bumiputera sendiri yang selama ini bukan sahaja langsung tidak memperlihat kesanggupan ikhlas untuk berintegrasi ke dalam struktur sosial kelompok yang mereka datangi di negara ini.

Tetapi pula bertindak dengan agresif sekali pada kebanyakan waktu apabila perlu menerima unsur watan dalam konteks kenegaraan waima berdasarkan perjanjian etnik yang dipersetujui bersama untuk mengangkat lambang dan proses sosiobudaya Melayu sebagai identiti negara. Cadangan itu tidak bersifat membabi buta yakni tidak difikirkan terlebih dahulu, ia sesungguhnya sikap rakus etnik Cina yang tidak sedar diri untuk mengajukan hajat sekeji itu.

Ini kerana dengan kelakuan antiwatan pada banyak perkara kenegaraan, mereka memang tiada hak biarpun sekelumit untuk membawa usul kesamarataan taraf dengan anak watan negara ini. Untuk menjadi watan di tempat yang didatangi, mereka sepatutnya dari mula lagi bukan sahaja bersedia untuk berintegrasi seperti yang dikehendaki, malah lebih daripada itu untuk berasmiliasi sendiri dengan kelompok watan seperti yang dilakukan puak Cina luar bandar Kelantan.

SIVIK
Ini kerana apabila memilih untuk bermastautin di Tanah Melayu ini, sudah merupakan kemestian untuk etnik Cina menjalani kehidupan seharian khususnya pada tahap masyarakat setempat mengikut keperluan Melayu. Antara yang terpenting ialah ikut mengamalkan budaya Melayu khususnya mengetahui bahasa Melayu, iaitu dengan baik pula.

Malangnya setelah sekian lama kita menubuhkan negara dan membentuk negara bangsa, masih terdapat etnik Cina yang boleh digolongkan sebagai langsung tidak mengetahui bahasa Melayu yang merupakan bahasa negara ini. Ini sepatutnya tidak berlaku kerana implikasinya besar lagi serius kepada kerakyatan yang mereka pegang itu.

Namun, ia disembunyikan walaupun salah kerana bertentangan dengan fitrah bernegara di nusa yang sudah bertuan. Selain ini, sebagai warganegara, mereka wajib mempunyai pengetahuan baik tentang bahasa negara ini.

Tidak keterlaluan jika dikatakan cadangan ini mahu mengalih nasionalisme Malaysia daripada yang bersifat etnik kepada yang sivik. Selama ini, rakyat Malaysia dianjurkan sebagai komuniti nasional yang berkongsi warisan watan yang sama, khususnya dalam konteks bahasa dan budaya kebangsaan.

Dengan ini, kerakyatan mereka sehubungan bahasa dan budaya watan ini perlu diperoleh melalui tabiat hidup bermasyarakat dan bernegara yang berbahasa Melayu dan mengamalkan warisan Melayu untuk identiti negara dan budaya rakyat. Dalam pada ini, bahasa dan budaya lain tidak sesekali dihalang penggunaannya dalam sebarang bentuk kecuali pada hanya sesetengah urusan negara tertentu.

LIBERAL
Inilah sifat keterangkuman pada nasionalisme etnik yang berjaya diamalkan di Malaysia. Oleh itu, tidak perlu ada percubaan untuk mengalihkan nasionalisme etnik ini kepada nasionalisme sivik, yakni yang semata-mata mahu mengasaskan kerakyatan kepada sebilangan nilai liberal tertentu sahaja.

Antaranya kebebasan, kesamarataan, hak individu dan kepelbagaian budaya. Melaluinya, setiap rakyat akan dijamin akses sama kepada kerakyatan Malaysia tanpa boleh sesekali disekat oleh apa-apa jua perkara, khususnya etnisiti.

Dengan kata lain, ia menganjurkan kerakyatan berasaskan ideologi yang mengangkat kebebasan dan kesamarataan yang melampaui segala macam nilai lain. Jadi, ia mementingkan kesamaan politik dalam kalangan semua etnisiti, justeru tiada lagi pembahagian bumiputera-bukan bumiputera walaupun yang positif sifatnya seperti pada tindakan afirmatif negara.

Keadaan kesamaan dalam kalangan semua etnisiti adalah tahap unggul dalam proses pembentukan negara bangsa kita yang boleh dicapai setelah berlakunya asimilasi.

Inilah sifat keterangkuman pada nasionalisme etnik, iaitu pengidentifikasian dengan kelompok watan secara psikologi seperti yang terjadi kepada puak Cina luar bandar Kelantan dan tidak hanya secara sosial, misalnya pada puak Cina bandar Kelantan.

Sekiranya taraf watan boleh diberikan kepada etnik bukan Melayu, komuniti Peranakan paling layak menerimanya. Ini kerana mereka sudah begitu lama mengamalkan cara hidup Melayu yang dijadikan identiti etnik bukan Melayu mereka, misalnya oleh puak Cina luar bandar Kelantan.

Meskipun dalam keadaan sudah berasimilasi ini, mereka tidak pernah meminta taraf itu walaupun sangat mengingininya untuk hanya menebus maruah mereka setelah diherdik puak Cina bandar Kelantan sebagai orang Cina bukan Cina. Dengan adanya cadangan di Parlimen itu, bukan sahaja etnik Cina terus kelihatan sangat rakus, mereka juga selalu didapati licik sekali untuk terus mengakali anak watan yang dianggap lemah malah tidak pintar pun dan boleh dimanipulasi pada bila-bila sahaja.

Pada kali ini, anak watan cuba dihelahkan melalui konsep Keluarga Malaysia dan Dasar Perpaduan Negara yang baharu.

Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong
Felow Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Profesor Negara.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/taraf-bumiputera-untuk-semua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kor Ming Syor Semua Rakyat Lahir Selepas Merdeka Dianggap Bumiputera

Kor Ming Syor Semua Rakyat Lahir Selepas Merdeka Dianggap Bumiputera

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 172 hits
ismaweb netADUN DAP mahu semua nikmati hak Bumiputera jika kerajaan tak dapat hapuskan dasarKUALA LUMPUR 19 Rabiulakhir 1443H Rabu Timbalan Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming dilaporkan mengesyorkan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara ...
Setelah Kalah Semua Kerusi Prn Melaka Pas Nak Kukuhkan Semula Kerjasama Dengan Umno Dalam Mn

Setelah Kalah Semua Kerusi Prn Melaka Pas Nak Kukuhkan Semula Kerjasama Dengan Umno Dalam Mn

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 247 hits
perakinsights com Pas mengakui akar umbi parti itu lebih ke arah bersama Muafakat Nasional dan usaha ke arah kerjasama bersama UMNO itu diharapkan dapat terus diperkukuh menje lang Pilihan Raya Umum Ke 15 Bercakap kepada Utusan Malaysia Mur...
Prn Melaka Semua Pandangan Diambil Kira Jawatankuasa Post Mortem Ditubuh

Prn Melaka Semua Pandangan Diambil Kira Jawatankuasa Post Mortem Ditubuh

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 191 hits
KEADILAN akan menubuhkan jawatankuasa bedah siasat kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jangan terburu buru memberi pandangan dan penilaian mengenai prestasi Pakatan Harapan PRN Melak...
Kah Kah Semua Walaun Malaun Umaun Dah Nak Kejar Pulak Sang Umno Sebab Ada Masyukkkk Pishanggggg

Kah Kah Semua Walaun Malaun Umaun Dah Nak Kejar Pulak Sang Umno Sebab Ada Masyukkkk Pishanggggg

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 173 hits
Setelah kalah semua kerusi PRN Melaka Pas nak kukuhkan semula kerjasama dengan Umno dalam MNPas mengakui akar umbi parti itu lebih ke arah bersama Muafakat Nasional dan usaha ke arah kerjasama bersama UMNO itu diharapkan dapat terus diperku...
Pembunuhan Kadet Zulfarhan Ada Apa Di Sebalik Semua Ini

Pembunuhan Kadet Zulfarhan Ada Apa Di Sebalik Semua Ini

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 124 hits
Kita memerlukan pemimpin yang memahami bahawa persekitaran universiti adalah bagi menyemai semangat setiakawan persahabatan serta mendambakan ilmu pengetahuan By 23 Nov 2021 Join us on and for the latest Penantian empat tahun lamanya bagi k...
Orang Umno Banyak Duit Kah Semua Barang Naik Mendadak

Orang Umno Banyak Duit Kah Semua Barang Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 185 hits
ASUWADI ISMAILSemua barang naik mendadak sekarang ni Belum kira barangan plastik lagi wehh Tak boleh nak pikir dah peniaga kecik pun tu belum kira harga ayam Daging Sotong lagi Lepas ni hang pa makan tom yam serai je lah jika nak murah
Semua Sayang Anak Tapi Bila Keluar Jangan Terlalu Biasakan Beli Mainan

Semua Sayang Anak Tapi Bila Keluar Jangan Terlalu Biasakan Beli Mainan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 387 hits
Mainan dan anak kecil memang tak dapat dipisahkan Walaupun di rumah dah ada permainan sama sampai di kedai nampak je terus minta nak lagi Sampaikan ada ibu bapa yang lalu je bahagian mainan cepat cepat alihkan perhatian anak Mana mana ibu b...
Semua Negeri Setuju Pinda Undang Undang Tubuh Pm

Semua Negeri Setuju Pinda Undang Undang Tubuh Pm

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 191 hits
Oleh PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama Menteri Menteri Kanan Menteri Menteri Besar dan Ketua Ketua Menteri dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri semalam SEMUA Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuj...
Semua Ahli Bts Secara Rasmi Mohon Penangguhan Untuk Sertai Servis Tentera

Semua Ahli Bts Secara Rasmi Mohon Penangguhan Untuk Sertai Servis Tentera

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 159 hits
Kesemua 7 ahli BTS telah memfailkan penangguhan pendaftaran servis tentera mereka sehingga mencapai umur 30 tahun Berita ini datang selepas laporan bahawa Perhimpunan Kebangsaan Korea telah berkumpul untuk membincangkan semakan kepada Akta ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco