Koperasi Mungkir Pelabur Hantar Surat Ke Ipd Kuantan Minta Polis Siasat Bukannya Serah Kepada Skm




KUANTAN:  "Saya akan perjuangkan perkara ini kerana wang itu mempunyai nilai sentimental... itu adalah wang peninggalan arwah suami untuk saya dan anak-anak," luah seorang mangsa pelaburan sebuah koperasi yang beroperasi di sini.
Siti Khalijah Said, 65, berkata demikian ketika ditemui media selepas dia bersama kira-kira 50 mangsa koperasi terbabit menghantar surat kepada pihak polis untuk meminta pihak berkuasa menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Surat itu dihantar kepada pihak berkuasa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang, hari ini.
Mereka turut mendapatkan bantuan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bagi membawa kes itu kepada perhatian pihak polis.
Seorang lagi mangsa, Mohamad Hazrul Mohammad Rapi, 37, mendakwa dia mengalami kerugian sebanyak RM368,000 selepas melabur dalam skim ditawarkan koperasi terbabit sejak 2019.


"Saya dah buat laporan berkaitan koperasi itu pada 2021 namun setakat hari ini, belum ada apa-apa perkembangan.
"Ini adalah usaha lanjutan kami dalam usaha mendapatkan kembali hak supaya segala wang dilaburkan dalam koperasi itu dapat kami peroleh semula," katanya yang berasal dari sini.
Bagi Hanina Talha, 67, pula dia memberitahu isu membabitkan pelaburan dibuat dalam koperasi berkenaan sepatutnya sudah selesai Jan lalu.
Katanya dia melabur dengan membayar modal syer berjumlah RM40,000 sejak 2021 tetapi memaklumkan kepada pihak koperasi untuk menarik diri sebagai ahli selepas tidak menerima bayaran dividen seperti dijanjikan.


"Mereka memberi bermacam alasan sehingga saya membuat keputusan untuk membawa kes ini ke tribunal tuntutan pengguna.
"Pihak tribunal pun dah buat keputusan yang memihak kepada saya dan mengarahkan koperasi berkenaan membayar balik modal syer saya, namun sehingga hari ini saya belum menerima sebarang bayaran," jelasnya.
Sementara itu Setiausaha Agung MHO, Hishamuddin Hashim, memaklumkan tujuan utama mereka berkumpul dan menghantar surat ke IPD Kuantan adalah supaya pihak polis mengambil alih siasat kes berkenaan.
Katanya, laporan polis dibuat sebelum ini diputuskan sebagai RLA (Rujuk Lain Agensi) dan ia menimbulkan rasa kurang puas hati mangsa.
"Macam hari ini, MHO mewakili 127 pengadu (mangsa) memohon jasa baik pihak polis menyiasat kes ini dan tidak menyerahkan kepada agensi lain seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Walaupun koperasi terbabit dikatakan pernah menerima pengiktirafan di negeri ini, namun apa yang terjadi kepada mangsa akan memberi impak kepada koperasi lain.
"Kami minta kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana wujud unsur penipuan dalam urusan antara ahli koperasi dan pihak koperasi itu sendiri," ujarnya.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, yang dihubungi media mengesahkan menerima surat daripada pihak berkenaan dan akan meneliti kandungannya sebelum memutuskan tindakan lanjut. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/02/koperasi-mungkir-pelabur-hantar-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mho Gesa Pihak Polis Siasat Skim Tempahan Emas Dan Pelaburan Babit Koperasi Terkenal Di Pahang

Mho Gesa Pihak Polis Siasat Skim Tempahan Emas Dan Pelaburan Babit Koperasi Terkenal Di Pahang

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 192 hits
KUANTAN Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia menggesa polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap sebuah koperasi yang disyaki menjalankan skim tempahan emas dan pelaburan tidak wujud Ia didakwa menyebabkan seramai 127...
Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis

Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 130 hits
KUANTAN Polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun hari ini dipercayai suspek kes bunuh wanita yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini kelmarin Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zaha...
Anggota Ganggu Seksual Aktivis Polis Siasat Dakwaan

Anggota Ganggu Seksual Aktivis Polis Siasat Dakwaan

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 186 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Siasatan dilakukan terhadap dakwaan seorang aktivis pelajar wanita yang diganggu seksual oleh seorang anggota polis ketika memberi keterangan di balai Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa mengesahkan perkara itu dal...
Kes Dalam Masjid Polis Siasat Dakwaan Suspek Sentuh Budak Perempuan Miliki Kad Oku

Kes Dalam Masjid Polis Siasat Dakwaan Suspek Sentuh Budak Perempuan Miliki Kad Oku

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 210 hits
Polis sedang siasat dakwaan suspek lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak kanak di Masjid Jamek Sungai Masin Batang Kali hari ini memiliki kad Orang Kurang Upaya Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan b...
Terjemahan Niat Jahat Polis Digesa Siasat Pertikaian Istilah Kuda Gila

Terjemahan Niat Jahat Polis Digesa Siasat Pertikaian Istilah Kuda Gila

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 244 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 5 2025 8 41 AMPemuda MCA Petaling Jaya membuat laporan polis semalam menggesa pihak berkuasa menyiasat pertikaian antara parti itu dan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh mengenai istilah kuda gila Sayap pemuda...
Polis Sahkan Ada Menerima 64 Laporan Berkaitan Sebuah Koperasi Gagal Buat Bayaran Kepada Ahlinya

Polis Sahkan Ada Menerima 64 Laporan Berkaitan Sebuah Koperasi Gagal Buat Bayaran Kepada Ahlinya

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 135 hits
KUANTAN Polis mengesahkan menerima 64 laporan berhubung sebuah koperasi yang didakwa belum membuat pembayaran termasuk dividen kepada ahlinya Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata laporan yang diterima itu dibuat di Pahang dar...
Polis Siasat Penemuan Bom Tangan Di Lpt2

Polis Siasat Penemuan Bom Tangan Di Lpt2

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 115 hits
Sebutir bom tangan ditemukan seorang lelaki di LPT2 membawa kepada penutupan dari kedua dua arah laluan itu sejauh 300m PETALING JAYA Sebutir bom tangan ditemukan seorang lelaki ketika sedang memotong rumput di Lebuhraya Pantai Timur Dua de...
Pelancong Lepas Hajat Dekat Kereta Timbalan Ketua Polis

Pelancong Lepas Hajat Dekat Kereta Timbalan Ketua Polis

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 171 hits
KOSMO DUA orang dipercayai membuang air kecil di tepi kereta Foto Amarin TVPATTAYA Sebilangan pelancong di Thailand membuang air kecil dan besar berhampiran kereta milik Timbalan Ketua Polis di Pattaya lapor laman berita The Pattaya News ke...
Polis Sahkan Insiden Tular Lelaki Ditetak Di Kepala

Polis Sahkan Insiden Tular Lelaki Ditetak Di Kepala

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 105 hits
Izz Laily Husseinam hmetro com myGAMBAR tular kejadian berlaku di Jalan Wong Ah Fook Johor Bahru dan seorang lelaki dipercayai suspek yang menetak mangsa ditahan Johor Bahru Lelaki cedera ditetak di kepala dengan senjata dipercayai pisau pe...
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Skyline Optical Group Announces Sgx Ipo Plans Appoints Mci Capital As Financial Advisor

Huawei Freebuds 6 Launches In Malaysia

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Your Ultimate Travel Guide Kuala Lumpur Jakarta In One Easy Flight

Debaran Dalam Membuat Keputusan

Guru Tendang Murid Siapa Yang Salah Sudut Pandang Guru Yang Pernah Hadapi Murid Keras Kepala

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


French Toast

How Pre Owned Harleys In La Are Finding New Life At Lifestyle Cycles

Hp Omen Transcend 14 Laptop Gaming Dengan Bateri Tahan Lama

Dia Baik Dengan Ibu Rugi Kalau Lepaskan Giliran Ibu Fattah Amin Pula Melawat Amira Othman Di Hospital

Jelak Baca Berita Warga Asing Di Jalan Silang Ni Wayang Jangan Tertipu

Rafizi Pendakwa Raya Perlu Jelaskan Kenapa Ambil Masa Lama Sedia Bukti