Terjemahan Niat Jahat Polis Digesa Siasat Pertikaian Istilah Kuda Gila


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 5, 2025 8:41 AM
Pemuda MCA Petaling Jaya membuat laporan polis semalam, menggesa pihak berkuasa menyiasat pertikaian antara parti itu dan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh mengenai istilah "kuda gila"

Sayap pemuda bahagian itu percaya istilah berkenaan telah diterjemahkan dengan niat jahat dan diputarbelitkan untuk mengelirukan orang ramai, yang menyebabkan parti itu menerima tuduhan tidak adil.

“Apa yang memburukkan keadaan ialah maklumat salah seperti itu boleh dieksploitasi oleh pihak yang berniat jahat, memperdalam lagi perpecahan sosial dan menjejaskan keharmonian antara kumpulan etnik yang berbeza,” kata timbalan ketuanya Lee Yee Yuan.

“Justeru, Pemuda MCA menggesa polis menyiasat secara menyeluruh perkara itu bagi menegakkan kebenaran dan mengelak penyebaran maklumat palsu,” katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Pemuda MCA Petaling Jaya berkata laporan polis itu dibuat oleh ketuanya Teoh Tuck Wah, yang diiringi Lee dan beberapa pemimpin parti lain.

Teoh menegaskan bahawa kebebasan bersuara harus berdasarkan fakta dan sebab, bukannya maklumat yang salah.

Dia menggesa semua pihak supaya tidak mempercayai maklumat yang tidak disahkan sebelum kebenaran dijelaskan sepenuhnya, bagi mengelakkan salah faham dan konflik yang tidak perlu.

“Dalam masyarakat yang pelbagai, kewujudan bersama yang harmoni adalah kunci kepada kestabilan negara. Khabar angin dan kenyataan yang mengelirukan tidak boleh dibiarkan menghakis kepercayaan bersama,” katanya.

Pada 30 Jan, Akmal membidas Timbalan Ketua Publisiti MCA Johor Law Yiak Kwang berhubung penggunaan istilah Cina ‘癫马’ dalam catatan media sosialnya, yang secara harfiah diterjemahkan sebagai “kuda gila”.

Aksara Cina "马" - disebut mā - bermaksud "kuda".

Bagaimanapun, aksara itu juga boleh digunakan secara fonetik untuk mewakili bunyi “ma” apabila mengalih huruf daripada bahasa lain, termasuk perkataan Cina untuk Malaysia, Melayu, Mahathir dan Akmal.

Akmal mendakwa bahawa istilah itu digunakan untuk bermaksud "Melayu gila" dan menghina, tetapi Law menjawab dengan penjelasan panjang yang menyatakan bahawa istilah itu bermaksud "Akmal yang sentiasa bertindak tidak rasional".

Akmal berkata dia akan mengarahkan peguamnya dan Pemuda Umno untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Law.

Naib Presiden MCA Tan Teck Cheng kemudiannya mempertahankan Law dan menggesa Akmal supaya tidak bertindak keterlaluan serta merenung tindakan dan sikapnya yang menurutnya menyebabkan orang bukan Melayu tidak menyukai pemimpin Umno itu.

Sebagai tindak balas, Akmal mengingatkan MCA bahawa kedua-dua kerusi parlimennya adalah dalam kawasan majoriti Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi turut menyokong Akmal, menggesa MCA merenung mengapa ia ditinggalkan oleh pengundi bukan Melayu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/terjemahan-niat-jahat-polis-digesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Rampas Laptop Mkini Kes Siasat Kj

Polis Rampas Laptop Mkini Kes Siasat Kj

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 178 hits
Malaysiakini nbsp Polis merampas sebuah komputer riba daripada Malaysiakini untuk membantu siasatan terhadap bekas menteri Khairy Jamaluddin Sebelum ini Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mengambil kenyataan daripa...
Anggota Ganggu Seksual Aktivis Polis Siasat Dakwaan

Anggota Ganggu Seksual Aktivis Polis Siasat Dakwaan

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 187 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Siasatan dilakukan terhadap dakwaan seorang aktivis pelajar wanita yang diganggu seksual oleh seorang anggota polis ketika memberi keterangan di balai Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa mengesahkan perkara itu dal...
Cara Semak Saman Polis Dan Bayar Secara Online

Cara Semak Saman Polis Dan Bayar Secara Online

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 243 hits
Korang pernah kene saman dengan polis tak sebelum sebelum ni Berita baik untuk korang PDRM ada buat diskaun 50 bayaran sama bila bayar secara online Jadi sebarang kesalahan yang korang pernah lakukan dan diberi surat saman kini ada potongan...
Budak 10 Tahun Balas Dendam Hingga Bapa Ditahan Polis

Budak 10 Tahun Balas Dendam Hingga Bapa Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 182 hits
AgensiBeijing Kanak kanak lelaki yang bengang dimarahi bapa kerana tidak siapkan kerja sekolah bertindak membalas dendam dengan memaklumkan kepada polis yang bapanya menyimpan dadah Kejadian berlaku di wilayah Yongning China apabila budak 1...
Polis Tahan Lelaki Tendang Arnab

Polis Tahan Lelaki Tendang Arnab

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 130 hits
AFPTokyo Polis Jepun menahan seorang lelaki kerana menendang arnab ketika pihak berkuasa menyiasat kematian lebih 70 ekor arnab di sebuah pulau yang terkenal dengan populasi arnab yang banyak Insiden itu berlaku di pulau Okunoshima di wilay...
Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 302 hits
bharian com myOleh Januari 25 2025 2 58pmPeserta Himpunan Anti Rasuah berarak dari pusat beli belah Sogo ke Dataran Merdeka Foto Safeek Affendy RazaliKUALA LUMPUR Kira kira 50 peserta Himpunan Anti Rasuah mula berkumpul di perkarangan hadap...
Kes Guru Lelaki Pukul Perenang Cilik Polis Buka Kertas Siasatan

Kes Guru Lelaki Pukul Perenang Cilik Polis Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 163 hits
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang murid lelaki tahun lima yang mengalami kecederaan akibat dipukul guru lelaki dalam satu kejadian di sebuah sekolah rendah di sini bulan lalu Ia susulan seorang ibu yang tampil m...
Pegawai Rendah Polis Dua Lelaki Bangladesh Direman Ke Rasuah

Pegawai Rendah Polis Dua Lelaki Bangladesh Direman Ke Rasuah

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 182 hits
SAFINA RAMLIKetiga tiga suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town hari ini GEORGE TOWN Seorang pegawai rendah polis dan dua lelaki warga Bangladesh direman tiga hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ...
Hiburan Polis Rakam Keterangan Harith Iskander Berkenaan Isu Ham

Hiburan Polis Rakam Keterangan Harith Iskander Berkenaan Isu Ham

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 418 hits
Keterangan pelawak dan pelakon Harith Iskander telah dirakam oleh pihak polis berhubung hantaran di akaun Facebooknya mengenai isu ham yang didakwa menghina agama Islam Memetik laporan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pih...
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Tiktok Brand Select Is Coming Ovios Launches Two Must Have Bean Bag Chairs At Up To 50 Off

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

Mesyuarat Agung Pibg Sekolah Anak

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

First Covid 19 Related Death Recorded For This Year

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dalam Kepala Anak Ada Air

Program Stem Genius Discover Science Through Art Fun Cetus Keterujaan Minat Sains Dan Matematik Pelajar Sekolah

Editing Tools For Drawing

Drama Hilang Dalam Rindu

Misi Mengait Buah Avocado Berjaya

Sotong Bakar Thai Ala Street Food Bangkok Sos Pekat Melekat