Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis




KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun hari ini, dipercayai suspek kes bunuh wanita yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek ditahan di sebuah rumah, kawasan perumahan Wakaf Tembusu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu kira-kira jam 5.30 pagi.
Katanya, turut dirampas bersama suspek ialah sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.
"Pihak polis akan membuat permohonan tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, dengan tertangkapnya suspek berkenaan, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh terbabit.
"Pihak polis berterima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan mayat seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37 ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, semalam.


Susulan itu, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik dari HTAA menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati ada unsur jenayah pada tubuh peniaga makanan berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau.
"Suspek bukan berasal dari negeri ini (Pahang) tetapi menetap di daerah ini. Tiada sebarang hubungan antara suspek dan mangsa.
"Mangsa menjalankan perniagaan makanan secara dalam talian, manakala suspek memesan makanan daripada mangsa," katanya semalam.
Yahaya berkata, punca kematian belum dikenal pasti kerana sedang menunggu proses bedah siasat terhadap mangsa di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Beliau berkata, mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Kes itu turut mendapat perhatian Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan menziarahi keluarga mangsa bunuh di HTAA.
Baginda turut diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Dalam kunjungan itu, baginda sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat buat suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31.
Pada masa sama, baginda bertitah, hukuman setimpal dikenakan terhadap suspek terbabit jika disabitkan atas kesalahan membunuh.
"Kejam dan tidak berperikemanusiaan," titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, semalam. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/02/suspek-kes-peniaga-wanita-disamun-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suspek Kes Bunuh Peniaga Wanita Cod Makanan Dikenal Pasti Polis

Suspek Kes Bunuh Peniaga Wanita Cod Makanan Dikenal Pasti Polis

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 425 hits
KUANTAN Polis sudah mengenal pasti identiti suspek kes wanita yang ditemukan mati dipercayai dibunuh di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini semalam Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya kini giat m...
Polis Tahan Pekerja Pajak Gadai Bantu Siasatan Kes Bunuh Peniaga Wanita

Polis Tahan Pekerja Pajak Gadai Bantu Siasatan Kes Bunuh Peniaga Wanita

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 2901 hits
Malaysiakini nbsp Polis menahan seorang pekerja kedai pajak gadai di Kuala Terengganu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan Khamis ...
Suspek Bunuh Wanita Peniaga Makanan Ditahan Di Terengganu

Suspek Bunuh Wanita Peniaga Makanan Ditahan Di Terengganu

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 2994 hits
NS RamliPolis berjaya menahan seorang suspek kes pembunuhan melibatkan seorang wanita yang juga peniaga makanan sebagai mangsanya awal pagi tadi Menerusi kenyataan dikeluarkan Polis Pahang suspek ditahan kira kira jam 5 30 pagi di sebuah ru...
Kes Bunuh Peniaga Wanita Polis Tahan Seorang Pekerja Pajak Gadai Di Kuala Terennganu Bantu Siasatan

Kes Bunuh Peniaga Wanita Polis Tahan Seorang Pekerja Pajak Gadai Di Kuala Terennganu Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 2801 hits
KUANTAN Polis menahan seorang pekerja kedai pajak gadai di Kuala Terengganu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan Khamis lepas Ketu...
Polis Sedang Mengesan Seorang Lelaki Berhubung Kes Kematian Peniaga Wanita Berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur

Polis Sedang Mengesan Seorang Lelaki Berhubung Kes Kematian Peniaga Wanita Berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 2888 hits
KUANTAN Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 37 tahun berhubung kes kematian seorang peniaga wanita yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini semalam Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkat...
Peniaga Wanita Dipercayai Dibunuh Ketika Cod

Peniaga Wanita Dipercayai Dibunuh Ketika Cod

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 282 hits
FMT ReportersPolis berkata wanita berusia 37 tahun dipercayai ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga hantaran PETALING JAYA Mayat seorang peniaga makanan dipercayai dibunuh ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanj...
Kelantan Wanita Curi Duit Semasa Kenduri Kahwin Ditahan Lagi Kes Di Tumpat Pula

Kelantan Wanita Curi Duit Semasa Kenduri Kahwin Ditahan Lagi Kes Di Tumpat Pula

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 2906 hits
Siti Rohana Idrisam hmetro com my17 FEBRUARI 2025 PASIR MAS Dua warga emas wanita berusia 61 tahun dan rakan lelakinya berusia 62 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes curi beg tangan mengandungi wang tunai RM2 500 di majlis perkahwinan ...
Wanita Warga Emas Ditemui Di Ruang Tamu Bertutup Dengan Kain Bati Disyaki Dibunuh 2 Ditahan

Wanita Warga Emas Ditemui Di Ruang Tamu Bertutup Dengan Kain Bati Disyaki Dibunuh 2 Ditahan

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 252 hits
Warga emas disyaki dibunuh 2 ditahanFMT ReportersPETALING JAYA Dua individu ditahan kerana disyaki membunuh warga emas dalam kejadian di Taman Sri Skudai Johor semalam Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihak...
Hiburan Barang Kemas Lesap Ada Unsur Jenayah Di Tubuh Peniaga Wanita Yang Maut Ketika Cod Makanan

Hiburan Barang Kemas Lesap Ada Unsur Jenayah Di Tubuh Peniaga Wanita Yang Maut Ketika Cod Makanan

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 3036 hits
Seorang peniaga wanita ditemukan mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini semalam Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pu...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer