Kontraksi Yang Lama 18 20 Jam Diketagori Sebagai Poor Progress Labour Sangat Berisiko Untuk Ibu Bayi


Proses bersalin yang lama atau poor progress labour boleh menimbulkan beberapa komplikasi kepada ibu dan bayi. 
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
“Kelahiran bermaksud proses fisiologi di mana bayi dan uri dikeluarkan dari rahim. Bagi kelahiran yang normal, proses berlangsung selama 12 jam bagi keseluruhannya.

“Bagi kelahiran yang memakan masa 18 hingga 20 jam, ia dikatakan sebagai poor progress labour”

DEGUPAN JANTUNG & PERGERAKAN JANIN SERTA KONTRAKSI DIREKODKAN
Proses kelahiran adalah proses yang dinamik. Tempoh masa bagi setiap kelahiran adalah berbeza. Menurut Dr Siti Esah, proses kelahiran dan segala bacaan akan direkodkan dalam carta partograf yang akan dipantau oleh doktor dan jururawat yang bertugas.
Catatan partograf ini dapat membantu doktor untuk membuat keputusan sama ada proses bersalin ini normal atau tidak dan apa tindakan selanjutnya.
Antara pemeriksaan penting yang dilakukan semasa proses bersalin ialah cardiotocography (CTG). Informasi yang didapati dari pemeriksaan ini  ialah;
1. Degupan jantung janin
2. Pergerakan janin
3. Kontraksi rahim ibu
CARA KEMAJUAN SEBUAH KELAHIRAN DIUKUR
Perkara yang dipantau dalam Partograf termasuklah keadaan ibu, keadaan bayi, perkembangan pembukaan rahim (cervix), penurunan kepala bayi (descend) kontraksi.
Bacaan-bacaan yang direkodkan  didalam partograf ini akan dipantau bagi memastikan kemajuan (progress) kelahiran berjalan tanpa sebarang komplikasi.
Bacaan degupan jantung janin (dari CTG) perlulah menunjukkan variability (rawak di mana ada turun naik) dan ciri ciri normal.
JIKA KONTRAKSI TIDAK KUAT & SERVIKS BELUM LEMBUT
Sekiranya tahap kontraksi ibu tidak kuat dan serviks masih belum lembut dan terbuka, ada ubat-ubatan seperti prostin akan diberikan kepada ibu untuk menggalakkan bukaan cervix.
SEKIRANYA SERVIKS LEMBUT TETAPI KONTRAKSI TIDAK KUAT
Sekiranya pangkal rahim (cervix) sudah cukup luas tetapi kontraksi tidak kuat , selaput akan dipecahkan dan  pitocin akan digunakan untuk menguatkan kontraksi.
“Doktor akan menilai keadaan dan situasi, sekiranya ibu dalam keadaan yang baik dan bayi tidak menunjukkan tanda-tanda lemas maka proses kelahiran dibiarkan berlaku secara semula jadi dalam jangka masa tertentu.
“Namun jika graf pada partograf menunjukkan pola mendatar ia itu tidak ada perkembangan atau keadaan bayi tidak sihat pembedahan caesarean perlu dilakukan segera,”
3 FAKTOR PENYEBAB POOR PROGRESS LABOUR
Antara faktor yang mencetuskan proses kelahiran yang lambat ialah;
#1. Pecah ketuban awal. Sepatutnya ketuban perlu pecah apabila serviks sudah lembut dan bersedia. Ini akan menyebabkan proses kelahiran menjadi perlahan.
#2. Cephalopelvic disproportion (CPD) iaitu kepala bayi tidak berpadanan dengan saiz pelvis ibu.
#3. Kontraksi ibu yang tidak normal seperti cukup kuat menyebabkan kepala bayi tidak turun ke bahagian pelvis. Ia juga boleh disebabkan oleh kandungan kembar dan polihidramnios iaitu air ketuban banyak.
9 KESAN POOR PROGRESS LABOUR
Bagi ibu yang menghadapi poor progress of labour perlu memahami risiko yang mungkin boleh berlaku pada diri dan bayi.
IBU
Ibu boleh mengalami tekanan (stress) kerana mengalami kontraksi dan labour yang lama. Berisiko untuk mendapat jangkitan terutamanya bila ketuban pecah awal. Kecederaan kepada rahim ibu seperti rahim pecah. Kebanyakannya berlaku kepada ibu yang mempunyai ramai anak. Tumpah darah. ANAK
Fetal distress atau lemas. Sindrom aspirasi mekonium di mana bayi boleh tersedut najis sehingga ke paru-paru. Kecacatan pada otak bayi akibat kekurangan oksigen semasa kelahiran seperti terencat otak atau cerebral palsy. Kematian. Jangkitan kuman kepada bayi. ADAKAH CAESAREAN SATU-SATUNYA CARA UNTUK PROSES BERSALIN?
Tindakan oleh pihak doktor sekiranya poor progress labour terjadi ialah menilai situasi tersebut terlebih dahulu dan tidak terus memberikan opsyen pembedahan caesarean kepada ibu. Pemberian ubat-ubatan akan diberikan bagi ibu yang mana kontraksi tidak kuat .
Perlu diketahui bahawa alat bantu kelahiran seperti forsep dan vakum tidak boleh digunakan sekiranya bukaan serviks tidak mencapai 10sm (kecuali dalam keadaan ibu yang pernah melahirkan ramai anak)
Namun sekiranya percubaan menggunakan ubat-ubatan gagal, maka pembedahan caesarean akan dilakukan sebelum sebarang komplikasi dan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Kredit: Dr Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik dan Genikologi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
The post Kontraksi Yang Lama, 18-20 Jam Diketagori Sebagai ‘Poor Progress Labour’. Sangat Berisiko Untuk Ibu & Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kontraksi-yang-lama-18-20-jam-diketagori-sebagai-poor-progress-labour-sangat-berisiko-untuk-ibu-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Buka Selipar Sebelum Masuk Kedai Lama Sangat Duduk Rumah

Lelaki Buka Selipar Sebelum Masuk Kedai Lama Sangat Duduk Rumah

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 241 hits
Memandangkan telah banyak masa yang dihabiskan di rumah tentunya ada yang berasa kek0k setiap kali keluar rumah Sama macam gelagat seorang lelaki ini yang dilihat membuka selipar yang dipakainya sebelum memasuki sebuah kedai baru baru ini G...
Idea Tip Ibu Ni Ajar Anak Anak Mengaji Memang Terbaik Mula Mula Nak Rebut Sticker Lama Lama Anak Teruja

Idea Tip Ibu Ni Ajar Anak Anak Mengaji Memang Terbaik Mula Mula Nak Rebut Sticker Lama Lama Anak Teruja

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 469 hits
Bila diajak untuk sama sama mengaji anak mulalah buat alasan Penat mengantuk dan sebagainya sudah menjadi alasan biasa dari mulut anak anak kecil kita Jangan putus asa sebaliknya kuatkan hati untuk terus membimbing anak kita Idea ibu ini ya...
Tragedi Bayi Hilang Ibu

Tragedi Bayi Hilang Ibu

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 171 hits
Allahyarham Izzati ketika mengandung bersama suaminya Isteri positif Covid 19 meninggal dunia selepas lahir bayi pertama Berat ujian yang terpaksa ditanggung seorang lelaki apabila kini terpaksa membesarkan anak seorang diri selepas isterin...
Sedang Menyusukan Bayi Ibu Kena Amalkan Pemakanan Ini Bagus Untuk Otak Bayi

Sedang Menyusukan Bayi Ibu Kena Amalkan Pemakanan Ini Bagus Untuk Otak Bayi

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 250 hits
Sebarang makanan untuk ibu menyusui adalah amat penting terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu terawal Inilah waktunya tubuh anda mula menghasilkan susu ibu dan anda perlu mengamalkan pengambilan vitamin untuk ibu menyusu Hal ini kera...
Shuib Pilih Sepupu Sebagai Ibu Susuan Ayash Affan Ambil Kira Semua Demi Masa Depan Anak

Shuib Pilih Sepupu Sebagai Ibu Susuan Ayash Affan Ambil Kira Semua Demi Masa Depan Anak

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 422 hits
Selepas doktor mencadangkan untuk cuba beri susu ibu kepada bayi pramatang yang dilahirkan oleh arwah Siti Sarah pelawak dan usahawan Shuib 37 membuat keputusan untuk memilih mendapatkan susu ibu dalam kalangan ahli keluarga sendiri untuk A...
Ibu Mengandung Nak Vaksin Jangan Teragak Agak Ambillah Sebagai Ikhtiar Lindungi Diri

Ibu Mengandung Nak Vaksin Jangan Teragak Agak Ambillah Sebagai Ikhtiar Lindungi Diri

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 415 hits
Memandangkan ibu hamil berisiko tinggi dijangkiti COVID 19 ramai yang mulai risau dengan keadaan sekarang ini Seorang demi seorang ibu hamil pergi dengan mudah di saat suami dan anak anak masih memerlukan Bagaimanapun terdapat kekeliruan ke...
Ibu Maut Dipatuk Tedung Bayi Dalam Kandungan Berjaya Diselamatkan

Ibu Maut Dipatuk Tedung Bayi Dalam Kandungan Berjaya Diselamatkan

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 286 hits
Bayi perempuan yang dilahirkan secara pembedahan kecemasan selepas ibunya maut dipatuk ular tedung selar ViralPress MANILA Filipina Seorang bayi dalam kandungan berusia lapan bulan yang terdedah kepada bisa ular tedung selar selepas ibunya ...
Pergi Hospital Nak Bersalin Buat Swab Positif Covid Ibu Tak Sempat Peluk Bayi Baru Lahir

Pergi Hospital Nak Bersalin Buat Swab Positif Covid Ibu Tak Sempat Peluk Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 351 hits
Siapa sangka hasrat seorang ibu Izzati Najah Amran 26 untuk menatap wajah anak sulungnya tidak kesampaian apabila meninggal dunia akibat jangkitan Covid 19 Izzati Najah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 58 petang kelmarin di Hospital ...
Bayi Rasa Selamat Berbedung Macam Dalam Kandungan Ibu

Bayi Rasa Selamat Berbedung Macam Dalam Kandungan Ibu

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 287 hits
Bayi rasa selamat berbedung kerana dia terasa macam berada dalam kandungan ibu Perasan tak bila bayi baharu lahir dibedung dia akan lebih lena tidurnya dan kurang merengek Seeloknya ibu hendaklah membedung bayi bermula minggu pertama kelahi...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments