Kontak Sosial Sebagai Kebal Kepada Prasangka Terhadap Cabaran Islam Melayu Raja Hak Istimewa Melayu Dan Pribumi 8777



Jayanya Kontrak Sosial menghindari rasa angkuh manusia dan prajudis di Malaysia. 
RAMAI yang mempertikaikan pemansuhan Akta Hasutan 1948 kerana dibimbangi nanti ada puak tertentu mengambil kesempatan mempertikaikan dasar yang boleh menggugat keharmonian kaum. - Gambar hiasan\Kolumnis
Khamis, 29 November 2018 | 11:00am
Kontrak sosial, jus soli wujud hasil toleransileh Mohd Azrone Sarabatin [email protected]
KETIKA minum petang di sebuah restoran di Kelana Jaya, Petaling Jaya, baru-baru ini penulis tertarik dengan perbualan sekumpulan tiga remaja yang duduk bersebelahan mengenai kontrak sosial dan jus soli
Seorang daripada mereka mendakwa kononnya Perlembagaan Persekutuan hanya untuk melindungi hak Melayu dan Islam, manakala seorang lagi berpendapat kontrak sosial tidak lagi relevan pada masa ini selepas 61 tahun negara merdeka


Rakan mereka yang awalnya diam, membuat andaian menyakitkan hati kononnya yang merangka Perlembagaan Persekutuan ialah sultan, pemimpin dan masyarakat Melayu, sekali gus undang-undang tertinggi negara berat sebelah
Walaupun tiga remaja berkenaan tidak mewakili keseluruhan generasi muda, isi perbualan mereka sudah cukup untuk memberi pengajaran betapa rendahnya pemahaman mereka mengenai kontrak sosial dan apa itu jus soli
Persetujuan tiga kaumTidak hairanlah dalam media sosial, khususnya Facebook dan Twitter, banyak catatan dan komen silap atau kurang tepat mengenai kontrak sosial dan jus soli, bukan sahaja dalam kalangan generasi muda bukan Melayu, malah berbangsa Melayu pun ada yang tersilap tafsiran
Kontrak sosial ialah persetujuan dicapai sebelum merdeka dalam kalangan pemimpin Melayu, Cina dan India, masing-masing menerusi parti yang mereka wakili, iaitu UMNO, MCA dan MIC
Sama ada bersetuju atau tidak, kontrak sosial ialah persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu
Pemuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti Perikatan pada Pilihan Raya Pertama 1955. Ini dengan sendirinya memerlukan rakyat memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah
Kaum minoriti bukan dalam kalangan Bumiputera di negara ini sepatutnya berterima kasih kerana mereka diberi status kerakyatan secara jus soli (bahasa Latin bagi hak untuk kawasan), iaitu taraf kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan. Atas dasar toleransi yang tinggi daripada pihak penduduk asal orang Melayu, bangsa lain perlu mengelak daripada mempertikaikan hak Melayu dan Islam
Generasi muda bukan Melayu atau Bumiputera pada era digital seharusnya membuang jauh-jauh persepsi negatif kononnya kontrak sosial sebagai sesuatu yang sudah lama berlalu dan tidak lagi relevan masa kini
Salah fahamMereka perlu memahami hak istimewa Bumiputera mencakupi kontrak sosial, iaitu bukan Melayu diberikan kewarganegaraan berdasarkan syarat tertentu, manakala Bumiputera pula diberikan perlindungan melalui artikel dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa
Pemuafakatan itu tidak hanya terikat kepada masa tertentu sehingga mereka membuat andaian kononnya tidak lagi relevan sekarang. Itu persepsi silap yang perlu diperbetulkan
Perlembagaan Persekutuan dirangka pakar perlembagaan dari India, British dan hanya seorang hakim Melayu ketika itu, sekali gus menolak terus tanggapan atau dakwaan bahawa kononnya ia dirangka Sultan dan orang Melayu
Isu kontrak sosial timbul mungkin
kerana ia dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan di antara golongan elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu, selain dikaitkan dengan kewarganegaraan
Jangan salah faham. Kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada 1957, tetapi pemuafakatan yang mewakili semangat penyatuan masyarakat majmuk yang mempunyai roh perlembagaan berkenaan
Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya berhubung empat perkara utama, iaitu perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara
Jika tiada kontrak sosial, mungkin negara kita gagal mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana penjajah British ketika itu menjadikan pemuafakatan kaum sebagai prasyarat untuk membolehkan Malaya diiktiraf sebagai negara merdeka
Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, menegaskan kontrak sosial dan jus soli kekal relevan sehingga kini serta tidak seharusnya dijadikan polemik dan dipertikaikan
Walaupun banyak perkara berhubung kontrak sosial terhakis akibat sistem meritokrasi dalam kemasukan pelajar ke universiti serta perkhidmatan awam, persetujuan yang sudah termeterai sekian lama itu perlu diteruskan
“Dasar yang dipersetujui menerusi kontrak sosial mengambil kira semua aspek. Ia tidak hanya sesuai pada zaman berkenaan, sebaliknya kekal relevan pada masa kini
“Generasi muda masa kini ramai yang lalai dan menganggap kontrak sosial dan jus soli hanya sesuai pada era nenek moyang mereka, sedangkan ia relevan sepanjang zaman,” kata Nik Ahmad Kamal
Jangan pertikaiSelagi sembilan Sultan dan Majlis Raja-Raja melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan Islam di negara ini, selagi itulah kontrak sosial yang perlu terus dipertahankan
Sebab itulah ramai yang mempertikaikan pemansuhan Akta Hasutan 1948 kerana dibimbangi nanti ada puak tertentu mengambil kesempatan mempertikaikan dasar yang boleh menggugat keharmonian kaum
Generasi muda juga tidak seharusnya membangkitkan sentimen perkauman dengan mempertikaikan perjanjian dan persefahaman yang dimeterai moyang mereka
Titik persefahaman untuk menyelesaikan perbezaan pendapat perlu dicari supaya negara kita kekal aman dan tidak berlaku pergolakan seperti di negara lain
Jangan sesekali mempertikaikan kontrak sosial dengan membuat andaian negatif kononnya ia hanya untuk kepentingan Melayu dan tidak adil kepada kaum lain
Kontrak sosial, jus soli wujud hasil toleransi | Kolumnis | Berita Harian
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/11/503249/kontrak-sosial-jus-soli-wujud-hasil-toleransi



KONTRAK SOSIAL : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1957 PENGIKAT JATI DIRI BANGSA MALAYSIA MERDEKA


ISBN : 9789674302986Penulis : Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A.AzizPenterjemah :Tahun Terbitan : 2015Harga : RM 180.00Sinopsis

Tanah Melayu yang asalnya hanya dihuni orang Melayu telah berubah ekonomi serta politiknya akibat dicorakkan oleh dasar penjajah. Penduduknya hari ini berbilang kaum dan tanpa penyatuan nasional yang dimapankan, pemahaman berkaitan Perlembagaan, manipulasi mudah saja dilakukan. Menyedari situasi ini, kontrak sosial menerusi Perlembagaan Persekutuan 1957 tidak wajar dibahas atau dipertikai secara terbuka kerana impaknya berisiko memporak-perandakan keharmonian, sekali gus menukar perpaduan sedia ada kepada cabaran paling getir. Hakikatnya, kesediaan mewujudkan kerajaan demokrasi bukan keputusan mudah, malah ia adalah pengorbanan radikal orang Melayu sebagai masyarakat peribumi Tanah Melayu. Bagaimanapun, hasil tolak ansur dan kesepakatan yang dicapai UMNO, MCA, serta MIC menerusi perjanjian yang dimeterai Perlembagaan Persekutuan 1957, beberapa perkara dimaktubkan termasuk kesediaan orang Melayu mengubah status tanah tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian melalui pemberian kerakyatan kepada orang Cina berkongsi kuasa politik. Justeru, sewajarnya kedudukan orang Melayu dihormati dan realiti ini perlu diterima setiap rakyat Malaysia di samping hak kaum lain kekal dipelihara. Susulan itu, buku ini menjelaskan bagaimana kontrak sosial yang dimeterai Perlembagaan Persekutuan 1957 dirangka untuk tujuan menyelesaikan kepentingan semua kaum di Tanah Melayu, baik majoriti mahupun minoriti. Pada masa sama, buku ini turut merungkai bagaimana 'kontrak sosial' yang tidak wujud secara istilah pada teks Perlembagaan Persekutuan 1957 diguna pakai untuk menterjemah takrif persefahaman dan kesepakatan bagi keadilan sosial tiga kaum terbesar di Tanah Melayu. Perlaksanaannya berteraskan semangat mendalam dan ia terbukti berkesan memelihara keharmonian kaum sehingga hari ini. Berikutan itu, ia wajar dilindungi dan buku ini akan memperincikan perbincangan yang disertakan dokumen lengkap bagi membolehkan kontrak sosial difahami dan seterusnya menutup debat percanggahan serta pertelingkahan yang hanya bermaksud mengucar-ngacirkan negara. Hakikatnya, mengekalkan perpaduan adalah proses rumit dan ia hanya akan boleh dijayakan jika rakyat memahami kepentingan menyuburkan toleransi tanpa syak wasangka, curiga, dan sikap pentingkan diri sendiri. Pendek kata, di mana bumi dipijak, di situlah langitnya kita junjung. Hidup di Malaysia hari ini bukan sekadar menjadi bumi yang dipijak tetapi inilah bumi tempat tumpahnya darah kita. Lebih 20 juta warganegara yang sudah pun waktunya bangkit merealisasikan penyatuan nasional-demi Malaysia hari ini dan lebih penting Malaysia masa depan. 
ITBM : KONTRAK SOSIAL : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1957 PENGIKAT JATI DIRI BANGSA MALAYSIA MERDEKA
http://itbm.com.my/shop/book/946/kontraksosialperlembagaanpersekutuan1957pengikatjatidiribangsamalaysiamerdeka
rencanaARKIB : 19/05/2011Kontrak sosial aset keharmonian kaum Melayu, Cina dan IndiaOleh ZULKIFLI JALIL
[email protected] Perlembagaan Negara mempunyai sejarah yang panjang
Ia hasil tolak ansur antara kaum di Tanah Melayu pada waktu itu yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Semua pihak saling menerima di antara satu sama lain
Melalui perjanjian itu juga, setiap kaum tidak akan mempersoalkan lagi apa yang telah dipersetujui bersama
Ia mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, agama Islam sebagai agama rasmi negara serta hak-hak istimewa orang Melayu. Begitulah sebaliknya orang Melayu juga menerima hak-hak istimewa kaum lain di negara ini
Kerana itu, dalam apa jua pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk balik kepada sejarah. Tidak kira apa isu pun, yang penting faktanya
Katakanlah, terdapat kegiatan pihak tertentu cuba mewujudkan 'perlembagaan baru' bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan, kita mungkin belum lagi terkejut. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri sudah dipinda banyak kali
Namun apabila dikaitkan 'perlembagaan baru' itu akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang, kita khususnya orang Melayu pasti berasa terhiris, lagi tersayat
Sekadar renungan, meskipun Perlembagaan Persekutuan telah dipinda sebanyak 45 kali, peruntukan yang mengiktiraf kedudukan khas orang Melayu di sisi kaum-kaum lain tetap kekal sehingga kini di bawah perkara yang sama
Justeru, ada sebabnya Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat supaya tidak sesekali mempersoalkan isu agama dan kontrak sosial. Hakikatnya adalah mujur kaum Melayu masih mempunyai satu aset yang tidak berjaya dihapuskan oleh penjajah Inggeris iaitu hak-hak keistimewaan dan kedaulatan raja-raja Melayu
Apa yang sebenarnya dianggap sebagai ketuanan Melayu itu ialah kedaulatan dan keistimewaan institusi tradisional tersebut yang sentiasa rapat dengan 'psyche keMelayuan'. Dan secara tradisi, pentadbir Inggeris seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford, Mubin Sheppard dan lain-lainnya sering memperlihatkan sifat simpati mereka terhadap orang Melayu
Ini kerana mereka menyedari kedudukan dan hak orang Melayu sebenar. Swettenham pernah menyatakan bahawa orang Melayu mempunyai hak mereka dalam pewaris kepada Tanah Melayu
Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 pula, pegawai-pegawai tinggi Inggeris terus bersedia dan bersimpati terhadap kepentingan orang Melayu sebagai penduduk dan pewaris asal ketika Bintang Tiga dan penjahat komunis cuba merampas Malaya
Perkara pokok seperti hak keistimewaan orang Melayu, hak kedaulatan dan kebesaran raja-raja Melayu, hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diberi peruntukan di dalam perjanjian tersebut. Dan perjanjian itu sah mengatakan bahawa kepentingan orang Melayu dan kaum-kaum lain tidak akan disia-siakan dan ia menjadi asas rujukan Suruhanjaya Reid sembilan tahun kemudian yang merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Ini diperkuatkan lagi dengan laporan Suruhanjaya Reid yang terkandung ayat: "Pihak Pakatan dalam memorandum mereka berkata, Perlembagaan seharusnya memperuntukkan bahawa Yang Di Pertuan Besar (Agong) perlu mempunyai tanggungjawab khas bagi mengawal kedudukan istimewa orang Melayu"
Ungkapan rasmi tersebut membuktikan bahawa kontrak sosial atau ikatan kemasyarakatan adalah persetujuan yang mengiktiraf kedudukan khas orang Melayu di sisi kaum-kaum lain di Malaya ketika itu
Maka, hasrat politik itu lantas dijadikan Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dan walaupun ia telah dipinda berpuluh-puluh kali, peruntukan itu tetap kekal sehingga kini
Setiap perlembagaan sesebuah negara mengandungi apa yang diiktiraf sebagai peruntukan-peruntukan yang tidak boleh diubah atau dipinda melalui proses biasa tetapi hanya melalui kelulusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat yang hadir bermesyuarat
Perlembagaan Persekutuan dengan kontrak sosial perlu diperjelaskan dengan lebih mendalam supaya erti kata sebenarnya tidak lagi dipersoalkan - seolah-olah menolak isi kandungan yang telah sedia dibentuk
Bangsa Malaysia yang progresif pada tahun 2020 akan tinggal sekadar utopia tanpa penghayatan terhadap semua ini
Kontrak sosial aset keharmonian kaum Melayu, Cina dan India
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm

KONTRAK SOSIAL 1948: BAGAIMANA KAUM IMIGRAN MENYINGKIRKANNYAOn 19:15 By Si Petapa Buta

Kontrak sosial secara asasnya dibentuk pada zaman pra-kemerdekaan sebagai suatu kaedah timbal balas terhadap pengorbanan kaum Melayu yang sanggup berkongsi tanah air ini bersama kaum imigran Cina dan India. Namun begitu, setelah zaman beganti zaman kontrak sosial ini kelihatannya menjadi api dalam sekam yang tersimpan kukuh dalam sanubari tiga kaum utama di negara ini.Sejarah kontrak sosial bermula apabila termenterainya satu persetujuan antara UMNO yang mewakili kaum Melayu sebagai pribumi asal dengan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC) yang dianggotai oleh wakil-wakil kaum imigran dari etnik Cina, India, dan Ceylon pada tahun 1948 berkenaan penerimaan kelonggaran syarat kerakyatan kaum imigran yang ingin menjadi rakyat Tanah Melayu melalui prinsip jus soli. Sebagai balasannya, hak keistimewaan kaum Melayu akan diakui dan diiktiraf oleh kaum imigran serta dipahat kukuh dalam Perlembagaan yang bakal dibentuk.
 Ia merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum Bumiputera.
Antara keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu (termasuk Orang Asli pelbagai suku yang dikolektifkan sebagai bumiputra) ialah perlindungan tanah-tanah rizab sebagai Tanah Simpanan Melayu yang tidak boleh ditukar milik secara bebas, dan pemberian kuota khusus buat Bumiputera dalam aspek penjawatan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, lesen perniagaan, dan dasar memonopoli industri tertentu daripada disaingi oleh kaum imigran dengan keizinan pihak kerajaan.
Walaupun di atas kertas, kontrak sosial ini kelihatannya seolah-olah adil dan dapat diterima oleh semua kaum, tetapi konsep kontrak sosial ini telah dipandang melalui sisi sebaliknya oleh kaum-kaum imigran. Mereka khususnya generasi selepas merdeka melihat hubungan antara kaum melalui konsep kontrak sosial seumpama hubungan antara kaum kelas pertama (Melayu) dengan kaum kelas kedua (imigran). Mereka memandang kaum Melayu cuba menegakkan prinsip Ketuanan Melayu dengan mempergunakan konsep kontrak sosial, sedangkan pada anggapan mereka sebagai rakyat negara ini yang sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan, mereka juga berhak menikmati hak yang setaraf dan sama-rata.
Keadaan sosipolitik dan sejarah perhubungan antara kaum Melayu dan imigran di negara ini juga turut membawa kepada persepsi negatif ke atas konsep kontrak sosial yang telah dipersetujui secara besama sebelum ini. Peristiwa penyertaan dan penyingkiran Singapura di dalam Persekutuan Malaysia, peristiwa Hartal Pulau Pinang 1967, dan Tragedi 13 Mei 1969 merupakan antara tindakbalas secara langsung kaum imigran terhadap kedudukan istimewa kaum Melayu sebagai pribumi.
Setelah negara memasuki alaf ke-21, konsep kontrak sosial yang masih kekal tanpa sebarang pindaan dilihat masih lagi menjadi punca ketidakpuasan hati kaum imigran khususnya kaum Cina terhadap pegangan politik kaum Melayu terhadap negara ini. Konsep Malaysian Malaysia dan We are Malaysian terus bermain dan meniti di bibir-bibir pemain politik masyarakat Cina. Setelah kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memberi 30%  pegangan ekuiti Bumiputera terhadap ekonomi negara dan keberhasilan kaum Cina untuk kekal menguasai bidang ekonomi, kini mereka telah berpadu tenaga untuk mengikis sedikit demi sedikit kuasa politik yang masih berada di bawah kawalan kaum Melayu melalui tuntutan hak sama rata tanpa mengira bangsa dan etnik. Kaum Cina dilihat begitu bijak dalam menyusun gerakan politiknya setelah berjaya menggagalkan DEB. Model Ekonomi Baru (MEB) ciptaan bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat, Datuk Seri Najib Razak juga dilihat agak sendu dan gagal untuk mencapai matlamatnya demi kepentingan ekonomi kaum-kaum Bumiputera secara holistik.
Kini kaum Cina yang merangkumi populasi 28% daripada jumlah rakyat negara ini dilihat berjaya menempatkan diri mereka sebagai penentu hala tuju politik tempatan. Setelah kuasa politik Melayu berpecah kepada empat parti politik perdana iaitu UMNO, PAS, PKR, dan PPBM (Bersatu), majoriti kaum Cina dilihat kekal memilih DAP sebagai pembawa suara kiasu mereka bagi menggantikan MCA yang dilihat tidak lagi relevan untuk membantu mereka memanipulasi konsep kontrak sosial agar berpihak kepada kaum Cina.
Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan isu yang melibatkan kepentingan politik dan ekonomi kaum Cina, tiga parti utama yang didominasi masyarakat Cina iaitu MCA, GERAKAN, dan DAP memiliki pendapat yang sama dan mampu menyuarakannya dengan begitu jitu sehinggakan sedikit sebanyak hak istimewa kaum Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan berjaya dikikis dan dimanfaatkan sedikit demi sedikit oleh mereka. Sebaliknya, empat parti utama kaum Melayu yang telah disebutkan masih lagi saling bercakaran tanpa sebarang persefahaman walaupun timbulnya berberapa isu yang melibatkan kepentingan kaum sehingga memudahkan kaum imigran khususnya kaum Cina mengambil kesempatan. Tiga parti politik utama kaum Cina tersebut juga bijak memainkan peranan masing-masing iaitu MCA dan GERAKAN bersifat lebih lunak dan halus dalam menyuarakan tuntutan kaum Cina agar mendapat simpati golongan tua dan moderat, manakala DAP pula lebih bersifat lantang dan agak agresif supaya golongan muda dan ultra-kiasu kekal memilih parti tersebut sebagai wadah politiknya.Kini kaum imigran khususnya kaum Cina telah mula mengorak langkah yang lebih berani melalui tuntutan demi tuntutan dalam bidang pendidikan yang diterajui oleh Persatuan Sekolah Cina atau dikenali sebagai Dong Zhong. Persatuan tersebut kini giat melakukan desakan demi desakan terhadap pihak kerajaan agar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dikeluarkan oleh sekolah-sekolah swasta aliran Cina diberi pengiktirafan setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dong Zhong yang mewakili suara kaum Cina dalam bidang pendidikan juga mahu Akta Pendidikan 1996  dikaji dan dipinda semula agar Bahasa Melayu yang menjadi subjek wajib lulus bagi diterima masuk ke universiti awam tempatan dimansuhkan. Hak istimewa kaum Melayu dalam aspek pendidikan juga dicabar apabila Dong Zhong mencadangkan agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka untuk pelajar dari semua kaum sesuai dengan konsep Malaysian Malaysia.Ternyata ketika kaum Melayu sedang sibuk bertelagah sesama sendiri bagi membuktikan siapa yang lebih nasionalis, siapa yang lebih Islamik, dan siapa yang lebih berhak mewakili suara kaum Melayu, kaum imigran khususnya kaum Cina telah menguasai hampir segala aspek politik, ekonomi, dan sosial negara. Benarlah ungkapan peribahasa nenek moyang kita dahulu, Melayu ini umpama Pak Kaduk, sekadar menang sorak, namun akhirnya kampung sendiri akhirnya yang tergadai. Di mata kaum imigran, kontrak sosial dan hak istimewa kaum Melayu yang dipersetujui nenek moyang mereka pada tahun 1948 dahulu adalah penghalang utama mereka untuk membentuk negara ini sesuai dengan cita rasa dan kepentingan mereka seperti mana mereka telah membentuk aspek politik, ekonomi, dan sosial Singapura. Kini mereka semakin berjaya untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu kontrak sosial di hadapan mata kita sendiri.-MOHAMAD HAFEZ MOHAMAD RIPINhttp://kitabsejarahmalaya.blogspot.com/2018/06/kontrak-sosial-1948-bagaimana-kaum.html
KONTRAK SOSIAL 1948: BAGAIMANA KAUM IMIGRAN MENYINGKIRKANNYA | Kitab Sejarah Malaya
Hargailah kontrak sosial
KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) mengesahkan tidak akan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini, walaupun agak lewat
Namun, bagi Felo Utama Bersama Institut Kajian Etnik (KITA) & Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), PROFESOR DATUK DR. TEO KOK SEONG,
pembatalan sementara ini memperlihatkan keputusan itu dibuat tidak lain tidak bukan kerana akur kepada sentimen amarah kaum Melayu yang mempercayai kepentingan mereka di tanah watan  mereka sendiri bakal terjejas lalu terhapus sekiranya ICERD diratifikasi.
Semasa diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, SAHIDAN JAAFAR dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI, beliau menegaskan, sesungguhnya Perlembagaan negara yang digubal semasa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Persekutuan Malaysia (1963), begitu cakna sekali terhadap perimbangan baik lagi adil antara kepentingan majoriti Melayu- Muslim dengan kepentingan minoriti bukan Melayu dan bukan Muslim
MINGGUAN: Walaupun ada kenyataan daripada menteri dan pemimpin PH bahawa ICERD tidak akan menjejaskan kedudukan Melayu dan bumiputera tetapi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengatakan ICERD agak mustahil untuk dilaksanakan kerana memerlukan majoriti dua pertiga dalam Parlimen bagi meminda Perlembagaan. Apakah ini antara punca ia dibatalkan?KOK SEONG: Tidak dapat dinafikan antara punca penting dalam pembatalan ini ialah bantahan keras lagi agresif daripada penentang ratifikasi ICERD. Walaupun ini adalah keputusan tepat yang mengambil kira ketenteraman awam dan juga keselamatan negara, ia sebenarnya satu kompromi sementara antara kerajaan yang ingin meratifikasi ICERD dengan pihak yang menentang hasrat kerajaan itu
Pembatalan sementara ini memperlihatkan keputusan dibuat tidak lain tidak bukan kerana akur kepada sentimen marah kaum Melayu, yang mempercayai kepentingan mereka di tanah watan mereka sendiri bakal terjejas lalu terhapus sekiranya ICERD diratifikasi
Untuk penyelesaian isu ini dan kalau boleh, untuk selama-lamanya, saya kira kerajaan perlu membuat keputusan pembatalan ini dengan cara yang lebih rasional yang dipersetuju semua pihak, iaitu dengan mengangkat keunggulan Perlembagaan Persekutuan kita
Sesungguhnya Perlembagaan negara yang digubal semasa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 dan Persekutuan Malaysia pada 1963, begitu cakna sekali terhadap perimbangan baik lagi adil antara kepentingan majoriti Melayu-Muslim dengan kepentingan minoriti bukan Melayu dan bukan Muslim
Ini dapat dilihat dengan jelas sekali pada beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, seperti yang berkenaan dengan agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa kaum Melayu serta anak negeri Sabah dan natif Sarawak
Sebenarnya peruntukan ini yang memperlihat keadilan, yakni tiada diskriminasi kaum dan rasisme, adalah hasil persetujuan perjanjian etnik yang secara longgarnya sering dikenali sebagai kontrak sosial
Ada pihak melihat usaha untuk meratifikasikan ICERD oleh kerajaan PH adalah satu cubaan untuk mengkhianati kontrak sosial yang diasimilasikan dan diharmonikan sejak merdeka. Komen Prof?KOK SEONG: Kontrak Sosial ini yang dibuat dengan begitu teliti adalah masih relevan dan akan terus relevan. Ini kerana ia bukan hanya persetujuan bersama yang adil, ia konsesi kaum Melayu kepada kaum bukan Melayu
Dengan ini, kaum Melayu selaku kelompok majoriti serta dominan selain asal, memberi kaum bukan asal kemudahan dan kelebihan istimewa tertentu dalam bernegara di tanah watan mereka. Antaranya adalah hak untuk terus hidup sebagai kaum Cina dengan kebenaran bukan sahaja mengadakan, tetapi juga mengembangkan pendidikan ibunda mereka untuk tujuan pelestarian etnik Cina mereka
Konsesi begini yang sifatnya murah hati tidak diberikan dengan mudah oleh kaum watan kepada kaum bukan asal di kebanyakan tempat. Namun ia berlaku di negara ini
Jadi kontrak sosial ini atau lebih tepat lagi pemberian daripada kaum Melayu bukan sahaja perlu difahami, lebih penting lagi ia hendaklah dihargai
Ia pemberian yang paling demokratik, iaitu kebebasan hidup secara asal di negara bukan asal
Apakah kesan baik dan buruknya terhadap negara jika usaha meratifikasikan ini menjadi kenyataan?KOK SEONG: Sebenarnya, tiada keperluan langsung untuk kita meratifikasi ICERD ini pada masa sekarang ini. Ini kerana kalaulah ICERD itu berkenaan dengan keadilan, yakni tiadanya diskriminasi, kita sebenarnya sudah lama “ICERD” daripada ICERD itu sendiri yang baharu digubal pada 1965 dan mula diperkenal pada 1969
Perlembagaan Persekutuan kita yang digubal pada 1957 dan disesuaikan semasa Penubuhan Persekutuan Malaysia pada 1963, sesungguhnya memberi perhatian yang amat hemat tentang isu keadilan kaum dalam negara majmuk, agar tidak berlaku diskriminasi daripada apa-apa jua sisi
Hal ini dapat dilihat dengan jelas lagi mudah dalam cara keadilan ini diungkapkan. Sebagai contoh, lihat Perkara 3 tentang kegiatan beragama di negara ini – “Islam ialah agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh dianuti secara aman di mana-mana dalam Persekutuan ini”
Keadilan ini bukan sahaja dinyatakan dengan jelas dan dijamin pula, ia diungkapkan melalui penggunaan kata “tetapi” dan bukannya “dan”. Ini kerana dengan menggunakan kata “tetapi”, jaminan yang diberikan itu lebih bersifat tegas, nyata dan pasti
Dengan ini, apa-apa yang dikatakan pada ungkapan yang mengandungi kata “tetapi”, bersifat untuk menidakkan isi ungkapan sebelumnya. Sebenarnya, sudah memadai jaminan yang mahu diberikan itu dibuat dengan menggunakan kata “dan”. Namun, kata “tetapi” dipilih untuk memberi jaminan yang lebih jitu sifatnya
Jadi dengan penggunaan kata “tetapi”, maksud yang ingin disampaikan dalam hal kegiatan beragama di negara ini ialah “walaupun Islam ialah agama negara, agama-agama lain boleh terus dianuti di segenap pelosok negara”
Begitu juga halnya dengan terma mengenai bahasa Melayu dan kedudukan istimewa kaum Melayu serta anak negeri Sabah dan natif Sarawak
Bukan sahaja perimbangan kepentingan antara kaum itu sebanding, ia ikut dinyatakan dalam peruntukan itu juga, yakni perkara yang sama dalam Perlembagaan Persekutuan
Ini membuktikan betapa caknanya kita dalam hal keadilan kaum ini. Kita yang sudah lebih lama cakna tentang hal diskriminasi ini, sebetulnya tidak perlu pun meratifikasi ICERD ini, yang bukan sahaja wujud dalam terma sejagat yang banyak didapati tidak sesuai dengan keadaan di negara ini. Justeru banyak perkara yang perlu dikesampingkan
Oleh sebab keperluan mengesampingkan banyak hal dalam ICERD, ratifikasi Malaysia kepada ICERD ini akan “melemahkan obligasi Malaysia” dalam usaha libat sama Malaysia di peringkat antarabangsa
Dengan ini, reputasi Malaysia semacam terjejas kerana tidak dapat melakukan komitmen penuh akibat terlalu banyak kekangan untuk kita patuhi
Oleh itu, lebih baik kita tidak meratifikasinya dalam keadaan yang boleh menjejaskan nama baik Malaysia. Yang lebih penting dalam soal ratifikasi ini ialah kita tidak pun mengamalkan diskriminasi dan rasisme di Malaysia

Apa pandangan Prof. terhadap kebimbangan pihak tertentu bahawa ICERD bakal menjadi Malayan Union 2.0?KOK SEONG: Kekhuatiran ini meskipun dianggap sebagai spekulasi oleh sesetengah pihak, memang berasas sekali. Ini kerana dengan ratifikasi ICERD, kita akan terikat dengan ikrar yang wajib dipatuhi dan dipantau pula oleh badan dunia yang berwibawa
ICERD yang ingin menghapuskan segala bentuk diskriminasi menganjurkan kesamaan hak didapati senada dengan Gagasan Malayan Union yang juga mencadangkan pemberian hak yang sama dalam kalangan kaum Melayu-Cina-India di negara ini. Oleh itu, kekhuatiran ICERD menjadi Malayan Union 2.0 memang berasas
Gagasan Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union, walaupun menganjurkan kelebihan istimewa diberikan kepada kaum Melayu sebagai kelompok watan, secara tegasnya ikut memastikan kepentingan sah kaum bukan asal tidak sesekali diabaikan
Oleh itu, konsep Persekutuan pada 1948 semasa menubuhkan Malaya dan pada 1963 sewaktu menubuhkan Malaysia sebagai cara pemerintahan baik selama ini, perlu diteruskan tanpa sebarang perasaan was-was oleh mana-mana kaum di negara ini
Prof. ada menyatakan sekiranya ICERD diratifikasikan, orang Melayu akan ‘mengamuk’. Sejauh mana Prof. yakin ia boleh berlaku dalam keadaan sekarang dan apa kesannya terhadap rakyat dan negara?KOK SEONG: Kesabaran kaum Melayu dalam bertolak ansur dan melayan kerenah kaum bukan Melayu, lebih-lebih lagi pada waktu kebelakangan ini, dengan pemerintahan baharu yang bersifat liberal sekali, ada hadnya
Selama 61 tahun, simbol dan proses sosiobudaya Melayu yang dipersetuju bersama dalam perjanjian etnik atau kontrak sosial, diangkat dan didukung sebagai identiti nasional
Ini tidakpun menjadi masalah dan semua kaum menerimanya. Dengan ada peralihan pemerintahan dan wujudnya era Malaysia Baharu, identiti Melayu-Muslim untuk negara ini tidak dapat dinafikan sedang berubah dan menjadi identiti yang tidak lagi Melayu-Muslim kesemuanya sebagai identiti negara
Inilah perubahan yang ingin dibawa oleh rejim baharu. Saya kira itu keutamaan pemerintahan mereka. Namun, perubahan ini tidak boleh sesekali menyebabkan kejutan budaya, khususnya dalam kalangan kaum Melayu
Perubahan ini yang ingin dilakukan rejim baharu untuk merungkai cara dan citra lama, tidak boleh dilakukan secara mendadak, iaitu sejurus sahaja memegang tampuk pemerintahan negara
Ini kerana rakyat dari semua kaum, lebih-lebih lagi kaum Melayu selaku kelompok majoriti dan dominan, akan terkejut besar, bahkan mengalami trauma, dengan perkembangan baharu yang bersifat liberal yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang sifatnya konservatif
Perkembangan baharu yang liberal ini dan berlaku secara bertalu-talu pula akan beralih dari tahap terkejut besar kepada tahap kemarahan dan kegusaran dalam kalangan kaum Melayu
Kemarahan dan kegusaran kalau berterusan akan akhirnya menyebabkan kaum Melayu menjadi berang sehingga boleh bertindak dengan ganas sekali
Kebarangkalian ini ada, malah tinggi kalau kaum Melayu terus diasak bertubi-tubi dengan tindak-tanduk yang boleh mencabar maruah mereka dari pelbagai segi. Kesannya sudah tentu buruk apabila berlaku pertempuran antara kaum
Ada yang bermain dengan api perkauman terutama di media sosial. Sekiranya berlaku pergaduhan kaum, sudah tentu semua akan rugi seperti pernah berlaku dalam Tragedi 13 Mei 1969. Apa nasihat Prof. kepada rakyat dan pihak berkuasa supaya tragedi berdarah sebegini tidak berulang lagi?KOK SEONG: Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 adalah rusuhan kaum yang walaupun berlaku di Kuala Lumpur sahaja dan hanya beberapa kawasan berdekatan di Selangor, menyebabkan banyak korban nyawa dan kemusnahan harta benda
Bukan sahaja Parlimen digantung, negara berada bawah pemerintahan darurat.Sudah tentu kita tidak mahunya berulang. Tragedi 13 Mei ini tidak dapat dinafikan adalah konflik komunal, yakni pergaduhan kaum
Apa yang sedang berlaku kini dalam kes ICERD ini adalah juga komunal, iaitu perlawanan antara kepentingan Melayu Muslim dengan kepentingan bukan Melayu dan bukan Muslim
Yakni pertarungan antara kaum Melayu yang boleh dikatakan keseluruhannya menentang ratifikasi ICERD dengan kaum bukan Melayu yang rata-ratanya menyokong ratifikasi ICERD
Keputusan pembatalan ratifikasi ICERD ini yang boleh dikatakan sedikit lewat oleh kerajaan, adalah tepat pada masanya
Walau bagaimanapun, kita dapat melihat betapa sengit konflik antara kaum yang wujud akibat isu ICERD ini. Ini antaranya kerana wujud defisit kepercayaan antara kita semua, iaitu kita tidak percaya mempercayai antara satu sama lain
Dalam kes ratifikasi ICERD ini, kaum bukan Melayu mahu pembelaan kepada diskriminasi yang kononnya wujud di Malaysia, dibawa ke muka pengadilan antarabangsa
Dengan ini, mereka boleh dikatakan semacam tidak percaya kepada perundangan tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan
Kita semua adalah manusia biasa yang jauh sekali daripada kesempurnaan. Sudah tentu dalam kita melaksanakan keadilan kaum ini, ada kalanya kita tersasar
Apabila ini berlaku, kita perlu menyelesaikannya sendiri secara bermuafakat melalui petua etnik kita yang kita amalkan selama ini, iaitu semua kaum yang diidentifikasikan dalam negara ini, sama-sama memperbetulkan landasan yang salah itu agar kita tidak terus terpesong
Apakah Prof. Melihat tidak mustahil usaha meratifikasikan ICERD ini akan dilakukan semula pada masa depan. Apakah ia perlu dan perlukah provokasi sebegini diteruskan lagi?KOK SEONG: Saya kira kerajaan semasa yang memperlihat komitmen serius untuk membawa reformasi, mampu menangani masalah yang wujud dalam proses pelaksanaan keadilan kaum ini apabila adanya kes tersasar dan terpesong ini
Kita sebenarnya tidak perlu pun selalu akur kepada setiap obligasi antarabangsa, untuk semata-mata melibatkan diri agar kelihatan di persada dunia bahawa kita sebuah negara maju dengan peradaban yang tinggi
Sebenarnya tidak ada diskriminasi dalam apa-apa jua bentuk yang perlu dihapuskan oleh ICERD di Malaysia
Ini kerana kaum bukan Melayu biarpun merupakan kelompok minoriti, sesungguhnya tidak sesekali menikmati status rendah atau inferior di Malaysia
Sehubungan ini, semenjak pembentukan negara ini, kaum bukan Melayu tidak pernah disekat oleh kaum majoriti dan dominan Melayu daripada mengamalkan budaya mereka dalam bentuk aslinya
Mereka juga tidak pernah dihalang daripada penglibatan aktif dalam semua institusi negara, baik yang bersifat politik, ekonomi dan soiobudaya
Dengan ini, memang tiada diskriminasi kaum dan rasisme yang wujud secara struktural di Malaysia, yakni direncanakan, sama ada secara tersurat mahu tersirat. Oleh itu, memang tiada keperluan langsung untuk Malaysia meratifikasi ICERD kini dan pada masa hadapan
Hargailah kontrak sosial - Utama - Utusan Online
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/hargailah-kontrak-sosial-1.793362

Thursday, 20 October 2011Pembentukan Kontrak Sosial ke Arah Pembentukan Perlembagaan Malaysia
Kontrak Sosial merupakan satu perjanjian di antara kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu di Malaysia. Kontrak Sosial ini diwujudkan supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Ia telah dipersetujui oleh wakil-wakil kaum semasa pembentukan negara Malaysia dahulu dan kini merupakan sebahagian daripada perlembagaan Malaysia.

Sejarah perjanjian ini bermula apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874. Perjanjian ini memperkenalkan sebuah sistem yang mengurangkan kuasa raja dan keistimewaan orang Melayu iaitu Sistem Residen. Peranan seorang residen pada awalnya merupakan penasihat raja sahaja tetapi akhirnya mencampur tangan dalam urusan raja. Dengan adanya sistem residen, ekonomi yang dahulunya dimonopoli oleh raja dan pembesar melayu telah terjejas. Kemasukan orang asing ke dalam Tanah Melayu telah mengeksploitasikan hasil bumi. Dasar pecah dan perintah, diskriminasi kaum serta penempatan kaum mengikut kawasan dengan menempatkan orang Melayu di luar bandar, orang Cina di bandar dan orang-orang India di ladang-ladang getah berjaya memundurkan pencapaian orang Melayu dan membentuk tembok curiga di antara kaum.

Selepas itu, beberapa lagi sistem bagi mengkukuhkan lagi kuasa British di Tanah Melayu telah diperkenalkan dan digunakan. Di antaranya ialah penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan 1896 iaitu menggabungkan negeri Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Kononya perjanjian ini bertujuan untuk mengembalikan kuasa sultan. Kuasa pentadbiran bagi keempat-empat negeri tersebut berada dalam kuasa Residen-Jeneral. Selain itu, penubuhan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat juga telah banyak memberi banyak kesan negatif kepada pribumi dan raja serta pembesar Melayu.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah mengeruhkan keadaan dengan menambahkan lagi perasaan prasangka dan politik perkauman di antara kaum dengan melayan kaum Cina dengan teruk tetapi melayan baik kaum India dan kaum Melayu. Dasar penjepunan juga telah diperkenalkan dan ini mengetepikan bahasa ibunda masyarakat Melayu. Kuasa sultan dan pembesar juga tidak dikembalikan seperti yang dijanjikan sebelum Jepun mengalahkan pihak British.

Selepas Jepun menyerah diri dan mengembalikan Tanah Melayu kepada pihak British, bermulalah rancangan pembentukan Malayan Union. Dalam pembentukan itu, sebuah perlembagaan telah cuba diperkenalkan. Perlembagaan ini telah mengurangkan kuasa perundangan di peringkat negeri, menghapuskan hak-hak raja dan hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk pribumi Tanah Melayu serta peruntukan kuasa eksekutif dan perundangan kepada seorang Gabenor. Rancangan ini telah menerima pelbagai tentangan dari kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Selepas rancangan ini gagal, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 1946 untuk membentuk sebuah persekutuan dengan suatu perlembagaan yang boleh diterima pakai oleh semua golongan masyarakat. Hasil dari kajian dan perbincangan, satu perjanjian telah dimeterai iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British. Tetapi atas desakan, akhirnya British telah membenarkan satu pilihanraya diadakan pada 27 Julai 1955. Parti Perikatan telah memenangi pilihanraya tersebut dan telah membuat satu rombongan ke London untuk memperolehi kemerdekaan. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dan telah mengalami beberapa perubahan contohnya kemasukan Sabah dan Sarawak serta penukaran nama Persekutuan kepada Malaysia pada tahun 1963.

Kandungan Kontrak Sosial

Perlembagaan Malaysia merupakan satu bentuk peringatan undang-undang
ntuk semua demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan semua. Selain itu, ia juga merupakan satu dokumen undang-undang asas yang menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki anggota-anggota negara ini. Perlembagaan juga merupakan undang-undang tertinggi negara dan panduan pemerintahan negara. Ia merupakan dokumen berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid. Tujuannya adalah untuk mengendalikan pentadbiran kerajaan yang memerintah dengan licin dan adil. Di antara Kontrak Sosial yang disebut dalam perlembagaan adalah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak Keistimewaan Orang Melayu, Kedaulatan Raja-Raja dan Sultan Melayu serta taraf kerakyatan melalalui Prinsip ‘Jus Soli’. Setiap warganegara Malaysia harus menyedari bahawa perlembagaan kita adalah hasil daripada sikap bertolak ansur setiap kaum. Ia adalah satu persetujuan yang luhur dan murni, hasil pertimbangan yang rumit terhadap berbagai-bagai kepentingan yang bertentangan.

Perlembagaan Persekutuan 1957 Perkara 152 menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini bertujuan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan diwajibkan di semua jenis pusat pendidikan. Ini merupakan salah satu langkah untuk mencapai perpaduan negara. Pada masa yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan untuk memajukan Bahasa Melayu serta menggalakkan penggunaannya. Minggu Bahasa Melayu dan Bulan Bahasa Melayu dilancarkan dalam tahun 1960, melalui cogankata “Bahasa Jiwa Bangsa”.

Akta Bahasa Kebangsaan 1967 menetapkan bahawa Bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi. Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri boleh menggunakan bahasa Inggeris di dalam Dewan dengan kebenaranYang Di Pertua Dewan. Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris selepas 10 tahun merdeka. Sebagai  mercu kejayaan dalam usaha mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 1970. Kesemua sekolah di Malaysia menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan merupakan satu subjek wajib bermula dari tahun 1982.

Dalam Perkara 3 (1) pula, Agama Islam merupakan agama persekutuan. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud negara ini mengamalkan system teokrasi. Rakyat Malaysia yang lain masih bebas menganut agama yang lain dan juga merayakan perayaan masing-masing. Mereka juga bebas untuk mengamalkan adat dan tradisi agama masing-masing. Banyak peruntukkan telah dibelanjakan untuk membangunkan agama Islam selepas merdeka.

Prinsip kerakyatan secara ‘Jus Soli’ telah diperkenalkan semasa rancangan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu kaum Cina dan India yang dilahirkan di Tanah Melayu merupakan warganegaranya. Tetapi dengan adanya Perlembagaan, kerakyatan Jus Soli telah diperketatkan. Antara syarat itu ialah penduduk bukan Melayu mesti tinggal di PTM (Persekutuan Tanah Melayu) tidak kurang daripada 10 tahun. Kedua-dua ibubapanya adalah warganegara PTM. Mereka hendaklah mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu dan menganggap negara ini sebagai tanah tempat tumpah darahnya. Selain itu, bermula tahun 1958, mereka juga perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Selain itu, kedudukan raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam diiktiraf.
Prinsip ‘Kesetiaan kepada Raja’ telah dimasukkan ke dalam Rukunegara yang merupakan idealogi nasional telah mengkukuhkan lagi kedudukan raja-raja di Malaysia. Di samping itu, satu pindaan telah ditubuhkan iaitu Akta Hasutan 1948.

Akta Hasutan 1948 ditubuhkan untuk melarang soalan mengenai hak, taraf kedudukan, hak istimewa, kedaulatan raja yang dilindungi oleh perlembagaan ke atas bahasa kebangsaan, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu dan kuasa pemerintahan raja-raja.

Kedudukan hak istimewa orang Melayu bukanlah merupakan sesuatu yang baru.
Perkara ini ialah merupakan perkara utama yang diperjuangkan oleh golongan orang Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Perkara ini telah dimaktubkan di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia bertujuan untuk menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang telah ketinggalan dalam semua bidang kehidupan supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Ini dapat mendekatkan jurang perbezaan di antara kaum terutamanya kaum Cina dengan kaum Melayu yang terpisah sejak kedatangan British di Tanah Melayu.

Di dalam perlembagaan juga, terdapat satu perkara yang disebutkan iaitu hak asasi. Setiap warganegara yang sah, akan mendapat jaminan dan perlindungan dari kerajaan. Dalam perlembagaan mengenai hak asasi, terdapat dua jenis iaitu hak ramai dan hak individu. Contohnya dalam Perkara 10, disebut, memberi hak bebas bercakap merupakan hak individu manakala dalam Perkara 10(2), disebut, Parlimen diberi kuasa untuk mengawal hak tersebut merupakan hak ramai. Rasionalnya ialah hak bebas bercakap itu mungkin akan menjejaskan keselamatan orang ramai. Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia telah ditubuhkan di Malaysia. Badan ini bertujuan untuk mempromosikan dan memberikan perlindungan hak asasi manusia di negara ini.

Sebuah akta yang membolehkan penahanan seseorang tanpa bicara telah
diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang dikenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri. Penahanan seseorang tanpa bicara boleh dilaksanakan jika ia merupakan langkah yang terbaik demi untuk kesejahteraan dan keselamatan Malaysia. Kesalahan seperti menggugat keselamatan dan ketenteraman Negara dengan mempersoalkan kontrak sosial boleh ditahan di bawah akta ini. Namun begitu, penahanan tersebut tidak boleh dilakukan secara sesuka hati. Beberapa syarat perlu dipenuhi sebelum penahanan itu disahkan. Di antara syarat-syarat tersebut ialah:

Seseorang yang ditahan hendaklah diberitahu sebab-sebab dia ditahan dan berhak mengemukakan hujah-hujah menentang penahanannya itu dengan mengemukakan kenyataan melainkan kenyataan itu dianggap membahayakan kepentingan negara.

Seseorang warganegara tidak boleh ditahan lebih dari 3 bulan melainkan penahanannya telah disyorkan oleh Yang Di-Pertuan Agong oleh satu badan penasihat. Badan penasihat itu akan mendengar hujah-hujah yang dikemukakan oleh warganegara yang ditahan itu sebelum mensyorkannya.

Badan tersebut haruslah terdiri daripada seorang pengerusi dan 2 orang ahli biasa. Pengerusi itu haruslah layak iaitu merupakan hakim dan perlantikan ahli badan itu dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong. Perbicaraan bagi pesalah ini berlainan kerana perbicaraan adalah jenis tertutup.

Kepentingan Kontrak Sosial

Globalisasi, revolusi teknologi maklumat dan komunikasi serta daya tarikan demokrasi turut menjadikan usaha mengendalikan masyarakat pelbagai budaya lebih rumit dalam beberapa hal. Apatah lagi dalam menguruskan masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, kumpulan etnik dan agama adalah satu tugas yang amat rumit, terutamanya jika asas kepada masyarakat ini masih belum kukuh.

Ada pihak yang mendapat gambaran bukanlah sesuatu masalah jika sebuah negara itu menjadi kacau-bilau, jika keamanan terpaksa memberi jalan kepada keganasan dan jika ekonomi hancur semata-mata untuk memperjuangkan jenama demokrasi. Apabila ini terjadi di negara-negara yang mempunyai masyarakat majmuk, ia sering mengakibatkan perpecahan negara atau kekacauan yang tidak mampu dipertahankan. Malangnya yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Perpecahan adalah satu musibah. Tidak ada masyarakat yang menyanggupi musibah perpecahan secara idealnya. Dalam Islam, perpecahan amat dilarang. Islam mempunyai mekanisma yang amat efektif secara teori dan praktikalnya dalam menghalang mahupun memulihkan semula masyarakat yang berantakan dan
berpecah.

Perpecahan dalam masyarakat boleh disebabkan oleh berbagai faktor dan alasan. Jika sesuatu sistem masyarakat yang berjalan tiba-tiba didatangi pula pendekatan baru, maka pasti timbul pertentangan pendapat. Masalah sebeginilah yang sering membibitkan perpecahan. Seringkali pendekatan baru itu yang terbaik, tetapi mengundang perpecahan mayarakat kerana kejahilan atau sikap tak ambil kisah yang dijiwai turun temurun.

Malaysia adalah wadah penyatu kumpulan etnik yang sebenar dimana adalah rumah bagi agama-agama terbesar seperti Islam, Buddha, Kristian dan Hindu. Malaysia juga adalah negara campuran dan pusat pertemuan budayabudaya penting Asia-Melayu, Cina dan India. Ada juga yang melihat Malaysia sebagai `suatu mikrokosmos Asia', `Asia sebenar-benar Asia' dan sebagainya.

Tugas yang paling penting ialah untuk mencapai kesepakatan di kalangan semua kaum tentang rupa bangsa dalam mana kita mahu hidup serta hak dan kewajipan masing-masing yang terkandung di dalam perlembagaan. Inilah Kontrak Sosial kita yang diikrar dalam sebuah perlembagaan yang punya kuat kuasa undang-undang. Suatu kontrak yang dibina atas semangat tolak-ansur. Terdapat komitmen sedar untuk berkongsi kuasa di kalangan semua kumpulan dan antara sebuah pusat persekutuan dengan negeri-negeri.

Menurut ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu memberikan ucaptama dalam majlis perasmian Sidang Kemuncak Media Asia di Hotel Nikko Kuala Lumpur pada 19/04/2004 menyedarkan bahawa Kontrak Sosial itu adalah teras perpaduan Malaysia selama ini. Beliau juga berkata aspek paling penting dalam Kontrak Sosial itu ialah persetujuan oleh rakyat pribumi memberikan kerakyatan kepada kaum pendatang Cina dan India. Ini mengubah rupa bangsa ini dari sebuah negara yang asalnya dimiliki penduduk pribumi kepada sebuah negara yang orang Cina dan India boleh sebut sebagai negara mereka. Kaum Cina dan India kini berkongsi kuasa politik dengan kaum Melayu, dan menganggotai Kabinet Pusat dan majlis eksekutif negeri.

Sebagai balasan, kaum pendatang ini bersetuju tentang hak istimewa ekonomi bagi penduduk pribumi dengan mengambil kira kedudukan mereka yang tidak begitu baik. Ini telah membentuk asas moral, undang-undang, ekonomi dan politik bagi pengagihan polisi-polisi keadilan di negara ini. Inilah dasar-dasar yang kadangkala dikritik kononnya sebagai diskriminasi oleh mereka yang jahil mengenai persetujuan yang dicapai oleh semua pihak dan persekitaran yang mendorong kewujudannya.

Kaum-kaum utama ini turut diberi hak pendidikan dalam bahasa ibunda mereka, tetapi bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan, kaum Cina dan India diberi kebenaran untuk mengadakan pendidikan rendah menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Hanya segelintir negara di dunia ini yang mengizinkan kebebasan seumpama ini.

Begitu juga, terdapat kebebasan beragama, semua kaum bebas untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing, bagaimanapun Islam diberi status sebagai agama rasmi negara. Deklarasi Malaysia sebuah negara Islam yang dibuat oleh Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir pada tahun 2001 menimbulkan beberapa implikasi dalam kehidupan Muslim.

Muslim berhak menuntut pemerintah melaksanakan Islam sepenuhnya kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam. 

Membina sikap positif dan membuat kritikan yang membina untuk kepentingan Islam, serta berpatisipasi dalam memenuhi tuntutan Islam dimana saja ada kekurangan.

Muslim dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha meningkatkan produktiviti untuk kepentingan Islam, kerana terdapat sikap baik sangka antara satu dengan yang lain.

Setiap individu Muslim merasa berkewajipan untuk membangun negara dan umatnya dalam keupayaan masing-masing.


Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk melaksanakan Islam di mana saja dia berada, kerana tidak dirasakan ada sesuatu yang bercanggah yang patut dielakkan dalam kehidupannya.

Mengapa Kontrak Sosial Ke Arah  Kewujudkan Perlembagaan Pesekutuan?

- Untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.

- Dapat menentukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa untuk  menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil.

- Dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.

- Dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti  kebebasan diri, kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama.

- Dapat menentukan batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuran   rakyat dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.

- Dapat memupuk unsur taat setia kepada Negara.

- Dapat memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum, hak kebebasan  asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya persengketaan dan  pergaduhan antara kaum. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta  Hasutan (1970), yang menghadkan kebebasan bercakap bagi mengelakkan  berlakunya kejadian yang tidak diingini.

- Supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan  Sarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam  Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia.
- Untuk mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi proses pembentukan negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat.

- Untuk menjamin hak-hak istimewa orang-orang Melayu.

Sejarah Kontrak Sosial

Kontrak Sosial telah lama mekar di dalam masyarakat. Tiga orang ahli falsafah
yang banyak menghidupkan dan mewarnai teori Kontrak Sosial dalam sains politik moden Barat, ketika zaman pencerahan dan Revolusi Industri adalah Thomas Hobbes [Leviathan, 1651M], dikuti oleh John Locke [TwoTreaties of Goverment, 1690M] dan Jean Jacques Rousseau [Du Contrat Social 1762M]. Karya Rousseau, Du Contrat Social, dikatakan amat berpengaruh dalam mencetuskan Revolusi Perancis 1789.

Dalam konteks Islam, Kontrak Sosial dikenali sebagai Piagam Umat. Begitulah para sahabat yang mulia telah melepaskan segala ikatan yang ada pada mereka hanya semata-mata untuk mengikat diri mereka dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Mereka meninggalkan ikatan sejarah mereka dan mengikat diri dengan ikatan Islam. Setelah Rasulullah S.A.W hijrah ke Madinah, maka baginda terus menggubal piagam yang dinamakan Sahifah Al-Madinah (Piagam Madinah) sebagai asas kepada pembentukan sebuah negara baru, yakni Daulah Islamiyyah. Sahifah yang menjadi dokumen asas negara ini digubal berdasarkan wahyu semata-mata. Antara kandungan yang jelas adalah unsur pembentukan Negara, hubungan antara orang Islam dan kafir serta hubungan luar negara. Yang paling penting sekali adalah jika wujud sebarang persengketaan, hendaklah ia dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. Merujuk kepada hubungan antara kaum. Hak setiap kaum masih dipelihara sebagai usaha mewujudkan Negara Madinah yang harmoni.

Isu Di sebalik Kontrak Sosial.

Kontrak sosial lahir daripada persetujuan antara kaum di negara ini untuk membuat satu persetujuan dimana hak-hak masyarakat bumi Melayu juga dapat dipelihara dan dipupuk bersama-sama dengan kaum lain. Kontrak sosial memainkan peranan yang penting bagi memastikan agar semua kaum mendapat hak masing-masing seperti bahasa ibunda masing-masing dipraktikkan, hak ekonomi, hak politik dan hak pendidikan kerana asas pembentukan negara berpaksikan kepada Kontrak Sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan Kontrak Sosial ini diwujudkan supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. 

Malangnya Kontrak Sosial ini kini semakin dilupakan oleh kaum-kaum bukan Melayu dan segelintir Melayu. Akibatnya, secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit kedudukan Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya dikompromikan. Maka timbul pula ancaman-ancaman seperti yang berikut di negara ini.

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, YB Lim Kit Siang ternyata terus menghangatkan perbahasan di parlimen dengan komentar terbarunya mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Agak aneh sebenarnya memandangkan YB Lim sudah menjadi ahli parlimen semenjak tahun 1969.Tidak rasional baginya untuk membangkitkan perkara ini pada masa ini.

Hujah YB Lim jelas sekali, Malaysia tidak boleh dianggap negara Islam berdasarkan perlembagaan yang menyatakan Malaysia sebuah negara sekular di samping Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh semua kaum. Persoalan yang timbul adalah samada deklarasi Malaysia sebuah negara Islam yang dibuat oleh Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir pada tahun 2001 melanggar Perlembagaan Persekutuan atau tidak.

YB Lim perlu menyedari bahawa semenjak deklarasi negara Islam oleh Tun Dr. Mahathir, adakah hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia akan terjejas? Harus diingat, OIC merupakan sebuah badan antarabangsa yang ditubuhkan khas oleh negara-negara Islam untuk negara-negara Islam.

Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam perkara tuntutan Fardu Kifayah. Kepentingan tentang pembentukan Negara Islam ada kaitannya dengan perlaksanaan syari’ah, kerana syari’ah tidak dapat dilaksanakan tanpa negara dan kedaulatan politik. Tuntutan perlaksanaan syari‘ah adalah wajib ke atas Muslim, maka mewujudkan negara Islam adalah suatu yang wajib.

Negara Islam bukanlah autokratik dan tidak menjadikan ketuanya berkuasa penuh sehingga membolehkannya membuat sesuka hati terhadap nyawa dan harta benda orang. Sesebuah negara Islam bebas daripada dispotisme. Ia adalah negara berperlembagaan tetapi bukan dalam erti kata moden iaitu perlembagaan yang ditafsirkan oleh Parlimen atau badan-badan perwakilan awam.

Berdasarkan kepada pandangan Muhamad Abu Zahrah yang meletakkan ciri negara Islam berasaskan kepada majoriti penduduk Muslim dan keamanan, maka Malaysia juga merupakan sebuah negara Islam bukan sahaja dilihat di segi pendudukan majoriti Muslim dan keamanan, tetapi juga dilihat daripada pengalaman sejarah, kedudukan undang-undangnya serta pemimpin Negara Muslim.

YB Lim turut mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Malaysia mesti dipilih dari kalangan orang Islam. Secara rasionalnya, sekiranya BN menang pilihanraya umum, dan memilih untuk melantik YB Karpal Singh sebagai Perdana Menteri, tidak ada seorang Islam pun boleh mempertikaikan hak itu kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan langsung bahawa Perdana Menteri perlu dilantik dari kalangan orang Islam.

Seterusnya, ancaman daripada Suqiu. Suqiu adalah singkatan nama bagi Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia. Rayuan pilihanraya tersebut telah dikemukakan secara rasminya pada 16 Ogos 1999 sebelum pilihanraya umum ke sepuluh, 29 November 1999. Terdapat 17 perkara rayuan yang dikemukakan oleh Suqiu. Rayuan tersebut telah dianjurkan pada asalnya oleh 11 pertubuhan nasional Cina di Malaysia.

Fakta di atas menunjukkan Rayuan Suqiu itu penting diberi perhatian yang adil kerana ia telah mendapat sokongan luas masyarakat Cina di Malaysia. Jawatankuasa Suqiu menggunakan perkataan rayuan, bukannya tuntutan dalam dokumen Rayuan 17 perkara itu. Mukadimah itu mengiktiraf bahawa selepas 42 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia telah berkembang maju dalam semua sektor. Kemajuan itu adalah hasil daripada usaha dan sumbangan rakyat semua kaum. Walau bagaimanapun, beberapa dasar kerajaan yang tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan kesamaan bangsa, demokrasi, hak asasi manusia, autonomi kehakiman dan sebagainya perlu diperbaiki. Tidak ada yang bahaya dalam pernyataan tersebut yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam atau memecah belahkan rakyat.

Namun, hak keistimewaan orang Melayu sebenarnya tidak boleh dipertikaikan kerana hal ini sudah termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai keistimewaan orang Melayu. Oleh itu apabila seseorang mempersoalkan atau mempertikaikan hak keistimewaan tersebut perlu mempunyai sebab-sebab yang kukuh.
Perkara mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini sebenarnya amat sensitif, sebab itu hal ini tidak perlu dibangkitkan. Harus diingat, bahawa apabila seseorang itu cuba mempertikaikan hak keistimewaan yang telah termaktub dalam perlembagaan itu, bermakna dia cuba mewujudkan provokasi atau perbuatan yang boleh menyebabkan orang lain berasa marah, khususnya orang Melayu.

Di samping itu, terdapat orang Melayu sendiri yang menyokong hasrat menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Tindakan mereka ini adalah kerana yang pertama, kebanyakannya mendapat pendidikan dari luar negara sejak dari kecil hingga ke alam dewasa. Kedua, kerana mereka mempunyai hubungan yang cukup luas dengan negara luar. Ketiga, kerana mereka ini kebanyakannya terdiri daripada orang-orang yang dikateorikan sebagai golongan elit Melayu dan jarang berhubung dengan masyarakat bawahan. Oleh itu, semangat kemelayuan mereka kurang.

Ada juga yang berpendapat bahawa hak keistimewaan ini (peruntukan-peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Malaysia) adalah tidak adil terhadap orang-orang bukan Melayu. Kontrak Sosial ini hanya memberi kebaikan kepada kaum Melayu dan Bumiputera sahaja. Mengapa orang Melayu sahaja dibantu dengan mengetepikan kaum lain? Adakah ini satu bentuk nepotisme? Adakah ini sejajar dengan hak asasi manusia? Menurut mereka kontrak sosial ini ditandatangani oleh datuk nenek mereka. Mengapa pula hidup mereka ditentukan oleh perbuatan datuk nenek mereka.

Ini menunjukkan ramai di antara kita masih jahil tentang sejarah dan tidak mempunyai pengetahuan sejarah yang betul sehingga lupa asal-usul diri dan negeri masing-masing. Dalam hubungan ini mungkin ada manfaatnya untuk mengingatkan satu petikan ucapan seorang pendeta Kristian Amerika, Joseph Anderson (1836-1916) yang pernah berkata, “Tidak ada yang lebih memperteguh dan memperkasa sesebuah negara selain pembacaan (pemahaman dan penghayatan) sejarahnya, sama ada sejarah itu termaktub dalam buku-buku, terpahat di tugu-tugu peringatan atau terangkum dalam adat istiadat dan institusi”.

Selain itu, walaupun Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi di semua peringkat pentadbiran Kerajaan, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Awam, namun kini, penggunaannya dalam pelbagai majlis rasmi negara, mesyuarat, pekeliling, di tempat awam dan dalam bidang penyiaran telah diremehkan. Malah ada pemimpin Kerajaan sendiri yang mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kedudukan bahasa rasmi. Dan semakin banyak pula stesen radio dan televisyen yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan. TV1 sendiri telah berubah citra apabila tidak lagi menjadi saluran kebangsaan. Tegasnya, perisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara hanya layak mengumpul debu sejarah dan tidak lagi dipedulikan.

Di samping itu, Bahasa Melayu telah terbukti berjaya menjadi bahasa ilmu, sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan negara. Generasi demi generasi telah lahir dari sistem pendidikan kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Malangnya, kini kita sendiri sedang merungkai suatu sistem yang telah terbukti kejayaannya. Kini 80% mata pelajaran di sekolah dan sejumlah besar kuliah di institusi pengajian tinggi akan diajar di dalam bahasa Inggeris, bermula dengan pengajaran subjek-subjek dalam bidang sains dan matematik. Kesan langsung dari usaha meminggirkan peranan Bahasa Melayu ini ialah terjejasnya kewibawaan Bahasa Melayu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Lebih parah lagi, pelajar-pelajar di sekolah-sekolah luar bandar turut dimangsakan oleh perubahan sistem secara mengejut ini.

Oleh itu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran, penyiaran dan di tempat awam tidak dikompromikan atas apa jua alasan. Penegasan semula penguatkuasaan Bahasa Melayu dalam sektor-sektor utama negara wajar dilaksanakan segera. Tambahan pula, usaha mempertingkatkan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama pendidikan di negara ini dikekalkan dan masalah kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar diatasi dengan kaedah yang lebih tepat dan wajar.

Keistimewaan Kontrak Sosial

Tentang hak asasi tetap ada, hak bersekolah bahasa ibunda, berbudaya sendiri, berbahasa sendiri, beribadat, berpakaian sendiri, berhiburan sendiri dan apa sahaja seperti makan pakai cara sendiri

Dapat hidup secara aman dan selesa, bebas bergerak ke sana ke mari, tiada pergaduhan antara kaum, tiada kekacauan di tengah-tengah jalan, boleh merayakan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Gawai, boleh pergi ke universiti, boleh melancong ke India, China, Hong Kong atau Taiwan, boleh menjadi menteri, wakil rakyat, hakim, askar, dan setiap individu boleh tidak kira Melayu atau Cina dan India. 

Perlembagaan di Malaysia

Perlembagaan yang diperkenalkan oleh British sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2018/12/kontak-sosial-sebagai-kebal-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warkah Wasiat Raja Haji Pengkhianat Melayu Dijulang Pejuang Melayu Islam Dibunuh

Warkah Wasiat Raja Haji Pengkhianat Melayu Dijulang Pejuang Melayu Islam Dibunuh

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 2147 hits
WARKAH WASIAT RAJA HAJI Pengkhianat Melayu Dijulang Pejuang Melayu Islam Dibunuh Wajah Melayu Berhati Belanda Wajah Melayu Berhati Inggeris Wajah Melayu Berhati Portugis Kini kita merasakan Wajah Melayu Berhati DAP WARKAH WASIAT RAJA HAJI F...
Kebangkitan Melayu Islam Mempertahan Hak

Kebangkitan Melayu Islam Mempertahan Hak

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 457 hits
Jumlah peserta Himpunan Ummah bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di ibu negara pada 8 Dis 2018 mencecah ratusan ribu orang Ribuan peserta yang berarak dari segenap lokasi b...
Dap Nafi Biadap Terhadap Raja Melayu

Dap Nafi Biadap Terhadap Raja Melayu

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 372 hits
GEORGETOWN PAS didakwa sengaja memainkan politik kebencian apabila menuduh DAP biadap terhadap raja raja Melayu dalam isu penerimaan pingat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP menghormati sistem Raja berperlembagaan sepenuhnya dan...
Orang Melayu Dan Islam Masih Terancam

Orang Melayu Dan Islam Masih Terancam

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 236 hits
Published on December 2 2018 in by KUALA LUMPUR Ancaman terhadap kedudukan orang Melayu dan Islam tetap tidak berubah walaupun pentadbiran kerajaan hari ini bertukar tangan daripada BN kepada PH Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ...
Hampir 78 Melayu Islam Akan Terancam Oleh Pengaruh Bukan Islam

Hampir 78 Melayu Islam Akan Terancam Oleh Pengaruh Bukan Islam

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 321 hits
pemimpin dahulu dan sekarang memang tak berdaya nak tegur bukan islam yang menghina melayu dan islam mereka takut undi bukan islam memboikot merekaAkibatnya melayu dan Islam menjadi mangsa dihina dan dicemuh oleh orang bukan Islam Lebih dah...
8 Disember Himpunan Perjuangan Hak Semua Bumiputera Dan Islam Di Negara Ini

8 Disember Himpunan Perjuangan Hak Semua Bumiputera Dan Islam Di Negara Ini

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 527 hits
oleh Ab Jalil Backer Menjelang Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember 2018 nanti akan banyak lagi laporan laporan sensasi mengenai skandal institusi berkaitan Melayu dan Islam akan didedahkan Benar atau tidak bukan perkara utama Tujuannya ha...
Ph Gagal Bela Kepentingan Melayu Dan Islam

Ph Gagal Bela Kepentingan Melayu Dan Islam

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 235 hits
SHAHIDAN Kassim berbual bersama Hashim Jasin dan Tajuddin Abdul Rahman pada Himpunan Aman Rakyat Perlis tolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di Kompleks Pas Perlis di Kangar Perlis malam ini UTU...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator