Kongsi Resipi Masakan Di Laman Sosial Buat Diri Rasa Lebih Dekat Dengan Tanah Air Lina Thomas


Aktif berkongsi masakan di media sosial menjadikan Puan Lina Saidin Thomas atau lebih dikenali sebagai Lina Thomas tidak asing lagi di kalangan pengumpul resipi-resipi masakan.

Sentiasa memuat naik pelbagai resipi mudah dan enak disamping gambar-gambar masakan yang cantik menjadi ramai yang tertarik untuk mendekati wanita manis ini.
Bagi yang baru mengenali, Puan Lina Thomas merupakan salah seorang Instafamous Malaysia popular yang menetap di Atlanta, Georgia Amerika Syarikat.
Beliau sememangnya well-known dikalangan pelayar laman sosial dan merupakan pengasas grup masakan Sejuta Rasa Official by Lina Thomas. Tidak lokek ilmu yang dimiliki malah mudah mesra, menjadikan wanita kelahiran Pulau Pinang ini begitu disenangi ramai.

14 tahun di negara orang lebih-lebih lagi di kejiranan yang tidak mempunyai ramai orang Malaysia pastinya membuahkan rasa rindu pada keluarga di tanah air. Oleh yang demikian beliau gemar memasak sajian Malaysia dan memuat naik di laman sosial.
Dari situ wujudnya perbualan serta pertanyaan dari para followers. Ibarat bersembang dengan sahabat-sahabat. Ilmu yang ada dikongsi bersama dan bila mereka cuba dan menjadi, ia memberi satu kepuasan.
“Kak Lina melepaskan rindu pada tanah air menerusi masakan Malaysia. Memang setiap hari Kak Lina rindu, dalam seminggu tu 3 hingga 4 hari masak masakan Malaysia.
Orang Malaysia tak ramai dekat Atlanta ni. Jadi dengan adanya media sosial dan kebanyakan followers Kak Lina dari tanah air, so lepas juga rasa rindu ni especially tahun ni memang plan nak balik Malaysia lagi. Tapi disebabkan pandemik Covid 19 yang sedang melanda, perancangan untuk pulang jumpa keluarga Kak Lina terpaksa tangguhkan dahulu,” ujar suri hati kepada Phil Thomas ini.
Tatkala ditanya mengenai sajian kegemaran, hidangan Rendang Daging, Nasi Lemak dan sate adalah antara sajian Malaysia kegemaran beliau dan keluarga. Anak serta suami memang suka sangat.
Malah menurut ibu kepada Shermaine Thomas lagi, untuk rasa lebih dekat dengan tanah air, beliau juga selalu buat ‘makan-makan’ dengan menjemput kenalan-kenalan dari Malaysia yang datang untuk bekerja, berkahwin dan juga para pelajar. Memang seronok.

Minat pada sajian tradisi, tapi jangan tak tahu, Puan Lina Thomas ni pun handal dalam memasak masakan barat dan manisan moden tau. Malah sangat kreatif orangnya.
Tengoklah resipi-resipi yang beliau kongsikan ni. Nampak sedap dan menyelerakan. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
JALUR GEMILANG MIXED FRUIT PASTRY CAKE

BAHAN-BAHAN:
100gm mentega – suhu bilik150gm gula2 sudu makan sour cream / yogurt3 biji telur gred A – dipukul perlahan1 sudu teh esen vanilla1 sudu makan jus lemonZest (parutan kulit) dari 1 biji lemon210gm tepung gandum – diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)Sedikit buah-buahan – strawberi, pic & blueberi atau buah-buah lain yang jadi pilihan.CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C (350 ° F) dan letakkan rak di tengah-tengah.Oles/sapu tepi dan bahagian bawah loyang springfoam (guna loyang cheesecake 9” atau 9×3 atau pun loyang bulat biasa) dengan mentega atau semburan minyak masak. Alaskan dengan kertas minyak. Sekali lagi griskan/oles mentega atau minyak pada kertas minyak juga.Pukul mentega, sour cream dan gula hingga ringan dan lembut.Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga sebati.Seterusnya masukkan esen vanilla, jus serta zest ( parutan kulit) lemon. Putar hingga sebati.Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Adun hingga sekata.Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan dan susun buah-buahan mengikut kreativiti anda.Jangan tekan kepingan buah-buah tadi. Hanya susun dan letak begitu sahaja diatas adunan kek.Bakar kek selama 1 jam. Dalam 15 minit terakhir, tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil bagi mengelakkan permukaan kek terlalu keperangan.Setelah kek masak, biarkan sejuk dalam loyang selama 5-10 minit. Kemudian barulah dikeluarkan dari loyang dan disejukkan diatas redai/rak dawai.Tabur sedikit gula aising atau snow dust diatas kek.Siap dan sedia untuk dinikmati.HOMEMADE MERDEKA PIE

BAHAN PASTRI:
2 1/2 cawan tepung gandum1 sudu makan gula1/2 sudu teh garam1 cawan mentega sejuk dan potong dadu1/4-1/2 cawan air aisBAHAN INTI:
4 cawan strawberi – dicuci, dikupas dan dihiris nipis2 cawan blackberry – dibasuh1/2 cawan gula5 sudu makan tepung jagung3 sudu teh jus lemon3/4 ​​sudu teh garam1 biji telur gred C1 sudu makan heavy whipping creamCARA MEMASAK:
Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata.Masukkan mentega sejuk. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.Bulatkan doh dan bungkus dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk 30 minit.Panaskan ketuhar hingga 180C. Sediakan acuan sesuai (saiz 6”).Dalam mangkuk kecil, satukan blackberry, 1/4 cawan gula, 2 sudu makan tepung jagung, 1 sudu teh jus lemon dan 1/4 sudu teh garam. Ketepikan.Dalam mangkuk besar, satukan strawberry, 1/4 cawan gula, 3 sudu makan tepung jagung, 2 sudu teh jus lemon dan 1/2 sudu teh garam. Ketepikan.Keluarkan doh dari peti sejuk, kerat 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 bahagian doh dalam peti sejuk.Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garpu.Bahagikan pai kepada dua bahagian. Sudukan inti blackberry di bahagian kecil manakala inti strawberi di bahagian pai yang lebih besar.Ambil doh pastry kedua yang disimpan tadi. Potong doh bagi membentuk jalur, bulan dan bintang menggunakan pisau atau acuan biskut. Susun pastry diatas pai.Pukul whipping cream dan telur hingga sebati. Sapukan ke atas doh pai (keliling pai, jalur, bulan dan bintang). Taburkan dengan gula jika mahu.Bakar pai selama 40-45minit atau sehingga warna keemasan. Masukkan ke dalam ketuhar di rak paling bawah dan bakar guna api bawah sahaja hingga pai kelihatan perang keemasan.10 minit sebelum tamat tempoh membakar, bakar pai guna api atas dan bawah supaya permukaan pai perang.Bila sudah masak sepenuhnya, keluarkan dan biar pai sejuk. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/08/kongsi-resipi-masakan-di-laman-sosial.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Kesal Dan Sedih Menyelibungi Diri Elly Mazlein Kongsi Cerita Yang Dia Tak Sempat Tunaikan Permintaan Yang Satu Ini

Rasa Kesal Dan Sedih Menyelibungi Diri Elly Mazlein Kongsi Cerita Yang Dia Tak Sempat Tunaikan Permintaan Yang Satu Ini

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 369 hits
Aktres dan pengacara Elly Mazlein 40 mendedahkan dia sempat menziarahi pelakon veteran Abu Bakr Juah 72 pada awal bulan lalu Walaubagaimanapun Elly terkilan dan berasa sedih kerana tidak sempat untuk memenuhi permintaan beliau untuk makan K...
Anies Ungkap Masalah Lingkungan Jakarta Air Tersedot Tapi Tidak Kembali Ke Tanah

Anies Ungkap Masalah Lingkungan Jakarta Air Tersedot Tapi Tidak Kembali Ke Tanah

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 246 hits
Dunia saat ini sedang mengalami masalah lingkungan hidup Jakarta juga karena masalah air tanahnya yang tersedot namun tidak dikembalikan ke tanah Kata Anies
Beli Mainan Dekat Mr Toy Pun Okay Lebih Kurang Toys R Us

Beli Mainan Dekat Mr Toy Pun Okay Lebih Kurang Toys R Us

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 456 hits
Assalamualaikum Kalau dalam sebulan tak beli mainan untuk anak anak rasa macam kesian je Sebab kita yang duk pakai baju yang sama setiap minggu pun rasa bosan mungkin anak pun rasa begitu Tak tahulah mommy lain macam mana kan Jadinya tempat...
Akui Pernah Terdesak Nak Cari Suami Ain Edruce Dedah Pernah Mencari Jodoh Di Laman Sosial Tinder

Akui Pernah Terdesak Nak Cari Suami Ain Edruce Dedah Pernah Mencari Jodoh Di Laman Sosial Tinder

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 693 hits
Kini terdapat pelbagai saluran boleh dikunjungi jika berniat ingin mencari jodoh ataupun teman hidup Seperti contoh media sosial seperti aplikasi Tinder Omi Facebook dan banyak lagi Nampaknya pelakon dan pengacara Ain Edruce juga tidak terk...
Alibaba Lancarkan Program Livenow Bantu Lahirkan Lebih Ramai Pemangkin Media Sosial Berbakat

Alibaba Lancarkan Program Livenow Bantu Lahirkan Lebih Ramai Pemangkin Media Sosial Berbakat

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 347 hits
Alibaba Group telah melancarkan program LiveNOW KOL Live Streaming iaitu salah satu inisiatif dalam membantu lebih ramai untuk menempa kejayaan melalui strim secara langsung Program berbentuk latihan ini akan berlangsung bermula 3 September...
Uas Bikin Kita Ngerti Kenapa Bekas Air Liur Anjing Harus Dicuci Pakai Tanah

Uas Bikin Kita Ngerti Kenapa Bekas Air Liur Anjing Harus Dicuci Pakai Tanah

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 321 hits
Dalam Islam air liur anjing dan babi masuk dalam kategori najis berat Maka itu apabila terkena jilatannya umat muslim diminta untuk membersihkan dan mensucikannya dengan air dicampur tanah Lantas apa maksud dan kegunaannya Dalam hal ini pen...
Respect Semua Ibu Dalam Dunia Rasa Nak Nangis Bila Penat Kaka Azraff Kongsi Pengalaman Jadi Ibu

Respect Semua Ibu Dalam Dunia Rasa Nak Nangis Bila Penat Kaka Azraff Kongsi Pengalaman Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 434 hits
Bergelar seorang ibu ternyata bukan satu tugas yang mudah Ia memerlukan pengorbanan dari setiap sudut dalam membesarkan si kecil tersayang Perkara tersebut diakui oleh pelakon dan penyanyi Kaka Azraff tentang kehidupannya kini yang mempunya...
Ahead Of Slim Poll Dr Mahathir Announces New Party S Name Parti Pejuang Tanah Air

Ahead Of Slim Poll Dr Mahathir Announces New Party S Name Parti Pejuang Tanah Air

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 531 hits
Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has revealed tonight the full name of his new political party Parti Pejuang Tanah Air or just Pejuang in short Malay for Fighters of the Nation Party In the ceremony to name its first candidate ...
Kerajaan Perhalusi Cadangan Perketat Kandungan Laman Sosial

Kerajaan Perhalusi Cadangan Perketat Kandungan Laman Sosial

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 227 hits
Kerajaan akan memperhalusi cadangan untuk memperketatkan sebarang kandungan dimuat naik di laman media sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam khususnya membabitkan pandangan golongan liberal dan murtad Menteri di Jabatan Perdana Mente...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket