Kongsi Pengalaman Anak Hadir Ujian Kelayakan Tingkatan 1 Ke Smka Dato Haji Abu Hassan Haji Sail


As Salam,
Kongsi Pengalaman Anak Hadiri Temuduga Ke Ujian Kelayakan Tingkatan 1 Ke SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH) -Alhamdulillah.Dua hari lepas saya dan Encik Suami baru sahaja selesai urusan menghantar puteri kedua kami, Eqin ke Ujian Kelayakan Tingkatan 1 ke SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH).Dulunya sekolah ini dikenali sebagai SMKA Pedas, Negeri Sembilan

Nasib baik ada singkatan nama untuk sekolah ni, berbelit jugak lidah makcik nak menyebutnya apatah lagi nak mengingat nama ni.huhu.Bertabahlah ya

SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH)-sekolah tempat Eqin menghadiri ujian kelayakan Tingkatan 1 ke SMKA di Negeri Sembilan.

Slip panggilan ke ujian kelayakan tingkatan 1 ke SMKA di Negeri Sembilan. Slip ini diperolehi dengan semakan di laman web rasmi JPN Negeri Sembilan. 
Ini merupakan prosedur mak bapak dua tahun sekali bagi saya dan Encik Suami.Yelah anak berderet lima orang, selang dua tahun, maka lepas ni, selang dua tahun lagi sibuklah kami menguruskan interview sana sini.kikih.

Orait, Sekolah ini merupakan sekolah kawalan yang diuruskan di bawah Sektor Pendidikan Islam, JPN, Negeri Sembilan.Jadi proses pemilihan pelajar akan dibuat oleh sektor pendidikan Islam ini tapi urusan temuduga dijalankan di sekolah mengikut pilihan pelajar semasa permohonan melalui online

Ujian Kelayakan ini dibuat dalam tempoh dua hari, dengan terdapat dua sesi bagi satu hari.Kami dimaklumkan semasa sesi taklimat ibu bapa, mereka memproses permohonan pelajar yang mendapat 2A sehingga 6A, dengan syarat tiada D dalam result UPSR murid

Urusan pendaftaran Eqin di kaunter 3.Alhamdulillah, ketika kami sampai memang tidak tunggu lama sebab kaunter pendaftaran memang sudah tersedia dengan ustaz dan ustazah yang sedia bertugas

Selepas selesai urusan pendaftaran, murid diminta menunggu  di bahagian sebelah kaunter pendaftaran.Mereka akan dipanggil mengikut  kumpulan 1 hingga 10.Eqin dapat kumpulan 3.Mereka kemudiannya akan diiring oleh dua pelajar untuk ke bilik kuarantin

Ujian kelayakan ini dibahagikan kepada Ujian Hafazan, Tilawah dan Bertulis. Jika ada kalangan ibu bapa yang mahu memohon ke sekolah ini, pastikan anak-anak bersedia dengan ujian hafazan.Semasa menjalani ujian hafazan, Eqin dan rakan-rakan dalam satu kumpulan diberi sehelai kertas yang mengandungi 15 ayat dari Surah Al Ankabut.Mereka diberi tempoh dalam 30 minit untuk menghafaz ayat yang diberikan.

Pandangan padang sekolah dari tepi sebelah Dewan An Nur.Sekolah ini mempunyai padang yang luas dan juga gelangang bola tampar yang terletak antara pintu masuk sekolah.Ketika hari ujian, semua ibu bapa diminta untuk parkir kenderaan masing-masing di kawasan padang

Mengapa ada Ujian Hafazan?Sekolah ini sebenarnya menawarkan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA).Batch yang Eqin ikuti ini merupakan batch yang keempat di sekolah tersebut.Jadi selain mengikuti pelajaran seperti di SMKA yang lain, pelajar sekolah ini turut dibimbing dalam program Tahfiz atau dipanggil Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan Kokurikulum dengan menggunakan tiga teras pendekatan iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. 
Sementara dalam ujian bertulis, Eqin menjawab pelbagai soalan berkaitan Matematik, kemahiran Jawi, Tajwid, Bahasa Arab, Sains dan Bahasa Melayu dalam tempoh satu jam

semasa sesi taklimat ibu bapa di Surau SEMADAH

Mengapa Memilih Aliran Agama Untuk Persekolahan Anak?
Saya sebenarnya sudah memasang niat sejak anak-anak saya dibangku sekolah rendah lagi bahawa saya mahu anak-anak mengikuti pembelajaran aliran agama dalam pendidikan sekolah rendah dan menengah.

Alhamdulillah, Allah mudahkan hasrat dan impian saya dan suami.Kalau ikutkan sayalah yang berusaha kuat dalam pemilihan sekolah anak-anak, manakala suami banyak menyokong dalam usaha menghantar anak-anak menghadiri temuduga dan ujian kelayakan sehingga sanggup mengambil cuti kerja.Saya anggap dengan menghantar anak-anak mendapat extra ilmu agama secara formal dalam pembelajaran mereka, sebagai jihad saya untuk agama Islam tercinta.aamiin.

Kaunter pendaftaran yang terletak dihadapan pintu masuk Dewan An Nur SEMADAH

Lagipun, latar belakang pendidikan agama saya dan suami hanyalah sehingga darjah khas, sekolah Agama Johor.Ketika itu pun, walau kami sudah belajar tentang ilmu muamalat, munakahat, jenayat, Faraid, Bahasa Arab dan banyak lagi, namun pelajaran yang diikuti ketika usia sekolah rendah tidaklah dapat kami ingati.Tambah pula tiada kesinambungan diperingkat menengah.Kami memang tidak mampu membimbing anak-anak kami dengan berkesan dalam pelajaran agama khasnya.

Pandangan Dewan An Nur dari tepi padang.Murid lepasan UPSR 2018 sedang menjawab ujian bertulis dalam dewan bagi kelayakan ke tingkatan 1 di SEMADAH
Bagi saya, kami mempunyai sebab yang kuat dengan menghantar anak-anak mengikuti persekolahan dalam aliran agama. Tambahan lagi, KPM juga telah menyediakan banyak pilihan kepada ibu bapa yang memilih Sekolah Kebangsaan tapi pada masa yang sama mahukan pelajaran agama ssebagai kurikulum tambahan di sekolah tersebut. Misalnya dengan adanya pilihan sekolah SMKA, SMA, SABK, KAA, KRK dan banyak lagi sekolah SBP seperti SMAP, SBPI dan juga MRSM Ulul Albab.Begitu juga dengan Maahad Tahfiz dibawah kelolaan kerajaan negeri atau swasta yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Laluan utama ke bangunan kelas dan bilik-bilik khas di SEMADAH

Secara positifnya, meskipun ada segelintir ibu bapa yang melihat pelajar lepasan agama ini sebagai low porfile, saya pula sebaliknya.Bagi saya anak-anak yang keluar daripada sekolah lepasan agama mempunyai ketrampilan, wibawa dan berdaya saing selain menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan ko kurikulum mereka.

Banyak sudah contoh sekolah terbaik di Malaysia dalam SPM atau PT3 didominasi oleh sekolah-sekolah aliran agama.Malah begitu juga dalam ko akademik.Saya juga tidaklah memandang rendah sekolah menengah atau sekolah rendah kebangsaan, yang saya inginkan untuk anak-anak saya ialah persekitaran dan tarbiyyah Islamiyyah dalam persekolahan harian mereka.InshaAllah.Doakan semoga hasrat dan impian kami kesampaian untuk semua anak-anak kami.aamiin.

Oh ya, berkenaan dengan ujian ini, ketika saya menaip post ini, semakan permohonan tingkatan 1 ke SEMADAH belum lagi diumumkan.InshaAllah, keputusan ujian kelayakan anak kedua saya akan saya kongsikan dalam post ini kemudian.Mohon doa semua pembaca blog, semoga Allah berikan kejayaan kepada puteri kedua saya bersekolah di sini.aamiin.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2018/12/kongsi-pengalaman-anak-hadir-ujian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pa Ma Tv Tidak Terkejut Bila Dengar Bunyi Kuat Mercun Rupa Rupanya Ibu Kongsi Pengalaman Anak Bermasalah Pendengaran

Pa Ma Tv Tidak Terkejut Bila Dengar Bunyi Kuat Mercun Rupa Rupanya Ibu Kongsi Pengalaman Anak Bermasalah Pendengaran

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 447 hits
Dalam rancangan TV Pa Ma ibu berkongsi info tentang saat awal anaknya didiagnosis masalah pendengaran Tidak terkejut apabila menengar bunyi kuat mercun serta beberapa simpton lain menjadi tanda tanda awal yang dikenalpasti Puan Noor Liza bi...
Ibu Muda Ini Kongsi Kelebihan Mengamalkan Yaasin 7 Mubin Sewaktu Ditimpa Ujian Alhamdulillah Hasilnya Rileks Media

Ibu Muda Ini Kongsi Kelebihan Mengamalkan Yaasin 7 Mubin Sewaktu Ditimpa Ujian Alhamdulillah Hasilnya Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 850 hits
Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang Yassin 7 Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa Yasin 7 Mubin dibaca un...
Anak Jadi Motivasi Utama Untuk Jaga Kesihatan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Kongsi 6 Tip Sentiasa Fit

Anak Jadi Motivasi Utama Untuk Jaga Kesihatan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Kongsi 6 Tip Sentiasa Fit

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 459 hits
Anak menjadi motivasi utama Datuk Dr Sheikh Muszaphar untuk menjaga kesihatannya Angkasawan pertama negara ini berkongsi beberapa tip berkaitan kesihatan dan bagaimana untuk memastikan dirinya fit pada usia 46 tahun Beliau yang mengakui sem...
Doktor Sahkan Hayat Anak Dikandung Tidak Akan Lama Ibu Ni Kongsi Pengalamannya

Doktor Sahkan Hayat Anak Dikandung Tidak Akan Lama Ibu Ni Kongsi Pengalamannya

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 483 hits
Doktor Sahkan Hayat Anak Dikandung Tidak Akan Lama Ibu Ni Kongsi Pengalamannya Sungguh pilu membaca perkongsian dari seorang ibu ini Hanya diberi peluang 24 jam untuk dapat bersama anak sulongnya sebelum kembali ke negeri abadi Ayuh kita se...
Anak Dapat Keputusan Cemerlang Di Sekolah Nadia Nisaa Kongsi 5 Tips Mendidik Mesti Ada Strategi Taktik

Anak Dapat Keputusan Cemerlang Di Sekolah Nadia Nisaa Kongsi 5 Tips Mendidik Mesti Ada Strategi Taktik

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 957 hits
Tatkala anak beroleh keputusan cemerlang di sekolah ibu bapa tentunya memainkan peranan penting Pelakon Nadia Nisaa kongsi 4 tips mendidik anaknya Omar Omar 7 tahun di katakan ibunya mempunyai personaliti yang playful mudah terganggu tumpua...
Anak Mengamuk Jangan Cepat Melatah Yana Samsudin Kongsi Tip Anak Tantrum

Anak Mengamuk Jangan Cepat Melatah Yana Samsudin Kongsi Tip Anak Tantrum

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 371 hits
Anak anak selalunya mula meragam mengamuk dan buat tantrum apabila mereka tak dapat apa yang mereka nak Situasi ini biasa berlaku bila anak dah capai umur setahun setengah Jadi bila anak anak sudah mula buat perangai dan menangis anda sebag...
Yatt Kongsi 6 Tip Tawaf Saie Dengan Anak Anak Kecil Just Takes Your Time Enjoy Ibadah

Yatt Kongsi 6 Tip Tawaf Saie Dengan Anak Anak Kecil Just Takes Your Time Enjoy Ibadah

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 761 hits
Yatt telah berkongsi tip untuk mengerjakan rukun umrah iaitu tawaf saie dengan anak anak Kecil 6 tips ini sangat praktikal dan boleh membantu ibu bapa yang membawa anak kecil ketika umrah Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti d...
Sentiasa Rasa Nak Bunuh Diri Gadis Ini Kongsi Pengalaman Di Wad Psikiatri

Sentiasa Rasa Nak Bunuh Diri Gadis Ini Kongsi Pengalaman Di Wad Psikiatri

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 835 hits
Kebelakangan ini isu kesihatan mental mula mendapat perhatian rakyat Malaysia terutamanya apabila depression atau kemurungan menjadi penyakit kesihatan mental paling utama di negara ini Menurut laporan Bernama sejak tahun 2011 hingga 2015 p...
Scha Kongsi Tipnya Bawa Lara Jumpa Doktor Gigi Biasakan Dari Awal Jangan Paksa Anak

Scha Kongsi Tipnya Bawa Lara Jumpa Doktor Gigi Biasakan Dari Awal Jangan Paksa Anak

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 429 hits
Anak anak antara pengalaman yang paling menakutkan buat mereka adalah masa makan ubat atau jumpa doktor Namun sebagai ibu bapa kena pandai ambil hati dan sentiasa berikan kata kata positif supaya anak tak fobia hadapi situasi tersebut Tinda...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba