Kompaun Saja Tak Cukup Dakwa Khairuddin Di Mahkamah Puad



Tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali, wajar didakwa di mahkamah dan bukannya hanya dikenakan kompaun RM1,000 kata seorang pemimpin kanan Umno hari ini.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi, berkata ada dua isu besar melingkungi kes kegagalan Khairuddin mematuhi perintah wajib kuarantin selepas pulang dari luar negara baru-baru ini.

Kata Puad, pertama ialah melanggar peraturan kuarantin 14 hari dan kedua kompaun "ikut suka hati aku" daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun untuk rekod, semalam Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dipetik sebagai berkata, kompaun RM1,000 itu adalah jumlah maksimum yang diperuntukkan undang-undang mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta342).

Kata Puad dalam isu keingkaran Khairuddin itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terpalit sama dan dianggap melakukan campur tangan politik serta tidak boleh diharap.

"Sebab itu jangan gunakan KKM untuk cover line (menyelamatkan diri). Khairuddin patut didakwa di mahkamah," katanya dalam satu hantaran di media sosial malam tadi.

Khairuddin merupakan salah seorang ulama kanan PAS yang dilantik menyertai kabinet PN Muhyiddin Yassin pada Mac lalu.

Mengaku berat, memalukan

Khairuddin mengejutkan orang ramai apabila hadir ke sidang Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu walaupun pada waktu itu dia sepatutnya melakukan kuarantin kendiri selepas tiba di negara ini dari Turki pada 7 Julai.

Hal itu tidak diketahui ramai sehinggalah Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, mendedahkannya pada 18 Ogos lalu. Sepanjang tempoh berkenaan anggota parlimen Kuala Nerus itu bertugas seperti biasa dan menghadiri pelbagai majlis yang melibatkan orang ramai.

Penyokong PAS pula mendakwa pendedahan itu merupakan serangan iri hati DAP kerana Khairuddin menunjukkan prestasi cemerlang sebagai menteri dalam kerajaan PN.

Perkembangan itu turut menyaksikan ada pihak membuat petisyen dalam talian bagi mendesak agar Khairuddin meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab atas kesalahan berkenaan.

Baca Izin masuk Istana 'bukti' saya negatif Covid-19

Pada awalnya Khairuddin memberikan pelbagai hujah untuk mengabsahkan tindakannya tidak melakukan kuarantin, termasuk memetik nama istana.

Bagaimanapun selepas KKM mengesahkan Khairuddin dikompaun RM1,000 semalam, dia meminta maaf dan menawarkan untuk memulangkan empat bulan gajinya sebagai menteri.

Noor Hisham juga memberitahu polis masih menyiasat kes berkenaan.

Puad berkata Khairuddin itu bukan orang biasa sebaliknya memiliki pendidikan tinggi dan ada jawatan dalam parti.

Kesanggupan Khairuddin memulangkan gajinya selama empat bulan juga menunjukkan bekas bendahari Ulama Pusat PAS itu mengakui kesalahannya amat berat dan memalukan.

Pada masa sama, kata Puad, KKM pula dilihat bersikap pilih kasih kerana mengenakan kompaun RM1,000 sambil memusnahkan imej badan itu yang dihormati ramai.

"Janganlah kerana kritikan saya ini, saya dituduh tidak cover line (membela) dan tidak berjiwa Muafakat Nasional (MN). Pasti saya akan dikutuk.

"MN, MN juga. PN, PN juga. PAS, PAS juga. Tetapi keyakinan rakyat jangan dirobek-robek," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/08/kompaun-saja-tak-cukup-dakwa-khairuddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Double Standard Khairuddin Patut Didakwa Di Mahkamah Kata Puad Zarkashi

Kkm Double Standard Khairuddin Patut Didakwa Di Mahkamah Kata Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 296 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali sepatutnya didakwa di mahkamah atas kesalahan melanggar perintah kuarantin selama 14 hari PETALING JAYA Ahli...
Kkm Kompaun Khairuddin Rm1 000

Kkm Kompaun Khairuddin Rm1 000

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 368 hits
PETALING JAYA Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kompaun RM1 000 terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali selepas didapati melakukan kesalahan bawah Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawa...
Dr Khairuddin Dikenakan Kompaun Rm1 000 Oleh Kkm Kerana Langgar Sop Selepas Pulang Dari Luar Negara

Dr Khairuddin Dikenakan Kompaun Rm1 000 Oleh Kkm Kerana Langgar Sop Selepas Pulang Dari Luar Negara

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 344 hits
Berikutan kegagalan mematuhi arahan perintah kuarantin setelah pulang dari Turki pada 7 Ogos 2020 Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali dilaporkan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1 000 oleh Kementerian Kesihata...
Covid 10 Najib Dakwa Tiada Kluster Mahkamah

Covid 10 Najib Dakwa Tiada Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 261 hits
PUTRAJAYA Dua minggu selepas penghakiman Mahkamah Tinggi terhadap kes salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa tiada Kluster...
Benarkah Rasa Cinta Saja Tidak Cukup Jika Di Alam Perkahwinan

Benarkah Rasa Cinta Saja Tidak Cukup Jika Di Alam Perkahwinan

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 493 hits
Benarkah Rasa Cinta Sahaja Tidak Cukup Jika Di Alam Perkahwinan Kita hanya akan benar benar mengenali seseorang itu setelah berkahwin dengannya tidur sebantal dengannya makan sepinggan dan duduk sebumbung Baru tahu masa itu dia tidur berden...
Muhyiddin Belum Cukup Selamat Pru15 Setakat Guan Eng Di Heret Ke Mahkamah

Muhyiddin Belum Cukup Selamat Pru15 Setakat Guan Eng Di Heret Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 407 hits
Sekurang kurangnya Mahathir Mukhriz dan Maszlee wajar diheret sama dalam apa juga yang boleh dikaitkan Takkanlah mereka bertiga terutama Mukhriz dan Mahathir begitu punya bersih sedangkan sudah lama berjawatan Takkanlah Mukhriz di Kedah san...
Kadar Kompaun Yang Dikenakan Terhadap Khairuddin Adalah Had Maksimum Berasingan Daripada Siasatan Pdrm

Kadar Kompaun Yang Dikenakan Terhadap Khairuddin Adalah Had Maksimum Berasingan Daripada Siasatan Pdrm

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 394 hits
Ramai yang tidak berpuas hati dengan kadar kompaun yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didapati melanggar perintah kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari luar n...
Mahkamah Lelaki Rohingya Di Dakwa Kerana Beri Suapan Kepada Pegawai Kanan Maritim

Mahkamah Lelaki Rohingya Di Dakwa Kerana Beri Suapan Kepada Pegawai Kanan Maritim

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 258 hits
ALOR SETAR Seorang lelaki etnik Rohingya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi suapan RM7 000 kepada seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bulan lepas Tertuduh Mohd Shabo Mohd Hussin 35 meng...
Kkm Dipaksa Keluar Kenyataan Separuh Benar Isu Kompaun Khairuddin

Kkm Dipaksa Keluar Kenyataan Separuh Benar Isu Kompaun Khairuddin

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 355 hits
Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok mempersoalkan apakah Kementerian Kesihatan Malaysia dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan separuh benar susulan kompaun RM1 000 yang dikenakakan terhadap Khairuddin Aman Razali kerana melanggar perintah ku...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach