Koleksi Resipi Lauk Telur Ayam Daging Boleh Masak Sepanjang Pkp
Di musim PKP ini, ibu-ibu pastinya memilih untuk masak lauk pauk yang mudah, sedap dan menepati cita trasa suami serta anak-anak. Maklumlah, semuanya berada di rumah dan tidak boleh kemana-mana. Jadi jangan pening-pening, istimewa buat anda RASA kongsikan koleksi resipi lauk pauk menggunakan telur, daging dan ayam yang boleh dimasak setiap hari. Semuanya ringkas dan sedap, malah orang bujang pun boleh cuba masakan mudah ini. Pasti membuka selera anda dan keluarga.
KOLEKSI RESIPI SAJIAN MASAKAN MUDAH GUNA TELUR, AYAM & DAGING
1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil2 sudu makan kicap pekat1 sudu makan kicap manis1 sudu makan sos tiram2 batang serai | titik10 biji cili padi | hiris halus1 biji bawang besar | potong dadu3 ulas bawang putih | cincang halus3cm halia muda | hiris halus memanjang1 sudu makan air asam JawaGaram dan gula secukup rasaMinyak masak | untuk menggoreng dan menumisSedikit hirisan daun bawang | untuk hiasanCARA MEMASAK:
Ayam cuci bersih dan tos.Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Setelah secukup rasa, tutup api.Ayam kicap sedia dihidangkan.2. AYAM SERUNDING SERBUK ROTI
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | potong dadu kecil1/2 cawan serbuk roti1 sudu teh serbuk pati ayam1 sudu teh serbuk lada sulah6 ulas bawang putih | cincang halus8 biji cili padi hiris halusSedikit hirisan daun bawangSedikit hirisan daun ketumbar2 sudu makan mentega1 sudu makan minyak masakGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian toskan.Panaskan minyak dalam kuali.Sementara itu, gaulkan ayam dengan tepung yang dicampurkan dengan garam dan lada sulah.Goreng ayam hingga kekuningan, angkat dan toskan.Menggunakan kuali lain, panaskan minyak bersama mentega, kemudian tumiskan bawang putih bersama cili padi hingga kekuning.Tambahkan dengan serbuk roti, hirisan daun bawang , daun ketumbar, serbuk pati ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api, kacau hingga serbuk roti bertukar keperangan.Masukkan ayam dan tutup api.Gaul rata, kemudian sedia dihidangkan.3. AYAM MADU CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil150gm biji gajus2 sudu makan madu1 sudu makan sos tiram1 sudu teh minyak bijan1/2 bji bawang Holland | dadu besar5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm2 ulas bawang putih | cincang halus2cm halia muda | hiris halus memanjangGaram secukup rasaMinyak secukupnya untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.Tutup api dan sedia dihidangkan.4. DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis & ketukSedikit hirisan cili Benggala merahSedikit hirisan cili Benggala hijau4 biji cili padi | hiris memanjang3cm halia muda | hiris halus memanjang1 biji bawang besar | hiris3 ulas bawang putih | ketukGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.Tutup api dan daging sedia dihidangkan.5. DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis2 sudu makan pes cili kering1 sudu teh sos cili1 sudu teh sos tomato3cm halia muda | hiris halus memanjang1 biji bawang besar | hiris bulat3 ulas bawang putih | ketukGaram dan gula secukup rasa3 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.6. KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging /yang telah dihiris nipis1 biji bawang besar/dihiris membulat5 biji cili api/dihiris1 batang serai/dihiris nipis2 biji limau kasturiKicap lemak manis secukup rasaCARA MEMASAK :
Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan7. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
300gm daging2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk2.5 sm lengkuas/ ditumbuk5 ulas bawang putih/ dihiris nipis1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus4 keping asam gelugorAir secukupnyaGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK :
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.Perasakan dengan garam dan gula.Angkat dan sajian masakan mudah ini sedia untuk dihidangkan.8. AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos2 sudu makan tempoyak2 batang serai | titik5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja1 kuntum bunga kantan | jika suka1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masamGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR:
15 biji cili padi3cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.Gaul rata dan tambahkan sedikit air.Renehkan di atas dapur menggunagakan api sederhana.Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.9. AYAM LEMON ALA KAK NGAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ayam | potong kecil100gm tepung serbaguna untuk goreng ayam1 biji lemon | perah ambil jusnya1 sudu makan sunquick1 sudu makan pes cili kering1 biji bawang besar | hiris3 ulas bawang putih | titik2cm halia | hiris halus memanjang5 biji cili padi | hirisGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan tepung serbaguna dan perapkan lebih kurang lima minit.Sementara itu panaskan minyak, kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi. Masukkan pes cili kering kacau rata dan jus lemon, sunquick dan hirisan cili padi.Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Setelah cukup rasa, tutup api.Ayam sedia dihidangkan.10. AYAM GORENG BEREMPAH DAUN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 164 helai daun pandan | potong 4-6cm dan siat-siatkan2 sudu makan serbuk ketumbar1 sudu makan jintan manis1 sudu makan serbuk kunyitGaram secukupnya untuk menggorengBAHAN KISAR:
1 biji bawang besar4 ulas bawang putih3cm halia muda3cm lengkuas3 batang seraiCARA MEMASAK:
Bersihkan ayam kemudian toskan.Sementara itu, campurkan bahan kisar bersama serbuk ketumbar, kunyit dan jintan manis.Kemudian masukkan dalam ayam bersama daun pandan dan garam secukupnya.Gaulkan bahan perapan hingga meliputi semua ayam dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing angkat dan toskan minyak.Sajian masakan mudah; Ayam goreng berempah sedia dihidangkan.11. SARDIN TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuahSedikit cili benggala | dadu halus1 pokok daun bawang | hiris halus1/2 biji buah tomato | dadu halus1/2 biji bawang Holland | dadu halus1 biji bawang putih | cincang halus1 sudu makan pes cili keringGaram dan gula secukup rasa1 sudu makan minyak masakBAHAN TELUR DADAR:
2 -3 biji telurSecubit garamSecubit serbuk lada sulahCARA MEMASAK:
Hancurkan isi sardin dalam mangkuk. Ketepikan.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah kuah kering, tutup api.Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi.Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.Angkat dan lauk telur ini sedia untuk dihidangkan.12. TAUHU GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu | potong dadu1/2 cawan tepung jagung1 biji putih telur | kacau1 biji kuning telur masin | lenyek hingga halusGaram dan gula secukup rasaAir sejuk secukupnyaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Campurkan tepung bersama telur masin dan tambahkan sedikit garam dan gula. Gaul rata.Bancuhkan dengan sedikit air dan masukkan putih telur.kacau rata hingga menjadi bacuhan yang tidak terlalu pekat atau cair.Panaskan minyak dalam kuali, kemudian celupkan tauhu dalam bancuhan tepung kemudian goreng tauhu hingga kekuningan.Angka dan sedia dihidangkan.13. SAMBAL BILIS TUMBUK PECAH TELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dibelah dua2 biji telur1 biji bawang besar2 ulas bawang putih15 biji cili padiGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnya untuk menumisCARA MEMASAK:
Kisar kasar cili, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis menggunakan pengisar kering.Panaskan minyak, tumis bahan kisar.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api dan terus kacau hingga garing.Setelah cukup rasa, pecahkan telur di dalamnya dan kacau rata hingga sebati.Tutup api, angkat dan sambal sedia dihidangkan.14. SUP TELUR ITIK BERSAMA FUCUK
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur itik1 keping fucuk | rendamSedikit suhun | rendamSedikit hirisan sawiSedikit hirisan lobak merah2-3 keping cendawan hitam3 ulas bawang putih | titik4 ulas bawang merah | titik3 hirisan halia muda4-5 biji cili padi | titik1 sudu teh serbuk pati ayam1 sudu teh perencah sup sayur1 sudu teh lada sulahGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.Setelah mendidih, kecilkkan api masukkan telur satu persatu.Setelah telur mula mengeras, masukkan lobak merah, cendawan, fucuk, suhun, cendawan dan sawi.Kemudian perasakan dengan perencah sup sayur, lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.Akhir sekali tutup api, dan sup sedia dihidangkan.15. SAMBAL TELUR PUYUH DENGAN TAUHU
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh | rebus dan kupas kulit1 keping tauhu | potong dadu1 biji bawang besar | hiris4-5 sudu makan pes cili kering1 sudu makan air asam jawa1 sudu makan sos ciliGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukup untuk menggoreng dan menumisBAHAN KISAR:
1 biji bawang besar2 ulas bawang putih1 batang serai2 hiris haliaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng telur puyuh hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.Kemudian goreng pula tauhu. Angkat dan ketepikan.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumis bahan kisar, hingga wangi.Masukkan pes cili bersama air asam jawa. Kacau hingga pecah minyak.Masukkan telur puyuh dan tauhu tadi. Gaul rata.Perasakan dengan garam, gula dan sos cili secukupnya.Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.16. TAUHU TELUR GORENG DAGING CINCANG
BAHAN-BAHAN:
3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.200gm daging kisar2 sudu makan pes cili kering1 sudu makan sos tiram1 sudu makan sos tomato1 biji bawang Holland | dadu halus3 ulas bawang putih | cincang halus2 cm halia muda | cincang halusGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api, dan biarkan mereneh seketika.Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya. Tauhu sedia dihidangkan.17. KURMA TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur ayam | rebus dan kupas kulitnya200ml santan kotak1 cawan air2 sudu makan rempah kurma1 sudu makan serbuk ketumbar2 biji ubi kentang | buang kulit dan belah empat1/2 batang lobak merah | potong memanjang2 biji cili hijau | belah dua2 biji cili merah | belah dua1 biji bawang holand | belah empat1 biji tomato | belah empat1 keping asam gelugorSedikit daun ketumbar | hiris kasar1 sudu teh serbuk lada sulahGaram dan gula secukup rasa3 sudu makan minyak masakBAHAN HIRISAN:
4 ulas bawang merah3 ulas bawang putih3cm halia mudaBAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis1 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
Cucuk telur rebus dengan garpu, kemudian ketepikan.Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan serbuk ketumbar dan dibancuh dengan sedikit air.Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan kentang dan lobak merah, asam gelugor serta air Setelah mendidih, masukkan santan dan telur.Kecilkan api, dan perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.Setelah kuah pekat. Masaukkan hirisan bawang besar, tomato serta cili hijau dan merah. Kacau seketika dan masukkan daun ketumbar.Tutup api dan kurma telur sedia dihidangkan.18. ASAM TUMIS TELUR MASIN DENGAN SAWI JERUK
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur masin | bersihkan1 pokok sawi jeruk | asingkan dari kelopak3 tangkai daun kesum1/2 cawan air asam jawa5 sudu makan pes cili kering1 sudu teh serbuk lada hitamGaram dan gula secukup rasa3 cawan air4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
2 biji cili merah1 biji bawang besar4 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 hiris halia2cm kunyit hidup2cm belacanCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk , tumiskan bahan kisar hingga wangi.Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak. Masukkan air dan biarkan hingga kuah mereneh.Seterusnya masukkan air asam jawa dan daun kesum. Kecilkan api, kemudian pecah telur masin ke dalam kuah sebiji-sebiji.Setelah telur mengeras, masukkan sawi jeruk. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Apabila cukup rasa dan telur masak sepenuhnya. Tutup api.Asam Pedas sedia dihidangkan.19. SUP TELUR BERSAMA JEJARI KETAM
BAHAN-BAHAN:
3-4 biji telur3 keping cendawan hitam | rendam dan toskan4 batang jejari ketam | siat memanjang1/2 sudu makan serbuk sup sayur1 sudu teh serbuk perasa ayam1 sudu teh serbuk lada sulah3 ulas bawang merah | hiris2 ulas bawang putih | titik2 hirisan halia mudaGaram dan gula secukup rasa3 cawan air1 sudu makan hirisan daun bawang1 sudu makan hirisan daun ketumbarSedikit hirisan batang seleriCARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.Didihkan di atas dapur dengan api sederhana. Setelah mendidih masukkan jejari ketam dan cendawan.Seterusnya perasakan dengan serbuk sup sayur, serbuk perasa ayam, lada sulah,garam dan sedikit gula secukup rasa. Setelah cukup rasa. Tutup api.Sementara itu isikan air dalam kuali non-stick. Renehkan.Setelah mereneh, kecilkan api dan pecahkan telur di dalamnya.Setelah telur membeku, angkat dengan penapis masukkan dalam periuk sup. Lakukan hingga telur habis telur.Setelah siap, masukkan sup dalam mangkuk. Hias di atasnya dengan daun bawang dan bawang goreng.Sup telur sedia dihidangkan.20. KARI TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur |rebus dan buang kulit700ml santan1/2 cawan air asam jawa3 biji kentang | belah empat2 biji cili hijau | hiris memanjang2 biji cili merah | hiris memanjang2 biji tomato | belah enam3 sudu makan rempah kari daging2 sudu makan serbuk cili1 sudu teh serbuk kunyit2 batang serai | titikGaram dan gula secukup rasa5 sudu makan minyak masakREMPAH PENUMIS:
3 cm kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang5 ulas buah pelagaBAHAN HIRIS HALUS:
8 ulas bawang merah4 ulas bawang putih4cm haliaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis dengan bahan hiris halus hingga wangi.Seterusnya masukkan bahan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili dan kunyit.Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang.Tambah sedikit air, biarkan kentang empuk.Setelah kentang empuk masukkan pula santan dan telur.Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Setelah cukup rasa, tutup api dan lauk telur ini sedia dihidangkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/05/koleksi-resipi-lauk-telur-ayam-daging.html