Koleksi Melroars Dari Melinda Looi Mengaum Di 11 Cawangan Aeon


KOLEKSI #MELROARS DARI MELINDA LOOI MENGAUM DI 11 CAWANGAN AEON | Assalammualaikum semua! Tahun ini sambutan perayaan Chinese Lunar New Year's Day atau lebih mesra dengan panggilan Chinese New Year (CNY) akan diraikan dengan lebih meriah dengan koleksi #MelRoars dari Melinda Looi. 
Terdapat lebih dari 10 koleksi kreatif dan versatil untuk anda miliki. Berkonsepkan "timeless design". Melinda Looi masih mengekalkan konsep pakaian tradisional, namun diberi sentuhan kreatif dari segi kombinasi corak, rekaan lebih longgar dan material lebih bersesuaian dengan cuaca di Malaysia yang panas lembab. Memberi penampilan segar kepada si pemakai. 

Di Malaysia, tidak kira bangsa dan agama. Kita meraikan semua perayaan bersama-sama. CNY pasti meriah dengan koleksi #MelRoars. Makan besar atau hadir ke rumah terbuka dengan rekaan pakaian dari Melinda Looi memberi ruang kepada kita untuk menikmati hidangan enak. 
Pastikan kita terus menjaga SOP pandemik COVID-19 agar raya tahun ini disambut indah bersama keluarga tercinta. 

KOLEKSI #MELROARS DARI MELINDA LOOI MENGAUM DI 11 CAWANGAN AEON
AEON Menyambut Tahun Harimau dengan Koleksi Melinda Looi #MelRoars. Melangkah menuju era endemik COVID-19 dengan penuh semangat, AEON CO. (M) BHD (AEON) mengumumkan kolaborasi eksklusif dengan salah seorang pereka fesyen tanah air tersohor, Melinda Looi. 

Sambutan Tahun Baharu Lunar tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan koleksi #MelRoars, yang akan membuatkan pelanggan terpanggil untuk merasai pengalaman gabungan warisan dan fesyen yang terbaik sambil mencipta kenangan bersama.
Koleksi #MelRoars ialah koleksi sedia dipakai yang diilhamkan melalui gaya dan penghormatan Tahun Harimau dengan tiga jenis corak inspirasi “Panthera tigris” yang digabungkan dengan pengaruh Peranakan: jalur inspirasi batik eksentrik, corak geometri jubin Peranakan yang terserlah dan penjajaran corak bunga klasik yang halus dengan ekspresi harimau yang tersembunyi. 


"Menyedari bahawa ini akan menjadi sambutan Tahun Baharu Lunar yang tidak dapat dilupakan dalam era COVID-19, kami telah merancang untuk #MelRoars dipadankan dengan sambutan musim terbaik AEON. Peluang bekerjasama dengan Melinda Looi bukanlah satu kebetulan. 
Beliau juga menerajui Persatuan Pereka Rasmi Malaysia (Malaysian Official Designers Associations) atau MODA sebagai Presidennya. Didokumentasikan dengan baik untuk reka bentuk avant-garde dan gaya retronya, #MelRoars memberikan musim perayaan ini satu sentuhan warisan yang tersendiri, juga menggambarkan kebanggaan kami dengan warisan Malaysia," kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, AEON.

(Dari kiri) Melinda Looi, Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi (Chief Operation Officer) AEON dan Jason Foo, Pengurus Besar Strategi Pemasaran dan Komunikasi, AEON (General Manager, Marketing Strategy and Communications) menjawab soalan dari media di majlis tersebut


Acara pertunjukan fesyen koleksi #MelRoars tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON bersama rakan media dan para pempengaruh, Sandy Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, Optimax Specialist Centre dan Yan Lim, Ketua Pegawai Eksekutif, Ioli Communications Sdn Bhd.
Di majlis itu juga diadakan demonstrasi cara solekan untuk memberikan idea dalam meraikan musim ini oleh Shiseido


KOLEKSI #MELROARS 2022
Buat pengetahuan anda, koleksi #MelRoars tersedia dalam tiga warna menarik iaitu merah, biru dan kuning. Merah seperti merah cili, Biru lembut seperti turqoise dan Kuning seperti Mustars. Material pakaian adalah tidak jarang dan 50% Cotton, 50% Polyester

Jom Ruby kongsikan semua koleksi #MelRoars. Jangan bimbang, harga adalah mampu milik dan ia bermula dari serendah RM 148 sehingga RM 268
MELROARS BOXY COLOR BLOCK BLOUSE

MELROARS BOXY PRINTED BLOUSE WITH CHINESE BUTTON

MELROARS COLOR BLOCK SHIRT WITH ZIPPER

MELROARS FLUTTER SLEEVES COLOR BLOCK BLOUSE

MELROARS OVERSIZE KIMONO


MELROARS PUFF SLEEVE ZIPPED UP BLOUSE
MELROARS OVERSIZE SAMFU

MELROARS PLAIN DRAPE CHEONGSAM DRESS

MELROARS PRINTED DRAPE CHEONGSAM DRESS


Koleksi #MelRoars boleh didapati di sebelas (11) cawangan AEON di seluruh Malaysia di 
Taman MaluriBandar UtamaMid ValleyBandar PuchongMetro PrimaSeremban 2Tebrau CityCheras SelatanQueensbayBukit TinggiBandaraya MelakaAEON Lifestyle: https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/MelRoars-1 

MENGENAI MELINDA LOOI
Melinda Looi merupakan seorang yang kreatif dan mampu menghidupkan seni kreativitinya. Beliau merupakan seorang pereka fesyen Malaysia yang telah memenangi pelbagai anugerah, yang turut mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa. 

Kini beliau telah mencipta jenama dan perkhidmatan kreatif daripada fesyen Couture kepada koleksi sedia pakai dan pakaian seragam korporat sehinggalah kepada reka bentuk dalaman. 
Selain memajukan agenda fesyen dan kreatif Malaysia, beliau juga seorang yang sangat aktif melakukan sumbangan dan terlibat dalam pelbagai aktiviti amal.

MELINDA LOOI | FACEBOOK | INSTAGRAM
MENGENAI AEON RUNCIT
AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness dan 43 DAISO dan 3 Komai-so di seluruh negara. 
Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara. AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah.

Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON. 
Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.

AEON juga memperjuangkan enam Matlamat Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) yang memfokuskan kepada Manusia (Matlamat 3, Matlamat 4 dan Matlamat 8), Planet (Matlamat 12, Matlamat 15) dan Keamanan (Matlamat 16). 
Sejajar dengan Matlamat ini, AEON sangat menyokong kelestarian alam sekitar dengan mempromosikan pelbagai tujuan kitar semula, penjimatan tenaga dan penanaman pokok, dengan melibatkan dan menggalakkan pelbagai pihak untuk mengambil bahagian, termasuk kakitangan, pelanggan, badan badan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan masyarakat umum.

AEON RETAIL | FACEBOOK | INSTAGRAMAEON BIG | FACEBOOK | INSTAGRAM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2022/01/koleksi-melroars-dari-melinda-looi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Richiamo Coffee Buka Cawangan Ke 70

Richiamo Coffee Buka Cawangan Ke 70

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 195 hits
Richiamo Coffee buka cawangan ke 70 Richiamo Coffee Sdn Bhd pemilik rangkaian kedai kopi premium Richiamo Coffee membuka cawangannya yang ke 70 di Bangunan Canseleri Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam di sini hari ini Pembukaan cawangan terbaru...
Venna Melinda Ferry Irawan Segera Menikah Akui Sudah Kantongi Restu Anak

Venna Melinda Ferry Irawan Segera Menikah Akui Sudah Kantongi Restu Anak

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 134 hits
Dilangsungkan pada bulan Maret pasangan artis ini juga sudah tentukan tanggal lamaran hingga fitting baju untuk nikahan nanti
Hokkaido Ice Cream Puff Dah Buka Cawangan Di Banting Selangor

Hokkaido Ice Cream Puff Dah Buka Cawangan Di Banting Selangor

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 272 hits
Salam to all readers Hokkaido Ice Cream Puff Dah Buka Cawangan di Banting Selangor Ikutkan kalau aku balik Kuala Langat memang banyak habiskan masa di rumah berbanding keluar berjalan Kalau orang tanya apa best di Kuala Langat sudah semesti...
10 Jenama Yang Mempunyai Cawangan Outlet Terbanyak Di Malaysia

10 Jenama Yang Mempunyai Cawangan Outlet Terbanyak Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 3643 hits
Malaysia jika dilihat di atas peta hanyalah sebuah negara kecil dengan populasi 32 juta penduduk Jenama apa agaknya yang mempunyai outlet terbanyak dan menjadi pilihan penduduk di Malaysia Kemana mana pergi ada saja cawangannya di seluruh M...
Senarai Cawangan J T Express Negeri Pahang Alamat Lokasi No Telefon

Senarai Cawangan J T Express Negeri Pahang Alamat Lokasi No Telefon

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 234 hits
Senarai Cawangan J T Express Negeri Pahang Alamat Lokasi No Telefon Warga Pahang yang berjualan online boleh menggunakan servis courier J T Express untuk hantar parcel Untuk berurusan dengan J T Express Pahang ini terdapat beberapa lokasi d...
Koleksi Latihan Pengamatan

Koleksi Latihan Pengamatan

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 392 hits
Koleksi Latihan Pengamatan Aktiviti pagar sesat yang disediakan di bawah adalah sesuai untuk digunakan oleh murid sekolah rendah pada tahap 1 dan prasekolah Aktiviti pagar sesat atau Maze adalah merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang...
Tambah Koleksi Pokok Di Nursery Blooming Landscaping Design Taman Perling

Tambah Koleksi Pokok Di Nursery Blooming Landscaping Design Taman Perling

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 485 hits
Tambah Koleksi Pokok Di Nursery Blooming Landscaping Design Taman Perling Cerita beberapa minggu lepas Balik dari Soft Launch Holiday Inn Express Suites Johor The post appeared first on
12 Koleksi Resepi Ikan Bakar Terlajak Sedap

12 Koleksi Resepi Ikan Bakar Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 389 hits
Dah lama tak buat pengumumpulan resepi kat blog ni bukan sebab tak masak atau tak jengah buku resepi atau tidak cuit Google tapi tahap kesibukan tu melangit tingginya Ikan Terubuk BakarIkan Bakar SimpleIkan Bakar BerempahIkan Bakar Bersamba...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi