Hokkaido Ice Cream Puff Dah Buka Cawangan Di Banting Selangor
Salam to all readers,
| Hokkaido Ice Cream Puff Dah Buka Cawangan di Banting, Selangor | Ikutkan kalau aku balik Kuala Langat memang banyak habiskan masa di rumah berbanding keluar berjalan. Kalau orang tanya apa best di Kuala Langat, sudah semestinya aku cakap rumah akulah paling best. Nak makan mak aku masak, luar rumah macam-macam haiwan ada, kucing ada, kera ada, ayam ada, lotong ada, biawak ada, macam-macamlah ada. Tak yah pergi zoo dah..
Warung viral sekitar rumah aku pun tak pernah sampai lagi. Hari sebelum aku nak balik ke kampung ada orang update twitter cakap di Banting dah ada outlet Hokkaido Ice Cream Puff. Kalau korang nak tahu, Hokkaido Ice Cream Puff ini cukup popular di bandar Ipoh.
Last aku pergi ke Ipoh adalah pada awal tahun 2020, jumpa member UniKL aku di sana. Bandar Ipoh cukup popular dengan tempat makan yang best2. Jalan tempat orang kemain semangat aku berjalan. Tempat sendiri haram tak jejak langsung.
Kalau mood rajin barulah aku ajak anak Pak Itam aku ke sana ke mari. Mujur dia pun sekepala dengan aku kaki jalan. Kalau di Ipoh dulu kedai Hokkaido Ice Cream Puff ini memang penuh, nak masuk pun kena ambil turn, kedainya klasik gitu. Siapa pernah pergi mesti tahu punya.
Bila dapat tahu Hokkaido Ice Cream Puff dah buka di Banting, akulah orang paling seronok. Dapatlah bawa mak merasa Ice Cream Puff. Kebetulan waktu aku balik ke Kuala Langat tu pula minggu hujan tak henti-henti sampai Selangor banjir. Mujur rumah mak tak naik air. Bila tengok cuaca baik sikit kami keluar kejap ke Pekan Banting, sekali singgah ke kedai Hokkaido Ice Cream Puff.
Sampai-sampai je, memang kedai tak ada orang lagi. Happylah kami berdua makan ice cream dengan penuh ketenangan. Siapa duduk area Banting boleh je Waze Hokkaido Ice Cream Puff Banting, senang je nak akses, betul-betul depan pusat Zakat Banting. Bangunan kedai yang masih baru.
Inilah dia antara menu hokkaido ice cream puff yang ada. Aku sudah semestinya ambil perisa coklat "Choco O' Chips" and mak aku pula ambil perisa mint chips. Kedua-dua perisa ini sedap belaka, dia nak lagi nikmat datang time cuaca panas, lepas tu kau datang sini jamu ice cream pula. Itu betul-betul terasa sedap.
Tapi compare dengan Ipoh punya, aku suka hokkaido di Ipoh dia lagi lembut, had sini keras sikit kulitnya. Apa-apa pun masih sedap untuk dijamu. Bolehlah mengubat rasa rindu di Ipoh.
Aku bawa mak aku datang makan ice cream time cuaca hujan. Bertambah sejuk dibuatnya. Sebaik dia suka juga makan perisa yang dia ambil. Sebabkan tak ada orang lagi awal pagi ini, dapatlah kami duduk di meja makan tanpa perlu berebut. Suasana kedai ini pun tenang je, toilet pun disediakan kalau korang nak guna
So pada mereka yang duduk di sekitar Banting, Kuala Langat, dan teringin nak makan Hokkaido Ice Cream Puff bolehlah waze Hokkaido Ice Cream Puff, Banting. Search je di waze, nanti jumpa. Satu ice cream puff pun tak sampai RM7. Sedap pun sedap. Good job Hokkaido luaskan empayar di kawasan Selangor pula
Jom baca: Port Menarik di Bandar Ipoh
Boleh rujuk di bawah untuk ketahui menu terkini Hokkaido Ice Cream Puff, Banting:
Hokkaido Ice Cream Puff Banting
Alamat: Address: C-G-27, Jalan Seri Pelham 4, Medan, Jalan Seri Pekan, 42700 Banting, Selangor
Contact number: Phone: 011-5659 0240
Boleh dibeli menerusi Foodpanda juga!
Thank you for reading
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2022/01/hokkaido-ice-cream-puff-dah-buka.html