Koleksi Happy2u Gemala Raya Penyeri Di Pagi Syawal
KOLEKSI HAPPY2U GEMALA RAYA PENYERI DI PAGI SYAWAL | Assalammualaikum semua! Persediaan korang macam mana? Hari ni desas desus bahawa Hari Raya Aidilfitri bakal diraikan awal sehari. Mesti kelam kabut ibu ibu mencari bahan masakan. Jika Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei, kami dah pesan bahan-bahan untuk memasak dari pengedar. Jika Hari Raya Aidilfitri 1 Mei bagaimana pula kan? Kena ada plan B. Hahaha.
Buat pengetahuan anda, persediaan Aidilfitri kali ini sangat istimewa. Semua Ruby beli dalam talian. Sejak pengumuman Endemik COVID-19 yang diumumkan YAB Perdana Menteri Malaysia, Ruby terlalu sibuk dengan acara media dan hadir jemputan berbuka puasa. Syukur kebanyakan usahawan bumiputera sudah bersedia dengan pelbagai koleksi fesyen mereka.
HAPPY2U GEMALA RAYAPasti ramai tertanya-tanya bagaimana Ruby boleh terjebak dengan kasut-kasut HAPPY2U. Hehehe. Sebenarnya Ruby sedang survey kasut-kasut di Instagram. Scroll scroll, nampak kasut cantik melalui iklan. Kemudian, mula masuk ke akaun rasmi. Lawa-lawa semua koleksi kasut mereka!
Sama ada pakai stokin atau tidak, kasut ini sesuai untuk semua. Warna-warna yang tersedia juga membuatkan Ruby susah nak memilih warna. Cantik-cantik semuanya! Okay tak berhenti di situ, Ruby masuk Shopee. Kemudian masuk laman web rasmi. Wow! Lagi macam-macam ada! Koleksi raya pun ada! Apa lagi, jom sambar.
Hari Raya bakal menjelma dan Ramadhan telah tiba, Happy2U telah mengeluarkan koleksi kasut Raya yang pertama untuk tahun 2022 yang diberi nama Gemilang Raya. Koleksi ini telah disambut baik dimana ia mempunyai 4 reka bentuk, Marisa Slingback Heels, Lorraine Heel Mules, Mary Strappy Sandals dan Scarpin pump yang menjadi kegemaran wanita!
Setelah menerima sambutan yang menggalakkan bagi keluaran Gemilang Raya, Happy2U telah mengeluarkan koleksi Raya yang kedua yang diberi nama Gemala Raya. Gemala yang memberi maksud Batu yang bercahaya dan mempunyai hikmat adalah pilihan yang tepat bagi si pemakai yang ingin memperagakan baju dan kasut yang bersinar-sinar. Dengan adanya salah satu dalam koleksi Gemala yang mempunyai reka bentuk batu-batuan, ini akan menjadikan hari Raya anda tampil sempurna.
3 reka bentuk kasut bagi keluaran Gemala Raya yang telah dilancarkan pada 4 April 2022 mempunyai reka bentuk bertutup, kaki terbuka, dan bertali. Ava Heel Mules, Sunday Sandal Heels dan Sophia Mid Heel Mules yang mempunyai 4 warna bagi setiap reka bentuk telah menjadi rebutan para wanita.
AVA HEEL MULES
Ava Heel Mules merupakan reka bentuk yang berlainan dan mempunyai warna yang istimewa dengan saiz bermula dari 36-42. Reka bentuk lengkung dibahagian depan kasut memberikan gambaran yang lembut jika dikenakan dengan pakaian raya. Apa yang menarik mengenai Ava Heel Mules adalah, ia mempunyai satu warna yang rare iaitu Steel Blue.
3 warna yang lain seperti White, Beige dan Sandy Tan juga bakal membuatkan “OOTD” anda tampil cantik dan menawan di pagi raya. Dengan reka bentuk tumit yang berbentuk segi empat dengan ketinggian 5.5cm, ia juga sesuai dipakai bagi wanita yang ingin mencuba memakai kasut tumit tinggi.
Klik DISINI untuk beli.
SUNDAY SANDAL HEELS
Ketinggian 7cm bagi kasut tumit tinggi bukan sahaja membuatkan wanita nampak tinggi, bahkan ia juga buatkan wanita tampil kurus! Sunday Sandal Heels merupakan kasut tumit tinggi terbuka dibahagian hadapan kaki. Dengan reka bentuk tali yang menunjukkan reka bentuk moden, ia amat sesuai dipakai dengan baju traditional seperti kebaya dan kurung kedah.
7 saiz disediakan daripada saiz 36-42, sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai saiz kaki ‘plus size’. Sunday Sandal Heel juga mempunyai satu warna yang berlainan iaitu warna gold. Warna gold sesuai dipakai jika dikenakan dengan pakaian putih atau warna krim supaya kasut anda lebih menonjol apabila dipakai di pagi raya.
Klik DISINI untuk beli.
SOPHIA MID HEEL MULES
Kepada sesiapa yang ingin memakai kasut tinggi tetapi lebih memilih untuk memakai separa tinggi, Sophia Mid Heel Mules bakal memenuhi citarasa rasa oleh kerana ketinggiannya 3.5cm. ia bukan sahaja separa tinggi, bahkan ia juga mempunya keluasan tumit yang lebar.
Bagi wanita yang berkaki lebar, saya menyarankan untuk ambil 1 size lebih besar kerana ia lebih sempit dibahagian depan untuk yang berkaki lebar. Dengan reka bentuk diamond pada kasut, ia semestinya bakal menjadikan raya anda lebih bermakna! Sophia mid Heel Mules juga mempunyai 7 saiz dan 4 warna seperti white, Beige, Sandy Tan dan Black yang bakal manjadi pilihan anda untuk dikenakan dengan pakaian raya anda!
Klik DISINI untuk beli.
MERCHANDISE RAYA DARI HAPPY2USejak diumumkan kita bakal ke fasa Endemik COVID-19. Kita masih perlu mengamalkan SOP dan menjaga kebersihan diri seperti yang telah kita amalkan semasa pandemik wabak COVID-19. Ruby masih mengekalkan pemakaian pelitup wajah, sanitasi dan menjaga jarak sesama masyarakat.
Ruby happy sangat apabila membeli kasut raya dari HAPPY2U. Sebab dengsn setiap pembelian RM70 keatas, anda akan dapat Kad Raya, hand sanitizer dan Exclusive Raya bag warna putih. Manakala, untuk pembelian RM100 keatas, akan dapat 3 Set Sampul Raya, Exclusive Raya bag, Kad Raya dan hand sanitizer.
DISKAUN 10% UNTUK PEMBACA BLOG DAN PENGIKUT RUBY.MYSetiap pembelian yang melebihi RM100 untuk semenanjug akan dapat free shipping. Manakala, untuk Sabah & Sarawak adalah dengan pembelian RM150 dan keatas. Untuk Singapore pula, free shipping adalah dengan pembelian RM200 dan keatas. Gunakan Promo Code H2URUBY10 (hanya pembelian di laman web) untuk dapatkan 10% Diskaun untuk semua kasut! Best kan?
Jadi cepat-cepat dapatkan kasut raya anda!
HAPPY2U | FACEBOOK | INSTAGRAM | SHOPEE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/04/happy2u-gemala-raya.html