Hidangan Berasaskan Mi Mudah Dan Gerenti Sedap


Pasti hati terasa puas apabila dapat menghidangkan juadah untuk santapan ahli keluarga. Namun, hidangan nasi pastinya lebih renyah kerana perlu menyediakan beberapa jenis lauk sampingan. Maka, hidangan berasaskan mi boleh menjadi alternatif bagi hidangan yang lebih ringkas namun tetap lazat dan mengenyangkan. Anda boleh cuba enam jenis resipi mi yang dikongsikan ini. Gerenti sedap!
MI KUAH 
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi kuning | celur
200gm tauge | celur separuh masak
2 batang sawi | potong pendek dan celur
1 biji tomato |hiris nipis
2 biji cili merah |hiris nipis
2 biji limau kasturi |belah dua (untuk diperah)
Daun bawang dan bawang goreng secukupnya
BAHAN-BAHAN B ( KUAH):
1kg tulang lembu |rebus empuk
2 biji ubi keledek (sederhana) | rebus dan kisar halus
1 labu bawang besar | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih |kisar
2cm halia | kisar
1 liter air rebusan tulang/daging
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula perang secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kuah; panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak. Masukkan sos tomato, air rebusan daging/tulang dan tulang yang telah direbus lalu didihkan hingga semua bahan sebati.Masukkan ubi keledek kisar dan didihkan hingga kuah pekat.Tambah garam dan gula perang secukup rasa.Untuk menghidang; letakkan serba sedikit bahan-bahan A di dalam mangkuk dan tuang kuah berserta tulang ke dalam mangkuk.  Hidangkan panas.Info chef: Boleh hidangkan bersama cili jeruk atau potongan cili.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa manis tulang yang memberi rasa manis pada kuah
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga: RM15-RM25

MI ROJAK PANTAI TIMUR 
BAHAN-BAHAN A:
150gm mi kuning | celur dan toskan
50gm tauge | celur separuh masak
1 biji timun | hiris nipis
2 keping tauhu | goreng dan potong dadu
2 biji ubi kentang | rebus dan potong dadu
2 biji telur | rebus dan belah empat
3-4 cucur tepung @ cucur udang |potong kecil
2 jejari ketam | goreng dan potong kecil
3-4 biji bebola ikan |goreng & potong kecil
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
200gm kacang tanah
150gm udang kering | rendam & kisar lumat
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
2-3 biji ubi keledek | rebus dan kisar lumat
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula merah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kuah; goreng kacang tanah, cili kering, bawang putih dan bawang besar. Kisar semua bahan hingga halus.Campurkan bahan-bahan kisar bersama ubi keledek kisar, udang kering kisar dan air asam jawa ke dalam periuk. Tambah 2-3 cawan air lalu didihkan hingga kuah menjadi likat dan agak gelap.Tambah garam dan gula merah secukup rasa. Didihkan lagi kuah untuk beberapa minit hingga semua bahan sebati. Tutup api.Untuk menghidang; Isikan bahan-bahan A ke dalam pinggan menghidang dan tuang kuah ke atasnya.Info chef: Jika suka boleh taburkan bawang goreng.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Melayu
Keistimewaan: Kuahnya yang pekat dan lemak
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Rebus, goreng dan didih
Anggaran harga: RM15-RM25

MI SIPUT/SANGGUL GORENG 
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi siput/sanggul kering | rendam dan toskan
200gm udang segar | bersihkan
100gm tauge |buang ekor
50gm udang kering | rendam tumbuk lumat
2 batang sawi | potong kecil
3 ulas bawang putih | tumbuk lumat
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap pekat manis
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
Daun bawang dan bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan udang kering hingga wangi.Masukkan cili kisar, sos cili, kicap dan udang. Tumis beberapa minit lagi hingga cili masak.Masukkan mi siput/sanggul, sawi dan tauge.  Goreng sebati.Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.Hidangkan dengan taburan cincangan daun bawang dan bawang goreng.Info chef: Enak dimakan ketika panas.
Saiz Hidangan: 3-4orang
Waktu Memasak: 30 minit
Jenis Hidangan: Cina
Keistimewaan: Mi yang lebih halus dan kenyal dikunyah
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Tumis dan goreng
Anggaran harga: RM15- RM25

MI SIZZLING 
BAHAN-BAHAN:
2-3 gulung yee mee kering
5-6 biji cendawan shiitake kering | rendam sekejap dan celur
3-4 batang sawi hijau pendek | potong dan celur
1 biji telur
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
850ml air rebusan ayam/daging
½ ekor ayam  |potong kecil
4-5 tangkai cili kering | potong pendek
5 ulas bawang putih | tumbuk halus
3cm halia |cincang halus
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap cair
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air | bancuh
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak perang.Tuang air rebusan ayam. Tambah kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan serbuk lada hitam.  Didihkan hingga semua bahan empuk dan sebati.Tuang bancuhan tepung jagung, tambah garam dan lada sulah secukup rasa.Sediakan kuali sizzling, letakkan yee mee kering, cendawan shiitake celur dan sawi.  Letak di atas api yang besar, tuang sesenduk kuah.  Pecahkan sebiji telur di dalam kuali sizzling dan biar kuah mendidih sebentar.  Hidangkan.Info chef:  Anda perlu menyediakan kuali sizzling sebelum memasak mi ini.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Cina
Keistimewaan: Pelbagai sos yang sedap dan cendawan Shiitake yang kenyal bila dikunyah
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Tumis dan goreng
Anggaran harga: RM15-RM25

MI UDANG  
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi kuning | celur
2 biji tomato |hiris nipis
2 biji telur rebus |belah empat
50gram tauge | celur sedikit
2-3 batang sawi |potong kecil & celur
UNTUK HIASAN:
Hirisan daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
1 liter air rebusan kulit udang (kulit udang direbus dan tapis, ambil airnya)
8-10 ekor udang sederhana besar
2-3 biji ubi keledek sederhana | rebus dan kisar
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
100gm udang kering | rendam sekejap
3cm belacan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA-CARA:
Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga menjadi pes yang lumat.Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk.  Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan masak.Tuang air rebusan kulit udang dan belacan. Didihkan hingga semua bahan sebati.Tambah ubi keledek kisar, garam dan gula secukup rasa.  Didihkan lagi hingga semua bahan masak rata.Masukkan udang dan biarkan udang masak seketika (jangan terlalu lama).Sediakan serba sedikit  bahan-bahan A di dalam mangkuk/pinggan menghidang, tuang kuah dan hidangkan.Info chef: Saiz udang berdasarkan bajet anda sendiri.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Cina
Keistimewaan: Rasa manis udang meresap ke dalam kuah
Jenis Penyediaan: Kudapan
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM25

MI WANTAN SUP  
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi wantan   | celur dan toskan
2 ketul dada ayam
3-4 batang sawi hijau pendek | celur dan toskan
4-5 biji cendawan shiitake |bersihkan dan celur
4 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
1 liter air rebusan ayam
8-10 biji wantan*
8-10 biji bebola ikan
4 ulas bawang putih | kisar halus
3cm halia |kisar halus
Garam & lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN C (WANTAN*):
8-10 keping kulit wantan
50gram cincangan isi ayam
½ batang lobak merah | cincang dadu halus
2 batang daun bawang |cincang halus
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
½ sudu teh minyak bijan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
 
CARA MEMASAK:
Untuk membuat wantan*: satukan semua bahan C kecuali kulit wantan dan gaul rata menjadi inti.  Letakkan sesudu kecil inti ke dalam kulit wantan, sapu keliling kulit wantan dengan kuning telur, bunjutkan wantan dan kemaskan bunjutan. Ketepikan.Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.Tuang air rebusan ayam dan didihkan.Masukkan wantan, bebola ikan, minyak bijan dan didihkan hingga wantan empuk.Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.Sementara itu, panaskan sesudu minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan minyak bijan. Tuang air rebusan ayam dan didihkan hingga semua bahan sebati. Masukkan mi wantan yang dicelur tadi dan biarkan mendidih hingga kuah kering. Angkat.Ayam diperap bersama dua sudu makan kicap cair, 1 sudu makan sos tiram dan 2 sudu makan madu selama sejam atau lebih. Goreng dan hiris nipis.Cara menghidang; Di dalam pinggan susun bahan-bahan A dan hidangkan bersama sup wantan yang dituang di dalam mangkuk berasingan.Info chef: Enak dimakan bersama cili jeruk atau cili potong.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 35 minit
Jenis Hidangan: Cina
Keistimewaan: Rasa sup yang ringan yang enak dinikmati
Jenis Penyediaan: Mi
Cara Memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga:RM15-RM25

Resipi: Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas, Klang Selangor
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/12/hidangan-berasaskan-mi-mudah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ringkas 5 Hidangan Berasaskan Kentang Yang Tak Biasa Dibuat Tapi Punyalah Sedap

Resipi Ringkas 5 Hidangan Berasaskan Kentang Yang Tak Biasa Dibuat Tapi Punyalah Sedap

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 526 hits
Stok kentang punyalah banyak di rumah Tak tahu dah nak masak apa dengan kentang ni Jom cuba buathidangan ini yang bahan utamanya adalah kentang Tak adalah asyik asyik kentang hanya jadi bahansampingan dalam kari ayam atau sup ayam kan Kenta...
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 552 hits
Assalamualaikum Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Terlajak Mudah Dan Sedap Ikan pari siapa makan ikan pari ada tak kita ni jenis tak makan ikan pari tapi ikan pari kering makan pulak yang hidup macam ni tak makan D Walaupun tak makan ikan pa...
Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap

Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 1044 hits
As Salam Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap Alhamdulillah Cuti sekolah ni selain happy sebab tak payah rush bangun pagi pagi saya dapat buat aktiviti yang saya sukai iaitu masak memasak atau buat kek Yay Yup dulu ti...
Ini Cara Mudah Buat Sambal Ikan Sedap Rangup Mak Mak Boleh Cuba

Ini Cara Mudah Buat Sambal Ikan Sedap Rangup Mak Mak Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 500 hits
Semua orang boleh buat sambal ikan tidak kira sambal itu sambal cili padi sambal cili kering mahu pun menggunakan cili boh tetapi hasilnya pelbagai Sebenarnya apa yang penting jika mahu sambal sedap sambal kena tumis sampai masak mesti ada ...
Cara Mudah Buat Air Asam Paling Sedap Untuk Ikan Bakar

Cara Mudah Buat Air Asam Paling Sedap Untuk Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 727 hits
Tercari cari resipi Air Asam paling sedap Ini resipi yang anda kena cuba Air asam ni kalau kena dengan nasi panas ulam dan lauk ikan bakar memang bertambah nasi di pinggan Lebih lebih lagi jika ianya resipi air tangan orang tua dulu dulu Me...
Buat Kuih Apam Nasi Mudah Dan Sedap Lembut Je Kejadiannya

Buat Kuih Apam Nasi Mudah Dan Sedap Lembut Je Kejadiannya

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 985 hits
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap Lembut je kejadiannya Assalamualaikum wbt Since pak mertua cikla tak berapa sihat dan takde selera nak makan cikla gigih jugalah nak masakkan something selain dari makanan berat nak suruh dia makan Emm mu...
Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap

Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 668 hits
As Salam Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap Maaflah pakcik tukang masak mi goreng kat kedai mamak kalau resepi mi goreng yang bakal saya kongsikan ini akan mengugat bisnes masakan pakcik ya kikih Bajet macam Food Blogg...
Cara Buat Karipap Gergasi Inti Telur Yang Sedap Mudah

Cara Buat Karipap Gergasi Inti Telur Yang Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 1477 hits
Bagi penggemar karipap resipi karipap gergasi perkongsian saudari Liyana Ahmat ni pastinya wajib dicuba Nampak sedap malah ia juga menggunakan bahan bahan yang ringkas dan tidak memerlukan kos yang banyak Jadi bolehlah cuba buat untuk anak ...
Cara Memasak Kangkung Paling Mudah Dan Sedap

Cara Memasak Kangkung Paling Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 499 hits
Masakan kangkung merupakan antara menu yang popular di gerai dan restoran makanan panas Ia sesuai dijadikan makanan add on kepada makanan utama seperti ikan daging atau ayam Tambahan lagi kangkung sememangnya mudah didapati dan tidak mahal ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash