Kluster Baru Dikesan Di Tapak Pembinaan Dengan 44 Kes


Bernama
 Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baru di tapak pembinaan di Kuala Lumpur dengan 44 kes dilaporkan hari ini.
Tanpa memberikan maklumat lanjut berkenaan kluster itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menggesa syarikat pembinaan supaya memberi perhatian bukan sahaja kepada prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja tetapi juga kepada penempatan pekerja.
"Daripada kajian kami (KKM) besar kemungkinan pekerja asing yang bekerja duduk di tempat tertutup atau ruangan sempit. Itu menjadi faktor utama jangkitan menular dalam kalangan mereka," katanya dalam sidang media harian perkembangan Covid-19, di Putrajaya hari ini.
Dr Noor Hisham berkata walaupun SOP di tapak pembinaan ada, tetapi syarikat pembinaan hanya menumpukan kepada tempat bekerja sahaja.
"Apa yang penting lihat kepada penempatan mereka (pekerja) iaitu rumah dan cara mereka duduk. Contohnya di Masjid India, satu flat yang kecil ada 30 orang tinggal bersama," katanya.
Dr Noor Hisham berkata syarikat pembinaan harus melihat kepada faktor lain selain mematuhi SOP kerana ruangan sempit adalah antara penyebab virus berjangkit.
"Kami (KKM) percaya ruang sempit adalah satu faktor penting perlu perhalusi dan lihat bagaimana boleh laksanakan penjarakan sosial. Hari ini kita tidak ada vaksin, tetapi ‘vaksin’ yang ada ialah penjarakan selamat," katanya.
Mengenai sama ada Malaysia sedia melibatkan diri dalam kajian vaksin oleh Thailand, Dr Noor Hisham berkata KKM bersedia untuk menjalankan kajian bersama dengan negara lain.
Menurutnya, delegasi dari China ketika lawatan baru-baru ini ada memaklumkan bahawa negara itu sedang menjalankan kajian fasa kedua dan laporan dijangka pada November atau Disember nanti sama ada vaksin dijalankan ke atas haiwan berkesan sebelum dapat melaksanakan fasa ketiga iaitu ke atas manusia.
"Kami (KKM) belum dapat laporan untuk kajian yang perlu dilaksanakan kepada manusia, sekarang hanya ke atas haiwan. Kalau mereka kenal pasti vaksin tersebut berjaya dijalankan ke atas haiwan dan boleh diguna pakai untuk manusia, KKM akan cuba mendapatkan kerjasama dari negara berkenaan untuk menjalankan kajian bersama," katanya.
Dilaporkan Thailand baru-baru ini memulakan percubaan vaksin Covid-19 terhadap monyet selepas ujian ke atas tikus menunjukkan keputusan positif.
Pengarah Institut Vaksin Kebangsaan Nakorn Premsri dilaporkan berkata jika ujian ke atas monyet juga memberikan keputusan positif, percubaan terhadap manusia dapat dijalankan menjelang penghujung tahun ini atau awal tahun depan.
Sementara itu, ditanya kebimbangan pertambahan sisa klinikal susulan pandemik Covid-19, Dr Noor Hisham berkata setakat ini tiada masalah dari segi pengurusan sisa klinikal kerana ia dilakukan mengikut garis panduan.
Jelasnya setiap hospital dan klinik kesihatan akan mengurus sisa klinikal dan seterusnya gunakan khidmat luar pengurusan sokongan di KKM.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/kluster-baru-dikesan-di-tapak-pembinaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil 35 Kes Positif Setakat Ini

Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil 35 Kes Positif Setakat Ini

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 315 hits
Putrajaya 21 Mei Kementerian Kesihatan mengesahkan kewujudan satu kluster baru COVID 19 melibatkan penghuni di depot tahanan Imigresen di Bukit Jalil Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah seramai 645 tahanan telah d...
Penginapan Sesak Antara Punca Utama Penularan Covid 19 Kluster Tapak Pembinaan

Penginapan Sesak Antara Punca Utama Penularan Covid 19 Kluster Tapak Pembinaan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 300 hits
Astro Awani Usaha pencegahan COVID 19 di tempat kerja akan menjadi sia sia jika tiada langkah sama diamalkan di tempat penginapan pekerja asing Gambar fail PUTRAJAYA Penginapan sempit dan amalan kebersihan diri yang kurang memuaskan menjadi...
Rupanya Masih Ada Tujuh Lagi Kluster Yang Aktif Akhirnya Kkm Dedah Punca Kes Baru Masih Bertambah

Rupanya Masih Ada Tujuh Lagi Kluster Yang Aktif Akhirnya Kkm Dedah Punca Kes Baru Masih Bertambah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 332 hits
Sebentar tadi Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan laporan terkini berkaitan dengan kluster COVID 19 yang masih lagi aktif di negara Malaysia Mengikut laporang tersebut sebanyak tujuh kluster yang masih lagi aktif dengan pertam...
Tiga Negeri Catat Kes Baru Kini Hanya Perlis Kekal Zon Hijau Kkm

Tiga Negeri Catat Kes Baru Kini Hanya Perlis Kekal Zon Hijau Kkm

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 421 hits
Sehingga hari ini 21 Mei 2020 hanya negeri Perlis masih mengekalkan zon hijau manakala tiga negeri lagi mencatatkan kes baru Sebelum ini pada 16 Mei lalu beberapa negeri sudah bebas daripada penularan COVID 19 kerana kesemua kawasannya suda...
Myanmar Sahkan 8 Kes Covid 19 Yang Dikesan Adalah Dari Malaysia

Myanmar Sahkan 8 Kes Covid 19 Yang Dikesan Adalah Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 364 hits
Kerajaan Myanmar mengesahkan terdapat lapan kes jangkitan COVID 19 dikenal pasti daripada kalangan rakyat mereka yang pulang dari Malaysia ekoran operasi pihak berkuasa menahan pendatang tanpa dokumen baru baru ini Difahamkan kes kes baharu...
36 Kes Baru Covid 19 Tiada Kematian

36 Kes Baru Covid 19 Tiada Kematian

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 380 hits
Sebanyak 36 kes jangkitan baru Covid 19 dilaporkan hari ini berbanding 40 kes semalam menjadikan jumlah mangsa seramai 6 855 orang dengan 28 adalah bukan warganegara Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada kematian di...
Kes Baru Covid 19 Di Kelantan Libatkan Individu Dari Zon Merah Di Ampang Pulang Ke Kampung Kkm

Kes Baru Covid 19 Di Kelantan Libatkan Individu Dari Zon Merah Di Ampang Pulang Ke Kampung Kkm

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 369 hits
Putrajaya 20 Mei Kementerian Kesihatan mengesahkan satu kes positif COVID 19 melibatkan seorang wanita yang pulang ke Kelantan Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah wanita yang hamil 35 minggu itu berasal dari Ampan...
Kes Baru Di Dua Negeri Zon Hijau Kelantan Dan Kedah

Kes Baru Di Dua Negeri Zon Hijau Kelantan Dan Kedah

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 393 hits
Jangkitan baru dikesan di Kelantan dan Kedah dua negeri yang sebelum ini diisytiharkan sebagai zon hijau iaitu kawasan yang bebas Covid 19 Dalam sidang media hari ini Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan ...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Cikbunga Menunaikan Umrah

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Pasu Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc

Ahmad Al Sharaa Masuk 100 Orang Paling Berpengaruh Versi Time 2025

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Mayat Lelaki Tergantung Dan Berulat Di Jalan Sultan Ismail