Klinik Swasta Ambil Bahagian Jadi Klinik Panel Spm Ppim Sinar Harian 29 09 2023


 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta lebih banyak klinik swasta mengambil bahagian menjadi klinik panel Skim Perubatan Madani (SPM) agar usaha mengurangkan kesesakan pesakit di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tercapai demi kebaikan rakyat.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, melalui skim itu, jumlah pesakit bahagian rawatan pesakit luar atau ringan di Jabatan Kecemasan dapat dikurangkan dan tumpuan diberikan kepada kes yang memerlukan rawatan segera.
“Inisiatif ini merupakan program rintis kerajaan melalui KKM bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
“Banyak aduan diterima berkaitan dengan kesesakan yang berlaku di hospital kerajaan terutama bahagian kecemasan.
“Saya yakin peningkatan kos sara hidup menyebabkan rakyat terpaksa ke sana walaupun terpaksa menunggu lama,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Berdasarkan laporan Sinar Harian pada 19 September lalu, sebanyak 80,000 isi rumah mendapat manfaat daripada SPM meliputi lebih 130,000 rawatan kesihatan pesakit luar bagi kes akut melalui klinik swasta sejak ia perkenalkan.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, bilangan rawatan yang diberikan kini hampir 4,000 sehari dan jumlah tersebut semakin meningkat.
Tambah Nadzim, PPIM berharap usaha baik tersebut diperluas dan diteruskan lagi untuk memudahkan rakyat golongan B40 mendapat kemudahan itu dengan kelayakan secara automatik tanpa memerlukan pendaftaran.
“Semua layak mendapat kemudahan ini tanpa mengira agama, bangsa dan kecenderungan politik.
“Rakyat perlu memeriksa kelayakan dan klinik panel di laman sesawang ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) dan hanya membawa kad pengenalan ke sana,” ujarnya.
Artikel oleh: Sinar Harian
KLINIK SWASTA AMBIL BAHAGIAN JADI KLINIK PANEL SPM - PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/281568/berita/nasional/klinik-swasta-ambil-bahagian-jadi-klinik-panel-spm---ppim


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/09/klinik-swasta-ambil-bahagian-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Banyak Klinik Swasta Patut Sertai Skim Perubatan Madani Ppim Malaysia Gazette 29 09 2023

Lebih Banyak Klinik Swasta Patut Sertai Skim Perubatan Madani Ppim Malaysia Gazette 29 09 2023

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia berharap lebih banyak klinik swasta menyertai inisiatif Skim Perubatan Madani yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata langkah itu dapat mengurangka...
Main Peranan Dalam Isu Pelarian Jangan Hukum Mereka Sinar Harian 25 09 2023

Main Peranan Dalam Isu Pelarian Jangan Hukum Mereka Sinar Harian 25 09 2023

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Semua pihak perlu memainkan peranan besar dalam menyantuni isu pelarian di negara ini dan tidak terus menghukum golongan berkenaan termasuk desakan untuk mengusir mereka keluar Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malay...
Aktiviti Dialog Kerjasama Kemanusiaan Ppim 23 09 2023

Aktiviti Dialog Kerjasama Kemanusiaan Ppim 23 09 2023

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 327 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi dijemput sebagai ahli panel di program Dialog Kerjasama Kemanusiaan Laporan Berita Seimbang Mampu Selamatkan Nyawa anjuran Kelab Kebajikan Anak Kami bersama Kelab Wartawan Kuala Lumpur Selangor di Kolej...
Aktiviti Sesi Podcast Program Bual Bicara X Klusif Bersama Syahril Ppim 26 09 2023

Aktiviti Sesi Podcast Program Bual Bicara X Klusif Bersama Syahril Ppim 26 09 2023

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 352 hits
Sesi Podcast Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama wartawan veteran Syahril A Kadir bagi program bual bicara X klusif Bersama Syahril di Solaris Mont Kiara
Aktiviti Bantahan Terhadap Who C Oleh Ngo Islam Sidang Media Ppim 26 09 2023

Aktiviti Bantahan Terhadap Who C Oleh Ngo Islam Sidang Media Ppim 26 09 2023

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 309 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama beberapa wakil NGO peguam menyerahkan memorandum bantahan terhadap World Health Organization Convention Agreement dan Pindaan International Health Regulations 2005 kepada Yang Di Pertuan Agong Al Su...
Aktiviti Lawatan Ppim Ke Mig Cheese Factory Ppim 21 09 2023

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Mig Cheese Factory Ppim 21 09 2023

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 309 hits
Lawatan PPIM ke MIG Cheese Factory iaitu kilang pembuatan keju yang dimiliki oleh Tuan Abdul Gaffar Khan Amirullah di Petaling Jaya Selangor
Aktiviti Mesyuarat Penubuhan Malaysia Council For Health Ppim 15 09 2023

Aktiviti Mesyuarat Penubuhan Malaysia Council For Health Ppim 15 09 2023

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 382 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi hari ini menghadiri mesyuarat pertama penubuhan Malaysia Council for Health World Council for Health yang telah berlangsung di Palace of the Golden Horses Seri Kembangan Selangor Mesyuarat telah dipenge...
Jualan Rahmah Komitmen Segera Kerajaan Atasi Krisis Beras Persatuan Pengguna Berita Harian 21 09 2023

Jualan Rahmah Komitmen Segera Kerajaan Atasi Krisis Beras Persatuan Pengguna Berita Harian 21 09 2023

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 460 hits
KUALA LUMPUR Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat pada ketika kenaikan harga beras menjadi isu global Menerusi program itu beras import yang dir...
Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis