Jualan Rahmah Komitmen Segera Kerajaan Atasi Krisis Beras Persatuan Pengguna Berita Harian 21 09 2023


 

KUALA LUMPUR: Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat pada ketika kenaikan harga beras menjadi isu global.
Menerusi program itu, beras import yang dirancang dijual hanya pada sekitar RM13 hingga RM14 bagi setiap lima kilogram untuk golongan B40 ini bukan sahaja murah, malah secara purata lebih rendah berbanding harga sebelum kenaikan harga beras itu, pada awal bulan ini.
Program yang bermula semalam itu, diumumkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh, ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Isnin, sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras import serta ketiadaan beras tempatan.
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin, menyifatkan inisiatif itu sebagai usaha segera jangka pendek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), sementara menyelesaikan isu kekurangan beras tempatan.
"Cuba kita letakkan diri kita dalam golongan B40, (adakah) kita mampu beli beras sahaja RM50 bagaimana dengan lauk lain, disebabkan itu kerajaan buat langkah ini (Jualan Rahmah Beras) untuk jangka pendek.
"Sekarang kita tengok keluaran beras tempatan 65 hingga 70 peratus, jadi kalau boleh kita perlu meningkatkan beras tempatan 100 peratus jangan bergantung pada beras import," katanya kepada BERNAMA.
Pada 1 September lalu, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dalam satu kenyataan mengumumkan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa hari sama, sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.
Susulan kenaikan harga beras import itu di pasaran tempatan, permintaan terhadap beras tempatan turut meningkat menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.
Asyikin berkata, pemantauan penguat kuasa FOMCA mendapati beras tempatan juga sukar diperoleh di kedai runcit dan pasar raya susulan rungutan orang ramai mengenai ketiadaan beras di pasaran.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu mempunyai perancangan bagi jangka masa panjang, dalam menangani isu keterjaminan makanan.
"Antaranya kerajaan perlu menyediakan beberapa insentif yang menarik kepada petani bagi menggalakkan penanaman padi yang banyak, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap beras import. Kita ada tapak tanah yang banyak yang boleh kita manfaatkan," katanya.– BERNAMA
Artikel oleh: Berita Harian
JUALAN RAHMAH: KOMITMEN SEGERA KERAJAAN ATASI KRISIS BERAS - PERSATUAN PENGGUNA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1155174/jualan-rahmah-komitmen-segera-kerajaan-atasi-krisis-beras-persatuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/09/jualan-rahmah-komitmen-segera-kerajaan_66.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beras Import Bawah Rm15 Di Jualan Rahmah

Beras Import Bawah Rm15 Di Jualan Rahmah

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 258 hits
Pengguna boleh mendapatkan beras import 5kg tidak melebihi RM15 dan 10kg pada harga bawah RM30 di mana mana program Jualan Rahmah BENTONG Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan mula mengadakan jualan beras import pada ...
Kerajaan Perlu Tumpaskan Geng Tonto Ppim Berita 757 14 09 2023

Kerajaan Perlu Tumpaskan Geng Tonto Ppim Berita 757 14 09 2023

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 455 hits
BERITA 757 Kerajaan perlu tumpaskan geng tonto PPIMMENGAPA pihak berkuasa telalu takut untuk menangkap geng tonto yang mengganggu operasi atau serbuan Sumber Berita 757KERAJAAN PERLU TUMPASKAN GENG TONTO PPIM
Kerajaan Tingkat Keluaran Beras Putih Tempatan

Kerajaan Tingkat Keluaran Beras Putih Tempatan

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 450 hits
Bekalan beras putih tempatan akan pulih dalam tempoh sebulan susulan kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam satu kenyataan Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata jangkaan itu berdasarkan langkah intervensi dilaksana k...
Malaysia Perlu Bantah Who Ca Pindaan Ihr 2005 Harian Metro 26 09 2023

Malaysia Perlu Bantah Who Ca Pindaan Ihr 2005 Harian Metro 26 09 2023

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 496 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menuntut kerajaan turut membantah Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negar...
Bantuan Rahmah Telefon Pintar Oleh Kerajaan Malaysia

Bantuan Rahmah Telefon Pintar Oleh Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 450 hits
Bantuan Rahmah Telefon Pintar Oleh Kerajaan Malaysia 13 Kerajaan Malaysia kini melancarkan satu inisiatif yang amat dinantikan oleh rakyat Malaysia Ini bukan sahaja membawa kabar baik kepada semua lapisan masyarakat tetapi juga merupakan la...
Krisis Iklim Pm Tuntut Negara Maju Segera Sumbang Rm100 Bilion Setahun

Krisis Iklim Pm Tuntut Negara Maju Segera Sumbang Rm100 Bilion Setahun

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 466 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa negara maju menunaikan komitmen mereka untuk menyediakan AS 100 bilion setahun bagi menyokong negara membangun terhadap usaha aspirasi iklim sambil menyedari sejumlah trilion dolar ...
Kerajaan Menyediakan Bantuan Skim Khairat Kematian Bagi Kematian Keluarga Bagi Tahun 2023

Kerajaan Menyediakan Bantuan Skim Khairat Kematian Bagi Kematian Keluarga Bagi Tahun 2023

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 617 hits
Selain daripada bantuan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Kerajaan Menyediakan Bantuan Skim Khairat Kematian Bagi Kematian Keluarga Bagi Tahun 2023 kepada waris penerima STR 2023 yang layak sebelum ini Ia bertujuan meringankan beban ahli k...
Beras Tempatan Mencukupi Kerajaan Selangor Akan Jual Beras 5kg Rm13

Beras Tempatan Mencukupi Kerajaan Selangor Akan Jual Beras 5kg Rm13

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 466 hits
Kerajaan Negeri Selangor akan melakukan intervensi harga dan bekalan dalam menghadapi isu kekurangan Beras Putih Tempatan Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari intervensi tersebut dilakukan melalui Perbadanan Kemajuan Per...
Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sayonara Tokyo Masak Udang Dan Kisah Mesin Basuh

Resepi Stew Ayam

Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi