Kkm Terima 896 Laporan Kesan Sampingan Dos Penggalak Diterima 42 Kes Serius


BERNAMA Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata KKM akan mengeluarkan semua data laporan kesan sampingan berkaitan dos penggalak.
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin di Anjung Kelana, Taman Desa. Sebanyak 896 daripada 24,286 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) berkaitan dos penggalak diterima setakat 15 Januari lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 896 AEFI itu, sebanyak 42 kes menerima kesan sampingan yang serius manakala baki mengalami kesan sampingan minimum.
“Kalau dilihat jumlah dilaporkan itu, 0.4 untuk setiap 1,000 dos diberikan, bagi dos penggalak adalah 0.1 untuk 1,000 dos diberikan manakala kesan sampingan teruk ialah 0.05 bagi 1,000 dos diberikan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, semalam.
Turut hadir, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 9.2 juta dos penggalak telah diberikan kepada penerima hingga 15 Januari lepas.
Mengenai laporan miokarditis dalam kalangan kanak-kanak, beliau berkata hanya satu hingga tiga kes bagi setiap 100,000 kanak-kanak mendapat kesan miokarditis hasil vaksinasi, namun akan menjadi 36 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat miokarditis sekiranya tidak divaksin.
Berhubung perkembangan terkini AEFI melibatkan banduan Penjara Kajang, Dr Noor Hisham berkata 13 daripada 18 laporan yang diterima telah selesai disiasat dan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Farmakovigilan Khas Vaksin Covid-19 (JFK) pada 12 Jan lepas.
“Lima laporan lagi termasuk yang melibatkan kematian masih dalam siasatan. Sementara hasil penilaian JFK berdasarkan laporan siasatan diterima, 10 daripada kes tersebut (selesai disiasat) dikenal pasti bukan disebabkan vaksin yang diterima banduan.
“Bagi tiga laporan lagi, kesan advers hanya berkemungkinan berlaku disebabkan oleh vaksin yang diambil,” katanya.
Sementara itu, Khairy berkata setiap laporan AEFI melalui proses terperinci bagi membolehkan kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan termasuk bedah siasat dan pandangan klinikal sebelum mengesahkan sama ada kes disebabkan vaksin atau sebaliknya.
Ditanya mengenai kebimbangan masyarakat berhubung dos penggalak yang dikaitkan dengan beberapa berita kematian yang tular dalam media sosial, Khairy berkata KKM akan mengeluarkan semua data AEFI berkaitan dos penggalak.
Sambil menyatakan sebahagian besar berita yang tular tiada kaitan dengan vaksinasi, beliau berkata KKM akan menjalankan siasatan rapi terutamanya membabitkan kes kematian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/kkm-terima-896-laporan-kesan-sampingan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Sahkan Dua Kematian Dan 18 Kes Serius Di Penjara Kajang Selepas Suntikan Dos Penggalak Covid 19

Kkm Sahkan Dua Kematian Dan 18 Kes Serius Di Penjara Kajang Selepas Suntikan Dos Penggalak Covid 19

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 791 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan surat daripada pengarah penjara Kajang yang memperincikan 18 kes serius kejadian kesan mudarat berikutan imunisasi termasuk dua kematian banduan selepas gambar surat itu tular di media sosial KKM m...
43 7 Dewasa Terima Dos Penggalak

43 7 Dewasa Terima Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 179 hits
BERNAMA Sementara itu 97 9 daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi Seorang petugas kesihatan menerima suntikan dos penggalak di KPJ Tawakkal Kuala Lumpur Sebanyak 230 020 individu dewasa di Malaysia menerima dos penggalak ...
Selamat Terima Vaksin Dos Penggalak

Selamat Terima Vaksin Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 221 hits
SELAMAT TERIMA VAKSIN DOS PENGGALAK Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt ALHAMDULILLAH Semalam 13 januari 2022 PC dan encik suami selamat dan selesai terima vaksin dos penggalak Setakat ini sudah lengk...
Kesan Aefi Dos Penggalak Guru Tadika Bakal Kehilangan Jari

Kesan Aefi Dos Penggalak Guru Tadika Bakal Kehilangan Jari

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 204 hits
Seorang penerima vaksin Covid 19 mengharapkan bantuan bagi mendapatkan pandangan kedua daripada hospital swasta selepas diberitahu jarinya mungkin perlu dipotong susulan disyaki cedera akibat vaksin Ibu tunggal Christina Selvamoney 50 berka...
Kes Baharu Lepasi 4 000 Petugas Diarah Segera Ambil Dos Penggalak

Kes Baharu Lepasi 4 000 Petugas Diarah Segera Ambil Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 184 hits
AGENDA DAILY Data 21 Januari 2022 Jangkitan baharu Covid 19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat lagi melepasi angka 4 000 berbanding jumlah kes positif semalam tatkala Kementerian Kesihatan mengarahk...
Selepas Kesihatan Bapa Merosot Dr Asri Gesa Kkm Tangguh Beri Dos Penggalak

Selepas Kesihatan Bapa Merosot Dr Asri Gesa Kkm Tangguh Beri Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 222 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 19 2022Selepas berkongsi keadaan kesihatan bapanya yang semakin merosot Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta Kementerian Kesihatan Malaysia menangguh pemberian dos penggalak vaksin Covid 19 di...
Jangan Nafikan Kesan Mudarat Selepas Dos Penggalak Mufti Perlis

Jangan Nafikan Kesan Mudarat Selepas Dos Penggalak Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 191 hits
Jangan nafikan kesan mudarat selepas dos penggalak Mufti Perlis Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pihak berkuasa tidak seharusnya menafikan kesan mudarat serius yang menimpa orang ramai susulan mengambil suntikan penggalak vak...
Ambil Dos Penggalak Sebagai Kesiapsiagaan Sambut Aidilfitri

Ambil Dos Penggalak Sebagai Kesiapsiagaan Sambut Aidilfitri

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 184 hits
Oleh Gambar hiasan Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Orang ramai disaran segera mendapatkan dos penggalak vaksin COVID 19 sebagai perlindungan diri dan keluarga Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah tersebut seb...
Hiburan Kami Ambil Hal Ini Secara Serius Isu Curi Rakam Dalam Pawagam Gsc Buat Laporan

Hiburan Kami Ambil Hal Ini Secara Serius Isu Curi Rakam Dalam Pawagam Gsc Buat Laporan

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 287 hits
Baru baru ini tindakan adik kepada Neelofa iaitu yang didakwa memuat naik adegan filem House of Gucci dalam media sosial dikecam netizen Perkongsian adegan filem House of Gucci dalam media sosial itu menimbulkan rasa kurang senang netizen k...
Buasir Otak Tv Bila Orang Minta Sedekah Tapi Kau Kedekut Be Like

Peras Ugut Pengunjung Hospital Pengawal Keselamatan Direman

Future Of Penang Turf Club Land Depends On Owners Says Chow

Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

Lima 25 Kicks Off With Spectacular Aerial Display By Rmaf

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

Wear Your Supercar When Automotive Passion Becomes A Lifestyle

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar Dbkl Ppim 19 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Barang Bundle Ada Nilai Tertentu Dan Peminatnya Dari Dalam Dan Luar Negara

Cuaca Panas Kering Luar Biasa

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Membangun Syaja Ah Dalam Kehidupan

Resepi Sambal Kering Peparu Rangup Pedas Lauk Padu Nasi Lemak

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api