Kesan Aefi Dos Penggalak Guru Tadika Bakal Kehilangan Jari



Seorang penerima vaksin Covid-19 mengharapkan bantuan bagi mendapatkan pandangan kedua daripada hospital swasta selepas diberitahu jarinya mungkin perlu dipotong susulan disyaki cedera akibat vaksin.
Ibu tunggal, Christina Selvamoney, 50, berkata dia mula merasa sakit di tangan kiri sehari selepas menerima suntikan dos penggalak pada 6 Januari.
Kemudian, katanya lagi, tiga jarinya mula menjadi kebiru-biruan.
Menurut guru tadika itu, anaknya membawanya ke Hospital Kajang sehari kemudian, apabila dia tidak lagi dapat menahan rasa sakitnya.
Ujian menunjukkan terdapat gumpalan kecil darah beku di saluran darah di bahagian atas jantungnya.
“Pada mulanya, berdasarkan imbasan CT oleh Hospital Kajang, doktor kata saya ada darah beku di urat atau arteri tangan kiri. Tapi kemudian saya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan doktor di sana kata ada sumbatan di atas jantung, dalam arteri bersambung ke tangan kiri.
“Pemeriksaan juga tunjukkan tiada denyutan di jari manis dan kelingking. Doktor kata tiga lagi jari okey.
“Ketika beberapa hari pertama dimasukkan ke HKL, beberapa doktor beritahu jari tak dalam keadaan baik dan jika keadaan memburuk, jari boleh mengecut dan perlu dipotong,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di hospital, pada Khamis lalu.
Christina berkata, prognosis itu benar-benar membimbangkannya kerana dia perlu menyara dirinya dan dua anaknya – kedua-duanya sedang menuntut di kolej.
Katanya lagi, dia mahu mendapatkan pandangan kedua daripada pengamal perubatan swasta, tetapi tidak mampu membayarnya kerana gaji yang tidak seberapa.
Menurut Christina, dia baru bekerja di tadika itu setelah menganggur hampir setahun. Sebelum ini, dia juga menjadi guru sebelum tadika tempatnya bekerja tutup tahun lalu.
“Jika mereka asyik kata mahu potong (jari saya), saya tak boleh biarkan saja.
“Saya mahu dapatkan pandangan kedua, dan lebih baik jika saya boleh dapatkannya awal kerana saya takut jika saya tunggu terlalu lama, keadaan bertambah buruk.”
 
Kerajaan perlu beri penjelasan
Christina mendakwa doktor di kedua-dua hospital memberitahunya kemungkinan masalah yang dihadapi berpunca daripada vaksin.
Dia mendapat dos pertama dan kedua pada 2 dan 23 Julai tahun lalu.
Dia menerima vaksin Pfizer bagi ketiga-tiga dos.
Kecewa dengan apa yang dihadapinya, Christina berharap kerajaan dapat memberi penjelasan tentang apa yang berlaku.
Dia mendakwa turut mengalami tindak balas buruk selepas suntikan dos kedua.
Katanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kecuali kencing manis. Dia juga tidak merokok mahupun minum minuman beralkohol.
“Sebenarnya saya agak keberatan untuk ambil dos penggalak, tetapi anak perempuan saya suruh saya pergi.
“Dia kata saya perlu divaksin jika mahu teruskan kegiatan sosial dan melawat keluarga di Ipoh. Jadi saya setuju.”
Malaysiakini telah menghubungi Kementerian Kesihatan untuk mengulas perkara ini. Seorang jurucakap berkata pihaknya masih meneliti kes ini.
Walaupun kesan sampingan vaksin Covid-19 lazimnya tidak berat dan bersifat sementara, terdapat kes-kes sebaliknya dilaporkan.
Pihak berkuasa kesihatan, termasuk KKM, mempertahankan penggunaan vaksin dengan berkata manfaat bagi melawan Covid-19 jauh melangkaui risikonya.
Pada Khamis lalu, KKM mendedahkan telah menerima 24,286 laporan berhubung kesan buruk susulan imunisasi (AEFI) setakat 15 Jan.
Daripada jumlah itu, hanya 42 kes dikenal pasti sebagai serius.
Pada 26 Nov tahun lalu, KKM juga memaklumkan telah meluluskan lapan tuntutan berjumlah RM132,500 di bawah Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19, dengan 78 masih dalam penilaian dan tujuh tuntutan ditolak.
Kesan AEFI dos penggalak, guru tadika bakal kehilangan jari
Baca Artikel Menarik:
Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video) Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM? Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan Shame on you BAM, netizens react over Zii Jia’s 2 years ban Malaysia mungkin tenggelam? Nynaa Harizal Cerita Sebenar Kenapa Pilih Suami Jasmine Suraya Potong Rambut & Naikkan Berat Badan Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video) Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil Takiyuddin kena belajar buang ego orang besar – Nik Abduh Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor akan jadi penentu hidup mati Muafakat Nasional,

The post Kesan AEFI dos penggalak, guru tadika bakal kehilangan jari appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/23/kesan-aefi-dos-penggalak-guru-tadika-bakal-kehilangan-jari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Terima 896 Laporan Kesan Sampingan Dos Penggalak Diterima 42 Kes Serius

Kkm Terima 896 Laporan Kesan Sampingan Dos Penggalak Diterima 42 Kes Serius

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 186 hits
BERNAMA Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata KKM akan mengeluarkan semua data laporan kesan sampingan berkaitan dos penggalak Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin di Anjung Kelana Taman Desa Seba...
Jangan Nafikan Kesan Mudarat Selepas Dos Penggalak Mufti Perlis

Jangan Nafikan Kesan Mudarat Selepas Dos Penggalak Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 161 hits
Jangan nafikan kesan mudarat selepas dos penggalak Mufti Perlis Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pihak berkuasa tidak seharusnya menafikan kesan mudarat serius yang menimpa orang ramai susulan mengambil suntikan penggalak vak...
43 7 Dewasa Terima Dos Penggalak

43 7 Dewasa Terima Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 150 hits
BERNAMA Sementara itu 97 9 daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi Seorang petugas kesihatan menerima suntikan dos penggalak di KPJ Tawakkal Kuala Lumpur Sebanyak 230 020 individu dewasa di Malaysia menerima dos penggalak ...
Pengembara Ada Dos Penggalak Kuarantin Lima Hari Sahaja

Pengembara Ada Dos Penggalak Kuarantin Lima Hari Sahaja

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 176 hits
KUALA LUMPUR Mana mana pengembara yang sudah menerima suntikan dos penggalak hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari sahaja ketika memasuki pintu antarabangsa Malaysia bermula Isnin depan Bagaimanapun Menteri Kesihatan Khairy Jamal...
Selepas Kesihatan Bapa Merosot Dr Asri Gesa Kkm Tangguh Beri Dos Penggalak

Selepas Kesihatan Bapa Merosot Dr Asri Gesa Kkm Tangguh Beri Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 189 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 19 2022Selepas berkongsi keadaan kesihatan bapanya yang semakin merosot Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta Kementerian Kesihatan Malaysia menangguh pemberian dos penggalak vaksin Covid 19 di...
Warga Emas Boleh Walk In Dapatkan Dos Penggalak

Warga Emas Boleh Walk In Dapatkan Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 191 hits
Pastikan sijil vaksinasi digital lengkap dalam MySejahtera BANGI Kementerian Kesihatan menawarkan perkhidmatan vaksinasi secara walk in kepada warga emas membabitkan empat Pusat Pemberian Vaksin Integrasi di Lembah Klang mulai 19 Januari in...
11 000 Guru Kemas Bakal Bakal Dinaik Taraf Miliki Ijazah

11 000 Guru Kemas Bakal Bakal Dinaik Taraf Miliki Ijazah

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 249 hits
B Pelaksanaan naik taraf guru itu yang bakal memberi lonjakan terhadap pendidikan di tabika Kemas Kanak kanak membuat aktiviti bersama guru ketika berada dalam kelas Tabika Kemas di Ampang Kira kira 11 000 guru Tabika Jabatan Kemajuan Masya...
Pemberian Vaksin Dos Penggalak Tidak Akan Ditangguhkan

Pemberian Vaksin Dos Penggalak Tidak Akan Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 167 hits
Oleh Kerajaan tidak berhasrat menangguhkan pemberian suntikan dos penggalak COVID 19 kepada rakyat Foto hiasan BAGAN SERAI Kerajaan tidak berhasrat menangguhkan pemberian suntikan dos penggalak COVID 19 kepada rakyat seperti yang dicadangka...
Dos Penggalak Perlu Untuk Kekal Imuniti Pada Tahap Optimum

Dos Penggalak Perlu Untuk Kekal Imuniti Pada Tahap Optimum

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 202 hits
Berlaku penurunan imuniti penerimaan vaksin dalam tempoh tertentu KUALA LUMPUR Dos penggalak COVID 19 perlu diberikan selepas tempoh tertentu bagi memastikan imuniti individu yang telah lengkap vaksinasi kekal pada tahap optimum Ketua Penga...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco