Kes Baharu Lepasi 4 000 Petugas Diarah Segera Ambil Dos Penggalak


AGENDA DAILY  Data 21 Januari 2022.
Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat lagi, melepasi angka 4,000 berbanding jumlah kes positif semalam, tatkala Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan kakitangannya mendapatkan suntikan dos penggalak.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu, 4,046 kes positif baharu direkodkan, berbanding 3,764 kes semalam.
Jumlah itu katanya menjadikan keseluruhan kumulatif positif sebanyak 2,824,973 kes, dengan sehingga semalam 2,747,457 pesakit telah sembuh dan 31,853 pesakit meninggal dunia.
Sehingga semalam, 41,617 kes dilaporkan masih aktif, dengan seramai 34,722 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah; 4,048 ditempatkan di PKRC; 2,687 dimasukkan ke hospital; dan 160 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 72 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, beliau memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam, untuk seluruh negara kekal pada nilai 1.0.
Bagaimanapun, tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan berada pada nilai Rt melebihi 1.00, di mana menurut pakar kesihatan nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.
Berdasarkan perkongsian Dr Noor Hisham, Kuala Lumpur mencatat nilai Rt 1.13, diikuti Negeri Sembilan (1.06); Kedah (1.04); Johor (1.03); Melaka (1.02); Sabah (1.01); dan Selangor (1.00).
Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.
Terdahulu beliau meminta semua petugas barisan hadapan, khususnya sektor kesihatan sama ada kerajaan atau swasta supaya segera mendapatkan suntikan dos penggalak.
Merujuk kepada ribuan kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain yang tidak hadir bertugas susulan lonjakan jangkitan varian Omicron, Dr Noor Hisham berkata KKM perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Beribu-ribu kakitangan NHS tidak bekerja setiap minggu di London kerana lonjakan besar kes omicron, menyebabkan hospital bergelut untuk menghadapi tahap ketidakhadiran kakitangan yang belum pernah terjadi sebelumnya.
“Kepada semua petugas barisan hadapan dan semua kategori pekerja kesihatan di sektor awam dan swasta, sila dapatkan dos penggalak anda segera untuk mengelakkan kekurangan dan ketiadaan kakitangan di fasiliti kesihatan kita.
“Kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan dan mengharapkan yang terbaik untuk meminimumkan kesan gelombang Omicron,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/kes-baharu-lepasi-4000-petugas-diarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Terima 896 Laporan Kesan Sampingan Dos Penggalak Diterima 42 Kes Serius

Kkm Terima 896 Laporan Kesan Sampingan Dos Penggalak Diterima 42 Kes Serius

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 279 hits
BERNAMA Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata KKM akan mengeluarkan semua data laporan kesan sampingan berkaitan dos penggalak Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin di Anjung Kelana Taman Desa Seba...
Pemberian Vaksin Dos Penggalak Tidak Akan Ditangguhkan

Pemberian Vaksin Dos Penggalak Tidak Akan Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 256 hits
Oleh Kerajaan tidak berhasrat menangguhkan pemberian suntikan dos penggalak COVID 19 kepada rakyat Foto hiasan BAGAN SERAI Kerajaan tidak berhasrat menangguhkan pemberian suntikan dos penggalak COVID 19 kepada rakyat seperti yang dicadangka...
Undi18 Hampir 750 000 Pengundi Baharu Layak Memilih Pada Prn Johor

Undi18 Hampir 750 000 Pengundi Baharu Layak Memilih Pada Prn Johor

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 266 hits
Pelaksanaan UNDI18 di Johor menandakan penambahan hampir 750 000 pengundi baharu termasuk 175 000 pengundi bawah 21 tahun membabitkan penambahan hampir 30 jumlah pengundi di Johor sedia ada PETALING JAYA Hampir 750 000 pengundi baharu terma...
Dos Penggalak Perlu Untuk Kekal Imuniti Pada Tahap Optimum

Dos Penggalak Perlu Untuk Kekal Imuniti Pada Tahap Optimum

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 279 hits
Berlaku penurunan imuniti penerimaan vaksin dalam tempoh tertentu KUALA LUMPUR Dos penggalak COVID 19 perlu diberikan selepas tempoh tertentu bagi memastikan imuniti individu yang telah lengkap vaksinasi kekal pada tahap optimum Ketua Penga...
43 7 Dewasa Terima Dos Penggalak

43 7 Dewasa Terima Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 215 hits
BERNAMA Sementara itu 97 9 daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi Seorang petugas kesihatan menerima suntikan dos penggalak di KPJ Tawakkal Kuala Lumpur Sebanyak 230 020 individu dewasa di Malaysia menerima dos penggalak ...
Pengembara Ada Dos Penggalak Kuarantin Lima Hari Sahaja

Pengembara Ada Dos Penggalak Kuarantin Lima Hari Sahaja

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Mana mana pengembara yang sudah menerima suntikan dos penggalak hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari sahaja ketika memasuki pintu antarabangsa Malaysia bermula Isnin depan Bagaimanapun Menteri Kesihatan Khairy Jamal...
Exco Kesihatan Dedahkan Sambutan Dos Penggalak Di Perak Tidak Menggalakan

Exco Kesihatan Dedahkan Sambutan Dos Penggalak Di Perak Tidak Menggalakan

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 213 hits
LUMUT Tindakan segelintir pihak yang melakukan troll terhadap program kerajaan menyebabkan sambutan orang ramai untuk mengambil dos penggalak vaksin Covid 19 perlahan di Perak Exco Kesihatan Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd...
Awani Ringkas Keberkesanan Dos Penggalak Ke Atas Omicron

Awani Ringkas Keberkesanan Dos Penggalak Ke Atas Omicron

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 248 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Covid 19 Selangor Bakal Cecah 800 000 Kes Positif Terkumpul Esok

Covid 19 Selangor Bakal Cecah 800 000 Kes Positif Terkumpul Esok

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 221 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes Covid 19 mengikut negeri negeri pada 16 Januari 2022 Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Lima sahaja negeri merekodkan peningkatan jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi tetapi semuanya mencat...
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa

Raja Muda Selangor Titip Ucapan Romantik Buat Bakal Isteri

300 000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif Budi95 Tengah Malam Ini

House Jacaranda By Ram N Esteve Estudio Lights Shadows And Stone In Valencia